You are on page 1of 16

PENGAMALAN SISTEM ADAT PERPATIH SEBELUM DAN SELEPAS

PENJAJAHAN BRITISH

Wan Kamal Mujani, Wan Hamdi Wan Sulaiman, Mohd Irman Mohd Abd Nasir

Department of Arabic Studies and Islamic Civilization, Faculty of Islamic Studies,


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

Abstract: Artikel ini membincangkan mengenai pengamalan sistem Adat Perpatih sebelum dan selepas
penjajahan British. Pengamalan sistem Adat Perpatih sebelum dan selepas kemasukan British
mempunyai perbezaan yang ketara kerana sebelum kedatangan British masyarakat Adat Perpatih tidak
bergantung dengan kuasa penjajahan dan amalan tradisi dapat dikekalkan . Pengamalan sistem Adat
Perpatih berlaku dalam aspek politik, ekonomi dan sosial dan ini mendorong kepada pengkaji untuk
membongkarkan perubahan pengamalan yang berlaku sebelum dan selepas penjajahan British. Antara
objektif kajian ini adalah untuk mengetahui pengamalan sistem Adat Perpatih sebelum dan selepas
penjajahan British. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian kepustakaan
menerusi metode historical study dan content analysis seperti penelitian terhadap buku atau kitab yang
dikaji. Kajian ini mendapati bahawa perubahan amalan yang besar berlaku dalam Adat Perpatih selepas
penjajahan British khususnya dalam kedudukan luak, pentadbiran, ekonomi (tanah adat), dan sosial.

Keywords: pengamalan, Adat Perpatih, sebelum dan selepas penjajahan British

1.1 PENGENALAN

Negeri Sembilan terkenal sebagai negeri Melayu yang berbeza dengan negeri-negeri lain di
Semenanjung Tanah Melayu kerana sebilangan besar penduduknya mengamalkan Adat Perpatih.
Ramai dari kalangan para Sarjana mendapat perhatian men genai sistem sosial Adat Perpatih, akan
tetapi tidak begitu jelas disampaikan kepada masyarakat umum amnya (Kim 1994: 3).
Menurut Norhalim (1993 17: 7) dalam artikel ‘Adat Negeri Sembilan Melalui Masa (Dengan
Merujuk kepada Luak Rembau)’ di dalam Jurnal Warisan 17, menyatakan bahawa Negeri Sembilan
adalah negeri beradat. Ini tidak bermakna negeri-negeri Melayu lain tidak mempunyai adat. Untuk
membezakan adat Negeri Sembilan dengan adat negeri-negeri Melayu lain adalah berdasarkan dua
faktor. Faktor pertama adat Negeri Sembilan, mempunyai nama umum iaitu Adat Melayu Negeri
Sembilan yang jarang digunakan, mempunyai nama yang lebih spesifik dan lebih popular digunakan
iaitu Adat Perpatih. Rujukan kepada adat Melayu di negeri-negeri lain adalah umum, tiada nama-nama
tertentu, samaada sebagai adat Melayu sahaja ataupun dengan menambah nama negeri yang
diperkatakan umpama seperti Adat Melayu Melaka atau Adat Melayu Selangor dan sebagainya. Adat di
negeri-negeri Melayu lain ini kadangkala dipanggil secara keseluru han sebagai Adat Temenggung
terutama sekali oleh masyarakat Negeri Sembilan.
Manakala faktor yang kedua, keseluruhan sistem Adat Perpatih (struktur, organisasi dan juga
institusi-institusi yang berkaitan dengannya) adalah di dasarkan kepada sistem nasab ibu. Sedangkan
adat Melayu di negeri-negeri lain adalah berlandaskan kepada sistem dua sisi yang berkecenderungan
kepada nasab bapa serta segala struktur, organisasi dan institusi-institusi yang berkaitan (Norhalim
1993 17: 7).
Adat Perpatih yang diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat watan Melayu Negeri
Sembilan menjuraikan keturunan daripada sebelah ibu. Hasil penghijrahan masyarakat Minangkabau ke
Negeri Sembilan secara berperingkat-peringkat mewujudkan satu organisasi kehidupan bermasyarakat
berteraskan kepada kelompok-kelompok iaitu suku-suku kekeluargaan. Menurut Ibrahim (1990: 55)
dalam artikelnya bertajuk Struktur Suku di Rembau, menegaskan bahawa dalam sistem Adat Perpatih di
Negeri Sembilan terdapat 12 suku antaranya Suku Biduanda, Suku Paya Kumbuh, Suku Mungkal, Suku
Tiga Nenek, Suku Tanah Datar, Suku Sri Melenggang, Suku Sri Lemak, Suku Batu Hampar, Suku Batu
Belang, Suku Anak Melaka, Suku Anak Aceh dan Suku Tiga Batu. Diantara 12 suku tersebut, Suku
Biduanda mempunyai kedudukan yang istimewa kerana keangotaan di dalam Suku Biduanda
merupakan masyarakat asal Negeri Sembilan.
Bilangan keangotaan suku-suku di setiap luak di Negeri Sembilan berubah-ubah daripada satu
luak kepada luak yang lain. Sebagai contoh di Luak Rembau, jumlah suku yang dianggotai oleh
masyarakatnya tidak kurang daripada 27, Luak Jelebu 12, Luak Johol 11, Luak Ulu Muar 18, Luak
2

Jempol 12, Luak Gunung Pasir 7, Luak Terachi 8, Luak Inas 7 dan Luak Naning di Melaka ada 49
suku. Setiap satu suku itu diketuai oleh seorang pembes ar bergelar Datuk Lembaga. Suku-suku itu pula
terbahagi kepada beberapa kelompok kekeluargaan kecil, dipanggil Perut dan ketuanya adalah
‘Buapak’. Perut pula dipecahkan kepada kelompok yang lebih kecil yang dikenali sebagai Ruang dan
diketuai oleh seorang ‘Besar’. Kelompok yang paling kecil dalam masyarakat sesebuah suku hasil
pecahan daripada Ruang adalah dipanggil sebagai rumpun dengan ‘Kedim’ sebagai ketuanya. Dalam
Pentadbiran politik, hanya Lembaga, Buapak dan kadangkala jika perlu Besar turut memainka n
peranannya dalam pentadbiran. Fungsi Besar dan Kedim kebiasaanya lebih tertumpu kepada aktiviti
sosial-budaya dalam kelompok kekeluargaan masing-masing (Norhalim 2002 55).

2.1 PENGAMALAN SISTEM ADAT PERPATIH SEBELUM PENJAJAHAN BRITISH

Sebelum kemasukan pengaruh luar iaitu penjajahan British ke dalam sistem Adat Perpatih, sebelum itu
berlakunya imigran atau penghijrahan daripada masyarakat Minagkabau daripada Sumatera Barat.
Penghijrahan masyarakat Minangkabau berlaku berperingkat-peringkat dan masing-masing membuka
penempatan. Penghijrahan awal daripada masyarakat Minagkabau dan berkahwin dengan orang asli
iaitu Jakun di Negeri Sembilan telah menjadikan mereka ini adalah suku yang paling berpengaruh di
Negeri Sembilan iaitu Suku Biduanda.
Ini dibuktikan dalam artikel bertajuk Struktur Suku di Rembau Negeri Sembilan (Ibrahim
1990: 56), menyatakan kedatangan masyarakat Minangkabau ke Negeri Sembilan seperti berikut:

“kedatangan orang-orang Minangkabau ke Negeri Sembilan khasnya ke Semenanjung amnya


adalah satu proses sejarah yang berlangsung selama berbilang abad. Kedatangan yang
berperingklat-peringkat ini juga menyebabkan terdapatnya pecahan suku yang sama tetapi
tinggal di kawasan yang berlainan.

Dengan kehadiran masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan ini, ia turut berlaku


perkembangan penduduk menjadi satu rumpun yang besar. Melalui perkembangan masyarakat dan
berpegang teguh terhadap aturan-aturan Adat Perpatih, maka ia menjadikan Negeri Sembilan ini
mempunyai keunikan tersendiri dan berpengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosial berbanding
dengan negeri-negeri lain.

2.1.1 Politik

a. Kegemilangan Rembau (Rembau and its Nine States)

Negeri Sembilan sebelum kedatangan British pemerintahannya lebih bergantung kepada sultan.
Sebelum menjelang tahun 1773, Negeri Sembilan berada di bawah Kesultanan Melayu Melaka yang
merupakan sebuah empayar yang terkuat di Nusantara. Negeri-negeri takluknya bukan sahaja
merangkumi negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu tetapi termasuk negeri-negeri persisiran di
bahagian Timur Sumatera (Wilkinson 1971: 287). Menurut buku bertajuk Sejarah Malaysia yang
dikarang oleh Watson Andaya (1983: 63), menyatakan bahawa menjelang abad ke -15 bagi
memudahkan aspek pentadbiran, Kesultanan Melayu Melaka telah melantik ketua-ketua daerah bagi
negeri-negeri di bawah takluknya termasuk (Rembau) Negeri Sembilan.
Walau bagaimanapun kegemilangan Melaka sebagai sebuah empayar tidak kekal lama.
Serangan Portugis ke atas Melaka dalam tahun 1511 mengakibatkan kemusnahan empayar tersebut
(Gullick 1958: 9). Menurut artikel ‘Pengaruh Kebudayaan Minangkabau di Malaysia’ dalam Seminar
Kebudayaan Minangkabau yang dikarang oleh Zainal (1985: 6), menegaskan bahawa selama
kekuasaan Melaka, wilayah-wilayah di Negeri Sembilan (pada ketika itu Negeri Sembilan di kenali
sebagai Rembau and its Nine State) ternyata berada di bawah lingkungan kuasa pembesar Melaka. Di
dalam karya agung Sejarah Melayu yang menggambarkan secara terperinci mengenai sejarah Kerajaan
Melayu Melaka ada menyebut mengenai daerah-daerah di Negeri Sembilan seperti Sungai Ujong dan
Kelang yang berada di bawah kekuasaan para pembesar Melaka terutama Bendahara Melaka.
Kejatuhan Kesultanan Melaka pada awal abad ke- 16 akibat serangan Portugis dan diikuti oleh
Belanda sehingga awal abad ke-19 melemahkan kekuasaan tertinggi Melayu ke atas wilayah
Minangkabau ini. Walau bagaimanapun mereka masih meneruskan taat setia kepada keturunan
Kesultanan Melaka yang terus berkuasa di Johor dan Riau. Pada peringkat awal hubungan antara
Negeri Sembilan dengan Johor amat erat seperti kata perbilangan;
3

Sa lilit Pulan Pricha (percha),


Sa limbong Tanah Melayu,
Ber raja ka Johor,
Ber tali ka Siak,
Ber tuan ka Menangkabau.

Malahan keempat-empat wilayah yang utama dalam Negeri Sembilan iaitu Sungai Ujong,
Rembau, Jelebu dan Johol pada ketika itu dipertintah oleh Penghulu yang dinaungi oleh Kerajaan Johor
(Norhalim 1988: 51). Menurut Kim (1972: 14) di dalam bukunya bertajuk The Western Malay States
1850-1873: The Effects of Commercial Development on Malay Politics, menyatakan bahawa sewaktu
Negeri Sembilan berada di bawah nanungan Johor, penghulu -penghulu tersebut telah menghantar
bunga emas atau pokok emas dalam setiap dua tahun sebagai tanda taat setia kepada kekuasaan Johor.
Menjelang tahun 1770 Sultan Johor tidak dapat lagi untuk menunaikan kewajipannya sebagai
penaung kepada luak-luak atau daerah-daerah di Negeri Sembilan, sedangkan kerajaan-kerajaan kecil
itu sentiasa menerima ancaman daripada Bugis yang sering menganggu perairan Selat Me laka. Ini
diikuti oleh peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud II pada tahun 1699 yang menyebabkan Johor
bertambah lemah untuk memberi naungan ke atas daerah -daerah di Negeri Sembilan. Sehinggalah pada
akhir abad ke 18 Raja Melewar telah di jemput untuk memegan g tampok pemerintahan di Negeri
Sembilan iaitu di Rembau. (Zainal 1985: 9).
Keadaan luak-luak di Negeri Sembilan sebelum kedatangan British, mempunyai sembilan
buah negeri antaranya ialah Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Naning, Segamat, Ulu Pahang, J elai
dan Kelang (Norhalim 1993: 8). Menurut artikel bertajuk ‘Adat Negeri Sembilan Melalui Masa’ dalam
Jurnal Warisan 17 yang dikarang oleh Norhalim (1993: 23), menegaskan sembilan buah negeri itu
bernaung di bawah Rembau, hal ini kerana Rembau mempunyai kuasa autonomi pada ketika itu.
Perhubungan antara Rembau dengan kuasa-kuasa Eropah di zaman awal ini pada dasarnya, adalah
bercirikan perdagangan. Namun, apabila Portugis dan kemudian Belanda cuba menekankan kekuasaan
dan pengaruh ke atas masyarakat Rembau, mereka bermulanya mencetuskan penentangan.
Penentangan masyarakat Rembau terhadap Portugis dan Belanda ini meruapakan salah satu
penentangan yang terawal atau pergerakkan nasionalisme terawal di Semenanjung Tanah Melayu iaitu
pada abad ke-16. Penentangan masyarakat Rembau pada ketika itu terhadap penjajahan Barat adalah
tidak diarahkan atau digerakkan oleh pemerintah, kaum bangsawan atau individu tertentu demi
kepentingan peribadi. Malah pergerakkan penentangan masyarakat Rembau tersebut adalah berbentu k
tindak balas massa iaitu melalui orang ramai atau rakyat jelata untuk mengekalkan dan
mempertahankan jati diri, bangsa, politik, ekonomi dan sosial dari dijarah oleh Portugis dan Belanda
(Newbold 1971: 79).
Pola penentangan yang sedemikian ini adalah s esuai dan selari dengan doktrin, ideologi dan
falsafah kemasyarakatan Adat Perpatih yang mereka amalkan, iaitu mendahulukan kepentingan ramai
(komunal) melalui kerjasama dan bukan kepentingan peribadi individu. Sewaktu pemerintahan Portugis
di Melaka tujuan utama penentangan ini adalah untuk menghalang mereka dari memonopoli
perdagangan Rembau. Pada zaman penjajahan Belanda pula, ia juga berpunca dari perebutan untuk
menguasai perdagangan. Di samping itu, di sebabkan oleh percubaan Belanda membebaskan oran g-
orang Portugis dan orang-orang Kristian yang dijadikan hamba di Rembau daripada tahanan Rembau
(Winstedt 1934: 48-49).
Rembau pada ketika itu merupakan negeri yang mempunyai kuasa autonomi ke atas luak-luak
sebelum kedatangan British sebagai wilayah (Sungai Ujong, Johol, Jelebu, Naning, Segamat, Ulu
Pahang, Jelai dan Kelang) bernaung dibawah Rembau , Mulai dari tahun 1540 Rembau mulai
berkembang sehingga kemuncak keagungannya pada sekitar pertengahan awal abad ke -17. Pada tahun-
tahun berkenaan Rembau telah menjadi pusat politik, ekonomi dan sosial serta kebudayaan bagi
sembilan buah penempatan (rantau) Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu. Fakta ini diakui
secara rasmi oleh kerajaan Belanda di Melaka melalui perjanjian persahabatan yang ditandatangani
pada tahun 1646 antara Rembau dengan Kerajan Belanda di Melaka (Newbold 1834: 256). Menurut
Norhalim (1993: 19) dalam artikelnya bertajuk ‘Adat Negeri Sembilan Melalui Masa’ dalam Jurnal
Warisan 17, menegaskan bahawa dalam surat perjanjian berkenaan, kerajaan Rembau telah disebut
sebagai ‘Rembau and its nine states’ (Rembau dan negeri sembilannya atau Rembau dan negerinya
yang sembilan). Istilah ini juga telah digunakan dalam perjanjian -perjanjian yang ditandatangani pada 1
Januari 1758 dan pada 11 November 1759. Nama Negeri Sembilan tidak mula digunakan lagi pada
ketika itu sehinggalah awal pemerintahan Raja Melewar iaitu Yamtuan Besar Pertama menukarkan
Negeri Yang sembilan kepada Negeri Sembilan.
4

Menurut Winstedt (1934: 54) artikelnya bertajuk ‘Negeri Sembilan: The History, Polity and
Beliefs’ dalam Journal of the Royal Asiatic Society Malaysian Branch 12(3) , menegaskan bahawa
untuk menjaga kestabilan politik dan ekonomi Rembau tiada pilihan lain melainkan menyusun semua
sistem politiknya. Rembau dan luak-luak lain memerlukan seorang penaung atau seorang raja untuk
menjadi lambang ‘keadilan’. Oleh itu, Rembau sebagai pengerak utama bersama dengan Sungai Ujong
dan Naning telah menjemput Raja Ibrahim daripada Sumatera pada tahun 1673. Walau bagaimanapun
Raja Ibrahim tidak berkesempatan untuk menduduki status berkenaan kerana pada tahun 1678 beliau
telah mati terbunuh.
Di dalam artikel yang bertajuk Inas: A Study of Local History karangan Lewis (1960 33: 65)
menyatakan di peringkat awal Sultan Abdul Jalil Shah yang merupakan penaung kepada daerah-daerah
yang merangkumi negeri yang sembilan telah melantik Daeng Kemboja (putera Bugis) sebagai ketua
mereka. Walau bagaimanapun pemerintahannya tidak diperakui oleh Penghulu (sebelum kedatangan
Raja Melewar gelaran Undang tidak diperkenalkan lagi) dari Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Ulu
Muar. Dengan bantuan Belanda dan persetujuan Sultan Johor mereka telah meminta seorang putera dari
Minangkabau untuk menjadi ketua mereka. Pada masa tersebut penghulu -penghulu dari empat daerah
yang utama iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Ulu Muar telah mengundang seorang putera dari
Pagar Ruyung untuk memulihkan keamanan dalam daerah-daerah di negeri yang sembilan.
Walaupun beberapa orang telah diterima sebagai pemimpin, namun mereka tidak cukup syarat
untuk menjadi pemimpin dalam menyatukan daerah -daerah kecil sehingga berlaku Perang Saudara
pada pertengahan kurun ke- 18 di antara Raja Melewar dengan Daeng Kemboja. Dalam pertempuran
tersebut menyebabkan Daeng Kemboja iaitu putera Bugis telah tewas dan berundur ke Riau dan
meninggal dunia. Selepas peperangan tersebut, Raja Melewar di tabal sebagai Yamtuan Besar Negeri
Sembilan pertama pada tahun 1773. Pada masa yang sama, Sultan Abdul Jalil juga telah
mengumumkan bahawa keempat-empat penghulu dari Sungai Ujong, Johol, Naning dan Jelebu tidak
lagi berada di bawah naungan kekuasaannya dan baginda telah memindahkan kekuasaan tersebut
kepada Raja Minangkabau iaitu Raja Melewar. Dengan ini berakhirlah hubungan di antara Negeri
Sembilan dan Johor yang telah berterusan sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka (Hervey
1884: 246).

b. Organisasi Politik Adat Perpatih zaman Tradisi

Adat Perpatih pada zaman tradisi atau sebelum kedatangan British terutama dalam sistem organisasi
pengamalan pemerintahannya adalah bersifat permuafakatan atau kebulatan. Ini telah dibuktikan
melalui terombo atau perbilangan adat adalah seperti berikut:

Bulat anak buah menjadi Buapak,


Bulat Buapak menjadi Lembaga,
Bulat Lembaga menjadi Penghulu,
Bulat Penghulu menjadi Raja

Perbilangan ini jelas menunjukkan bahawa, dalam pemilihan ketua-ketua adat terutama dalam
sistem pemerintahan Adat Perpatih adalah berdasarkan kebulatan atau permuafakatan . Perbilangan di
atas menerangkan permuafakatan di antara anak buah dalam suku melantik ketua mereka iaitu Buapak.
Dalam kesepakatan anak buah ini di serahkan kepada Ibu Soko [(perempuan tertua dalam Ruang,
Rumpun, Perut dan suku. Ibu Soko terlibat secara langsung melantik ketua adat dalam kelompok
kekeluargaan yang di wakili dalam sesebuah suku tersebut) (Muzium Adat 2016)] untuk
mengistiharkan siapa ketua Perut bagi suku berkenaan iaitu Buapak. Manakala untuk ke anggotaan yang
lebih besar para Perut bersidang bagi suku yang terdapat dalam sesebuah luak atau daerah berkenaan
untuk melantik ketua mereka bagi suku tersebut sebagai Lembaga. Ketua-ketua suku (suku 12 di Negeri
Sembilan) iaitu Lembaga pula bersepakat sebulat suara melantik Undang (bagi luak berundang iaitu
Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu) manakala pengh ulu (bagi luak tanah mengandung iaitu Luak
Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas). Penghulu sebelum
kedatangan British adalah di bawah naungan Yang di Pertuan Besar Sri Menanti. Untuk melantik Yang
di Pertuan Besar Negeri Sembilan pula, perlu sebulat suara daripada empat Undang atau Undang yang
Empat (Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu). Melalui perbilangan adat ini juga, dapat dilihat
kebulatan, kesepakatan dan kemuafakatan bermula dari bawah iaitu anak buah sehinggalah kepada
Undang untuk melantik Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan (Kim 1994: 6).
5

Adat Perpatih adalah satu sistem kemasyarakatan yang lengkap. Sistem ini tidak statik, tetapi
dinamik kerana memberi ruang, peluang dan peraturan terutama dalam bidang politik untuk
mengubahnya mengikut masa, keadaan dan zaman. Kedinamikan adat in i termaktub dalam
perlembagaan yang tidak bertulis tetapi dipaparkan dalam bentuk perbilangan atau terombo seperti
berikut:

Baik diterima dek muafakat,


Buruk ditolak dek rundingan,
Tak ada yang keruh yang tak jernih,
Tak ada yang kusut yang tak selesai.

Usang-usang diperbaharui,
Lapuk-lapik dikajangi.

Sekali air bah,


Sekali tebing berubah,
Sekali raja mangkat,
Sekali adat beralih,
Sekali tahun beredar,
Sekali musim bertukar (Muzium Adat 2016).

Merujuk kepada Mohtar (1977: 11) di dalam bukunya bertajuk Adat Perpatih dan Adat
Istiadat Masyarakat Malaysia. Menyatakan bahawa pada zaman tradisi pemerintahan Adat Perpatih
merupakan corak yang dimulakan dari bawah iaitu rumpun sehingga ke atas iaitu Yamtuan Besar.
Corak pemerintahan di Negeri Sembilan adalah berpandukan kepada perbilangan adat. Antara
perbilangan adat adalah seperti berikut:

Kertas mari di surat,


Di surat orang dengan pisau,
Di Aceh rajanya sedaulat,
Di darat rajanya Minangkabau.

Berpandukan kepada perbilangan di atas menunjukkan pemerintahan Adat Perpatih di darat


ialah “Minangkabau”. Hal ini bererti kebanyakan masyarakat dari Minangkabau datang ke Negeri
Sembilan menetap dan membina penempatan secara berperingkat-peringkat serta membentuk kesatuan
politik yang unik. Pemerintahan Adat Perpatih adalah bermula dari bawah iaitu rakyat. Rakyatnya
memerintah melalui wakil-wakilnya sendiri (Buapak dan Lembaga) yang dilantik oleh rakyat dan
wakil-wakil tersebut yang telah dilantik boleh dipecat jikalau dikehendaki oleh rakyat. Penentuan
pemerintah di setiap suku-suku dalam Adat Perpatih ditentukan oleh masyarakat atau keangotaan suku.
Mohtar (1977: 9) di dalam bukunya bertajuk Adat Perpatih dan Adat Istiadat Masyarakat
Malaysia juga mengemukakan pantun untuk menjelaskan keadaan pemerintahan di Negeri Sembilan.
Antara pantunnya adalah seperti berikut:

Tegak bersaudara saudara dipertahankan,


Tegak berkampung kampung dipertahankan,
Tegak bersuku suku dipertahankan,
Tegak bernegeri negeri dipertahankan,
Tegak berbangsa bangsa dipertahankan.

Pantun ini menunjukkan bahawa ‘etika kepatuhan’ perlu diterapkan oleh setiap anak buah di
dalam setiap suku. Anak buah mesti mementingkan suku berbanding kepentingan diri sendiri. Hal ini
kerana setiap orang itu hidup bermasyarakat, maka tiap-tiap anak buah itu terikat kepada masyarakat.
Anak buah tidak boleh melakukan menurut kehendaknya. Tiap sesuatu perkara yang dilakukannya
mestilah membawa keuntungan kepada masyarakat.
Sebelum penjajahan British di Negeri Sembilan, keseluruhan pemerintahan Adat Perpatih di
setiap luak mengamalkan konsep demokrasi. Ketua-ketua adat telah dipilih oleh anak buah. Setiap
suku-suku di Negeri Sembilan pemilihannya adalah sama iaitu melalu i anak buah. Jika dilihat melalui
sistem pemerintahan ini wujud konsep pengagihan kuasa terutama dalam soal pemilihan ketua adat
6

mesti bermula daripada anak buah (Abdul Rahman 1964:16). Hierarki pemilihan ketua adat, yang mana
pemilihannya bermula dari rakyat atau anak buah. Pemilihannya adalah seperti berikut:

a. Rakyat Jelata (Anak Buah dan di wakili Ibu Soko dalam setiap suku untuk perlantikan Buapak)
b. Buapak-buapak
c. Lembaga-lembaga
d. Undang (Luak Berundang) dan penghulu (Luak Tanah Mengandung)
e. Raja (Yamtuan Besar).

Pada dasarnya, golongan pemimpin dalam masyarakat Adat Perpatih terdiri dari ketua -ketua
adat iaitu Buapak, Lembaga, Penghulu, Undang serta Yamtuan Besar. Perlantikan mereka secara amnya
berlandaskan persetujuan atau ‘kebulatan’ bersama dari anak buah, iaitu pengikut-pengikut kepada
pemimpin adat dalam setiap suku dalam Adat Perpatih. Kedudukan setiap pemimpin saling
mempengaruhi dan masing-masing menerima pengiktirafan sesama sendiri selain dari anak buah.

2.1.2 Ekonomi

Suku bangsa Minangkabau di daerah Sumatera Barat Indonesia mengamalkan sistem kekerabatan nasab
ibu yang berprinsipkan adat basandi syarak, syarak basandi kitabullah . Menurut hukum adat
Minangkabu harta pusaka mesti diwariskan kepada perempuan. Pengertian harta pusaka ini
menerbitkan harta pusaka tinggi dan rendah. Harta pusaka tinggi inilah yang menjadi harta pusaka suku
yang berupa tanah adat yang seharusnya menjadi milik suku. Manakala tanah pusaka rendah pula
merupakan harta yang boleh dijadikan milik peribadi dan bukannya milik kaum suku. Bagi masyarakat
adat, tanah dianggap sebagai harta pusaka tinggi bagi suku mereka. Ini bermakna suku Adat Perpatih
itu berharta sifatnya sekaligus menggambarkan keberadaan suku mereka.
Menurut artikel bertajuk Masalah dan cabaran tanah adat Minang di dunia Melayu Malaysia
dan Indonesia yang dikarang oleh (Azima 2009: 70), menegaskan bahawa tanah adat ini merupakan
sumber ekonomi bagi masyarakat Adat Perpatih pada zaman tradisi. Hal ini kerana tanah pusaka adat
merupakan harta penting kerana ia merupakan aset penting bagi masyarakat Adat Perpatih bagi
menjamin kelangsungan hidup mereka. Pada masa dulu pengamalan tanah adat diusahakan dengan
kegiatan ekonomi seperti bersawah, bercucuk tanam dan diusahakan dengan tanaman dusun. Hasil
daripada ladang tanah adat tersebutlah mereka menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Sebelum kedatangan British, tujuan tanah pusaka itu sendiri adalah untuk memberi asas
ekonomi secukup hidup sahaja; tanah seluas kangkang kera, rumah tiang empat ba tang, sawah selopak
dua. Jarang sama sekali sesebuah isirumah dalam masyarakat Adat Perpatih yang tidak mempunyai
halaman, sawah, ladang (getah), dan dusun buah-buahan. Adat Perpatih menyediakan semua walaupun
kecil dan dikongsi, terpencil serta jauh beras ingan. Didapati, kampung halaman pada kebiasaanya
terletak di tanah daratan, sawah di bendang, ladang di lereng -lereng bukit, di pinggiran kampung dan
dusun di lerengan bukit selepas ladang. Jadinya, sawah diusahakan sekadar untuk tidak membeli beras,
bagi merasa beras baru untuk membuat pulut kuning, wajik dan dodol sahaja. Ladang pula dikerjakan
untuk mendapat duit poket bagi keperluan harian. Dusun juga dijaga sekadar buat anak cucu, sanak-
saudara merasa pada musim buah-buahan nanti (Azima 2009: 72).
Midawati & Amriah (2015: 130) di dalam artikelnya bertajuk ‘Wanita Perpatih dan
Keusahawanan di Negeri Sembilan: Suatu Tinjauan Geografi Sejarah’ dalam Malaysia Journal of
Society and Space 11(2), menegaskan bahawa peneroka asal Minangkabau bukan hanya menanam padi
di sawah, mereka juga menanam sagu di kawasan kekal yang basah, di lereng bukit yang lebih rendah
ditumpukan kepada kebun, seperti pinang dan kelapa. Di bahagian bawah kaki bukit terdapat ladang
yang ditanami dengan padi bukit (padi ladang), tembakau, tebu, kopi, lada, koko dan jagung. Kemudian
tambahan lagi sungai pula telah diempang untuk dibuatkan kolam ikan yang berguna sebagai bekalan
harian dan bekalan berterusan. Pendapatan tunai diperoleh daripada jualan kerbau, kambing dan ayam.
Hasil pertanian ditambah dengan kutipan hasil hutan termasuk damar, getah, kapur barus, kayu geharu
(kemenyan hutan) dan rotan yang dieksport melalui jalan raya dan Sungai Kuala Muar melalui Sungai
Ujong terus ke Melaka. Fakta ini menjelaskan bahawa setiap keluarga mempunyai pendapatan.
Sejak abad ke -19 telah terdapat bukti bahawa pertanian sawah padi telah berkembang di
Negeri Sembilan. Buktinya adalah seperti berikut:

“A purely agriculture life requires that the cultivator be satisfied with poor fare and that this
style of living be simple, modest and economical. As satisfying these conditions the Malays of
Negri Sembilan are an almost an ideal peasantry(sic). Heir method of (rice) cultivation are
7

excellent, they preserve their ancient habits and traditions and they are satisfied with little”
(Kato 1994: 145).

Menurut Norhalim (1992: 41) dalam artikelnya bertajuk ‘The Vanishing Culture of Adat
Perpatih’ dalam Nellie, S. L., Wong, T., Petel, V. (pnyt.). Adat Perpatih. Norhalim menyatakan bahawa
penanaman padi sawah telah dikerjakan secara intensif sebelum kedatangan British. Sawah juga
merupakan komponen penting dalam ekonomi masyarakat Adat Perpatih yang termasuk dalam harta
pusaka.

2.1.3 Sosial

Adat Perpatih merupakan adat yang kesuluruhannya menjadi teras kepada pergerakan masyarakat
Melayu Negeri Sembilan tradisional iaitu sebelum kedatangan British. Oleh itu kebanyakkan
masyarakat Adat Perpatih menjadikan perbilangan atau Terombo sebagai pengamalan dan aturan
kehidupan adalah bertujuan mengajar atau memberi pendoman kepada ahli-ahli masyarakatnya tentang
cara hidup atau aturan bermasyarakat, samaada tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga,
kelompok kekeluargaan dan masyarakat seterusnya. Contoh sifat kerjasama dan tolak ansur dalam
kehidupan harian merupakan asas bagi pembentukan hubungan silaturahim antara mereka:

Duduk berpelarasan,
Dekat rumah, dekat kampung,
Boleh pinta meminta,
Sakit pening jenguk-menjenguk,
Sejamban seperulangan,
Seperigi sepermandian,
Sehalaman sepermainan (Zainal 1994: 160).

Dari perbilangan ini wujudlah semangat kekitaan atau esprit de corps dalam masyarakat Adat
Perpatih. Apabila sikap ini telah tertanam maka mudah pula mendapat kerjasama dalam segala
pekerjaan yang memerlukan khidmat tenaga yang ramai seperti gotong-royong dalam sebarang situasi
yang perlu mempertahankan hak dan maruah keluarga, kelompok kekeluargaan, masyarakat dan
bangsa.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan,


Adat berkampung, kampung dipertahankan,
Adat bersuku, suku dipertahankan,
Adat bernegeri, negeri dipertahankan,
Adat Berbangsa, bangsa dipertahankan,
Yang berat sama dipikul,
Yang ringan sama dijinjing,
Ke bukit sama mendaki,
Ke lurah sama menurun
Yang ada sama di makan,
Yang tiada sama dicari,
Seciap umpama ayam,
Sedencing umpama besi,
Sesusun bak sirih,
Seharta sebenda,
Sepandan seperkuburan,
Sehina semalu,
Malu seorang, malu semua (Za’ba 1962: 171).

Perbilangan di atas jelas memperlihatkan hidup dalam masyarakat adalah saling bergantung
dan tiada individu yang boleh hidup sendirian. Hubungan antara individu dalam masyarakat terutama
Adat Perpatih perlu rapat seperti sirih yang tersusun dan rimbun seperti serai agar tidak mudah
diporak-perandakan oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas mereka. Setiap
anggota masyarakat perlu bersatu dalam semua perkara dan diharapkan tidak melakukan sebarang
perbuatan yang memalukan ahli-ahli sesebuah suku kerana jika seorang melakukan perkara salah, maka
seluruh masyarakat dalam sesebuah suku akan mendapat malu.
8

Terombo atau perbilangan adat tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan masyarakat Adat
Perpatih di Negeri Sembilan. Hal ini kerana teromba merupakan suatu aturan hidup harian mereka
untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang di hadapi dalam masyarakat Adat Perpatih atau untuk
melakukan sesuatu upacara dan sebagainya dalam masyarakat Adat Perpatih (Dharmawijaya 1994:
395).
Dalam perkahwinan Masyarakat Adat Perpatih, ia telah diceritakan di dalam terombo atau
perbilangan adat supaya orang Semenda (menumpang) atau masyarakat Adat Perpatih sendiri yang
akan berkahwin suapaya mematuhi segala perintah adat agar kehidupannya terjamin setelah mereka
melangsungkan perkahwinan. Sebagai contoh perbilangan adalah seperti berikut:

Bila bersemenda di mana-mana suku,


Sahlah kata adat,
Air orang disauk,
Ranting orang dipatah,
Adat orang diturut,
Di mana bumi dipijak,
Di Situ langit dijunjung,
Masuk kandang kerbau menguak,
Masuk Kandang kambing mengembik,
Bagaimana adat di tempat semenda,
Dipakailah,
Lain lubuk lain ikannya,
Lain padang lain belalangnya,
Alur sama diturut,
Jalan sama diturut,
Jalan sama ditempuh,
Adat sama dipakai,
Lembaga sama dituang,
Meniru pada yang ada,
Meneladan pada yang sudah (Aiani Sudeen 1998: 184).

Melalui perbilangan adat ini jelas menghuraikan kepada masyarakat yang telah berkahwin dan
tinggal di tempat isteri atau suami harus pandai membawa diri dan hendaklah mengikut aturan adat
yang telah ditetapkan di tempat itu. Walau agak berlainan dengan tempat sendiri, mereka haruslah
mengikutnya dan sama-sama bertanggungjawab terhadap masyarakat di situ seperti yang
diperbilangkan:

Orang semenda seresam,


Tempat semenda seadat,
Buat seorang buat semua,
Berjalan serentak,
Melenggang seayun,
Lemah melapis,
Condong menumpng.

Setiap ahli itu penting dalam masyarakatnya dan tidak terkecuali daripada tanggungjawab
kepada masyarakat. Ini menunjukkan bahawa betapa tingginya pandangan hidup masyarakat Adat
Perpatih yang mementingkan ahli-ahlinya walau bagaimanapun keadaan fizikal mereka. Semua
individu dianggap sebagai anggota masyarakat dan sudah tentu mereka diterima baik. Untuk tidak
mengecewakan dan supaya merasakan diri mereka dihargai, masyarakat telah memberikan peranan
tertentu (Norhalim 1996: 56).
Masyarakat Adat Perpatih pada zaman tradisi di dalam kehidupan sosialnya, pengamalanya
menjuruskan kepada terombo dan perbilangan adat untuk menunjukkan sesuatu situasi yang berlaku
dan menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku di dalam sesebuah masyarakat dalam Adat
Perpatih. Sebagai contoh di dalam pertunangan pun, perbilangan adat turut disertakan seperti berikut:

Cincin sebentuk menanya ibu bapanya,


Cincin dua bentuk oso sekata,
Oso sekata, kata dibalikkan,
9

Tak oso sekata, cincin dibalikkan,


Oso sekata janji diikat,
Janji dibuat dimuliakan,
Dalam janji digaduhkan,
Sampai janji ditepati,
Helah si lelaki loncor tanda,
Helah si perempuan ganda tanda,
Sawan gila di luar janji.

Perbilangan di atas menerangkan peraturan istiadat pertunangan. Setelah kedua -dua pihak
bersetuju dan mengikat janji, maka pertunangan itu dijalankan dan semasa dalam tempoh pertunangan,
jikalau pihak lelaki memutuskan ikatan tersebut; maka cincin dan barang -barang iringan menjadi milik
pihak perempuan. Jika pihak perempuan pula memutuskan pertunangan, mereka dikehendaki
menggandakan cincin dan barang yang diterima sebelumya. Jika ditimpa musibah seperti penyakit gila
atau sawan, kedua-dua pihak dikecualikan daripada dendaan ini (Abdul Rahman 1964: 46).
Setiap sesuatu yang berlaku di dalam masyarakat Adat Perpatih mesti diselesaikan melalui
terombo dan perbilangan untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutama dalam sosial masyarakat Adat
Perpatih pada zaman tradisi.

3.1 PENGAMALAN SISTEM ADAT PERPATIH SELEPAS PENJAJAHAN BRITISH

Selepas mengukuhkan kedudukannya di negeri Perak, Gabenor British iaitu Sir Andrew Clarke secara
beransur-ansur beralih ke negeri-negeri Melayu yang lain terutamanya Negeri Sembilan. Walaupun di
peringkat awal British hanya menguasai enam daripada sembilan daerah tetapi secara berperingkat -
peringkat British berjaya memasukkan kesemua wilayah di bawah pengaruhnya. Perjanjian Negeri
Sembilan atau persekutuan negeri-negeri (Negeri-negeri Melayu Bersekutu; Persetiaan Persekutuan
1895) yang telah ditandatangani pada 8 Ogos 1895 merupakan langkah terakhir yang membawa kepad a
persekutuan kesemua sembilan daerah di bawah perlindungan British dan penerimaan seorang
penasihat yang bergelar Residen British
(Maxwell & Gibson 1924: 64-65).
Menurut buku bertajuk Treaties and Egagements Affecting the Malay States and Borneo yang
dikarang oleh Maxwell dan Gibson (1924: 65), menyatakan bahawa perhubungan di antara penduduk
Negeri Sembilan dengan British boleh dikatakan telah lama bermula. Namun di peringkat awal
perhubungan tersebut, British tidak berniat untuk campurtangan secara kese luruhan dalam struktur
politik daerah-daerah di Negeri Sembilan. Tumpuan British hanyalah ke atas wilayah-wilayah yang
kaya dengan bijih timah seperti Sungai Ujong dan Jelebu agar kedudukannya dalam gelanggan
ekonomi tempatan tidak terjejas disebabkan huru-hara yang berlaku dalam wilayah-wilayah tersebut.
Campurtangan British di Negeri Sembilan bermula dengan daerah Naning dalam tahun 1800 an.
Naning terletak di bahagian Utara Melaka dan Timur Johol serta berhadapan dengan Rembau di sebelah
Barat. Dari permulaan campur tangan di Naning tersebut, telah membawa banyak pergolakan dan
perjanjian di antara pembesar-pembesar di Negeri Sembilan sehinggalah pada tahun 1898 Negeri
Sembilan muncul sebagai sebuah persekutuan.

3.1.1 Politik

a. Keadaan Luak atau Daerah Selepas Kemasukkan British

Selepas kemasukan British, Negeri Sembilan dapat dibahagikan kepada dua jenis pewilayahan moden
dan tradisi. Menurut Norhalim (1993: 8), artikelnya bertajuk ‘Adat Negeri Sembilan Melalui Masa’
dalam Warisan: Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan 17 , menegaskan
bahawa berdasarkan geografi moden Negeri Sembilan terpecah kepada tujuh buah daerah. Daerah -
daerah tersebut adalah Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson (ciptaan British), Rembau, Seremban
dan Tampin (ciptaan British). Manakala Negeri Sembilan berdasarkan kepada pentadbiran tradisi pula
adalah seperti yang wujud pada hari ini adalah gabungan beberapa buah wilayah yang dipanggil Luak.
Luak-luak tersebut adalah Gunung Pasir, Inas, Jelebu, Jempol, Johol, Rembau, Sungai Ujong, Terachi,
Tampin dan Seri Menanti.
British memperkenalkan pewilayahan moden dan tradisi pada daerah-daerah tertentu
mempunyai sempadan bersama, dan pada daerah-daerah lain sempadan luak melampaui daerah moden
atau sebaliknya. Sebagai contoh di Luak Jelebu, ia mempunyai sempadan yang sama dengan daerah
10

Jelebu. Namun pada zaman sebelum kedatangan British, beberapa bahagian daerah Seremban pada hari
ini terutama sekali kawasan yang berhampiran dengan sempadan daerah Seremban -Jelebu juga
terlingkung di bawah pentadbiran Luak Jelebu. Sebahagian besar dari kawasan Luak Sungai Ujong
pada hari ini pula ia terletak dalam daerah Seremban. Kawasan Luak Sungai Ujong yang selebihnya
hari ini termasuk dalam daerah Hulu Langat Selangor; antara lain termasuk kawasan Beranang, Broga
dan Semenyih. Di samping itu, beberapa petempatan di kawasan daerah Port Dickson yang
berhampiran dengan daerah Seremban seperti Rantau adalah sebahagian daripada Luak Sungai Ujong
(Norhalim 1993: 8).
Manakala Luak Rembau pula adalah sempadan daerah Rembau. Akan tetapi sebelum tahun
1842, Luak Tampin adalah sebahagian dari Luak Rembau. Ini bermaksud, sebelum tahun 1842 Luak
Tampin tidak wujud. Dengan kata lain, Luak Tampin pada hakikatnya bukannya sebuah luak tradisi.
Tetapi sebaliknya adalah luak baru ciptaan British. Luak Johol pula terletak di sebahagian dalam daerah
Kuala Pilah dan sebahagian lainnya dalam daerah Tampin. Luak-luak seperti Gunung Pasir, Inas,
Terachi dan juga Seri Menanti terlingkung dalam daerah Kuala Pilah. Luak terakhir adalah Luak
Jempol mempunyai sempadan yang bertindang lapis dengan daerah Jempol kini (Norhalim 1993: 8).

b. Organisasi Politik Adat Perpatih Selepas Kemasukkan British

Pengamalan struktur politik Adat Perpatih selepas kemasukkan British mempunyai dua peringkat iaitu
peringkat tradisi dan peringkat moden. Dalam struktur pemerintahan Negeri Sembilan, terdapat dua
Lembaga utama. Pertama; Yang Dipertuan Besar Raja Negeri Sembilan (merupakan Lembaga
tradisional sebagai lambang dan representasi Kerajaan Negeri Sembilan). Sedangkan kekuasaan
pemerintahan secara langsung dijalankan oleh Lembaga kedua iaitu menteri besar. Manakala Lembaga
kedua tertinggi dibantu pula oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Dewan Undangan
Negeri dengan 28 orang keanggotaan. Untuk Penasihat dalam bidang Agama dan Adat Istiadat dibentuk
Dewan Keadilan dan Undang. Dari aspek Adat dan Agama kekuasaan dipegang oleh Undang Yang
Empat iaitu Undang di Luak Sungai Ujong (gelaran Datuk Kelana Putera), Undang Luak Jelebu
(gelaran Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman), Undang Luak Johol (gelaran Datuk Johan Pahlawan
Lerla Perkasa Sitiawan) dan Undang Luak Rembau (gelararan Datuk Sedia Raja) (Muzium Adat 2016).
Tambahan lagi keistimewaan pentadbiran di Negeri Sembilan selepas kemasukan British ini
mempunyai dua pentadbiran di setiap luak iaitu Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Dewan
Keadilan. Kedua-dua dewan ini mempunyai hubungan yang baik untuk memastikan perjalanan
pertadbiran di setiap luak di Negeri Sembilan berjalan lancar. Dewan Undangan Negeri tugasnya adalah
untuk menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyatnya terutama dalam luak masing -masing.
Manakala Dewan Keadilan adalah keangotaannya adalah Undang, Lembaga dan Buapak bersidang
untuk membincangkan mengenai masalah dalaman dan luaran keangotaan dalam luak masing -masing.
Untuk menjalankan sesuatu program di dalam luak masing -masing, Dewan Undangan Negeri (ADUN)
perlu meminta kebenaran dengan Dewan Keadilan. Hal ini kerana keanggotaan atau kerakyatan dalam
setiap luak di bawah tanggungjawab Dewan Keadilan (Temubual Datuk Hj Yahya Bin Ab Ghani: 30
Mei 2016).
Dalam struktur organisasi ketua-ketua Adat Perpatih selepas kemasukan British pula, Kerajaan
British telah menghakis dan menolak keberfungsian sistem politik yang berbentuk perwakilan
berdasarkan kekeluargaan yang mencirikan kehidupan masyarakat Adat Perpatih Negeri Sembilan.
Kuasa-kuasa dan kewibawaan Undang atau Penghulu, Lembaga dan ketua -ketua adat yang lain
(Buapak, Besar dan Kadim) telah dibayangi dan diganti dengan jentera pentadbiran baru residen dan
pegawai daerah. Pegawai daerah mentadbirkan daerahnya dengan dibantu oleh penghulu mukim yang
pula disokong oleh ketua kampung. Kuasa penghulu mukim bertambah dengan meningkatnya
tanggungjawab pentadbiran kolonial. Pejabat penghulu mukim yang terletak di bahagian bawah dalam
hierarki pentadbiran British telah menjadi penting dalam pentadbiran desa. Penghulu mukim adalah
orang perantaraan antara kuasa-kuasa kerajaan sekular, keagamaan dan ketua-ketua adat di Negeri
Sembilan (Norhalim 1993: 26).
Artikel bertajuk ‘Adat Negeri Sembilan Melalui Masa’ dalam Warisan: Jurnal Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan 17 yang dikarang oleh Norhalim (1993: 26),
menegaskan bahawa tiada seorang daripada kalangan Lembaga, Buapak dan Besar yang dilantik atau
diserapkan ke dalam jentera pentadbiran British walaupun peringkat yang paling rendah. Mereka tidak
terlibat langsung dalam sebarang hal pentadbiran melainkan yang berkaitan dengan adat. Malahan
dalam isu adat pun British masih menekankan kekuasaannya. Justeru itu, menjelang tahun 1889,
dengan Rembau sebagai wilayah terakhir dinanungi British, maka selepas itu wujudlah suatu keadaan
dualistik dalam sistem politik Negeri Sembilan. Sistem dualistik ini dicirikan kepada satu pemerintahan
11

bersifat politik kesukuan (politik adat) dan satu lagi bersifat politik hegemoni (birokratik yang berkuasa
tinggi dan yang semakin dipusatkan dengan tujuan memelihara peraturan dan undang -undang,
pengutipan hasil dan pembangunan cara hidup kapitalis secara umum.
Bukti ini diperkuatkan lagi apabila biokrasi moden membahagikan Negeri Sembilan kepada
daerah yang dipecahkan kepada mukim, manakala sosiopolitik adat mengekalkan strukturnya. Namun
dalam pentadbiran, biokrasi moden mengatasi sistem adat. Kekuasaan adat hanya terhad dalam
pentadbiran adat, adat istiadat dan agama sahaja. Malah, pemimpin adat atau ketua -ketua adat juga
hilang kuasa dalam pewarisan harta tanah adat kerana kuasa terletak di tangan pegawai daerah dan
datuk adat hanya berfungsi sebagai penyiasat dan saksi sahaja. Undang atau Penghulu pula hanya
terlibat jika kes pewarisan tanah ini menemui masalah dan harus dibawa ke peringkat rayuan ( Muzium
Adat 2016).

3.1.2 Ekonomi

Menjelang abad ke-19 permintaan dunia bagi bijih timah telah meningkat berikutan dengan perusahaan
menyadur timah bagi mengetin makanan di Britain dan Amerika Syarikat. Ini menyebabka n harga bijih
timah melambung tinggi dan mengalakkan pembukaan lebih banyak lombong bijih timah seperti di
Larut, Sungai Ujong dan Rasah. Sebelum abad ke-19 kebanyakkan perusahaan bijih timah diusahakan
oleh orang Melayu terutamanya golongan bangsawan dan pembesar. Mulai abad ke -19 penerokaan
yang lebih pesat dalam bidang ekonomi telah memberi peluang kepada pelabur a sing terutamanya
masyarakat Cina dan Eropah untuk mengeksplotasi sumber tersebut. Timah dieksport melalui sungai
yang merupakan satu-satunya cara perdagangan dan komunikasi pada masa tersebut. Pada ketika itu
Sungai Linggi merupakan jalan utama bagi timah yang dieksport di Negeri Sembilan (Barlow 1995:
45).
Kemasukan British pada akhir abad ke-19 juga turut mempengaruhi ekonomi bagi masyarakat
Adat terutama terhadap penerokaan tanah untuk penanaman getah dan sawit telah membawa kesan
yang besar terhadap perekonomian di Negeri Sembilan. Kesan yang nyata ialah terhadap sawah padi
yang mana merupakan sumber ekonomi utama bagi masyarakat Adat Perpatih. Penghapusan hutan
tempatan dan kawasan tanah tinggi yang menjadi tulang belakang kehidupan bagi masyarakat se cara
besar-besaran dan pembalakan yang tidak ekologikal oleh syarikat -syarikat balak telah menyekat
penakungan air yang diperlukan untuk pertanian sawah padi. Di samping itu, pembinaan jalan raya dan
beberapa jenis binaan lain, dilakukan atas nama pembangu nan sering menggangu sistem tali air untuk
keperluan sawah padi sehingga sawah menjadi kering dan tidak boleh diusahakan lagi. Jika adapun
kawasan yang masih disaliri air, mereka masih tidak meneruskan penanaman padi kerana serangan
serangga perosak dan mengakibatkan masyarakat Adat Perpatih meninggalkan perusahaan pesawah
tersebut (Ooi 1968: 43).
Selain dari pertanian sawah padi, perkilangan atau perusahaan telah berkembang pesat di
dalam sistem perekonomian terutama di Negeri Sembilan selepas kemasukkan British. Pembangunan
industri ini mempunyai sekurang-kurangnya tiga kesan utama terhadap masyarakat Adat Perpatih.
Antaranya adalah kesan kemudahan hidup, peluang pekerjaan dan wanita sebagai pekerja makan gaji.
Dari segi kemudahan hidup perindustrian telah membantu mewujudkan atau meluaskan infrastruktur
fizikal dan sosial yang menghubungkan masyarakat desa dengan pusat -pusat bandar. Ini telah
menambahkan lagi pergantungan mereka ke atas ekonomi wang. Pelbagai kemudahan baru telah
diwujudkan seperti jalan raya, paip air, bekalan elektrik, kesihatan dan pendidikan telah membantu
memodenkan corak kehidupan masyarakat Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Namun dalam masa yang
sama juga telah melunturkan pola-pola organisasi sosial dan nilai-nilai budaya tradisional masyarakat
Adat Perpatih di Negeri Sembilan (Lim 1982: 36).
Perubahan struktural telah berlaku akibat pengenalan sistem ekonomi kolonial yang
berdasarkan perlombongan dan tanaman jualan (kopi dan getah) yang merubah secara langsung
masyarakat tani di Negeri Sembilan. Perubahan ini bukan sahaja mendatangkan kerugian yang sedikit
tetpai ia merobek aturan ekonomi dan ideologikal tradisi secara menyeluruh. Hal ini berlaku kerana
kebebasan dan kedaulatan penduduk tempatan terpupus dengan terasasnya pemerinta han kolonial.
Golongan elit tempatan, khususnya pemimpin Adat Perpatih telah kehilangan kuasa sebenar dan
dikekalkan sebagai simbol adat semata-mata. Justeru mereka juga kehilangan kuasa ekonomi. Sistem
ekonomi sawah diganti dengan suatu sistem ekonomi perdagangan yang semata-mata memenuhi
keperluan bahan mentah industri di Barat. Asas sistem ekonomi perdagangan ini adalah wang. Dengan
memperkenalkan wang, barangan sudah boleh dijual beli dan tidak perlu lagi penggunaan sistem barter.
Melalui sistem wang ini ekonomi tempatan secara langsung terungkai dengan sistem pemasaran dunia
yang berpengalaman di Eropah (Shamsul Amri 1992: 6).
12

Tambahan lagi menurut Shamsul Amri (1992: 6-7) merujuk artikelnya bertajuk Sistem
Ekonomi dan Politik Adat Perpatih: Suatu Pertimbangan dalam Kertas Kerja Seminar Projek Warisan
Perpatih Anjuran Permanis, Ukm. Beliau menyatakan bahawa tanah yang dahulunya dimiliki oleh
setiap rakyat atas dasar usufruct right, iaitu berhak mengerjakan apa sahaja kerana semua tanah dari
segi teorinya adalah milik raja, kini berubah kepada corak contractual right, dalam mana-mana tanah
boleh dimiliki dan boleh dibeli dalam kerangka sistem hak milik tanah yang mengandaikan bahawa dari
segi teori semua tanah adalah milik kerajaan. Dalam kontek ini tanah adat terjejas dan konsep harta
sepencarian mula menjadi popular. Tanah adat sudah menjadi komoditi yang boleh dijual beli.
Peletz (1983: 232-233) di dalam tesis Phd bertajuk A Share of the Harvest: Kinship, Property
and Social History Among the Malays of Rembau, menegaskan bahawa apabila British memasuki
Negeri Sembilan mereka mempunyai konsep yang berlainan mengenai tanah waris. Mereka
menggangap semua tanah yang tidak diusahakan adalah terbuka untuk dijual beli atau disewa bagi
menjalankan perusahaan perlombongan biji timah dan perladangan pertanian. Dengan fahaman ini,
British mula mendirikan suatu sistem pertanian ladang secara besar-besaran di atas ‘tanah waris’.
Firma-firma British turut serta dan akibatnya perusahaan perlombongan timah menjadi semakin meluas
di Negeri Sembilan. Selain itu, peladang-peladang juga kebanyakannya daripada kalangan British dan
beberapa orang Cina telah meluaskan estet-estet dan kadangkala memohon membeli jaluran tanah
kampung, malahan tanah sawah untuk tujuan konsolidasi. Keadaan ini akan menimbulkan masalah
yang serius. Ia mungkin merangsang masyarakat Melayu khususnya di Negeri Sembilan untuk
menjualkan tanah mereka kepada bangsa asing. Sekiranya mereka menjual tanah tersebut kepada
bangsa asing akan mengakibatkan masyarakat Melayu kehilangan sumber ekonomi. Di samping itu,
British secara amnya menentang keseluruhan sistem hak milik tanah secara adat di Negeri Sembilan
yang memberikan hak kepada wanita.
Perubahan ekonomi dan pembangunan yang berlaku telah mendedahkan tan ah milik orang
Melayu kepada transaksi perdagangan. Perkembangan industri getah dan pembukaan ladang -ladang di
pinggir kampung orang Melayu menyebabkan tanah di sekitar pemilikan mereka terdedah kepada
pembelian pihak pelabur. Perkembangan ini telah membawa kepada gejala kurang sihat iaitu pemilik
terpengaruh dengan harga yang ditawarkan tanpa menghirau peraturan Adat Perpatih dan menjual tanah
tersebut (Taylor 1948: 51; Nadzan 1992: 47). Buku yang bertajuk Inharitance in Negeri Sembilan yang
dikarang oleh Taylor (1948: 51), menegaskan bahawa undang-undang tanah sedia ada dilihat tidak
mampu mengatasi masalah yang berlaku. Oleh itu perkara ini telah mendorong British untuk
memperbaiki dan menyusun semula pentadbiran tanah Adat Perpatih bagi menyekat dan meme lihara
tanah adat daripada tergadai.
Konsep tanah pusaka mula diakui oleh kerajaan British pada tahun 1909 dengan pengubalan
Customary Tenure Enactment (CTE) 1909. Hal ini kerana tiada peruntukan khusus untuk tanah adat
dalam undang-undang tanah sebelumnya. Ekoran daripada itu, institusi tanah adat mulai terjerumus
kepada jurang pasaran terbuka. Penggubalan CTE 1909 telah mendatangkan masalah kepada British,
pentadbiran tanah adat menjadi bertambah rumit dan sedikit sebanyak menggangu pengurusan tanah di
peringkat pusat. Di antara kelemahan dan kepincangan yang ketara dalam CTE 1909 ialah pemindahan
hak milik tanah pusaka sama ada pusaka nenek moyang atau pusaka carian yang pada kebiasaannya
diperbuat mengikut peraturan-peraturan adat, tetapi akibat daripada penggubalan CTE 1909 tanah
pusaka yang terdapat tanda customary land sahaja ditadbir di bawah peraturan adat. Tanah pusaka yang
tidak mempunyai tanda customary land tidak tertakluk kepada peraturan adat. Dalam hal harta carian
mengikut peraturan adat, jika tanah tersebut diwarisi oleh generasi perempuan, tanah ini akan tergolong
sebagai tanah adat. Namun selepas CTE 1909 digubal semua harta carian dikeluarkan daripada
peraturan adat (Nadzan 1997: 60).
Sebelum tempoh 1909, tiada undang-undang khusus yang menghalang penjualan tanah adat,
bertepatan dengan itu enakmen ini digubal bagi menghalang penjualan tanah pusaka kepada orang yang
berlainan suku dan kepada bangsa lain. Tiap-tiap tanah pusaka sah diiktiraf sebagai tanah pusaka jika
mempunyai tanda customary land (Nordin 1976: 109).
Pegawai pemungut hasil tanah diberi kuasa untuk mencatatkan perkataan customary land ke
atas geran dan rekod pendaftaran semua tanah-tanah kepunyaan masyarakat adat. Dengan syarat, tanah-
tanah tersebut didaftarkan dalam daftar mukim dan telah ditadbir mengikut peraturan-peraturan adat
sejak tanah itu dimiliki. Selain itu, enakmen ini juga memberi kuasa kepada pegawai tersebut untuk
memadam tanda customary land apabila sesuatu tanah adat ini tidak lagi tertakluk kepada peraturan
adat. Peruntukan ini bagi menyesuaikan dengan undang -undang yang lain bagi membolehkan pemungut
hasil tanah mengambil tindakan dalam masalah di mana tiada anggota suku yang sanggup menebus
cukai yang tidak berbayar atau dalam tuntutan hutang ke atas tuan tanah yang telah meninggal dunia.
Tawaran terakhir akan dibuka kepada orang bukan adat dan pembeli berkenaan dilindungi oleh undang -
13

undang sebagai pemilik sepenuhnya dan tanah berkenaan tidak tertakluk kepada peraturan adat lagi.
Kewujudan CTE 1909 telah menonjolkan undang-undang adat lebih bersistematik namun mempunyai
beberapa kelemahan. Semangat kesukuan dalam Adat Perpatih yang memastikan tanah tidak boleh
dimiliki oleh individu selain daripada masyarakat Adat Perpatih mulai longgar dalam CTE. Walaupun
tujuan British adalah untuk memudahkan urusan tanah adat yag tidak bertuan, namun keterbukaan ini
sedikit sebanyak telah mengubah struktur peraturan adat yang sebenar (Nadzan 1997: 59).

3.1.3 Sosial

Kesan daripada perkembangan ekonomi moden selepas kemasukan British di Negeri Sembilan, ia
sedikit sebanyak telah mendorong perkembangan pengamalan sosial dalam masyarakat di Negeri
Sembilan. Perkembangan sosial di Negeri Sembilan faktor utama terjadi apabila golongan perdagangan
komersial mula terbentuk dalam susunan masyarakat tempatan dan anggotanya dari kelompok Cina dan
India. Golongan proletar imigran mula terbentuk untuk mengendalikan lombong dan bekerja di ladang
(Shamsul Amri 1992: 7).
Buku bertajuk The Western Malay States 1850-1873: The Effects of Commercial Development
on Malay Politics yang dikarang oleh Kim (1972: 152), menegaskan bahawa kemasukan British juga
telah merubah pola kependudukan Negeri Sembilan. Sebagai contoh di Rembau, sebelum tahun 1889,
bilangan penduduk bangsa asing terutama mas yarakat Cina yang berada di Rembau dalam jumlah yang
sedikit meskipun ada yang datang sebagai peniaga damar dan rotan. Akan tetapi selepas kemasukan
British masyarakat Cina telah masuk dengan jumlah yang begitu besar dan ramai yang membuat
penempatan di Negeri Sembilan. Kebanyakan daripada kalangan mereka adalah perkerja-pekerja yang
dibawa oleh British, yang pada awalnya bekerja sebagai buruh, kemudian sebagai peniaga. Di samping
masyarakat Cina, masyarakat India juga telah sampai ke Negeri Sembilan. Mereka diperkenalkan
sebagai buruh oleh British apabila mereka membuka ladang besar di sekitar tahun 1910. Perubahan
demografi ini adalah secara langsung disebabkan oleh polisi British yang sangat bergan tung kepada
pekerja import dan sekaligus memisahkan masyarakat Melayu tradisi di Negeri Sembilan secara
berperingkat-peringkat.
Artikelnya bertajuk ‘Sistem Ekonomi dan Politik Adat Perpatih: Suatu Pertimbangan ’ dalam
Kertas Kerja Seminar Projek Warisan Perpatih Anjuran Permanis, Ukm yang dikarang oleh Shamsul
Amri (1992: 7), menegaskan bahawa pengenalan sistem pendidikan moden yang bersendikan
rasionalisme Barat, sama ada dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu, secara langsung telah
memberi kesan terhadap proses pembentukkan nilai seperti meletakkan nilai ekonomi terhadap sijil
kelulusan pendidikan, mementingkan kerja berkolar putih, pergantungan kuat kepada sistem birokrasi
dan kepada pentafsir sistem berkenaan (peranan guru Melayu) dan sebagainya. Selain itu, proses
migrasi desa ke bandar yang berlaku secara besar-besaran adalah akibat pengenalan sistem ekonomi
moden kolonial bukan hanya terjadi di Negeri Sembilan sahaja, bahkan terjadi pada negeri-negeri lain.
Dalam hal ini merantau bukan sahaja boleh diaplikasikan di Negeri Sembilan sahaja tetapi di negeri
luar. Kesan proses ini kepada yang berpindah atau merantau cukup besar. Turut terlibat juga sebahagian
besar Datuk Lembaga atau Buapak yang dahulu tinggal di kawasan kampung dan selepas berlakunya
imigran ini mereka kebanyakkan berpindah di kawasan bandar.
Pembentukan nilai ini pula mencabar pemahaman dan pentafsiran rakyat umum mengenai
Adat Perpatih. Persepsi yang mengamalkan Adat Perpatih sudah mula berpecah -pecah mengikut
generasi dan umur. Golongan Tua merasakan Adat Perpatih tetap menghayati hidup mereka. Akan
tetapi golongan muda menggangap Adat Perpatih kurang penting kerana yang lebih penting adalah
pelajaran memperoleh kelayakan. Anak kepada generasi muda ini pula mula tidak mengenal Adat
Perpatih kerana ibu bapanya tidak bermastautin di Negeri Sembilan kerana demi tugas rasmi dan
pekerjaan masing-masing (Shamsul Amri 1992: 8).
Selepas kemasukan British, kehidupan masyarakat Adat Perpatih juga hidup dalam bersuku-
suku sehingga ke hari ini. Cuma yang menjadi perbezaan dengan tradisi adalah kemajmu kan
masyarakat kian bertambah dengan masyarakat India dan Cina. Setiap luak mempunyai masyarakat
campuran iaitu Cina dan India akan tetapi tumpuan mereka adalah di kawasan bandar. Kebanyakan
penduduk bersuku Adat Perpatih pada hari ini mereka lebih menempatkan diri di kawasan pedalaman.
Walaupun mereka tinggal di kawasan pedalaman seperti di Luak Inas dan Johol, masyara kat terutama
generasi muda dan anak ketua-ketua adat mencari rezeki di bandar seperti di Seremban, Port Dickson,
dan sebagainya. Ketua-ketua adat juga kebanyakan selepas kemasukan British sehingga ke hari ini,
mereka merupakan pesara kerajaan antaranya seperti guru, pegawai pendidikan daerah, sektor kerajaan
di bandar-bandar dan sebagainya (Temubual Datuk Hasanuddin Ahmad: 29 Mei 2016).
14

Menurut Datuk Perba Lembaga Suku Biduanda Dua Carak Haji Yahya bin Abd Ghani melalui
temubual di Balai Undang Rembau pada 30 Mei 2016. Beliau menegaskan ada juga dari kalangan
ketua-ketua adat seperti Buapak, walaupun memegang jawatan Buapak di Luak masing -masing, mereka
juga mempunyai pekerjaan di sektor kerajaan dan swasta. Tambahan lagi, ketua -ketua adat pada masa
kini mempunyai jawatan yang hebat di dalam sektor kerajaan dan negeri dan bukan seperti di zaman
tradisi dahulu yang hanya bergantung dengan perkeb unan, pertanian dan penoreh getah.
Dari sudut kebudayaan pula, mereka masih lagi mempunyai nilai permuafakatan dalam suku
masing-masing terutama dalam majlis merisik, pertunangan, kenduri, kebudayaan, perayaan dan
sebagainya. Masyarakat Adat Perpatih tidak boleh dipisahkan dengan permuafakatan. Sebagai contoh
jika majlis kenduri diadakan semua keangotaan suku walaupun sebahagian keangotaan berada di
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor pulang bersama-sama berganding bahu untuk
menyempurnakan majlis tersebut. Selain itu, badan-badan tertentu seperti NGO juga turut memainkan
peranan yang penting untuk menghidupkan kembali Adat Perpatih terutama terhadap generasi muda
dalam masyarakat beradat di Negeri Sembilan. Pelbagai acara yang dilakukan u ntuk menarit minat
mengenai Adat Perpatih seperti ceramah adat, program anak angkat terutama melibatkan pelajar-pelajar
ipta dan ipts dan sukaneka untuk melatih generasi muda memahami Adat Perpatih dan memupuk
permuafakatan di antara satu sama lain. Peranan NGO dan ketua-ketua adat kebanyakan di luak
masing-masing bergabung tenaga untuk memastikan Adat Perpatih hidup subur untuk generasi muda
dan generasi akan datang (Temubual Datuk Hj Yahya Bin Ab Ghani: 30 Mei 2016).

4.1 KESIMPULAN

Adat Perpatih dan budayanya telah wujud di Negeri Sembilan lebih dari 600 ratus tahun. Tamadun ini
telah melalui berbagai peringkat dan period sejarah di masa mana ianya telah dipengaruhi dan diadun
dengan berbagai aspek budaya baru, sama ada secara lembut atau secara drastik. Pengadunan itu
dimungkinkan berlaku kerana Adat Perpatih itu adalah suatu sistem yang dinamik. Ia telah berubah dan
akan berubah untuk menyesuaikan diri dengan masa, tempat dan persekitaran. Tetapi dalam proses
perubahan dan penyesuaian itu Adat Perpatih telah kehilangan keunikannya.
Sistem Adat Perpatih, walaupun tidak lagi diamalkan secara idea oleh masyarakatnya sendiri,
tetapi adalah perlu untuk dikaji semula. Ketinggian falsafah serta kemampuannya mungkin telah
menjadi satu faktor yang membolehkan Rembau dan Negeri Sembilannya tegak menentang penjajahan,
baik daripada luar (Portugis, Belanda dan British) dan dalam (Johor dan Bugis). Dari sudut ini
masyarakat Rembau dan Negeri Sembilannya menunjukkan keunikan tersendiri apabila dibandingkan
dengan nasionalisme lain seperti Dato Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya kerana kebangkitan
masyarakat Adat Perpatih ketika itu menentang penjajahan bukan atas tujuan kepentingan golongan
tertentu, golongan elit dan peribadi, akan tetapi demi menjaga maruah sebagai s ebuah kerajaan
demokrasi berdaulat dan untuk kepentingan serta kebebasan rakyat secara keseluruhannya. Akan Tetapi
melalui masa dan penularan nilai-nilai baru yang secara tidak langsung telah merubah sistem nilai dan
sikap kolektif serta komunalistik kepada individualistik serta materialistik. Maka akhirnya pada abad
ke-19, masyarakat Adat Perpatih telah terperangkap dengan nafsu lantas dapat ditundukkan. Keadaan
yang hampir serupa sedang berlaku sehingga kini.
Dalam keadaan di Negeri Sembilan, pegangan Adat Perpatih yang kukuh telah menyebabkan
adat ini menjadi suatu perkara yang dominan dalam masyarakatnya. Namun, “orang asing” dari barat
yang mempunyai budaya dan pegangan yang berbeza hadir merubah sedikit demi sedikit dan penduduk
tempatan terutamanya para pemimpin seakan-akan merestuinya dan mengakui bahawa orang barat
lebih sesuai mentadbir negeri ini. Hal ini boleh dijadikan iktibar di mana setiap masyarakat dari
golongan pemimpin hingga kepada rakyat perlulah yakin dengan budaya serta amalan yang dip egang
selama ini dan tidak boleh diganggu gugat oleh bangsa asing yang membawa budaya mereka kerana
telah jelas identiti bangsa itu sedikit demi sedikit mula terhakis dan permata adat itu mulai hilang.

5.1 RUJUKAN

Abdul Rahman bin Mohammad. 1964. Dasar-dasar Adat Perpatih. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Aiani Sudeen. 1998. Perbilangan Adat Perpatih: Satu Kajian Estetika . Serdang: Universiti Putra
Malaysia.

Andaya, B. W. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publisher.


15

Azima Abdul Manaf. 2009. Masalah dan Cabaran Tanah Adat Minang di Dunia Melayu Malaysia dan
Indonesia. Dlm. Malaysia Journal of Society and Space 6(1): 69-78.

Barlow, H. S. 1995. Swettenham. Kuala Lumpur: Southdene Sdn. Bhd.

Dato Menggarong Buapak yang Enam (Lembaga) Luak Johol Datuk Hasanuddin bin Ahmad. 2016.
Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Temubual, 29 Mei.

Dato Perba Suku Biduanda Dua Carak Lembaga Luak Rembau Datuk Hj Yahya Bin Ab Ghani. 2016.
Rembau, Negeri Sembilan, Temubual, 30 Mei.

Dharmawijaya. 1994. Perbilangan Adat Perpatih: Ditinjau dari segi keindahan bahasa. dlm. A. Samad
Idris, Norhalim Ibrahim et. Al (pnyt.). Adat Merentas Zaman. Hlm. 394-402 Seremban: Jawatan
Kuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan.

Gullick, J. M. 1958. Indegenous Political System of Western Malaya. London: Athlone Press.

Hervey, D. F. A. 1884. Rembau. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society 13: 241-258.

Ibrahim Abdullah. 1990. Struktur Suku di Rembau. Norazit Selat (pnyt.). Negeri Sembilan: Dahulu dan
Sekarang. Hlm 55-72. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.

Kato, T. 1994. The Emergence of Paddy Field in Negri Sembilan, Malaysia. Dlm. Southeast Asian
Studies 32(2): 145-172.

Kim, K. K. 1972. The Western Malay States 1850-1873: The Effects of Commercial Development on
Malay Politics. London: Oxford University Press.

Kim, K. K. 1990. Negeri Sembilan: Sejarah Awal dan Sistem Politiknya dalam Norazit (pnyt.). Negeri
Sembilan Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur: Muzium Negara.

Kim, K. K. 1994. Adat dan Perkembangan Politik: Pembangunan Masyarakat Negeri Sembilan. Dlm.
Abdul Samad Idris et al (pnyt.). Adat Merentas Zaman. Hlmn 3-8. Seremban: Jawatankuasa
Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus .

Lewis, D. 1960. Inas: A Study of Local His tory. Journal of the MALAYAN Branch of the Royal Asiatic
Society 33 (1): 65-94.

Lim Man Hui. 1982. ‘Catalism and Industrialization in Malaysia’. Dlm. Bulletin of Concerned Asian
Scholars 14(1): 32-47.

Maxwell, W. G. & Gibson, W. S. 1924. Treaties and Egagements Affecting the Malay States and
Borneo. London: Truscott and Sons Ltd.

Midawati & Amriah Buang. 2015. Wanita Perpatih dan Keusahawanan di Negeri Sembilan: Suatu
Tinjauan Geografi Sejarah. Dlm. Malaysia Journal of Society and Space 11(2) : 128-139.

Mohtar Mohd Dom. 1977. Adat Perpatih dan Adat Istiadat Masyarakat Malaysia . Kuala Lumpur:
Federal Publication.

Muzium Adat. 2016. Aras 4. Jelebu: Kuala Klawang

Nadzan Haron. 1992. Perlaksanaan Undang-Undang Adat Dalam Sistem Pentadbiran Tanah di Negeri
Sembilan. Jurnal Jebat 20: 43-55.

Nadzan Haron. 1997. Pemilikan dan Pentadbiran Tanah Adat 1800 -1960. Negeri Sembilan:
Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan.
16

Newbold, T. J. 1971. British Settlement in The Straits of Malacca . Vol. 11. Singapura: Oxford
University Press.

Nordin Selat. 1976. Sistem Sosial Adat Perpatih. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Norhalim Ibrahim .1988. Sistem Masyarakat Negeri Sembilan. Warisan: Jurnal Persatuan Sejarah
Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan 13. Hlm 50-62.

Norhalim Ibrahim. 1992. The Vanishing Culture of Adat Perpatih. Nellie, S. L., Wong, T., Petel, V.
(pnyt.). Adat Perpatih. Kuala Lumpur: Wintract (WWB/Malaysia) Sdn Bhd.

Norhalim Ibrahim. 1993. Adat Negeri Sembilan Melalui Masa (Deng an Merujuk Kepada Luak
Rembau). Dlm. Jurnal Warisan 17. Hlm 7-47.

Norhalim Ibrahim. 1996. Perkahwinan Adat di Negeri Sembilan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Norhalim Ibrahim. 2002. Tanah Adat Dulu, Kini dan Akan Datang. Warisan: Jurnal Persatuan Sejarah
Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan 25. Hlm 54-91.

Ooi, J. B. 1968. Bumi, Penduduk dan Ekonomi di Tanah Melayu . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Peletz, M. 1983. A Share of the Harvest: Kinship, Property and Social History Among the Ma lays of
Rembau. Tesis Ph.D. Machigan: The University of Machigan.

Shamsul Amri Baharuddin. 1992. Sistem Ekonomi dan Politik Adat Perpatih: Suatu Pertimbangan.
Dlm. Kertas Kerja Seminar Projek Warisan Perpatih . Hlmn 1-10. Universiti Kebangsaan
Malaysia: Jabatan Antropologi dan Sosiologi.

Taylor, E. N. 1948. Inharitance in Negeri Sembilan. Journal of the MALAYAN Branch of the Royal
Asiatic Society 21 (2): 41-129.

Wilkinson, R. J. 1971. Notes On Negeri Sembilan, Papers On Malay Subject. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.

Winstedt, R.O. 1934. Negeri Sembilan: The History, Polity and Beliefs. Journal of the Royal Asiatic
Society Malaysian Branch 12(3): 41-114.

Za’ba. 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Vol. 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Kling. 1985. Pengaruh Kebudayaan Minangkabau di Malaysia. Seminar Kebudayaan


Minangkabau. Hlm 6-14. Sumatera.

Zainal Kling. 1994. Prinsip Adat dan Pembangunan Masyarakat. dlm. A. Samad Idris, Norhalim
Ibrahim et. Al (pnyt.). Adat Merentas Zaman. Hlm. 147-165 Seremban: Jawatan Kuasa
Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan.

You might also like