You are on page 1of 6

Profil dan Sejarah Ringkas

Kampung

Kampung Melayu Pangkalan Bau


PROFIL DAN SEJARAH RINGKAS KAMPUNG

Kampung Pangkalan Bau ini dibahagikan kepada tiga (3) buah kampung iaitu
Kampung Melayu Pangkalan Bau, Kampung Melayu Pangkalan Bidi dan Kampung
Melayu Pangkalan Loji. Jumlah penduduknya adalah seramai 385 orang yang
majoritinya beragama islam. Jarak Kampung Melayu Pangkalan Bau / Kampung Melayu
Pangkalan Loji, Jalan Bau / Lundu adalah sejauh (1) satu km dari pusat bandar Bau.
Manakala Kampung Melayu Pangkalan Bidi, Jalan Bau / Krokong adalah sejauh (5)
lima km dari pusat bandar. Kesemua jalan adalah bertar dan ketiga-tiga buah kampung
ini adalah di bawah seliaan dan tanggungjawap Encik Zainal Bin Mat selaku Ketua
Kaum yang turut dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa kampung yang dilantik.
Nama kampung ini berusulkan dari aktiviti mencari bijih timah hasil dari Sungai
Sarawak Kanan. Pada ketika itu, hanya beberapa buah rumah saja yang terdapat di
situ. Pekerjaan utama penduduk kampung pada masa tu adalah bercucuk tanam,
berkebun dan menoreh getah. Pada musim kemarau, penduduk kampung akan turun
ke sungai untuk mencari bijih timah (melenggang) bagi menjana pendapatan tambahan.
Jadi, setiap kali ingin ke sungai untuk melombong bijih timah, mereka akan kata “turun
ke pangkalan”. Dari situ wujudlah nama Kampung Pangkalan.
Penduduk asal kaum melayu Pangkalan Bau adalah dari orang-orang melayu
dari bandar Kuching, Pekan Buso dan Pekan Siniawan. Tujuan mereka ini adalah untuk
menerok tanah yang sesuai untuk didirikan pondok dan bercucuk tanam. Pada suatu
ketika dahulu, kira-kira dalam tahun 1943, tentera jepun memerintah Negeri Sarawak.
Terdapat beberapa tentera jepun membuat jagaan lalulintas di Sungai Sarawak Kanan
dan mereka memeriksa setiap penduduk yang terdiri daripada kaum melayu dan kaum
bidayuh yang ingin ke pusat bandar Kuching menggunakan jalan air. Pengangkutan
utama pada masa itu adalah perahu melalui Sungai Sarawak Kanan dan tiada jalan
darat digunakan.
Keunikkannya kampung ini ialah ia mempunyai (3) tiga buah kampung kecil.
Walaupun jarak antara Kampung Melayu Pangkalan Bau dan Kampung Melayu
Pangkalan Bidi agak jauh, namun penduduk kampung tidak menemui kesukaran untuk
berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti tahunan bersama-sama seperti Ramah
Tamah Aidilfitri, ceramah agama, aktiviti sukan dan gotong royong perdana.
Sumber pendapatan penduduk kampung ini adalah bertani, bercucuk tanam,
kerja sendiri seperti menangkap ikan, kerja pengangkutan, kontraktor binaan dan juga
pekerjaan dalam sektor swasta dan awam.
GAMBAR / SENARIO KAMPUNG
KAMPUNG MELAYU PANGKALAN BAU
GAMBAR / SENARIO KAMPUNG
KAMPUNG MELAYU PANGKALAN LOJI
GAMBAR / SENARIO KAMPUNG
KAMPUNG MELAYU PANGKALAN BIDI

You might also like