You are on page 1of 20

Nama: ………………………………………. Kelas: ……..…………................

SULIT KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG


940/3 47100 PUCHONG SELANGOR DARUL EHSAN
SEJARAH
Kertas 3
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM (SEMESTER 3) 2021
MAC
TINGKATAN 6
2 JAM

SEJARAH
KERTAS 3
Dua jam

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

___________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak termasuk muka depan.

(Lihat sebelah)
Bahagian A : Sejarah Malaysia
[40 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

1. ‘Kedudukan raja atau sultan dalam masyarakat Melayu tradisional sangat kukuh sebelum
campur tangan British”. Bincangkan pernyataan ini. [20]

2. Terangkan faktor – faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah


Melayu pada awal abad ke – 20. [20]

3. Bincangkan langkah-langkah kerajaan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa


Kebangsaan selepas negara mencapai kemerdekaan [20]

Bahagian B : Sejarah Asia Tenggara


[40 markah]

Jawab dua soalan sahaja

4. Bincangkan sistem pembesar di Vietnam sebelum kedatangan Perancis. [20]

5. Bincangkan perkembangan sistem pendidikan di Myamar pada abad ke-19.


[20]

6. Bincangkan usaha pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Filipina pada
tahun 1945 hingga 1965. [20]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(Norsalawatty Muhammad) ( Zarina Othman ) (Siti Khadijah AbWahab )


Ketua Panitia Ketua Jabatan Pen.Kanan Pentadbiran
Sejarah Sains Sosial
1. ‘Kedudukan raja atau sultan dalam masyarakat Melayu tradisional sangat kukuh
sebelum campur tangan British”. Bincangkan pernyataan ini.
Pendahuluan
1. Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem pemerintahan tertua di Malaysia
terutamanya di Tanah Melayu. Konsep raja dalam masyarakat Melayu telah digubal
berasaskan sistem feudal iaitu raja menjadi ketua negeri atau kerajaan yang
menduduki hieraki tertinggi dalam sesebuah negeri atau kerajaan.
2. Kedudukan raja sebagai pemerintah tertinggi di negeri-negeri Melayu telah
diperkukuhkan oleh pelbagai unsur.
Isi- isi utama
1. Raja berkuasa mutlak.
- Kedudukan raja sebagai pemerintah tertinggi di negeri-negeri Melayu telah diperkukuhkan
melalui konsep kuasa mutlak. Konsep kuasa mutlak bermaksud raja mempunyai kuasa penuh
ke atas semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sesebuah negeri atau kerajaan sama
ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
- Contohnya, kuasa mengubal undang-undang atau peraturan, menjatuhkan hukuman bunuh
dan melaksanakan sistem kerah terhadap rakyat untuk mempertahankan negeri atau kerajaan
dari ancaman musuh. Tindakan raja atau sultan tidak boleh dipertikai atau dibantah oleh
rakyat. Sekiranya rakyat membantah tindakan raja, mereka dianggap menderhaka dan
dikenakan hukuman bunuh.
- Tegasnya, konsep kuasa mutlak ini telah membezakan antara raja dengan rakyat biasa dan
menjadi faktor terpenting yang mengukuhkan kedudukan raja atau sultan dalam masyarakat
Melayu sebelum campur tangan Inggeris.
2. Konsep daulat dan derhaka
- Kedudukan raja turut diperkukuhkan melalui konsep daulat dan derhaka. Keagungan dan
kekuasaan seorang raja bergantung kepada daulat yang dimilikinya. Melalui konsep daulat,
raja digambarkan sebagai seorang manusia suci dan mempunyai kuasa sakti yang menjadi
batas pemisah antara raja dengan rakyat biasa. Berlawanan dengan konsep daulat ialah
konsep derhaka. Berdasarkan konsep derhaka, sesiapa yang melanggar daulat dianggap
menderhaka kepada raja dan akan ditimpa tulah atau malapetaka.
- Konsep daulat ini telah diperkukuhkan melalui cerita-cerita mitos dan lagenda seperti
Peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Singapura dilanggar todak dan kekalahan
Temasik kepada kerajaan Majapahit.
- Tegasnya, konsep daulat dan derhaka diwujudkan sebegitu rupa semata-mata untuk
meninggi dan memperkukuhkan kedudukan raja-raja Melayu dalam masyarakat Melayu
sebelum campur tangan Inggeris.
3. Pemberian pelbagai hak keistimewaan
- Kedudukan raja seterusnya diperkukuhkan lagi melalui pemberian pelbagai hak
keistimewaan bagi membezakan antara raja dengan rakyat biasa. Antara hak keistimewaan
yang diberikan kepada raja atau sultan ialah dari segi penggunaan warna, bahasa dalam atau
istana dan peralatan kebesaran.
- Contohnya, warna kuning adalah warna diraja dan warna putih pula untuk putera dan
kerabat diraja.Dari aspek bahasa pula, hanya raja sahaja yang dibenarkan menggunakan
bahasa dalam atau istana seperti beta, santap, beradu, bersiram, mangkat dan sebagainya.
Sementara alat kebesaran raja pula terdiri daripada keris, lembing, tombak, cop mohor, ceper,
kendi, ketur dan sebagainya. Peralatan muzik pula dikenali sebagai nobat yang digunakan
untuk upacara pertabalan raja, kemangkatan, kelahiran putera dan puteri raja serta majlis
perkahwinan diraja.
- Tegasnya, rakyat tidak dibenarkan menggunakan hak keistimewaan raja dan sekiranya tidak
dipatuhi oleh rakyat, mereka akan dikenakan hukuman bunuh dan secara tidak langsung turut
mengukuhkan kedudukan raja.
4. Ketua Agama Islam
- Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu turut memperkukuhkan kedudukan raja atau
sultan dalam masyarakat Melayu sebelum campur tangan Inggeris. Selepas kedatangan Islam,
raja dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi dan bertindak sebagai ketua agama Islam
bagi melaksanakan hukum-hukum Islam. Justeru itu, rakyat perlu mematuhi segala peraturan
atau undang-undang yang digubal oleh raja yang bertujuan untuk melaksanakan hukum-
hukum Islam dan memakmurkan negeri.
- Rakyat tidak boleh mempertikai atau membantah perintah Allah kerana segala urusan
pentadbiran yang dilaksanakan oleh raja adalah merupakan perintah Allah.
- Tegasnya kedatangan Islam bukan sahaja mengukuhkan kedudukan raja, malahan
meningkatkan kedudukan dan taraf raja-raja Melayu.
5. Sokongan Pembesar
- Sokongan pembesar juga penting bagi memperkukuhkan kedudukan seseorang raja. Raja
akan memilih dan melantik pembesar dalam kalangan mereka yang menyokong baginda
untuk mengukuhkan kedudukannya.
- Golongan pembesar yang dipilh akan memainkan peranan bagi mengukuhkan kedudukan
raja dengan cara memupuk perasaan taat setia rakyat terhadap raja dengan cara menerangkan
kepada rakyat tentang kehebatan dan keistimewaan yang dimiliki oleh seseorang raja.
- Tegasnya, pembesar memainkan peranan penting bagi mengukuhkan kedudukan raja
dengan cara memupuk perasaan taat setia rakyat kepada raja.
6. Faktor Lain
- Raja atau sultan turut bertindak sebagai ketua hakim dan ketua angkatan tentera dalam
pentadbiran sesebuah negeri Melayu. Tugas ini turut membantu memperkukuhkan kedudukan
raja-raja Melayu.
- Selaku ketua hakim, raja boleh menjatuhkan hukuman bunuh terhadap sesiapa sahaja yang
menderhaka. Keadaan ini menyebabkan rakyat tidak berani untuk menentang raja.
- Selaku ketua angkatan tentera, raja boleh menggunakan kekuatan tentera untuk
mengukuhkan kedudukan baginda dari ancaman musuh.
- Kedudukan raja turut diperkukuhkan melalui hubungan diplomatik dengan negara-negara
luar. Melalui hubungan diplomatik raja boleh meminta perlindungan atau bantuan dari
negara-negara tersebut untuk menggelakkan ancaman luar ataupun menghadapi
pemberontakan tempatan.
- Jelas bahawa peranan raja juga secara tidak langsung dapat mengukuhkan kedudukan raja.
Kesimpulan
1. Terdapat pelbagai unsur yang mengukuhkan kedudukan seseorang raja dalam masyarakat
Melayu tradisional sebelum campur tangan pihak Inggeris.
2. Namun begitu, selepas campur tangan Inggeris kedudukan dan kuasa raja-raja telah
diambil alih oleh residen British melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri.
2. Terangkan faktor – faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk di
Tanah Melayu pada awal abad ke – 20.

A. Pengenalan

Pada awal abad ke – 20, masyarakat majmuk muncul di Tanah Melayu akibat perkembangan
ekonomi British. Penghijrahan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu telah
mewujudkan tiga kumpulan masyarakat di Tanah Melayu. Orang Melayu merupakan
penduduk peribumi di Tanah Melayu. Menurut J.S Furnival, masyarakat majmuk
didefinisikan sebagai satu kelompok masyarakat di mana tidak wujud interaksi atau
perhubungan dalam kalangan kaum. Golongan imigran Cina dan India datang ke Tanah
Melayu atas beberapa faktor. Antaranya ialah perkembangan perlombongan bijih timah dan
industri getah yang memerlukan buruh, maka orang Cina dan orang India dibawa masuk ke
Tanah Melayu. Mereka dibawa masuk melalui beberapa cara seperti tiket kredit, sistem
kangani dan ejen. Terdapat banyak faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk
di Tanah Melayu. Ketiga – tiga kumpulan etnik ini hidup berasingan kerana terdapat
beberapa halangan.

B. Isi-isi.

a. Perbezaan fungsi ekonomi.

Antara faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu


ialah perkembangan ekonomi kapitalis yang menyebabkan perbezaan dalam fungsi ekonomi.
Perbezaan fungsi ekonomi membawa kepada pengalaman kaum mengikut kegiatan ekonomi
mereka. Perkembangan ekonomi komersial didorong oleh golongan imigran Cina yang
terlibat dalam bidang perniagaan dan perlombongan bijih timah. Imigran India pula tertumpu
di kawasan ladang getah dan sebilangannya tinggal di bandar untuk bekerja sebagai kerani
dan buruh di pelabuhan. Orang Melayu masih kekal dalam sistem ekonomi tradisional
dengan bekerja sebagai petani dan nelayan. Perbezaan dalam fungsi ekonomi telah
memisahkan ketiga – tiga kaum tersebut dan secara tidak langsung mewujudkan masyarakat
majmuk.

b. Dasar pecah dan perintah.

British mengamalkan dasar pecah dan perintah demi menjaga kepentingan politik dan
ekonomi mereka di Tanah Melayu. British ingin terus mengekalkan orang Melayu dalam
ekonomi tradisional kerana tidak mahu masyarakat Melayu terdedah kepada pengaruh luar.
British berasa bimbang jika pendedahan kepada pengaruh luar akan melahirkan golongan
penentang dalam masyarakat Melayu. British juga menggalakkan kemasukan pelabur asing
dan penghijrahan golongan buruh dari Cina dan India yang terlibat dalam ekonomi moden.
British tidak menggalakkan sebarang usaha asimilasi dalam kalangan tiga kaum di Tanah
Melayu pada masa itu.

c. Pengamalan budaya yang berbeza.

Masyarakat majmuk juga wujud apabila ketiga – tiga kaum mengamalkan budaya
yang berbeza. Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu bertumpu di kawasan
perlombongan bijih timah di sekitar Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban. Mereka hidup
berkelompok dalam puak masing – masing. Hubungan sosial dalam kalangan puak Cina juga
tidak erat kerana mempunyai dialek yang berbeza. Orang India pula terdiri daripada pelbagai
kumpulan etnik yang berbeza seperti Tamil, Telegu, Punjabi dan sebagainya. Setiap
kelompok ini menggunakan bahasa masing – masing, maka pergaulan antara mereka juga
tidak erat. Setiap kumpulan masyarakat hidup secara berasingan. Mereka terus mengekalkan
budaya masing – masing seperti pakaian, adat resam, makanan, tradisi dan perayaan.

d. Sistem pendidikan.

Setiap masyarakat juga mempunyai sistem pendidikannya yang tersendiri. Sistem


pendidikan tersebut mengukuhkan lagi sifat kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu.
Masyarakat peribumi, iaitu orang Melayu mendapat pendidikan berdasarkan agama Islam di
sekolah – sekolah pondok. British juga menubuhkan sekolah – sekolah Melayu. Sistem
pendidikan tempatan kurang berkualiti. Masyarakat tempatan hanya diajar membaca, menulis
dan mengira. Pendidikan orang Cina pula berasaskan negara China dan menggunakan bahasa
pengantar bahasa Cina. Guru – guru, sukatan pelajaran dan buku – buku digunakan juga
dibawa dari negara China. Orang India pula menubuhkan sekolah – sekolah Tamil di ladang
– ladang untuk memberikan pengetahuan asas kepada orang India. Mata pelajaran yang diajar
juga berdasarkan negara India.

e. Perbezaan agama.

Satu lagi faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk ialah perbezaan
agama. Setiap kumpulan etnik menubuhkan institusi dan tempat beribadat masing – masing.
Masyarakat Melayu yang beragama Islam membina surau dan masjid. Masyarakat India yang
beragama Hindu pula membina kuil di ladang – ladang untuk beribadat dan menjalankan
upacara keagamaan. Masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha dan menyembah
nenek moyang pula membina tokong dan pagoda mereka di bandar. Setiap kaum
menubuhkan institusi sosial dan persatuan masing – masing untuk menjaga kepentingan
sendiri. Penubuhan persatuan – persatuan tidak rasmi juga mampu melindungi dan
mengekalkan identiti setiap kaum di Tanah Melayu.

C. Kesimpulan.

Pembentukan masyarakat majmuk yang wujud semasa penjajahan British hanya diubah
setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Perubahan tersebut berlaku sebagai langkah
Bristish untuk memberikan kemerdekaan. Perpaduan rakyat yang berbilang kaum dapat
menjamin kepentingan ekonomi dan pelaburan British di Tanah Melayu.
3. Bincangkan langkah-langkah kerajaan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan selepas negara mencapai kemerdekaan.

PENGENALAN :

1. Setelah merdeka kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dimaktubkan


dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan 1957.

2. Dibawah peruntukan ini, bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu yang mengikut
implikasinya mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi dan dalam bentuk tulisan yang
telah ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan.

3. Meskipun demikian, penduduknya mempunyai kebebasan menggunakan bahasa lain dalam


urusan tidak rasmi serta mempelajari bahasa tersebut termasuklah bahasa ibunda masing-
masing.

ISI- ISI UTAMA :

1. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang disemak pada tahun 1971


memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan perlu digunakan bagi
maksud rasmi.

- Takrif ‘ maksud rasmi ‘ ialah apa-apa juga maksud kerajaan sama ada kerajaan
Persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu kerajaan
awam.
- Contohnya, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal
bertujuan untuk menyatukan rakyat berbilang kaum melalui penggunaan satu bahasa
yang sama.
- Oleh sebab itu bahasa Melayu dapat difahami oleh semua kaum, maka bahasa ini juga
menjadi pengenalan kepada bangsa dan negara Malaysia.

2. Seterusnya, Akta Pelajaran 1961 pula memperuntukkan beberapa perkara penting


tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah.

- Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi utama
dimantapkan lagi melalui pelbagai langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan dan
badan bukan kerajaan.
- Jawatankuasa kabinet juga berpendapat bahasa Melayu wajar menjadi bahasa ilmu
pengetahuan, bahasa lingua franca, dan bahasa perpaduan.
- Oleh itu, pengajaran bahasa Melayu di sekolah mestilah berlandaskan objektif yang
berkaitan dengan peranannya .
- Jawatankuasa itu juga memperakukan pengajaran bahasa Melayu sebagai mata
pelajaran wajib pada semua peringkat, jenis sekolah, dan wajib lulus untuk memasuki
peperiksaan awam.
- Tegasnya, akta pelajaran 1961 ini merupakan peruntukan undang-undang yang ada
untuk mejadikan bahasa kebangsaan sebagai wadah perhubungan oleh rakyat negara
ini.

3. Langkah seterusnya, pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan telah digubal untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal .

- Pada tahun 1969, bahasa Melayu telah ditukarkan menjadi bahasa Malaysia..
- Mulai tahun 1970, bahasa di sekolah-sekolah rendah aliran Inggeris telah ditukarkan
kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat.Dan pada tahun tersebut, Universiti
Kebangsaan Malaysia ditubuhkan untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu
mampu menjadi Bahasa ilmu.
- Bermula pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah
untuk menggantikan bahasa Inggeris. Dan pada tahun, 1990 bahasa Melayu juga telah
digunakan di mahkamah.
- Jelaslah, langkah kerajaan ini telah mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di institusi pendidikan di Malaysia.

4. Seterusnya satu kajian telah dilakukan untuk mengkaji akta Pelajaran 1961 dengan
teliti. Suatu akta Pendidikan yang baru telah digubal iaitu Akta Pendidikan 1996.

- Akta ini telah memperakukan bahawa kemajuan negara dari segi


ekonomi,sosial,rohani,dan etika perlu dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan
Kebangsaan yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
serta menggunakan suatu bentuk kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama.
- Dalam seksyen 15 dan seksyen 16 Akta Pendidikan 1996, diperuntukkan bahawa
Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada pendidikan prasekolah,pendidikan
rendah,pendidikan menengah, dan pendidikan tinggi.
- Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dan
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan ataupun
mana-mana institusi pendidikan yang diberikan pengecualian oleh Menteri
Pendidikan.
- Tegasnya, Akta Pendidikan 1996 merupakan satu anjakan paradigma dengan
memperluaskan skop penggunaan bahasa kebangsaan bagi meliputi semua peringkat
persekolahan dan kategori sekolah.

5. Akhir sekali , Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 telah diwartakan dan
memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di institusi
pendidikan swasta.
- Walaupun demikian, akta itu juga memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk
memberi pengecualian kepada insttusi pendidikan swasta tertentu dalam
melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
- Para ahli-ahli bahasa dan cendekiawan Melayu pada akhir abad ke-20 berpendapat
perlaksanaan akta ini akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dalam sistem pendidikan.
- Oleh itu, akta ini telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan perlu dimartabatkan
agar kelangsungan pendidikan di Malaysia akan dipertahankan dengan menggunakan
bahasa kebangsaan.

KESIMPULAN :

1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta


Pelajaran 1961 berhasrat meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi
negara, dan bahasa pengantar ilmu di institusi pendidikan.

2. Bahasa Melayu sekali gus diharapkan dapat memainkan peranan tersirat sebagai bahasa
penyatuan bangsa dan lambang jati diri masyarakat Malaysia yang merdeka hingga ke hari ini
BAHAGIAN B
4. Bincangkan sistem pembesar di Vietnam pada awal abad ke-19.
A. PENGENALAN
1. Pembesar bermakna orang berpangkat tinggi , merupakan pegawai kerajaan yang
dilantik oleh maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-
tugas dalam bidang kuasa yang diberi kepadanya sebelum kedatangan kuasa Barat.
2. Dari segi kedudukan, golongan pembesar berada di kedudukan kedua selepas
maharaja dalam hierarki pemerintahan dan bertanggungjawab melaksanakan tugas-
tugas pemerintahan kerana maharaja tidak berupaya untuk menanggung segala urusan
pentadbiran secara sendirian.
3. Pembesar di Vietnam mempunyai hierarki tersendiri dan peranan pembesar dapat
dilihat pada peringkat pusat, daerah atau wilayah dan kampung sebelum kedatangan
Perancis.
B: ISI
1.Hierarki Pembesar di Vietnam
a) Sistem pembesar di Vietnam mempunyai hierarki yang tersendiri. Hierarki bermaksud
susun lapis atau pembahagian kepada beberapa peringkat atau bahagian serta bidang
tugas tertentu.
b) Semasa pemerintahan Dinasti Nguyen, kedudukan pembesar di Vietnam lebih teratur
dan mendapat taraf istimewa dalam pemerintahan dan pentadbiran. Sistem pembesar
di Vietnam dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pusat, peringkat daerah
dan peringkat kampung.
c) Pembesar pusat dikenali sebagai Mandarin yang merupakan golongan intelektual
yang telah lulus peperiksaan Awam. Mereka akan mengetuai Quan atau
kementeriaan.
d) Hierarki pembesar di Vietnam sebelum kedatangan Perancis dapat mewujudkan
sistem pentadbiran yang teratur dan sistematik seperti mana yang diamalkan zaman
pemerintahan Maharaja Gia Long.
2.Pembesar Peringkat Pusat
a) Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long juga golongan Mandarin merupakan
pembesar di peringkat pusat yang membentuk birokrasi dan membantu maharaja
dalam sistem pentadbiran.
b) Mereka adalah golongan intelektual yang lulus dalam peperiksaan awam dan
berkemahiran dalam bahasa, falsafah dan klasik Confucius.
c) Bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk memastikan
jawatannya dikekalkan. Jika gagal melaksanakan tugas, raja mempunyai kuasa untuk
meluncutkan jawatannya dan digantikan dengan pembesar yang lain.
d) Oleh itu, golongan Mandarin akan mengetuai enam kementerian utama seperti
perkhidmatan awam, kerja raya, kewangan, upacara, kehakiman dan peperangan.
Quan yang penting ialah Quan Awam yang bertaraf tinggi.
e) Quan juga menganggotai badan tertinggi kerajaan yang dikenali sebagai Majlis
Tertinggi atau Noi-Coc yang dipengerusikan oleh Maharaja serta enam orang
Menteri Kanan.
f) Maljis ini berfungsi memberi pandangan kepada maharaja dalam semua hal berkaitan
pemerintahan dan pentadbiran. Kebergantungan maharaja kepada pembesar atau
golongan Mandarin dipantau dengan penubuhan Badan Penapis atau Do Sat Vien.
g) Badan ini menyediakan pegawai-pegawai yang tinggal di ibu negeri untuk melawat
wilayah, memerhati kelakuan pegawai tauliah tetap dan mengenalpasti pegawai yang
melanggar arahan maharaja dan bertindak mengeluarkan memorandum kepada istana
akibat kelakuan pegawai terbabit.
3.Pembesar Peringkat Daerah atau Wilayah
a) Pembesar pada peringkat kedua ialah pembesar daerah. Mereka mentadbir daerah
tertentu dan mempunyai kuasa di daerahnya. Bagaimanapun kuasa pembesar daerah
adalah terhad mengikut peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada
mereka.
b) Mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada maharaja di pusat dan mempunyai
kebergantungan yang tinggi kepada sokongan maharaja. Hal ini kerana kedudukan
mereka akan terjejas jika hilang sokongan maharaja.
c) Pembesar peringkat ini juga mempunyai tanggungjawab besar kepada pengikutnya.
Keperluan pengikut membantu pembesar daerah melaksanakan tugas yang di arahkan
oleh maharaja.
d) Bilangan pengikut yang ramai melambangkan kedudukan, status, kekayaan serta
kejayaan mengekploitasi sumber ekonomi. Perlantikan mereka adalah bergantung
kepada pemilihan raja yang memerintah.
e) Antara tugas pembesar ialah mengutip cukai, mengurus soal kehakiman.,merekrut dan
melatih anggota tentera dan menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat serta
bertanggungjawab dalam soal keselamatan.
4. Pembesar Peringkat kampung
a) Pembesar yang paling bawah adalah pembesar peringkat kampung, komun atau xuan.
Pembesar peringkat ini terdiri daripada Majlis Orang Tua yang bijak dan
berpengalaman.
b) Mereka akan mengendalikan urusan pentadbiran kampung dan berperanan dalam
bidang kehakiman sebagai ketua hakim dan pentafsir undang-undang.
c) Antara tugas pembesar komun ialah menjalankan perintah dan arahan istana,
mendamaikan perselisihan yang wujud secara rundingan atau tolak ansur dan
mengutip cukai.
d) Pembesar peringkat kampung juga menjalankan tugas seperti menyelia projek awam,
membahagikan tanah dan air untuk pertanian, membahagikan tanah kepada petani dan
menentukan individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan

C: KESIMPULAN
1. Kesimpulannya sistem pembesar di Vietnam telah dipengaruhi oleh sistem sosial di
China dari segi kedudukan Maharaja dan pembesar.
2. Golongn pembesar di Vietnam menjalankan tugas dan mentadbir negara bagi pihak
maharaja. Bagaimanapun kehadiran kuasa Perancis telah mengubah kedudukan dan
peranan pembesar di negara Vietnam.
Soalan 5 : Bincangkan perkembangan sistem pendidikan di Myanmar pada abad ke-19.
Pendahuluan
- Sejak 1 Januari 1886, Myanmar telah diletakkan di bawah kerajaan British di India
dan ditadbir oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu timbalannya. Pentadbiran British
masih mengekalkan sistem pentadbiran tradisional di daerah dan kampung-kampung.
Pengekalan ini adalah untuk meletakkan masyarakat peribumi Myanmar lebih rendah
daripada golongan penjajah.
- Rentetan itu, penjahan British di Myanmar telah membawa perubahan dalam sistem
pendidikan dengan British hanya menekan pendidikan rendah dalam kalangan
masyarakat peribumi Myanmar.
Isi Penting
1. Pendidikan Biara / Agama Buddha
- Terjejas dengan pengenalan pendidikan Inggeris.
- Sekolah-sekolah biara dipinggirkan dan tiada usaha dilakukan untuk menyerapnya ke
dalam sekolah aliran penjajah.
- Kemerosotan terus berlaku apabila masyarakat Myanmar menghantar anak-anak
mereka ke sekolah mubaligh dan terdedah dengan pendidikan moden.
- Lulusan pendidikan biara hanya sesuai diserap ke sekolah campuran atau sekolah
yang menggunakan bahasa Burman sebagai bahasa pengantar. Hanya yang terbaik
daripada pelajar sekolah biara akan mendapat bantuan kewangan kerajaan.
2. Pendidikan Inggeris
- Bertujuan menyediakan pegawai-pegawai perkhidmatan awam dan pengusaha
ekonomi moden.
- Pendidikan Inggeris dikelaskan mengikut umur murid-murid dan bahasa pengantar.
Iaitu, pendidikan sekolah rendah adalah untuk murid-murid yang berumur antara 6
tahun hingga 10 tahun dan pendidikan sekolah menengah dikhaskan bagi yang
berumur 10 tahun hingga 14 tahun.
- Pendidikan sekolah rendah dibina di kampung dengan pengawasan Jabatan
Pendidikan. Manakala sekolah menengah menekan bahasa pengantar Inggeris dan
dikendalikan oleh mubaligh kristian seperti mazhab Methodist dan Katolik.
- Contohnya, Anglo Vernacular School (1873) adalah untuk memberi pendidikan dan
sebagai persediaan pelajar ke Universiti Culcutta.
- Kesannya, penggunaan bahasa Burman menjadi kurang penting kerana penggunaan
bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar yang utama.
3. Pendidikan Mubaligh / Sekolah Mubaligh
- Sekolah-sekolah mubaligh/ agama kristian yang dimulakan oleh mubaligh Roman
Katolik dan persatuan mengembangkan Kitab Agama Baptist.
- Dasar pelajaran British di Myanmar adalah untuk menggalakkan penubuhan sekolah
yang dikendalikan oleh pengembang-pengembang agama Kristian.
- Sekolah-sekolah kerajaan ditubuhkan pada tahun 1870-an dan bantuan kewangan
diberikan kepada sekolah-sekolah agama kristian yang dimulakan oleh mubaligh
Roman Katolik dan persatuan mengembangkan Kitab Agama Baptist.
- Kesannya, menjelang tahun 1900,16 buah sekolah Kristian dan sebuah maktab Baptist
yang kecil di Rangoon ditubuhkan untuk pengajian tinggi orang Karen.
4. Sekolah Perguruan
- British telah membina lima buah sekolah perguruan yang dikendalikan oleh jabatan
pelajaran.
- Bertujuan membolehkan guru-guru mendapat latihan perguruan.
- Penubuhan ini membawa kepada kesedaran masyakarat peribumi Myanmar untuk
menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan moden bagi memastikan
kelangsungan hidup semasa era penjajahan British.
- Seterusnya membawa kepada kurangnya penghormatan kepada pendidikan biara dan
golongan sami serta guru-guru tradisional.
5. Pendidikan Kalangan Wanita
- Masyarakat peribumi Myanmar makin menyedari kepentingan pendidikan moden dan
turut mengubah persepsi terhadap pendidikan dalam kalangan kanak-kanak
perempuan.
- Golongan kanak-kanak perempuan kini tidak lagi mendapat pendidikan setakat
membaca dan menulis sahaja tetapi mereka telah mendapatkan pendidikan moden
untuk membantu ekonomi keluarga dalam perniagaan di pasar-pasar.
- Sebanyak 10% golongan wanita Myanmar yang telah mendapat pendidikan moden
pada tahun 1880-an.
6. Maktab Rangoon
- Pada tahun 1884 dibina bagi pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti
Calcutta di India.
- Antara yang lahir dari maktab ini ialah Aung San, U Kyaw Nyien, dan U Nu.
- Maktab ini dinaik taraf pada tahun 1920 dengan diberi bantuan wang yang cukup
untuk meluaskan bidang pengajiannya termasuk perubatan, perhutanan, kejuruteraan
dan jabatan latihan guru.
Kesimpulan
- Sistem pendidikan di Myanmar telah berubah dengan penjajahan British.
- Melahirkan golongan intelektual dan masyarakat yang terdedah dengan dunia Barat
sehingga mencetuskan bibit-bibit nasionalisme pada abad ke-20.
Bincangkan usaha pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Filipina
dari tahun 1945 hingga 1965.

A. PENGENALAN

Selepas Perang dunia kedua tamat, Amerika Syarikat telah menawan semula Filipina
pada 23 Februari 1945. Pemerintahan Amerika Syarikat membawa kepada perubahan
ekonomi dengan pengenalan ekonomi laissez-faire dan kemudiannya sebuah kerajaan
berbentuk republik demokrasi telah ditubuhkan. Pemerintahan Presiden Manual Roxas,
Quiribo dan lain-lain telah mengambil beberapa langkah untuk membangunkan ekonomi di
Filipina pada tahun 1945 hingga 1963.

B. ISI-ISI PENTING

1. Selepas mencapai kemerdekaan, Filipina masih dibelengu kemiskinan dan


kekurangan kemudahan asas. Oleh yang demikian Manual Roxas (1946-1948) telah
mengadakan pemulihan ekonomi dalam bidang pertanian dan perindustrian dengan
mendapatkan bantuan kewangan dan teknikal daripada pertubuhan antarabangsa. Misalnya
mendapatkan bantuan daripada dana Amerika Syarikat. Pada tahun 1946, Manual Roxas telah
melaksanakan reformasi tanah dengan mewujudkan undang-undang yang meluluskan
penetapan perkongsian antara tuan tanah dan penyewa daripada 30 kepada 70. Reformasi ini
telah menyelamatkan penyewa tanah daripada penindasan tuan-tuan tanah.

2. Semasa Presiden Quirino memerintah Filipina, Presiden Quirino telah meminta


bantuan daripada Amerika Syarikat pada tahun 1950 dengan menandatangani satu perjanjian
baharu. Dalam perjanjian ini, Amerika Syarikat bersetuju memberikan pinjaman sebanyak
AS$250 juta bagi membangunkan Filipina. Malahan, Amerika Syarikat juga turut
memberikan bimbingan dalam urusan penetapan cukai dan pertanian. Presiden juga telah
mengadakan rancangan pembangunan lima tahun, namun tidak berjaya kerana berlalu
penyelewangan dalam pentadbiran seperti rasuah dan pembaziran.

3. Presiden Ramon Magsasay yang memerintah pada tahun 1953 hingga tahun 1957 pula
telah memberi perhatian khusus kepada kepada masalah ekonomi dan kebajikan rakyat.
Presiden Magsasay telah mengembangkan gerakan koperasi pertanian, mewujudkan skim
kredit desa, dan menyediakan kemudahan infrstruktur dalam kawasan penyumbang ekonomi.
Seterusnya Magsasay telah mengadakan perhubungan dagang dengan Amerika Syarikat dan
memperlihatkan wujudnya peningkatan perdagangan Filipina serta mengadakan undang-
undang tidak menjual barangan luar dan perdagangan eksport impot kecuali Amerika
Syarikat bagi melindungi industri tempatan. Jawatan presiden diambil alih oleh Garlos Garsia
yang memerintah dari tahun 1957 hingga tahun 1961. Carlos Garsia masih meneruskan dasar-
dasar ekonomi Magsasay dalam membangunkan ekonomi Filipina. Buktinya pada tahun
1961, Filipina menjadi pengeluar kelapa kering dan gula utama dunia.

4. Dalam pentadbiran Macapagal pada tahun 1961 hingga taun 1965, menghadapi
banyak cabaran. Pada zaman pemerintahannya, Filipina menghadapi inflasi, pembahagian
tanah dan desakan tuntutan Sabah. Namun beliau telah menjalankan usaha meningkatkan
kawalan pertukaran asing, mengawal keuntungan yang keluar dan memperkenalkan kawalan
harga. Selain itu, Macapagal menekankan kepada sektor pertanian seperti kelapa kering,
tanaman tebu, abaka, tembakau, dan nanas sebagai hasil eksport. Macapagal juga memajukan
bidang perindustrian seperti industri ringan, pembungkusan, dan pemasangan. Dalam masa
yang sama, industri besi keluli dimajukan. Malahan, kerajaan Macapagal juga telah
mengasingkan industri gula dan kelapa melalui penubuhan Lembaga Kelapa Filipina
berikutan kedua-dua industri ini menjadi penyumbang utama dalam hasil eksport Filipina.

KESIMPULAN

Kesimpulanya, presiden-presiden Filipina berusaha melaksanakan dasar pembangunan


ekonomi bagi menggalakan pertumbuhan ekonomi di Filipina. Pertumbuhan ekonomi yang
dinikmati Filipina telah meningkatkan taraf hidup golongan petani dan pertambahan sosial di
Filipina.

You might also like