You are on page 1of 5

Mersing

Mersing (Jawi: ‫ )مرسيڠ‬merupakan nama kepada daerah di timur laut negeri Johor, Malaysia.
Daerah ini mempunyai keluasan 2836.6 km2 dan jumlah penduduk 70,894 orang (2010)[3].
Daerah ini terletak 128 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru. Kini, terdapatnya pertambahan
penduduk di sini dengan adanya Institut Latihan Perindustrian, Politeknik Mersing, Sekolah
Menengah Sains Sultan Iskandar, MRSM, sebuah kem tentera Kem Iskandar dan 2 buah kem
Khidmat Negara di Sekakap dan Teluk Sari.
Mersing juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau pelancongan yang berada di sekitar
perairannya di Laut China Selatan dan pantai-pantai peranginan yang cantik. Mersing
mempunyai lebih 7 buah pulau yang menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar
negara. Mersing juga mempunyai sebuah jeti di Bandar Mersing untuk membawa para
pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan ke semua pulau-pulau yang berada di Daerah
Mersing.

Bandar/Pekan di Kawasan Pentadbiran Daerah


Mersing[sunting | sunting sumber]
 Bandar Mersing
 Bandar Mersing Kanan
 Bandar Endau
 Jemaluang

Mukim[sunting | sunting sumber]


Terdapat 10 mukim di daerah Mersing. Berikut ialah mukim-mukim yang terdapat di dalam
daerah Mersing berserta pulau-pulau rangkaian.

 Mukim Mersing termasuk Pulau Batu Chawan


 Mukim Triang termasuk Pulau Lalang
 Mukim Tenglu termasuk Pulau Setindan dan Pulau Gajah
 Mukim Penyabong termasuk Pulau Pelandok, Pulau Mawar & Pulau Puchong
 Mukim Tenggaroh termasuk Pulau Kerengga dan Pulau Lilang
 Mukim Jemaluang termasuk Pulau Belunak
 Mukim Pulau-Pulau
 Mukim Padang Endau
 Mukim Sembrong
 Mukim Lenggor

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato’ Bentara Luar iaitu Mohd
Salleh bin Perang. Tetapi menurut temu bual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato’ Bentara
Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing.
Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir
Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa
gundik Sultan Pahang.
Cerita lisan kedua Kangka ialah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal daripada
bahasa Hokkien yang bererti ‘muara’. Sekitar 1880-an, Sungai Mersing merupakan
persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang
dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai
pembuka nama mersing.
Mengikut Abdul Malek Munip, imigran-imigran Cina yang berada di seluruh negeri johor
termasuk Mersing digalakkan berhijrah daripada Maharaja Abu Bakar di bawah sistem Kang
Chu, sistem itu dijalankan di Sungai Besar Johor di mana orang Cina menanam gambir dan lada
hitam.
Sebagai menyahut saranan Baginda imigran membuka penempatan di Kangka dengan nama
Kangka Apeng dan sekarang dikenali sebagai Estet Kuala Mayang ditanami getah dan kelapa
sawit.
Nadi pembangunan Mersing ialah kegiatan pertanian seperti
rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA. Pembukaan tanah itu mengubahkan sedikit-sedikit
wajah Bandar mersing.
Daerah Mersing yang ada pada masa itu mempunyai petempatan yang berselerak seperti Lubok
(kini dikenali sebagai Pengkalan Batu, Tenglu, Sri Pantai dan tempat-tempat lain). Kesemua
tempat ini mempunyai cara yang tersendiri mendapat namanya.
Pada zaman pendaratan Jepun di Mersing, mereka telah membakar kawasan Bandar Mersing
dan memusnahkan jalan raya dan jambatan konkrit yang dibawa oleh Inggeris. Pusat
Pentadbiran Jepun masa itu, kini telah didirikan Bangunan Majlis Daerah Mersing.
Penduduk asal Mersing pula, pada zaman dahulu kala berasal dari negeri Terengganu. Hal ini
dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mengusahakan keropok lekor ikan. Ada
juga antara penduduk tempatan yang fasih bertutur dalam telor Terengganu.

Sejarah di sekitar Mersing[sunting | sunting sumber]


Kira-kira 40 km dari Mersing, terdapat sebuah pekan yang dinamakan sebagai Endau. Endau
merupakan sebuah kawasan kampung tradisi yang lama yang telah wujud. Antara kawasan yang
terkenal di Endau ialah Kg Pianggu, Kg Semaloi, Kasing dan Semanyir. Kawasan-kawasan ini
telah lama didiami dan dikuasai oleh ketua-ketua suku yang mana pada tahun 1738 Sultan
Sulaiman (Sultan Johor-Pahang) telah melawat Kuala Endau dan disambut oleh 9 ketua suku
biduanda dan diberi anugerah serta tanda peringatan berupa syiling emas tertulis "Sultan
Sulaiman Shah" di hadapan dan dibelakang "Khalifat al Mukminin" [4]. Dikatakan syiling emas ini
masih dimiliki oleh waris-waris suku kaum ini. Sebelum Perang Bendahara Pahang, Endau
adalah di bawah kekuasaan Pahang. Pada tahun 1586, diceritakan oleh d'Eredia bahawa Raja
Pahang (Pan) mempunyai banyak emas untuk dijual di Melaka dan Raja tersebut telah
menghadiahkan seketul batu emas 2 1/2 kaki panjang dari Endau (adea) sebagai hadiah kepada
Gabenor Portugis di Melaka.[5] Semasa Pahang dalam keadaan hura-hara akibat perang
Temenggong Ibrahim telah mengarahkan kawasan itu dibuka semula oleh Dato’ Mohd Ali.
Kawasan Endau terbahagi kepada dua dan menjadi medan pertempuran dalam Perang
Bendahara Pahang pada April 1861[6].
Pekan Endau dikatakan maju kerana menjadi tumpuan orang-orang Cina berniaga, menjadi
nelayan dan pembalak-pembalak di kawasan hulu Sungai Endau. Rumah-rumah rakit dibina di
kawasan pinggir Sungai Endau dan juga di muara sungai pada awal pembukaannya di Mersing.
Pada tahun 1902, Encik Awang Ali (Awang Daik) telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya
Kerajaan bagi Endau. Pada tahun 1915 hingga 1916, beliau telah dilantik menjadi Pesuruhjaya
Kerajaan bagi Endau dan bersara pada 1 Februari 1920. Pejabat Kastam juga telah ditubuhkan
pada masa itu untuk ditugaskan memungut cukai daripada pedagang-pedagang yang
menjalankan perniagaan di Pekan Endau.
Terdapat banyak bahan mentah di Endau. Antaranya kayu balak, hasil-hasil hutan seperti rotan,
damar dan juga gading gajah. Hasil-hasil laut dikeringkan dan dijual keluar dari Endau.
Kebanjiran penduduk-penduduk Cina dikawasan Endau terbukti dengan adanya perkampungan
baru yang dinamakan Kampung Hubong. Juga terdapat satu petempatan tentera bagi
mengawasi dan menghalang pengaruh komunis di kawasan tersebut. Kesan-kesan tinggalan
askar kini dijadikan sebuah sekolah agama bagi anak-anak tempatan.
Kira-kira 25 km dari Mersing dan 20 km dari Endau, terdapat sebuah pusat peranginan yang
sedang dibangunkan. Kawasan tersebut dinamakan Teluk Sari bersempena dengan cerita-cerita
orang dulu yang akan bermalam sehari di teluk itu apabila berulang-alik dari Endau ke Mersing.
Manakala nama Penyabong berasal sempena dengan kebiasaan lanun-lanun yang menetap di
situ menjadikan tempat itu sebagai kawasan menyabong ayam. Kemunduran Endau dipercayai
berpunca daripada sumpah anak Pahang bernama Damak. Antara bunyinya "bagi orang-orang
Endau, masa hadapan bandar ini tidak akan maju seperti apa yang telah saya buat". Hal ini tidak
dapat dipastikan kebenarannya namun jika benarlah maksud kata-kata itu, bermakna Endau
tidak diberi perhatian dalam usaha-usaha pembangunannya.
Pada tahun 1492, kapal yang membawa lari Tun Teja dari Pahang ke Melaka telah dikejar dan
kemudian diserang oleh askar-askar Sultan Pahang di kawasan laut sekitar Pulau Keban (kini
Pulau Aceh).[3] Menurut Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), suatu pertempuran telah berlaku di
mana Hang Nadim telah berjaya mengalahkan askar-askar Sultan Pahang diperairan Pulau
Keban di Teluk Sari. Menurut Hikayat Hang Tuah [4] pula, Hang Tuah lah yang telah memujuk
Tun Teja untuk lari ke Melaka dan beliaulah yang telah menewaskan askar-askar Sultan Pahang
di Pulau Keban. Nama Teluk Sari juga dikatakan berasal daripada nama keris Hang Tuah,
Taming Sari [5], di mana perkataan Sari (SAH-ree) bermaksud perisai lindungan (shield) di mana
di kawasan teluk tersebut telah dikatakan memberi perlindungan kepada Hang Tuah dari
serangan askar-askar Sultan Pahang. Selepas peristiwa tersebut, Tun Teja telah dimaklumkan
bahawa beliau sebenarnya akan dipersembahkan untuk menjadi permaisuri kepada Sultan
Melaka (Sultan Mahmud Shah). Tun Teja amat kecewa setelah mendengar khabar tersebut dan
enggan mengahwini Sultan Melaka. Sirih jampi telah digunakan untuk menghilangkan perasaan
cinta Tun Teja pada Hang Tuah. Perairan antara Teluk Sari ke Pulau Tinggi [6] menjadi saksi
pujuk rayu dan luahan perasaan cinta terakhir Tun Teja kepada Hang Tuah sebelum beliau
bersetuju untuk memakan sirih jampi yang disediakan. Dikatakan bahawa fenomena bintang-
bintang yang jelas kelihatan akibat keadaan ketiadaan awan antara perairan Teluk Sari ke Pulau
Tinggi pada malam tersebut kekal wujud hingga ke hari ini sempena menandakan tempat
berkuburnya cinta Tun Teja kepada Hang Tuah.
Menurut Hikayat Hang Tuah juga, Hang Tuah pernah berlayar ke Pulau Tinggi semasa beliau
kecil di mana beliau bersama-sama sahabatnya Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang
Kasturi telah mengejar perahu lanun ke Pulau Tinggi. Walaupun masih kecil, dengan ilmu
persilatan yang ada, mereka telah berjaya menewaskan lanun-lanun tersebut. Tempat
berlakunya pertempuran antara Hang Tuah lima bersaudara dengan lanun-lanun tersebut
dikatakan masih wujud iaitu di kawasan kubur lama di Pulau Tinggi.
Salah satu mukim yang terdapat di dalam Daerah Mersing yang sejarahnya berkait rapat dengan
sejarah Mersing ialah mukim Tenglu. Tenglu dikatakan mendapat nama daripada persahabatan
yang erat antara pemuda Melayu, Abul dan pemuda Cina, Lam Seng yang telah membawa
kepada kerjasama untuk menanam getah di kawasan yang terletak lebih kurang 5 batu dari
Sungai Mersing. Setelah menjalani proses pembersihan kawasan dan penanaman, mereka
menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan makanan. Abul tidak tahan menanggung
risiko ini dan ingin segera kembali ke Mersing. Beliau telah berkata kepada Lam Seng
"Tinggallah Lu" sehingga terbitlah nama Tenglu.

Tarikan pelancongan[sunting | sunting sumber]


Secara umumnya, bandar Mersing yang terletak di muara Sungai Mersing bergantung
sepenuhnya kepada sektor perikanan. Namun kebelakangan ini, industri pelancongan telah
berkembang pesat di sini. Kemudahan hotel, motel ataupun sekadar chalet tersedia dengan kos
yang berpatutan. Kemudahan ini dilengkapkan dengan wujudnya beberapa agensi pelancongan
yang terdapat di sekitar Mersing. Ia juga menempatkan kemudahan utama iaitu jeti untuk
ke Pulau Tioman, Pulau Sibu, Pulau Tengah dan pulau-pulau lain yang berhampiran dengan
menggunakan kemudahan bot, feri dan bot laju.
Terdapat sebuah filem melayu bertajuk "Sri Mersing" (1961) (arahan Salleh Ghani) yang
mengambil nama lokasi ini di mana pelakon utama ialah Nordin Ahmad, Roseyatimah,Mustafa
Maarof dan Rosnani Jamil. Filem ini menunjukkan bahawa penduduk asal Mersing dahulukala
berasal dari negeri Terengganu. Hal ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang
mempunyai penduduk yang fasih berbahasa Terengganu dan mengusahakan perniagaan
keropok lekor ikan. Anda juga terasa janggal ketika berkomunikasi dengan penduduk tempatan
yang bertutur loghat Terengganu. Terdapat satu babak akhir dipaparkan dalam filem Sri Mersing
yang berlatarbelakang Pulau Batu Cawan di muara Sg Mersing yang menjadi tanda di pintu
masuk laluan air dari arah laut.
Malah terdapat juga sebuah kawasan pesisir sungai yang baru di mana telah dibangunkan
sebuah pasar raya, pasar basah, stesen teksi dan stesen bas yang baru di sini. Mersing kini
telah menjadi satu bandar utama sebagai nadi ke arah pembangunan industri pelancongan yang
mana mempunyai beberapa agensi yang mengawal-selia seperti Jabatan Laut, Imigresen,
Kastam & Eksais, Jabatan Pertahanan Awam serta Polis. Terdapat juga sebuah pejabat utama
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) lengkap dengan kemudahan pegawai dan bot
laju mereka di bandar ini.

Pulau-Pulau Peranginan Di Mersing[sunting | sunting sumber]


 Pulau Rawa
 Pulau Sibu
 Pulau Besar
 Pulau Rawa
 Pulau Pemanggil
 Pulau Aur
 Pulau Tinggi

Pantai-Pantai Peranginan Di Mersing[sunting | sunting sumber]


 Tanjung Leman
 Pantai Air Papan
 Pantai Penyabung
 Pantai Pasir Lanun
 Pantai Teluk Buih
 Pantai Teluk Gorek
 Pulau Tanjung Resang

Pembangunan[sunting | sunting sumber]


Daerah Mersing yang sekian lama bergantung kepada sektor pelancongan sebagai aktiviti utama
ekonominya bakal berkembang lebih pesat lagi selepas ia dimasukkan dalamWilayah Ekonomi
Pantai Timur (ECER).
Sebagai satu-satunya daerah di Johor yang dimasukkan dalam ECER, Mersing boleh
mengharapkan sejumlah RM300 juta peruntukan bagi memastikan segala perancangan koridor
untuk menjadikan Mersing sebagai bandar eko-pelancongan menjadi kenyataan.
Bertepatan dengan pemilihan sektor pelancongan sebagai teras ekonomi Mersing di bawah
ECER, antara pembangunan fizikal yang pasti berlaku ialah pembangunan eco resortdi tapak 18
ekar bekas Rumah Persinggahan milik Yayasan Pelajaran Johor berhampiran dengan Hospital
Mersing. Selain daripada itu, pembinaan jalan yang lebih baik untuk memudahkan lagi
perhubungan antara daerah ini dengan bandar-bandar utama di sekelilingnya termasuk Kuantan,
Johor Bahru dan Kluang.
Meskipun belum diumumkan, satu laluan baru yang menghubungkankan Mersing dengan
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui Kluang dan Kahang akan diwujudkan. Apabila ini
berlaku, perhubungan darat antara Pantai Barat dan Pantai Timur di bahagian selatan
semenanjung akan menjadi lebih efisen.
Laluan baru yang dicadangkan untuk merancakkan lagi ekonomi kawasan ini ialah
menghubungkan Johor Bahru dengan Sedili terus ke Mersing melalui jalan pesisir pantai. Laluan
ini dilihat sebagai usaha menarik minat rakyat Singapura yang sememangnya gemar memandu
ke Malaysia terutama ke destinasi pelancongan berpantai. Mersing tidak mempunyai jaringan
kereta api tetapi boleh berbuat demikian melalui Stesen Kereta Api Kluang yang terletak 90
kilometer ke barat Mersing.Stesen kereta api ini yang paling dekat bagi daerah Mersing.
Selain pulau dan pantai, Taman Negara Endau-Rompin yang juga merupakan hutan simpan
tertua dunia terletak dalam daerah Mersing. Ia menawarkan pelancongan berbentuk
pengembaraan yang begitu popular di kalangan orang Eropah dan Amerika seperti yang dilihat
di Sabah dan Sarawak. Bagi peminat aktiviti lasak, sebuah kem latihan milik Kumpulan
Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) juga menawarkan aktiviti Ikhtiar Hidup di hutan
dan pusat latihan ini wujud semenjak 1974 di Sekakap.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menerima beberapa cadangan daripada sektor swasta
untuk memastikan Mersing benar-benar menepati statusnya sebagai antara destinasi
pelancongan utama. Antaranya ialah meluaskan kawasan daratan di Mersing dengan menebus
tanah di hadapan bandarnya supaya jeti yang digunakan untuk membawa pelancong ke pulau-
pulau berhampiran dapat digunakan sepanjang masa walaupun ketika air surut. Penebusan
tanah ini mengambil kira alam sekitar tanpa merosakkan khazanah alam sekitar. Pembinaan
lombong emas berkonsepkan eko pelancongan / pendidikan juga sedang dipertimbangkan dan
akan menaik taraf status ekonomi di Mersing. Dikatakan bahawa 80 peratus tanah di daerah
Mersing mempunyai kandungan emas dan bahan-bahan galian yang berharga.[perlu rujukan]
Ketika ini penggunaan jeti begitu terhad ketika air pasang akibat pemendapan di muara Sungai
Mersing. Pembangunan pesat yang bakal berlaku di daerah ini juga dijangka membawa kesan
sampingan seperti penghijrahan penduduk luar bandar ekoran peluang pekerjaan yang lebih
luas. Dianggarkan terdapat 56,100 peluang pekerjaan wujud menjelang 2020 di Mersing (10%
daripada jumlah peluang pekerjaan di ECER).
Mersing kini mempunyai kira-kira 83,000 penduduk dengan 65 peratus daripadanya tinggal di
kawasan luar bandar.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]


 MRSM Mersing
 ILP Mersing
 Politeknik Mersing
 Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing
 Pusat Giatmara Mersing
 SMK Mersing
 SMK Nitar
 SMK Tan Sri Abdul Kadir Tenggaroh 5 Mersing
 SMK Anjung Batu
 SMK Sri Mersing
 SMK Pai Chee
 SMK Ungku Husin Endau
 SMK(FELDA) Tenggaroh

You might also like