You are on page 1of 14

SULIT*

940/3 STPM 2015

SEJARAH
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000)

KERTAS 3

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SMK MANTIN
Dua Jam
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab empat daripada enam soalan, iaitu dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan
daripada Bahagian B

Anda boleh menjawab semua soalan tetapi hanya empat jawapan pertama sahaja yang akan
diperiksa

__________________________________________________________________________________
STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak
Bahagian A: Sejarah Malaysia
[40 markah]

Jawab dua soalan sahaja

1. Jelaskan peranan pembesar dalam masyarakat Melayu tradisional sehingga pertengahan abad
ke-19 Masihi [20]

2. Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kaum Muda untuk membangkitkan kesedaran
nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke -20 Masihi [20]

3. Huraikan bidang kuasa Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara berasaskan sistem
demokrasi berparlimen di Malaysia. [20]

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara


[ 40 markah]

Jawab dua soalan sahaja

4. Huraikan faktor pemberontakan masyarakat Jawa terhadap pentadbiran Belanda di Indonesia antara
tahun 1825 – 1830 [20]

5. Jelaskan peranan yang dimainkan oleh Thibaw di Myanmar dalam usaha menentang penjajahan
British di Myanmar. [20]

6. Huraikan penglibatan Thailand dalam organisasi Serantau pada abad ke-20 Masihi [20]

STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
1. Soalan: Jelaskan peranan pembesar dalam masyarakat Melayu tradisional pada pertengahan
abad ke-19.

Pendahuluan

- Pembesar merupakan golongan yang menduduki lapisan selepas raja dlm hierarki masyarakat.
Mereka membantu Sultan/Raja atau Yang Dipertuan Besar dlm melaksanakan pentadbiran di
peringkat tertentu.Mereka bukan golongan keturunan diraja.
- terdiri dari pembesar pusat, daerah dan kampong

Isi-isi penting

1. Peranan dari aspek Politik

-Pembesar menduduki hairaki yang kedua selepas sultan.Pembesar mempunyai kuasa untuk
menasihati raja atau sultan dalam melaksanakan pemerintahannya.Juga menasihati sultan berkaitan
dengan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil. Pembesar peringkat daerah dan
kampung juga bertanggungjawab menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah kecuali
hukuman mati.
- Pembesar juga berkuasa melantik bakal pengganti atau menentukan putera mahkota, menentukan
bakal permaisuri dan menentukan lokasi istana.Contoh Di negeri Sembilan, empat orang Undang dari
Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol akan menentukanpengganti Yang Dipertuan Besar.
-Terdapat juga pembesar-pembesar peringkat istana yang terlibat secara langsung dalam penggubalan
undang-undang negeri. Pembesar peringkat istana seperti Penghulu Bendahari pula berperanan
penting dalam hal ehwal istana terutama dalam adat-istiadat diraja. Penghulu Bendahari juga akan
mengetuai upacara adat-istiadat istana dan diraja.
-Pembesar-pembesar akan dianugerahkan daerah pentadbiran masing-masing. Sebagai contohnya,
Ngah Ibrahim telah dianugerahkan kawasan pegangan yang menjadi kawasan pemakanannya di
Daerah Larut, Perak. Mereka akan memastikan keamanan,kesejahteraan dan kebajikan semua
penduduk dalam daerah jajahannya dan akan melaporkan kepada sultan.
-Pembesar daerah memperoleh hak memerintah sesebuah kawasan melalui surat tauliah daripada
sultan atau Yang Dipertuan Besar. Kawasan pentadbiran pembesar ini dikenali sebagai ‘kawasan
pegangan’ yang merupakan anugerah daripada sultan kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang
mereka atau menjadi pentadbir daerah atau jajahan.

2. Peranan dari aspek Sosial

-Pembesar menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat.Titah perintah raja juga akan
disampaikan kepada rakyat melalui pembesar.Biasanya pembesar peringkat kampung merupakan
pembesar yang paling rapat dengan rakyat jelata.Selain menjaga kebajikan rakyat,pembesar juga akan
memastikan mereka taat setia kepada sultan.

STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
- Pembesar bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buah dan memastikan seluruh masyarakat di
kawasannya taat sultan.
- Pembesar menjadi hakim dlm sesuatu perbicaraan bagi menyelesaikan perselisihan anak buah di
daerah jagaanya.
- Pembesar dikehendaki membekalkan tenaga buruh utk membina istana baharu, kapal utk sultan,
panggung atau pentas serta perhiasan istana utk sesuatu perayaan. Pembesar melaksanakan tugas
tersebut melalui sistem kerah di kawasannya.

3. Peranan dari aspek Ekonomi

-Membantu membangunkan ekonomi negeri. Para pembesar seperti syahbandar pula


bertanggungjawab untuk memastikan urusan perdagangan dalam negeri berjalan lancar.Mereka
menentukan timbangan dan sukatan yang betul.Menjaga kebajikan dan keselamatan golongan
pedagang di gudang dan pelabuhan-pelabuhan. Memantau penggunaan mata wang dalam urusan
perdagangan..
-Pembesarjuga lebih berkuasa dalam kegiatan ekonomi.Pembesar menguasai hasil perlombongan bijih
timah dan menjalankan kegiatan perlombongan melalui sistem serah dan sistem kerah. Mereka
memperoleh sumber pendapatan lumayan yang mampu menyara anak buah mereka.
- Pembesar juga menjalankan kegiatan perdagangan tetapi dgn izin sultan. Namun, mereka tidak
terlibat secara langsung kerana mereka hanya mengeluarkan modal. Urusan perdagangan dijalankan
oleh wakil-wakil yang dilantik.
- Pembesar berperanan sebagai pemungut cukai bagi pihak sultan. Mereka diberi surat tauliah oleh
sultan untuk memungut cukai.-Pembesar daerah dan kampung juga akan memastikan semua rakyat
dalam daerah kekuasaannya akan membayar cukai bagi pihak sultan.Contohnya,di negeri Perak,
pembesar mengenakan cukai terhadap barangan yang dibawa melalui Kuala Kinta.$12.50 sen
bagisetiap pikul kulit haiwan dan $ 4.00 untuk setiap bahara bijih timah. -pembesar akan menghantar
‘Orang Kalur’untuk melawat kampung bagi mengutip cukai sebanyak 50 sen bagi satu keluarga sebagai
tanda kekuasaan.-sebahagian daripada hasil pungutan cukai akan digunakan dan sebahagian lagi akan
diserahkan kepada sultan sebagai lambang kesetiaan.

Penutup
-sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu ,golongan pembesar Melayu mempunyai
kuasa politik,ekonomi dan sosial yang tiada batasnya. Namun kekuasaan mereka tidaklah melebihi
kekuasaan raja atau sultan.- campurtangan British secara rasmi pada tahun 1874 dan pengenalan
sistem residen telah menjejaskan kedudukan pembesar melayu dari aspek politik, ekonomi dan social

STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
No 2. BINCANGKAN USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH KAUM MUDA DALAM
MEMBANGKITKAN KESEDARAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU PADA ABAD KE-20

Pengenalan

-Lepasan Timur Tengah terpengaruh dengan gerakan Pan Islam


-tujuan dan matlamat penubuhan kaum Muda
-tokoh; Sheikh Al-Hadi ,Sheikh Tahir Jalaluddin

ISI;

1. Galak penglibatan ekonomi

-penubuhan koperasi
-galak orang melayu berniaga kerana Islam galakkan perniagaan
-Usaha tingkatkan ekonomi orang Melayu
-penubuhan koperasi
-kursus kemahiran
-kemudahan bank

2. Menerbitkan akhbar Al-Imam.

-memberikan sumbangan dalam pemulihan agama


-mengandungi idea-idea tentang perubahan social
-Menyeru orang Melayu menghayati ajaran Islam berpandukan al-Quran dan Hadis.
-Menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan ekonomi orang Melayu
-majalah ; Edaran zaman,Saudara
-Novel ; Hikayat Faridah Hanum,Hikayar Nurul Ain.

3. Mendirikan Madrasah

-bertujuan menyebarkan idea pembaharuan


-Menekankan pendidikan akademik seperti mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris
-Contoh Madrasah Al-Masyhur al-Islamiah dan Madrasah Al-Hadi, Maahad Al-Syarif di Gunung
Semanggol, Perak

4. Emansipasi Wanita

-meningkatkan taraf wanita., perlu tuntut ilmu untuk majukan diri


-tinggalkan amalan tradisi (golongan wanita hanya tinggal didapur)

STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
-peluang pendidikan
-peluang pekerjaan

5. Mempengaruhi penubuhan persatuan

-KMM pertubuhan Melayu bersifat politik yang pertama


-Menyemarakkan semangat nasionalisme orang Melayu.
-Menentang British,wujudkan semangat perpaduan dalam kalangan pemuda
Melayu.
-Akhbar Warta Malaya bangkitkan sentiment anti British .

Kesimpulan.

Asas kepada kebangkitan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu walaupun dapat tentangan Kaum
Tua.

No 3 SOALAN: Bincangkan bidang kuasa Yang DiPertuan Agong sebagai ketua negara yang
berasaskan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Pendahuluan
 Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dalam sistem raja berperlembagaan di
Malaysia dan bidang kuasa baginda ditentukan oleh perlembagaan.
 Baginda berada di kemuncak di antara ketiga-tiga bidang kuasa perundangan, eksekutif, dan
kehakiman.
 Jawatan Yang di-Pertuan Agong mula diwujudkan pada tahun 1957. Jawatan ini adalah unik dan
satu-satunya jawatan seumpama itu di dunia dengan seorang raja berperlembagaan
memegang jawatan secara dipilih dan bukannya dilantik seperti di negara lain yang
mengamalkan sistem beraja.

Isi
1. Raja Berperlembagaan
 Satu sistem raja tertakluk kepada perlembagaan.
 Bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri (kabinet).
 Sebagai ketua negara manakala Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan.
2. Kuasa Perundangan(Legislatif)
 Satu komponen Parlimen dan berkuasa memanggil, menangguh dan membubar Parlimen.
 Perkenan undang-undang yang diluluskan parlimen dalam tempoh 30 hari sebelum rang
undang-undang diwartakan sebagai undang-undang.

STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
 Berkuasa melantik 44 ahli Dewan Negara, Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
 Kuasa budi bicara melantik Perdana Menteri.
 Berkuasa menolak dan menerima permohonan Perdana Menteri membubar parlimen.
 Menitah Raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincang keistimewaan,
kedudukan, kehormatan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu.
3. Kuasa dalam badan pelaksana (eksekutif)
 Kuasa eksekutif YDPA merujuk perkara 39 dan 40 perlembagaan.
 Berkuasa melantik pengerusi dan tiga ahli SPR, ahli Perkhidmatan Kehakiman, Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi SPA atas budi bicara.
 Berkuasa melantik Peguam Negara dan Ketua Audit Negeri bagi persekutuan (kecuali Sabah dan
Sarawak)
 Berkuasa melantik Yang DiPertua Negeri bagi Sabah, Sarawak, P. Pinang dan Melaka.
 Berhak mendapat sebarang maklumat pentadbiran daripada kabinet.
4. Kuasa dalam badan kehakiman (judisari/yudikatif)
 Mengampun dan menangguh hukuman oleh mahkamah tentera.
 Kuasa melantik Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan, Mahkamah Tinggi setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri dan Majlis
Raja-raja.
 Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
 Bertanggungjawab menjaga keistimewaan dan kedaulatan orang Melayu.
 Ketua agama Islam peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang tidak beraja.
 Memberi tauliah kepada duta luar negara yang berkhidmat di Malaysia.
 Berkuasa mengisytiharkan undang-undang Darurat apabila keselamatan negara terancam.

Kesimpulan
 Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
 Yang Dipertuan Agong merupakan salah satu komponen parlimen Malaysia yang memainkan
peranan penting dalam sistem pentadbiran Malaysia

No 4. Huraikan faktor pemberontakan masyarakat Jawa terhadap pentadbiran Belanda di Indonesia


antara tahun 1825 – 1830

Pengenalan 
Perang Jawa meletus dari 20 Julai 1825 sehingga 28 Mac 1830. Peperangan ini juga dikenali sebagai
Perang Depo Negoro kerana ianya dipimpin oleh Depo Negoro atau Pengeran Anta Wira, iaitu putera
Sultan Amangkubuwono III dari keturunan Jogjakarta. Perang Jawa bukan sahaja merupakan
penentang rakyat Jawa terhadap Belanda, tetapi juga terdapat orang-orang Cina kerana kegiatan-
kegiatan mereka telah menimbulkan pelbagai penderitaan kepada rakyat Jawa.

1. Politik 
Pada tahun 1814, Sultan Amangkubuwono III dari Kesultanan Jogjakarta mangkat. Baginda
meninggalkan dua orang putera iaitu Depo Negoro dan Mas Djorat yang masing-masing beribukan
STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
rakyat biasa dam keturunan raja. Atas nasihat pembesar-pembesar, Stamford Raffles yang menjadi
Leftenan Gabenor Jawa ketika itu melantik Mas Djorat sebagai Sultan Amangkubuwono IV. Untuk
mengelakkan penentangan Depo Negoro, Raffles berjanji akan melantik Depo Negoro sebagai Sultan
selepas kematian Mas Djorat. Pada tahun 1822, Mas Djorat mangkat. Belanda yang kembali
memerintah Jawa melantik putera Mas Djorat iaitu Raden Menol yang berumur 2 tahun sebagai Sultan
Amangkubuwono V. Tindakan Belanda tidak melantik Depo Negoro menyebabkan beliau menentang.
Belanda melantik Raden Menol sebagai Sultan dengan tujuan untuk mengurangkan pengaruh Depo
Negoro serta untuk memudahkan dasar peluasan kuasa. Walau bagaimanapun, terdapat ahli-ahli
Sejarah yang menegaskan Belanda sememangnya tidak mengetahui adanya janji antara Raffles dengan
Depo Negoro.

Tindakan Belanda untuk mengurangkan pengaruhnya telah mendapat bantahan Depo Negoro. Sebagai
contoh, dalam menjalankan pentadbiran Jogjakarta, Belanda tidak pernah berunding dengan Depo
Negoro walaupun beliau telah dilantik sebagai Pemangku Sultan. Hubungan baik yang wujud antara
Perdana Menteri, Pateh Denuredjo yang merupakan musuh Negoro telah menambahkan kemarahan
beliau.

Depo Negoro juga tidak setuju dengan campur tangan Belanda dalam hal-ehwal Jogjakarta. Belanda
telah melantik Smissert sebagai residennya di Jogjakarta. Campur tangan Belanda telah menyebabkan
beberapa wilayah Jogjakarta seperti Kedu, Madiun dan Magelang telah dikuasai oleh Belanda.

2. Ekonomi 

a. Pembatalan sistem sewa tanah


Pada tahun 1823, Van der Capellan telah mengeluarkan undang-undang tanah baru. Mulai 1 Januari
1824, sistem sewa tanah yang diamalkan selama ini dibatalkan. Pembatalan sistem sewa tanah telah
menimbulkan bantahan golongan bangsawan dan petani-petani Jawa terutamanya di Jogjakarta dan
Surakarta. Telah menjadi amalan tuan tanah sejak awal abad ke-19 untuk menyewakan tanah mereka
kepada pengusaha-pengusaha Eropah dan Cina lebih-lebih lagi pengusaha-pengusaha ini tidak
dibenarkan membeli tanah. Van der Capellan menganggap tindakan ini bukan sahaja merugikan tuan
tanah tetapi juga kerajaan. Mengikut undang-undang tanah yang baru, tuan tanah diminta
mengembalikan wang yang telah diambil dari pengusaha. Walaupun undang-undang ini dapat
mengelakkan tuan tanah kehilangan tanah tetapi ianya dianggap sebagai satu bebanan oleh tuan
tanah. Pembatalan sistem sewa tanah telah menutup satu sumber pendapatan tuan tanah. Selain itu,
wang yang diambil dari pengusaha telah pun dibelanjakan. Antara tuan tanah yang terlibat ialah Depo
Negoro. M.C. Ricklefs dalam bukunya ?A History of Modern Indonesia? menegaskan pembatalan
sistem sewa tanah merupakan langkah terakhir yang membangkitkan penentangan rakyat Jawa
terhadap Belanda. Pembatalan sistem sewa tanah juga membebankan petani-petani kerana mereka
telah dipaksa oleh tuan tanah untuk bekerja lebih kuat lagi bagi menambahkan pengeluaran supaya
tuan tanah dapat mengembalikan wang kepada pengusaha. Petani-petani tidak menentang tuan tanah
kerana mereka mengetahui keadaan ini berlaku akibat tindakan Belanda.

STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
b. Cukai

Perang Napoleon telah menjejaskan ekonomi Belanda. Pada tahun 1815, hutang Belanda telah
meningkat 600 juta guilders. Gabenor Jeneral yang dilantik di Jawa selepas Perang Napoleon iaitu Elout
(1816), Buysken (1817) dan Van der Capellan (1819) telah diarahkan untuk melaksanakan rancangan
bagaimana Jawa dapat digunakan untuk membantu ekonomi Belanda. Antara langkah yang dijalankan
oleh Belanda ialah rakyat Jawa dikehendaki menjual hasil mereka kepada Kerajaan Belanda dengan
harga yang lebih rendah daripada harga pasaran sebagai sumbangan rakyat Jawa untuk ekonomi
Belanda. Selain itu, rakyat Jawa juga dikenakan pelbagai cukai yang tinggi. Salah satu cukai yang
dianggap membebankan ialah cukai sempadan. Di bawah sistem cukai sempadan, rakyat Jawa yang
melalui tanah kerajaan dikehendaki membayar cukai. Hak memungut cukai telah diserahkan kepada
orang Cina yang mengambil kesempatan mengenakan cukai tambahan seperti cukai pintu gerbang,
cukai jambatan dan sebagainya yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh Belanda.

c. Kemelesetan

Kemelesetan ekonomi telah berlaku pada 1820-an. Pada tahun 1822, berlaku kejatuhan harga kopi.
Kejatuhan ini membebankan ekonomi rakyat Jawa kerana majoriti rakyat Jawa bergantung kepada
hasil kopi. Kehidupan mereka bertambah sulit apabila mereka terpaksa membayar pelbagai cukai yang
dikenakan oleh Belanda.

d. Orang Cina
Orang Cina bukan sahaja bertindak sebagai pemungut cukai tetapi juga sebagai orang tengah dan
peminjam wang. Sebagai orang tengah, mereka membeli hasil rakyat Jawa dengan harga yang lebih
rendah. Sebagai peminjam wang pula, mereka mengenakan bunga yang tinggi ke atas pinjaman orang
Jawa. Kegiatan orang Cina telah menambahkan lagi penderitaan rakyat Jawa.

3. Sosial 

a. Jalan raya
Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina jalan raya dari Megelang ke Jogjakarta melalui
tanah perkuburan nenek moyang Depo Negoro di Tegalredjo. Tindakan Belanda dianggap menjejaskan
kesucian Islam serta menjatuhkan maruah Depo Negoro lebih-lebih lagi Belanda tidak berunding
dengannya terlebih dahulu. Kemarahan Depo Negoro bertambah apabila Belanda menyerahkan
tanggungjawab membina jalan raya ini kepada Perdana Menteri Pateh Denvredjo yang merupakan
musuh Depo Negoro.

b. Islam

Depo Negoro merupakan seorang yang alim dan banyak menghabiskan masa bermeditasi di Gua
Langse di Pergunungan Silarong. Rakyat Jawa menganggap beliau sebagai pemimpin Islam Jawa

STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
dengan gelaran Sheikh Ngadburrahim dan Sheikh Ngabdul Hamid. Tindakan Belanda tidak
menyifatkannya sebagai pemimpin Islam Jawa telah mendapat bantahan Depo Negoro. Dewasa itu
telah wujud kepercayaan terhadap ?Ratu Adil? iaitu kemunculan Raja Adil yang akan menghalau
Belanda dan menghapuskan penderitaan rakyat Jawa. Kepercayaan ini diperkukuhkan dengan
konsep ?Imam Mahadi? dalam Islam. Orang Jawa menyokong Depo Negoro kerana mereka
menganggap beliau sebagai Raja Adil. Selain itu, rakyat Jawa telah diyakinkan bahawa peperangan
dengan Belanda dan Cina merupakan jihad dan kematiannya dianggap sebagai Syahid. Ketokohan
Depo Negoro bukan sahaja dapat sokongan rakyat biada tetapi juga pembesar seperti Pangeran
Natadningrat, Pangeran Djayakusomo, Pangeran Mangkubumi, Kijau Madjo dan Sentut Primiradrjo.

c. Keruntuhan moral dalam kraton

Depo Negoro juga menentang keruntuhan moral dalam kraton akibat pengaruh Belanda. Sebagai
contoh, dalam majlis yang diadakan di rumah Perdana Menteri Pateh Denurudjo, minuman keras telah
dihidangkan. Depo Negoro menganggap pengaruh Barat hanya dapat dihapuskan sekiranya Belanda
diusir dari Jawa.

Kesimpulan

Perang Jawa telah meninggalkan pelbagai kesan terutamanya terhadap nasionalisme Indonesia.
Peperangan ini merupakan gerakan anti-Belanda yang terbesar pada abad ke-19. Ahli-ahli Sejarah
menganggap Perang Jawa telah menaikkan semangat nasionalisme di Indonesia.

No 5 Nilaikan peranan yang dimainkan oleh Thibaw dalam usaha menentang penjajahan British di
Myanmar.

Pendahuluan
- Thibaw ialah putera Raja Mindon Minh (1853-1878) dilahirkan pada 1 Januari 1859 dan meninggal
dunia dalam tahanan British di India pada 19 Disember 1916.
- menggantikan Raja Mindon Minh pada tahun 1878 dan memerintah Burma sehingga 1886. Seorang
pemerintah yang lemah berbanding ayahnya , Mindon Minh.

Isi
1. Pembaharuan Raja Thibaw
 menambah jumlah jabatan dalam Hluttaw dari empat jabatan menjadi 14 jabatan. Hluttaw
merupakan sebuah badan pemerintahan pusat yang terpaksa mengikuti segala arahan Thibaw.
 menubuhkan satu unit baharu di peringkat daerah, iaitu Khayaing yang dibentuk mengikut model
pemerintahan British di India untuk memusatkan pemerintahan di Istana Myanmar Hulu.
 Myanmar Hulu dibahagikan kepada sepuluh daerah dan diletakkan di bawah Menteri Daerah.
Thibaw memperkenalkan jawatan Myo-ok mengikut model pemerintahan British di Myanmar Hilir.
Namun kuasa mutlak masih di tangan Thibaw.

STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
 Perbendaharaan Myanmar Hulu mengalami masalah kekurangan sumber pendapatan. Untuk
mengatasi masalah, Thibaw bertindak menindas dan memaksa rakyat membayar cukai-cukai yang
tinggi.
 Pemerintahan Thibaw tidak disukai oleh rakyat Myanmar dan para pembesar.
 Thibaw bersikap menyekat perluasan kuasa British dengan sistem pemerintahan mutlaknya. Hal ini
menyebabkan hubungan British dengan Myanmar semakin renggang.

2. Hubungan dengan Perancis


 Tujuan mengadakan hubungan dgn Perancis adalah untuk menyekat kemaraan British ke
bahagian-bahagian lain Myanmar ,menyekat penempatan Residen British di Myanmar dan untuk
mendapatkan senjata api daripada Perancis.
 Thibaw telah menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris bagi menandatangani perjanjian dengan
Perancis pada 1 Januari 1885.
 Duta British di Myanmar iaitu Jules Ferry menyatakan British akan bertindak secara kekerasan jika
Perancis membekalkan senjata api kepada Thibaw.
 Untuk elakkan masalah dengan British, Perancis memberitahu British bahawa Perancis tidak akan
membekalkan senjata api kepada Thibaw tetapi mendapat kebenaran menempatkan wakil
Perancis di Mandalay dan membina jalan kereta api antara Mandalay ke Tounggo atas
perbelanjaan Perancis.

3. Hubungan tegang dengan British.


 Hubungan dengan Perancis menyebabkan hubungan Thibaw dengan British tegang.
 Khabar angin menyatakan Perancis akan mengambil alih pengurusan utama bidang ekonomi hak
monopoli diraja dan menghantar bekalan senjata api ke Myanmar.
 Thibaw membenarkan konsul Perancis dilantik dan membina sebuah pejabat konsul di Mandalay.
Selain itu, syarikat Perancis dibenarkan membuka bank,membina landasan kereta api serta
mengendalikan beberapa perkhidmatan seperti pos,kapal wap dan mengambil alih monopoli
diraja.
 Tindakan Raja Thibaw amat memeranjatkan pihak British sekaligus menyebabkan hubungan
antara Raja Thibaw dengan British semakin renggang.

4. Tindakan ke atas Bombay Trading Corporations ( Syarikat Perdagangan Bombay - Myanmar )


 Sejak pemerintahan Bodawpaya ( 1819 - 1837), Bombay Trading Corporations telah menjalankan
kegiatan pembalakan di Myanmar Hulu.
 Thibaw tidak bersetuju dengan syarikat tersebut kerana mendakwa syarikat tersebut
mengeluarkan kayu dua kali ganda daripada yang dibenarkan, memberi rasuah kepada pegawai-
pegawai Myanmar dan tidak membayar upah yang sepatutnya kepada pekerja-pekerja yang terdiri
daripada orang-orang Myanmar.
 Atas dakwaan itu, syarikat milik British ini dibicarakan dan didapati bersalah. Raja Thibaw
mendenda syarikat pembalakan tersebut supaya membayar denda sejumlah 23 juta rupee dan hak
pembalakan dirampas.
 Tuduhan ini menimbulkan kemarahan Bombay Trading Corporations. Bagi menyelesaikan masalah

STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
ini, British memohon mengadakan perundingan tetapi ditolak oleh Thibaw.
 Hal ini menimbulkan kemarahan pihak British.

5. Menggugat kedudukan British dalam kegiatan pembalakan.


 Tindakan Thibaw telah menggugat kedudukan British dalam kegiatan pembalakan dan British telah
menghantar tentera berjumlah 10 000 orang tentera ke Myanmar.
 British memberi kata dua kepada Thibaw. Pertama, mencari orang tengah untuk menyelesaikan
masalah Bombay Trading Corprations dan kedua, dasar luar Myanmar ditentukan oleh British pada
masa hadapan.
 Thibaw diberi tempoh selama lebih kurang sebulan untuk memberi jawapan.
 Thibaw dengan berani hanya bersetuju membatalkan denda yang dikenakan ke atas syarikat
sekiranya ada rayuan. Myanmar bersetuju menerima wakil British tetapi dasar luar Myanmar akan
dikendalikan sendiri oleh Myanmar. Myanmar bersetuju semua kuasa Barat akan diberikan hak
perdagangan yg sama. Myanmar juga mahu meneruskan hubungan dengan Perancis dan kuasa-
kuasa Barat lain.
 British tidak berpuas hati dengan kata putus Thibaw.
 Ini memberi alasan kepada British untuk menyerang Myanmar dan berjaya menakluki Myanmar
Hulu pada bulan Januari 1886.

Kesimpulan
 Thibaw dan keluarga dibuang negeri oleh British ke India dan meninggal dunia dalam buangan
pada 1916.
 Dengan kekalahan Myanmar dalam Perang inggeris-Burma, maka berakhirlah pemerintahan
pemerintahan Dinasti Konbaung selama 130 tahun di Myanmar.
 Myanmar menjadi tanah jajahan British di India sehingga diberi kemerdekaan pada tahun 1948..

6. Huraikan penglibatan Thailand dalam organisasi serantau pada abad ke-20 Masihi.
Pendahuluan
Thailand tidak pernah dijajah oleh mana-mana penjajah Eropah.
Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan.
Abad ke-19, kuasa-kuasa barat dapat memasuki Thailand dalam urusan perdagangan
Antarabangsa melalui dasar buka pintu.
Thailand mengambil inisiatif menyertai hubugan serantau Asia Tenggara seperti SEATO dan
ASEAN .
Tujuan penglibatan Thailand dalam organisasi adalah untuk memelihara keamanan, kedaulatan,
keselamatan dan kesejahteraan negara yang seimbang dengan negara-negara jiran Asia Tenggara.

Isi-isi Penting:
1. Pertubuhan South East Asia Treaty Organisation (SEATO).
-SEATO merupakan satu pakatan kententeraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat melalui
latihan kerjasama ketenteraan.

STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
-Tujuan SEATO adalah bertujuan melindungi wilayah yang bersempadan dengan kawasan
bergolak di Indo- China dan mahu menyekat perkembangan fahaman komunis dari Peking (China)
yang berkembang pesat serta bimbang terhadap perluasan pengaruh komunis di Thailand.
-Thailand menganggotai SEATO pada 1954 bersama-sama Amerika Syarikat, Britain, Peranchis,
Australia, New Zealand , Filipina dan Pakistan.
- Penglibatan Thailand adalah untuk kepentingan bersama rantau Asia Tenggara.
-Hasilnya Teori Domino dapat dikawal di rantau Asia tenggara
-1959, Nai Pote Sarasin (bekas Menteri Luar Thailand) menjadi Setiausaha Agung SEATO yang
pertama. 
-semasa Nai Pote Sarasin menjadi Setiausaha Agung SEATO, SEATO Graduate School of
Engineering ditubuhkan di Bangkok bagi memberikan latihan dalam sektor kejuruteraan .
Kemudian namanya ditukar kepada Institute of Technology dengan fungsi yang sama.

Thailand juga dipilih sebagai tuan rumah Pusat Pembangunan Guru dan Sekolah Ketenteraan
Teknikal Thailand di Bangkok bagi menganjurkan program teknikal untuk penyelia dan pekerja
atas tajaan SEATO.

Thaiand juga melibatkan diri secara aktif melalui SEATO dengan menganjurkan Projek Pekerja
Mahir di Thailand

  Thailand mendapat banyak kemudahan melalui SEATO ini seperti bantuan kewangan dan
ketenteraan.  Contohnya bantuan kewangan sebanyak AS24 juta tahun 1957.  Thailand juga
membenarkan Amerika Syarikat menggunakan pengkalan tentera udaranya untuk memerangi
komunis di Indo-China.
  Thailand juga melalui SEATO telah menaja pelbagai mesyuarat dan pameran mengenai budaya,
agama dan sejarah di rantau Asia Tenggara.

2. Association of South East Asian Nation (ASEAN)


  Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh menteri luar negara terbabit pada 8 Ogos 1967
telah membawa kepada penubuhan ASEAN. Anggota asalnya Thailand, Malaysia, Filipina,
Indonesia dan Singapura.  Kemudiannya diikuti oleh Brunei (7 Januari 1974), Vietnam (18 Julai
1995), Myanmar dan Laos (23 Julai 1997) dan Timur Leste.
  Matlamat utama ASEAN adalah untuk mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
dan mewujudkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. 
- Thailand bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam mewujudkan konsep ZOPFAN.(Zon
Aman Bebas dan Berkecuali) bertujuan menjaga keamanan dan keselamatan rantau Asia
Tenggara.
  Menerusi ASEAN, Thailand berusaha untuk mendapatkan sokongan PBB menghapus konflik
politik di Kampuchea semasa pemerintahan Putera Norodom Sihanouk.

STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
-Untuk memajukan ekonomi dalam sektor perdagangan anggota ASEAN, Thailand telah
mencadangkan Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang akan mengubah saluran
kawasan ASEAN kepada satu pasaranyang luas menjelang 2003. AFTA bersetuju menghapuskan
sekatan dagangan dan meningkatkan barangan keluaran negara anggota ASEAN bagi pasaran
dunia.

  Thailand menjadi tuan rumah Forum Kawasan ASEAN di Bangkok 1994 berkaitan keselamatan
kawasan ASEAN. Forum berkaitan dialog keselamatan kawasan rantau Asia Tenggara.
Keselamatan kawasan rantau Asia tenggara sekaligus akan menstabilkan politik, memajukan
sektor ekonomi, kemajuan soaial, dan perkembangan kebudayaan serantau.

  Thailand dipilih menjadi tuan rumah Perjanjian Zon Bebas Senjata dan Nuklear ASEAN di
Bangkok 1995 membuktikan tanggungjawab ASEAN untuk menjaga keselamatan negara ASEAN. 

Thailand juga menghulur bantuan kepada Kampuchea yang baru selesai mengalami konflik
politik, kehancuran ekonomi dan sosial untuk membaikpulih dan memajukan infrastrukturnya
  Thailand juga melibatkan diri dalam kerjasama dengan ASEAN, China, Jepun dan Korea dalam
konsep ASEAN+3.

Kesimpulan
  Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada pertubuha serantau sepanjang
penglibatannya sehingga kini. Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan
anggota ASEAN terutama menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama
Thailand sememangnya memerlukan hubugan dengan organisasi serantau bagi menjamin
kemakmuran dan kedudukan politik.

STPM 940/3 (Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

You might also like