You are on page 1of 32

Dari Wikipedia Bahasa Melayu,

ensiklopedia bebas.
Pekan kecil Chenor yang terletak dalam
negeri Pahang adalah sebuah pekan yang
terdiri daripada beberapa buah kampung
kecil. Antara kampung-kampungnya
yang utama ialah kampung Kening,
kampung Batu Bor, kampung Sekara dan
kampung Huma Luas. Aktiviti utama
penduduk di kampung pedalaman adalah
menoreh getah, menternak ikan sangkar
dan bercucuk tanam. Dalam menghadapi
zaman globalisasi ini, ramai di kalangan
anak-anak muda kampung berhijrah ke
bandar mencari pekerjaan yang tetap.

Seabad lalu Chenor yang terletak di


pinggir Sungai Pahang pernah terkenal
dan tercatat dalam sejarah negara
sebagai pelabuhan, persinggahan utama,

pengangkutan air dan pusat pentadbiran


serta perniagaan tersohor ketika sungai
menjadi sistem perhubungan utama di
negeri ini.
Terletak kira-kira 15 kilometer dari
bandar Temerloh dan diberi jolokan
Chenor Pekan Di-Raja, ketika itu makmur
dan maju sehingga penghuninya terdiri
daripada pelbagai bangsa. Wujudnya
Kampung Raja di situ yang kekal hingga
ke hari ini, melambangkan
bermastautinnya kerabat istana di situ.
Zaman kegemilangan itu ialah ketika
pusat pentadbiran Pahang oleh Residen
Bristish terletak di Kuala Lipis, di sebelah
hulu manakala istana sultan pula di
Pekan, di sebelah hilir.

Sebagai antara penempatan awal di


Pahang, Chenor juga pernah melahirkan

pahlawan terkenal menentang penjajah


seperti lagenda Pahlawan Bukit
Segumpal. Berdasarkan buku sejarah,
orang-orang Chenor juga terlibat
membantu Tok Gajah dalam Perang
Kelang di Selangor. Ini bermakna,
pemikiran dan pergaulan penduduk
Chenor sudah bersifat global sejak
dahulu.
Setelah perubahan masa dengan
perpindahan ibu negeri ke Kuantan dan
sistem perhubungan beralih ke jalan
raya, hubungan komuniti Chenor dengan
dunia luar semakin mengecil. Ketika
kawasan sekelilingnya membangun,
Chenor pula terus malap dan seolah-olah
terus terpinggir dari arus pembangunan.
Apabila tanah-tanah rancangan Felda
dibuka, ramai penduduk mula
berhijrah.Ironinya Chenor pernah
melahirkan ramai tokoh-tokoh hebat.

Seorang menteri besar Pahang


datangnya dari sini iaitu Orang Kaya
Indera Pahlawan Wan Abdul Aziz Engku
Abdullah. Pejuang kemerdekaan terkenal
Ibrahim Yaakob yang kemudiannya
menjadi pemimpin di Indonesia, juga
berasal dari Chenor.
Chenor juga melahirkan dua orang Ketua
Setiausaha iaitu Datuk Aziz Husin dan
Datuk Yusof Yunus. Adun Chenor selama
lima penggal iaitu Datuk Tan Mohd
Aminuddin Ishak pernah berjawatan
timbalan menteri besar. Itu belum
termasuk lagi korporat dan profesional
yang berjaya menempa nama di ibu
negara.
Pada mulanya Chenor terletak dalam
pentadbiran daerah Temerloh
sehinggalah pada 1 Januari 1981, Chenor
yang terdapat kurang lebih 15 buah
kampung tradisi di dalamnya, berpindah
ke dalam pentadbiran daerah Maran

yang baru diwujudkan hasil cantuman


sebahagian Pekan, Kuantan dan
Temerloh.
Najib PM kedua turun ke Chenor

Seabad lalu Chenor yang terletak di


pinggir Sungai Pahang pernah terkenal
dan tercatat dalam sejarah negara
sebagai pelabuhan, persinggahan utama,
pengangkutan air dan pusat pentadbiran
serta perniagaan tersohor ketika sungai
menjadi sistem perhubungan utama di
negeri ini.
Terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar
Temerloh dan diberi jolokan Chenor
Pekan Di-Raja, ketika itu makmur dan
maju sehingga penghuninya terdiri
daripada pelbagai bangsa. Wujudnya
Kampung Raja di situ yang kekal hingga
ke hari ini, melambangkan
bermastautinnya kerabat istana di situ.
Zaman kegemilangan itu ialah ketika
pusat pentadbiran Pahang oleh Residen
Bristish terletak di Kuala Lipis, di sebelah

hulu manakala istana sultan pula di


Pekan, di sebelah hilir.
Sebagai antara penempatan awal di
Pahang, Chenor juga pernah melahirkan
pahlawan terkenal menentang penjajah
seperti lagenda Pahlawan Bukit
Segumpal. Berdasarkan buku sejarah,
orang-orang Chenor juga terlibat
membantu Tok Gajah dalam Perang
Kelang di Selangor. Ini bermakna,
pemikiran dan pergaulan penduduk
Chenor sudah bersifat global sejak
dahulu.
Setelah perubahan masa dengan
perpindahan ibu negeri ke Kuantan dan
sistem perhubungan beralih ke jalan
raya, hubungan komuniti Chenor dengan
dunia luar semakin mengecil. Ketika
kawasan sekelilingnya membangun,

Chenor pula terus malap dan seolah-olah


terus terpinggir dari arus pembangunan.
Apabila tanah-tanah rancangan Felda
dibuka, ramai penduduk mula
berhijrah.Ironinya Chenor pernah
melahirkan ramai tokoh-tokoh hebat.
Seorang menteri besar Pahang
datangnya dari sini iaitu Orang Kaya
Indera Pahlawan Wan Abdul Aziz Engku
Abdullah. Pejuang kemerdekaan terkenal
Ibrahim Yaakob yang kemudiannya
menjadi pemimpin di Indonesia, juga
berasal dari Chenor.
Chenor juga melahirkan dua orang Ketua
Setiausaha iaitu Datuk Aziz Husin dan
Datuk Yusof Yunus. Adun Chenor selama
lima penggal iaitu Datuk Tan Mohd
Aminuddin Ishak pernah berjawatan
timbalan menteri besar. Itu belum

termasuk lagi korporat dan profesional


yang berjaya menempa nama di ibu
negara.
Pada mulanya Chenor terletak dalam
pentadbiran daerah Temerloh
sehinggalah pada 1 Januari 1981,
Chenor yang terdapat kurang lebih 15
buah kampung tradisi di dalamnya,
berpindah ke dalam pentadbiran daerah
Maran yang baru diwujudkan hasil
cantuman sebahagian Pekan, Kuantan
dan Temerloh.
Najib PM kedua turun ke Chenor
Apabila Perdana Menteri (PM) Datuk Seri
Najib Tun Razak melangkahkan kaki ke
bumi Chenor baru-baru ini, rakyat
sebenarnya sudah lama ternanti-nanti
dengan penuh harapan. Ini disebabkan
masih ramai penduduk yang menjadi

mangsa putaran ganas kemiskinan, tidak


padan dengan kemerdekaan negara
yang sudah menjangkau 52 tahun.
Najib merupakan PM kedua selepas Dr
Mahathir yang pernah bertandang ke
Chenor. Beliau hadir merasmikan 20
buah rumah baru melalui projek perintis
program Sejahtera dan Pintar peringkat
nasional yang diusahakan di bawah
naungan Jawatankuasa Bagi Prestasi
Tinggi GLC (PCG) untuk rakyat miskin di
Kampung Teluk Melati, Chenor.
Salah seorang rakyat miskin tegar di
Pesagi, Chenor yang sempat penulis
temui ialah Haron Zainuddin, 62, yang
tinggal sebatang kara di sebuah pondok
buruk yang hanya setanding dengan
reban ayam.

Bukan saya gembira duduk begini tapi


dah jenuh minta rumah PPRT tetapi tidak
pernah ada jawapan. Saya juga tidak
pernah dapat bantuan. Saya sudah 22
tahun tinggal begini sejak pindah dari
Mentakab. Barangkali takdir untuk saya
ialah tinggal di sini sehingga menutup
mata, katanya sayu.
Haron yang dipanggil penduduk
kampung sebagai Abang Jo, bekerja
menoreh getah orang. Katanya
minumnya diambil air paip masjid dan
mandi Sungai Pahang. Bagi menerangi
malamnya beliau menggunakan lilin.
Saya dengar PM datang ke sini
mengagihkan rumah kepada mereka
yang senasib dengan saya. Pada kali ini
nama saya tidak tersenarai sebagai
penerima rumah itu, harapan saya ialah

bantuan rumah tidak akan terhenti


setakat itu dan nasib saya akan dibela.
Sebenarnya masih ramai yang senasib
dengan Abang Jo di Chenor dan penulis
berazam akan cuba menjejak dan
menemuramah mereka pada masa
depan.
Penduduk menjadi miskin sudah tentu
disebabkan terpaksa berhadapan
dengan kos kehidupan yang tinggi
sedangkan sumber pendapatan hanya
bergantung kepada pertanian tradisi
yang harganya tidak stabil. Sedangkan
peluang menambah sumber pendapatan
sangat kurang disebabkan tidak ada
pembangunan fizikal yang ketara dan
tiada faktor rangsangan.
Kenapa Chenor tidak maju?

Memang sesiapa yang berkunjung ke


Chenor terutama di sebelah tebing, ia
kelihatan seperti bandar koboi tahun
1940-an yang sangat lambat
membangun. Lebih teruk lagi, najis
binatang ternakan dapat dilihat bersepah
merata-rata.
Selain jambatan baru berharga lebih
RM100 juta menyeberangi Sungai
Pahang, tidak ada pembangunan yang
ketara di Chenor. Bahkan bandar baru
yang kononnya diwujudkan untuk
memajukan Chenor, tampaknya seolaholah hidup segan mati tak mahu.
Menghairankan, jika Jengka yang
terkemudian wujudnya daripada Chenor
sudah jauh maju, Chenor pula yang
pernah terkenal dalam sejarah tetap tidak
maju dan membangun sebagaimana

selayaknya. Kawasan di sekeliling


Chenor sudah membangun dengan
pesat, pekan di raja itu tetap malap tanpa
usaha pembaikan.
Bagi anak kelahiran Chenor yang
menetap di luar, Nizam Hamid, keadaan
ini disebabkan tidak adanya
kesungguhan daripada pemimpin
kerajaan sendiri untuk memajukan
Chenor.
Saya hairan kenapa Chenor yang
memiliki kekayaan sumber asas tidak
maju selayaknya, ini menunjukkan tiada
usaha dan kesungguhan pemimpin
sedangkan banyak perkara boleh
dilakukan untuk pembangunan. Saya
bagi contoh di sini merupakan kawasan
pertanian kenapa tidak diwujudkan
industri hiliran dan hab halal.

Begitu juga sepatutnya dirancang


industri kecil dan sederhana supaya
penduduk boleh menyertainya. Oleh
kerana tidak memiliki peluang seperti
inilah membuatkan anak-anak muda
ramai yang berhijrah mencari rezeki di
luar. Akhirnya yang tinggal hanya
pemuda-pemuda bermasalah, ujarnya.
Bagi seorang lepasan siswazah,
Burhanuddin Abdul Hamid, berkata
dalam konteks Chenor penduduk
sepatutnya tidak dihidangkan
pembangunan tidak terancang. Baginya
penduduk Chenor wajar dibangunkan
kemanusiaan serta sosio-ekonomi
penduduknya.
Kos bina jambatan menghubungkan dua
tebing Chenor lebih RM100 juta, tapi
Chenor tak maju juga? Cuba kos yang

sama dibnagunkan kemanusiaan dan


sosio-ekonomi penduduk Chenor, sudah
tentu Chenor akan cepat berubah wajah.
Bila pembangunan bersifat holistik ini
dilaksanakan, barulah di situ penduduk
boleh membangunkan tanah terbiar dan
akhirnya memajukan tanah yang
merupakan aset masing-masing. Apa
yang berlaku kedua-dua pembangunan
ini tidak terancang dan jadilah bentuk
kemajuan yang terjadi secara tidak
sengaja, katanya.
Najib mungkin tidak menyedari
permasalahan Chenor ini. Kata orang
Chenor, sehari sebelum Najib datang
pun, tahi-tahu lembu yang bersepah di
jalan raya pun disembur air oleh pasukan
bomba. Jadi Najib tidak tidak tahu
permasalahan sebenar Chenor. Namun

jika individu dan agensi di bawahnya


ikhlas, Chenor masih belum terlambat
untuk dibangunkan manusia dan
fizikalnya.
\

SEJARAH PENEMPATAN
Dipercayai nama penempatan Chenor berasal
daripada seorang janda bernama Che Nor.
Menurut kisah orang-orang dahulu, penduduk
kampung gemar ke kedai Che Nor.
Mereka sering menggunakan dialog:

Mahu kemana tu?


Saya nak ke gerai Che Nor.

Apabila penduduk kampung sering


menggelarkan gerai Che Nor, akhirnya
wujudlah lokasi tersebut dengan gelaran
Chenor.

Perkampungan Chenor terbahagi kepada 2


bahagian, iaitu Chenor Lama dan Chenor Baru.

PI1M Chenor terletak di tengah-tengah Bandar


Chenor Baru.
Difahamkan oleh penduduk kampung, Chenor
Baru adalah kawasan pengumpulan penduduk
kampung ketika banjir besar melanda hampir
seluruh negara dan juga negeri Pahang serta
tidak terkecuali Chenor pada tahun 1971. Pada
tahun 2007, sekali lagi banjir telah berlaku di
sini. Tetapi tidak seburuk seperti tahun 1971.
Menurut perbualan dengan penduduk kampung,
Chenor pernah menjadi pusat pungutan cukai
yang penting. Walau bagaimanapun katanya,
banyak bangunan asal telah musnah akibat
dihanyutkan air banjir dari hulu yang melanda
kampung itu ketika banjir besar pada tahun
1971.

CHENOR DAN KERABAT DIRAJA

Chenor pada zaman dahulu menjadi tempat


persinggahan Sultan Abu Bakar iaitu Sultan
Pahang pada waktu itu. Baginda Sultan
menaiki perahu dari Kuala Lipis ke Pekan dan
dari Pekan ke Kuala Lipis. Baginda akan
singgah di Chenor setiap kali dalam perjalanan
tersebut dan akan disambut oleh penduduk
kampung.
Terletak kira-kira 31 kilometer dari bandar
Temerloh dan diberi jolokan Chenor Pekan
Diraja, ketika itu makmur dan maju dan
penghuninya terdiri daripada pelbagai bangsa.
Wujudnya Kampung Raja di situ yang kekal
hingga ke hari ini, melambangkan
bermastautinnya kerabat istana di situ.
Zaman kegemilangan itu ialah ketika pusat
pentadbiran Pahang oleh Residen British
terletak di Kuala Lipis di sebelah hulu, manakala
istana sultan pula di Pekan di sebelah hilir.
Sebagai antara penempatan awal di Pahang,
Chenor juga pernah melahirkan pahlawan
terkenal menentang penjajah seperti lagenda

Pahlawan Bukit Segumpal. Mengikut cerita


penduduk Chenor, pada masa dahulu, orangorang Chenor juga terlibat membantu Tok Gajah
dalam Perang Kelang di Selangor.
Seorang menteri besar Pahang datangnya dari
sini iaitu Orang Kaya Indera Pahlawan Wan
Abdul Aziz Engku Abdullah. Pejuang
kemerdekaan terkenal Ibrahim Yaakob yang
kemudiannya menjadi pemimpin di Indonesia,
juga berasal dari Chenor.
Chenor juga melahirkan dua orang Ketua
Setiausaha iaitu Datuk Aziz Husin dan Datuk
Yusof Yunus. ADUN Chenor, Datuk Tan Mohd
Aminuddin Ishak pernah menjawat jawatan
Timbalan Menteri Besar.
Maka, tidak hairanlah jika di Kampung Raja,
Chenor, bersemadinya ramai kerabat diraja
Pahang serta kubur pahlawan-pahlawan
Pahang pada zaman itu

Kubur-kubur pahlawan ini telah ditempatkan di


satu tanah perkuburan. Pada masa ini, masih
ada lagi kerabat Sultan Pahang yang masih
menetap di sini.
Pada mulanya, Chenor terletak dalam
pentadbiran Daerah Temerloh. Tetapi
kemudiannya terdapat lebih kurang 15 buah
kampung tradisi di dalamnya dan telah
berpindah ke dalam pentadbiran Daerah Maran
yang baru diwujudkan hasil cantuman
sebahagian Pekan, Kuantan dan Temerloh.

RUMAH WARISAN

Gambar di atas merupakan rumah warisan dari


kerabat Sultan Pahang sejak zaman dahulu
lagi. Walau bagaimanapun, rumah ini tidak lagi
digunakan pada masa ini dan telah dijadikan
sebagai pameran. Rumah ini telah dibina tanpa
menggunakan paku, malah bentuk rumah ini
adalah berdasarkan rumah Tradisional Melayu
Pahang yang mempunyai tiga bahagian,
serambi, rumah ibu dan dapur. Serambi
dikhaskan untuk tetamu lelaki bagi tujuan
keramaian, mengaji Al-Quran dan solat
berjemaah. Ruangan rumah ibu pula terdapat
lima ciri iaitu lorong, pentas, geta, bebalai dan
kelek. Rumah warisan ini telah dirasmikan oleh
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan Malaysia pada 2006.

MASJID LAMA

Di Chenor Lama juga terdapat sebuah masjid


yang telah berusia hamper 74 tahun, dibina
pada 1939. Masjid ini dikatakan dibina sejak
zaman Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar.
Masjid ini juga menjadi tempat persinggahan
baginda ketika singgah di Chenor.

JETI CHENOR
Jeti Chenor juga merupakan salah
satu peninggalan sejarah yang
terdapat di Chenor Lama. Jeti ini
banyak mengimbau sejarah
penempatan awal di Chenor. Chenor
yang terletak di pinggir Sungai
Pahang pernah terkenal dan tercatat
dalam sejarah negara sebagai
pelabuhan, persinggahan utama,
pengangkutan air dan pusat
pentadbiran serta perniagaan
tersohor ketika sungai menjadi
sistem perhubungan utama di negeri
ini. Di sinilah tempatnya Sultan
Pahang singgah setiap kali baginda
ke Kuala Lipis dan Pekan.

Walau bagaimanapun, jeti ini tidak digunakan


lagi apabila Jambatan Sultan Ahmad Shah
dibina dan mula digunakan pada tahun 2004.
Jambatan tersebut telah menjadi perhubungan
utama penduduk di sini untuk ke seberang
mahupun ke negeri selatan tanah air.

BUKIT SEGUMPAL

Menurut cerita lisan dari penduduk kampung, di


sinilah asalnya Bukit Segumpal sehingga ianya
diambil sebagai mukim Bukit Segumpal. Asal
Bukit Segumpal hanyalah kerana kedudukan
sebuah rumah yang berada di kawasan lapang.

Menurut dari perbualan dengan penduduk


kampung, rumah yang tersergam di tengahtengah kawasan lapang tersebut adalah rumah
peninggalan Pendekar Bukit Segumpal.
Pendekar inilah yang dikatakan membantu
menentang penjajah pada masa dahulu.
Difahamkan juga, bukit ini berpenunggu, pada
satu ketika dahulu apabila setiap kali berlakunya
banjir, rumah tersebut tidak pernah dinaiki air.
Tetapi kini ia hanya tinggal sejarah. Penduduk
di sini menjadikan kawasan ini sebagai tempat
penanaman padi, tetapi telah diberhentikan
selepas berlakunya banjir besar pada tahun
1971 dan 2007.

BUKIT KERTAU

Bukit Kertau juga adalah sebuah tempat


peninggalan sejarah pada zaman pemerintahan
British. Bukit inilah pada zaman dahulu menjadi
titik tengah Semenanjung Malaysia dan menjadi
tempat rujukan British bagi mengukur
kedudukan lokasi di dalam peta. Dikatakan
banyak peninggalan British terdapat di sini.

LAIN-LAIN

Menurut cerita lisan penduduk


setempat, di Chenor juga terdapat rel
keretapi yang digunakan pada zaman
British pada masa dahulu, tempat
memancung kepala pada zaman

Jepun, kubur-kubur lama yang


dikatakan keramat dan banyak lagi.
Tempat-tempat ini tidak dapat
diziarahi kerana kawasan tersebut
agak jauh ke dalam hutan dan
banyak semak samun.

You might also like