You are on page 1of 25

SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1

1
222976
KAMPUNG IGAN
Pengenalan
Kampung Igan merupakan sebuah perkampungan yang terletak di Bahagian Mukah.
Perkampungan ini terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Matu Daro. Di bawah
pentadbiran Pejabat Daerah Matu Daro, Ia merangkumi sejumlah 21,156 orang penduduk.
Luas kawasan bidang kuasa Majlis Daerah Matu-Daro adalah lebih kurang 3,253.54 km/segi
semenjak ianya mula ditubuh dan sebelum berkembang yang merangkumi 3 buah daerah iaitu
Daerah Matu, Daerah Daro serta Daerah Belawai dan terdapat 64 buah kampung.

Sistem pengurusan yang digunakan untuk menyelaraskan seluruh kampung ini dikenali
sebagai WARD semenjak ianya mula ditubuhkan. Bagi majlis ini terdapat 13 buah ward
diperkenalkan untuk membahagikan kampung-kampung dan setiap ward pula akan diketuai
oleh ahli-ahli majlis yang dilantik. Pada asalnya, Kampung Igan adalah terletak dibawah
pentadbiran Daerah Sibu. Walaubagaimanapun, pada bulan Oktober 1991, pihak Majlis Luar
Bandar Sibu telah menyerah Daerah Kecil Igan kepada pihak Majlis ini, maka dengan
sendirinya bidang kuasa majlis berkembang termasuk jumlah kampung dan ward. Jumlah
kampung dan ward yang terdapat dalam bidang kuasa adalah 53 buah kampung dan 14 buah
ward.
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
2
222976
Daerah Matu adalah pusat pentadbiran utamanya di mana pejabatnya terletak di bandar Matu.
Daerah Daro dan Daerah Kecil Igan adalah cawangan-cawangannya yang masing-masing
pejabatnya terletak di bandar Daro dan Kampung Igan itu sendiri.
Daerah Kecil Igan terletak di muara Sungai Batang Igan. Daerah ini telah dinaiktarafkan
sebagai Daerah Kecil pada tahun 1992 dengan keluasan 244.58 kilometer persegi. Sebelum
tahun 2002, daerah ini terletak di bawah naungan bahagian Sibu. Pada 1 Mac 2002, daerah ini
dengan rasminya terletak di bawah naungan dan pentadbiran bahagian Mukah dan Daerah
Matu.

Gambarajah 1: Kampung Igan
Kepadatan penduduk Daerah Kecil Igan berjumlah lebih kurang 3,441 orang yang terdiri
daripada pelbagai kaum iaitu Melanau, Melayu dan Iban. Kebanyakan penduduknya
beragama Islam dan Kristian. Daerah Kecil Igan merangkumi 12 rangkaian kampung dan di
bawah pentadbiran seorang penghulu. Bagi Kampung Igan sahaja, majoriti penduduk adalah
dari kaum Melanau dan Melayu. Penduduk pada keseluruhannya adalah beragama Islam.
PENGISYTIHARAN BAHAGIAN MUKAH
Bahagian Mukah telah diisytiharkan sebagai bahagian ke-10 di Sarawak, pada 1 Mac 2002
oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.
Setelah persempadanan semula, keluasan pentadbiran bahagian Mukah seluas 6,997.61
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
3
222976
kilometer persegi terdiri daripada empat buah daerah iaitu Mukah, Dalat, Matu dan Daro serta
empat buah Daerah Kecil iaitu Balingian, Oya, Igan dan Belawai. Daerah Mukah merupakan
pusat pentadbiran di peringkat bahagian. Pengiktirafan Mukah sebagai Bahagian telah
membuka lembaran baru dalam jentera pentadbiran negeri Sarawak apabila merangkumi
seluruh kawasan pesisir pantai di bahagian tengah negeri Sarawak yang menghadap Laut Cina
Selatan, iaitu menganjur dari Balingian di sebelah timur sehingga Belawai di sebelah barat
dengan pantai sepanjang 200 km dan mempunyai kawasan bertanah gambut yang rata.

Gambarajah 2
Lokasi Kampung Igan
Seperti kebanyakan perkampungan lain, Kampung Igan terletak di muara Batang Igan. Batang
Igan merupakan sungai yang menjadi nadi kehidupan penduduk kampung Igan. Peta dibawah
menunjukkan Lokasi Kampung Igan.
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
4
222976

Gambarajah 3: Kedudukan Kampung Igan

Gambarajah 4: Lokasi Kampun Igan
Berdasarkan gambarajah 4, kampung Igan terletak di tengah-tengan diantara beberapa
penempatan utama seperti Matu, Sibu dan Mukah.
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
5
222976
Untuk pergi ke kampung Igan, terdapat beberapa pengangkutan utama yang boleh digunakan
iaitu dari Bandar Sibu menggunakan Batang Igan lebih kurang sejauh 100km dan mengambil
masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Manakala sekiranya menggunakan pengangkutan darat,
ia akan mengambil masa lebihkurang 4 jam perjalanan dari Bandar Sibu.
SEJARAH
Kampung Igan terdiri daripada empat buah kampung buah kampung utama yang diberi nama
Kampung Sekerang yang juga dikenali sebagai kampung Pahlawan, Kampung Tengah Igan,
Kampung Pulau Igan, Kampung Baru Dagang. Kampung Igan Diketuai oleh seorang
Penghulu dan mempunyai empat orang ketua kampung bagi mewakili kampung masaing-
masing.
Sejarah Kampung Sekerang Igan
Kewujudan Kampung Igan bermula dari wujudnya sebuah kampung iaitu Kampung Sekerang
Igan. Asal usul yang bermula dengan pelayaran rombongan yang diketuai oleh Sharif
Sekerang. Mereka belayar menggunakan rakit bermula dari Engkilo (Seberang Sibu) dengan
tujuan untuk mencari tempat dan membuka perkampungan baru. Rakit mereka belayar
mengikut arus sungai sehingga terdampar ke suatu tempat. Mereka singgah dan terus
mengambil kayu dan sebagainya untuk mendirikan pondok sebagai tempat berteduh.
Perbincangan pun dibuat supaya menamakan kampung tersebut dengan nama Kampung
Sekerang sempena nama ketua rombongan mereka, Sharif Sekerang.
Pada masa tersebut, hanya terdapat dua atau tiga buah keluarga sahaja yang tinggal di
kampung ini. Tambahan pula, semua penduduk masih belum mempunyai agama. Bertitik
tolak daripada itu, rombongan tersebut telah menyebarkan ajaran Agama Islam kepada
keluarga yang ada di kawasan tersebut. Bahasa pengantar yang digunakan oleh rombongan
tersebut ialah bahasa Melayu dan ianya masih kekal menjadi bahasa perhubungan penduduk
di Kampung Sekerang sehingga ke hari ini. Pekerjaan penduduk di Kampung Sekerang ialah
menangkap ikan secara tradisional dan bertani.
Sejarah Kampung Tengah Igan
Titik permulaan kewujudan Kampung Igan ialah di Sungai Tengah Kecil Igan iaitu Kampung
Tengah Igan yang juga terletak di muara sungai Batang Igan. Mereka merupakan penduduk
yang berasal dari Kampung Mudan dan Sungai Ilas. Kebanyakan penduduk pada masa itu
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
6
222976
tidak beragama (Pagan) kecuali beberapa orang penduduk yang berasal dari Mudan.
Kehadiran mereka terbukti daripada beberapa penemuan barang-barang purba dan kawasan
tanah perkuburan.
Pada awal penerokaan, hanya terdapat 15 buah rumah didirikan ditebing Batang Igan. Rumah
mereka diperbuat daripada daun nipah. Kehidupan mereka bergantung sepenuhnya pada hasil
pertanian dan tangkapan laut. Kehadiran Syed Mashur Abu Bakar Sakran dan beberapa orang
pengikut telah mengubah kehidupan dan kepercayaan masyarakat kampung. Mereka mula
menjadikan Islam sebagai panduan hidup.
Pertambahan penduduk yang semakin ramai telah menyebabkan penempatan baru diwujudkan
iaitu di Kampung Pulau dan Kampung Baru Ismail. Kesan daripada perkembangan
penduduk, hasil nelayan dan petani serta pedagang tempatan mula meluas ke Igan. Faktor ini
mewujudkan sebuah lagi kampung iaitu Kampung Baru Dagang Igan.
Sehingga kini, Kampung Igan merangkumi lima buah rangkaian kampung terdekat yang
terdiri daripada Kampung Sekerang, Kampung Tengah, Kampung Pulau, Kampung Baru
Ismail dan Kampung Baru Dagang Igan.
SEJARAH NAMA "IGAN"
Menurut cerita yang disampaikan oleh orang-orang tua di Kampung Igan, kewujudan
Kampung Igan bermula daripada kewujudan Kampung Sekerang Igan yang terletak di
bahagian hilir ataupun kuala sungai. Pada masa dahulu, penduduk Kampung Igan
kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan petani. Perkataan 'Igan' mendapat nama
bersempena dengan nama seekor ikan bilis yang hanya terdapat di kawasan laut berhampiran
Kampung Igan. Menurut cerita yang disampaikan, ikan bilis yang dikenali sebagai IKAN
BILIS IGAN dan dipercayai hanya terdapat di perairan yang berhampiran dengan Kuala Igan.
Oleh itu, penduduk kampung telah sepakat untuk menamakan kampung ini sebagai Kampung
Igan.
Aktiviti Ekonomi
Kedudukan kampung Igan yang berdekatan dengan sungai dan laut dan dikelililingi hutan
mencerminkan aktiviti ekonomi utama penduduk kampung igan. Nelayan dan pertanian
merupakan aktiviti utama penduduk kampung Igan. Kebanyakan penduduk menjalankan
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
7
222976
samaada satu aktviti atau kedua-duanya sekali. Kebanyakan nelayan yang tidak turun ke laut
semasa musim tengkujuh akan melakukan aktiviti pertanian.
Pertanian
Pendapatan utama penduduk Daerah Kecil Igan ialah menangkap ikan dan bercucuk tanam.
Kini, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta bagi memantapkan
dan meningkatkan lagi teknik-teknik untuk digunakan bagi meningkatkan pendapatan dan
hasil. Terdapat sebuah jabatan yang ditubuhkan khas untuk membantu dan membekalkan alat-
alat dan kelengkapan untuk kerja-kerja bertani di Daerah Kecil Igan ini iaitu Jabatan
Pertanian.

Jabatan Pertanian Igan merupakan jabatan yang sering membekalkan alat dan kemudahan
seperti baja, racun, benih dan lain-lain kepada penduduk kampung. Penduduk Kampung Igan
akan membuat permohonan bantuan ataupun skim bagi menternak ayam, lembu, kambing dan
sebagainya. Jabatan ini telah menyumbangkan banyak bantuan kepada penduduk kampung
sebelum ini.
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
8
222976

PENANAMAN TEMBIKAI

PENANAMAN LABU


SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
9
222976
LADANG KELAPA SAWIT
PERIKANAN
Menangkap ikan adalah aktiviti yang sangat penting dalam memajukan Kampung Igan dan
merupakan sumber pendapatan utama penduduk. Sebanyak 48% penduduk Kampung Igan
masih menjadikan pekerjaan menangkap ikan sebagai sumber pendapatan utama keluarga.
Ikan-ikan yang diperolehi akan dijual kepada usahawan yang menghasilkan kerja-kerja
membuat ikan kering, ikan salai, keropok dan sebagainya. Selain itu, ikan-ikan tersebut juga
akan dijual kepada peraih-peraih yang akan memasarkan ikan-ikan tersebut ke pasar-pasar di
pusat bandar.


SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
10
222976
Bagi golongan nelayan yang berpendapatan sederhana, mereka menggunakan sampan dan
perahu untuk menangkap ikan dan hanya menggunakan jala, pukat, kail dan sebagainya.
Selain itu, ada juga antara penduduk di sini yang terlibat dengan penangkapan ikan
menggunakan kapal-kapal besar yang menggunakan pukat tunda.


Kemudahan
Sekolah SK Kampung Igan
Sekolah Kebangsaan Kampung Igan terletak di Kampung Igan. Sebelum tahun 2003, Sekolah
Kebangsaan Kampung Igan adalah terletak dalam jajahan Bahagian Sibu. Kampung Igan pula
begitu unik tempatnya kerana terletak di kawasan sempadan beberapa daerah kecil yang lain
seperti Daerah Kecil Oya dan Daerah Kecil Matu. Bagi peringkat pentadbiran Kerajaaan
Negeri pula, daerah Kecil Igan ditadbir oleh Daerah Matu-Daro, Sarikei. Manakala urusan
berkaitan Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan ditadbir oleh Bahagian Sibu.
Mulai tahun 1998, Sekolah Kebangsaan Kampung Igan ditadbir oleh Jabatan Pendidikan (
kini : Pejabat Pelajaran Daerah Kecil ) Daerah Dalat.
Ironi sejarahnya, Sekolah Kebangsaan Kampung Igan yang pada asalnya dikenali sebagai
Sekolah Melayu Igan atau singkatannya SMI sebenarnya telah wujud secara tidak rasminya
sejak 1938. Pada ketika itu, seperti juga kebanyakan sekolah-sekolah di kawasan lain,
SEkolah Kebangsaan Kampung Igan juga dibiayai oleh penduduk setempat. Pandangan jauh
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
11
222976
dan keinginan menanam kepentingan pelajaran, telah meruntun hasrat beberapa orang
penduduk tempatan untuk menynggupi rumah masing-masing digunakan sebagai tempat
belajar secara bergilir-gilir.
Guru pertama dan antara perintis dunia keilmuan kawasan ini ialah Encik Norwawi @
Charles bin Suhaili. Sekolah Melayu Igan, sebenarnya banyak kali ditutup dek beberapa
kekangan dan himpitan suasana dan keadaan ketika itu. Sehinggalah pada 1 Januari 1952
terukai satu detik sejarah bagi sekolah tersebut dan penduduk setempat khasnya, bila mana
satu tapak kekal mengabdikan sekolah tersebut.
Sekolah Kebangsaan Kampung Igan yang sinonim dengan gelarannya Kampung Igan School
(KIS) pada tahun 1960-an memulakan kelas rasminya pada 1 Februari 1952 dengan kira-kira
100 orang murid. Murid-murid sekolah tersebut pada ketika itu terdiri daripada anak-anak
orang Melanau, Melayu, Cina dan Iban.
Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Kampung Igan ialah Encik Johari bin Bojeng.
Ketika itu Sekolah Kebangsaan Kampung Igan sebenarnya terletak di Kampung Tengah Igan,
Matu. Megah di tapak tersebut juga tidak berpanjangan. Mungkin sekali keadan yang
berhimpit-himpit dengan rumah penduduk dan bilangan murid pula semakin bertambah dari
setahun ke setahun makanya Sekolah Kebangsaan Kampung Igan berpindah pula ke tempat
baru ( sekarang ) pada September 1997. Dengan bangunan konkrit yang mantap, prasarana
yang baik dan suasana yang jauh lebih, maka Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan
Kampung Igan di tapak baru, Encik Hamzah bin Dong mula menjananya dengan penuh
semangat.

SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
12
222976
Sebenarnya, Sekolah Kebangsaan Kampung Igan, Sibu ( di tapak lama ) amat sukar untuk
dilupakan. Sehingga ke hari ini, istilah atau gelaran sekolah lama atau sekolah laut begitu
melekat di bibir penduduk. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain, makanya
semua itu menggambarkan tentang segala jasa-jasa sekolah tersebut dan para gurunya.
Begitu ramai cerdik pandai yang dilahirkan dari sekolah tersebut. Setinggi jawatan
professor pun dapat disandang. Begitu ramai yang berjaya mengisi jawatan di beberapa sektor
awam dan swasta. Menjadi pengusaha pun pengusaha berjaya. Menjadi nelayan pun neleyan
yang jauh lebih moden dan mempunyai kapal dan peralatan yang canggih sendiri.

Walaupun demikian, Sekolah Kebangsaan Kampung Igan waktu itu amat kurang menyertai
mana-mana kegiatan yang berkaitan kokurikulum yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan
Bahagian Sibu. Ini disebabkan oleh kaedah pengangkutan dan keadaan geografikalnya yang
terletak terlalu jauh. Andai menyertai pun, hanya beberapa aktiviti yang disertai. Itupun amat
memerlukan perancangan yang paling rapi dan bekalan serta kewangan yang mencukupi.
Terletak di muara Batang Igan dan mengadap Laut Cina Selatan, sekolah yang terletak di
tengah-tengah perkampungan nelayan ini tidak pernah mengabaikan kelangsungan
penyampaian ilmu.
Mulai September 1997, di tapak baru dengan bangunan serba moden Sekolah Kebangsaan
Kampung Igan tidak menoleh ke belakang lagi. Pencapaian sentiasa membanggakan,
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
13
222976
pencapaian kokurikulum tidak jauh keterbelakang, sahsiah dan akidah murid tetap menjadi
keutamaan dan tunjang kejayaan. Terletak di Kampung Pulau Igan, bersebelahan dengan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan dengan keluasan tapaknya kira-kira 9.92 hektar
dengan kos pembinaan mencecah RM2.4 juta dan adalah di antara sekolah yang mempunyai
bilangan murid teramai di Dalat. Inspirasi sekolah lama dan harapan penduduk setempat demi
meneruskan kecemerlangan, Sekolah Kebangsaan Kampung Igan, Guru Besarnya Encik Lias
bin Hj. Daud menepis onak, merintis denai demi menggapai keterbilangan. Guru Besar yang
terkini adalah diketuai oleh puan Harpah Binti Nen yang baru berkhidmat di sekolah pada
bulan Julai 2011.
SMK Agama Igan
SMK Agama Igan (SMKAI) satu-satunya sekolah menengah agama di Mukah. Sekolah ini
terletak 60 kilometer dari pekan Daro, 40 kilometer dari pekan Matu, 30 kilometer dari pekan
Dalat dan 60 kilometer dari pekan Mukah. sekolah ini boleh dihubungi melalui jalan darat,
jalan air dan jalan udara.

Bagi pengunjung yang ingin menggunakan jalan air, mereka boleh menggunakan jeti di
Kampung Igan, jeti di pekan Dalat dan jeti di pekan Daro. Kenderaan yang sesuai digunakan
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
14
222976
ialah bot express dan bot laju. Sementara itu, bagi mereka yang ingin menggunakan jalan
darat, mereka boleh menggunakan jalan raya yang menghubungkan pekan Daro, Matu, Igan,
Oya, Dalat, Mukah, Selangau dan Sibu.
Bagi pengunjung yang berminat menggunakan jalan udara pula, mereka boleh menggunakan
kapal terbang melalui Lapangan Terbang Mukah yang menghubungkan Mukah dengan
bandar-bandar utama di Sarawak seperti Kuching dan Miri.

SMKAI merupakan sekolah menengah agama yang ketujuh daripada lapan buah sekolah
agama di Sarawak. SMKAI terletak di Kampung Igan di Bahagian Mukah yang merupakan
bahagian kesepuluh di Sarawak.
SMKAI telah beroperasi sejak tahun 1999. Sehingga kini SMKAI telah menempa nama
sebagai sebuah sekolah yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik, malah juga
kokurikulum. Buktinya, sudah ramai lepasan sekolah ini yang menjejakkan kaki ke menara
gading dan ada yang sudah menjawat jawatan penting di Jabatan Kerajaan mahupun sektor
swasta. Kecemerlangan kokurikulum pula dijelmakan dengan penglibatan aktif pelajar dalam
pelbagai pertandingan di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan.
Kewujudan SMKAI di kawasan Mukah amat disenangi oleh penduduk setempat.
Kehadirannya ibarat permata yang dinanti dalam melahirkan generasi muda setempat yang
bukan sahaja cerdik dalam akademik, malah turut cergas dalam aktiviti kokurikulum dan
keagamaan.
COGANKATA SEKOLAH
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
15
222976
Berilmu, Beriman, Beramal, Berbakti

SEDIDIK MUTIARA KAMPUNG IGAN
Sedidik Mutiara Kampung Igan merupakan sebuah pusat jagaan dan pengajaran kanak-kanak
yang sangat aktif di Kampung Igan. Pusat ini telah mendapat pelbagai anugerah seperti
Anugerah Pusat Harapan, Anugerah PPKKC Paling Cemerlang dan banyak lagi. Baru-baru
ini, pusat ini telah mendapat anugerah sebagai Sedidik Mutiara, sekaligus dikenali sebagai
Sedidik Mutiara Igan dan tidak lagi dikenali sebagai PPKKC Sedidik Igan. Pusat ini terletak
di Kampung Tengah Igan. Mula beroperasi untuk sesi pagi pada jam 8:00 pagi sehingga 11:00
pagi untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun. Sesi petang pula bermula jam 1:30 petang
sehingga 4:30 petang untuk kanak-kanak 5 hingga 6 tahun. Bayaran yang dikenakan adalah
sebanyak RM 35.00 sebulan untuk kanak-kanak 2 tahun ke bawah dan RM 25.00 sebulan
untuk kanak-kanak 3 hingga 6 tahun. Pusat ini terletak di bawah jagaan dua orang guru
TADIKA KEMAS KAMPUNG IGAN
Tadika Kemas Kampung Igan adalah salah satu pusat jagaan dan bimbingan kanak-kanak
yang terdapat di Kampung Igan. Pusat ini telah beroperasi lebih daripada 20 tahun. Pusat ini
banyak memberi manfaat kepada kanak-kanak dan ibu bapa. Terdapat 2 orang tenaga
pengajar yang sangat terlatih di dalam pusat ini. Terletak di Kampung Tengah Igan dan
mampu menampung seramai 50 orang kanak-kanak. Pusat ini adalah percuma dan tiada
sebarang yuran yang dikenakan. Setiap tahun, pusat ini akan mengadakan aktiviti sukaneka
yang diadakan di padang sekolah lama.
PERPUSTAKAAN AWAM KAMPUNG IGAN
Kemudahan pendidikan yang terdapat di Daerah Kecil Igan ialah Perpustakaan Awam.
Perpustakaan ini adalah di bawah pengurusan pihak Majlis Daerah Matu Daro (MDMD).
Perpustakaan ini telah disediakan untuk kegunaan penduduk kampung bagi mencari pelbagai
maklumat yang berguna, di samping menambah pengetahuan. Selain itu, perkhidmatan yang
turut disediakan di sini seperti pembayaran cukai rumah, sewa kedai dan banyak lagi.
Bersebelahan dengan bangunan perpustakaan terdapat sebuah pusat perkhidmatan iaitu Pusat
Perkhidmatan Ilmu Komuniti Igan (PPIK Igan).
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
16
222976
Jeti
Jeti merupakan perkhidmatan yang penting di Kampung Igan kerana seperti yang
dimaklumkan pada bahagian awal tadi, kampung Igan terletak di Muara Batang Igan. Ia
berfungsi sebagai tempat perlabuhan bot-bot nelayan dan kapal-kapal nelayan berlabuh.
Selain tempat untuk mendaratkan hasil tangkapan ikan, ia juga menjadi jeti temapt untuk
menurun dan mengambil penumpang yang menggunakan perkhidmatan bot express daripada
bandar Sibu.
Di kampung Igan terdapat dua kategori jeti iaitu jeti yang dibina oleh penduduk kampung
sendiri dan juga Jeti yang dibina oleh Kerajaan.
Pusat Jalur Lebar

Pusat Internet 1 Malaysia merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital
Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.
Sebanyak 12 Pusat Internet 1 Malaysia rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52
pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi
mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam
kehidupan seharian mereka.
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
17
222976
Pusat Internet 1 Malaysia Igan mula beroperasi sepenuhnya pada 01 November 2009. Tujuan
pusat ini ditubuhkan adalah untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat
sekitar Daerah Kecil Igan. Dengan adanya pusat ini diharapkan dapat membantu komuniti
dalam menguruskan aktiviti seharian dan menambahkan ilmu pengetahuan penduduk sekitar.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) merupakan jentera pentadbiran kerajaan di
peringkat akar umbi yang diberikan tanggungjawab untuk mentadbir dan memajukan
sesebuah kampung serta menjadi penghubung dan perantara antara rakyat dan agensi-agensi
kerajaan di samping bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan program-program
kerajaan yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat.
Di Kampung Igan juga terdapat Lima buah kampung dan 5 buah JKKK iaitu, JKKK
Kampung Sekerang, JKKK kampung Tengah, JKKK Kampung Pulau Igan, JKKK Kampung
Baru dan JKKK Kampung Baru Ismail Igan.
Kompleks Perniagaan (Pasar Igan)
Pasar Igan merupakan satu kompleks tempat peniaga menjalankan peniagaan runcit.
Kompleks ini disediakan oleh pihak Majlis Daerah Matu Daro. Komplek ini amat penting
kerana ia menjadi tempat sumber untuk mendapatkan keperluan harian. Satu keunikan
perniagaan di kampung Igan berbanding dengan daerah-daerah lain ialah perniagaan dimiliki
dan dijalankan sepenuhnya oleh penduduk kampung yang berketurunan Melanau dan Melayu
yang beragama Islam.


Jalan Raya
Jalan raya merupakan satu kemudahan yang amat penting. Ia menghubungkan sesuatu
kawasan dan kawsan yang lain. Sebelum wujudnya jalan tar, jalanraya di Kampung Igan
hanyalah jalan tanah biasa yang tidak bersimen atau bertar. Ia amat menyulitkan terutamanya
pada musim hujan.
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
18
222976
Walaubagaimanapun, perkhidmatan jalanraya di Kampung Igan telah dinaik taraf ke jalan tar
setelah Kampung igan dapat dihubungkan dengan kampung Oya dan Bandar Mukah pada
tahun 1993.

Perkhidmatan Bot Express
Perkhidmatan bot express merupakan perkhidmatan bot penambang moden yang paling awal
digunakan untuk pergi dan balik ke kampung Igan. Perkhidmatan bot ini menghubungkan
Bandar Sibu yang mengambil masa lebih kurang empat jam perjalanan dari Sibu ke Kampung
Igan. Pada awal perkhidmatan, setiap hari mempunyai tiga jadual perjalanan dari sibu ke Igan.
Walaubagaimanapun setelah jalan darat mula menembusi ke kampung Igan, perkhidmatan bot
express semakin hilang penumpangnya kerana ramai penduduk lebih suka menggunakan jalan
darat kerana kebanyakan mereka sudah mempunyai kenderaan sendiri. Pada masa sekarang
hanya terdapat sebuah sahaja perkhidmtan bot yang masih memberi perkhidmatannya ke
kampung Igan


Kemudahan Talian Telefon Talian Tetap dan Talian Mudah Alih
Kampung Igan juga tidak ketinggalan daripada kemajuan teknologi. Sebelum tahun 1995, di
kampung Igan cuma terdapat beberapa kemudahan telefon awam dan tiada kemudahan telefon
rumah. Walaubagaimanapun bermula pada tahun 1995, perkhidmatan telefon talian tetap telah
mula diperkenalkan dan disediakan kan oleh Pihak Telekom. Walaubagaimanapun
kemudahna ini tidak dapat memenuhi keperluan seluruh penduduk kampung akibat kekangan
jumlah talian yang dapat disediakan oleh pihak Telekom yang tidak mencukupi.
Pada tahun 2006, perkhidmatan talian mudah alih telah diperkenalkan oleh pihak celcom dan
ini amat memberi faedah kepada penduduk kerana tiada lagi masalah perhubungan
telekomunikasi dihadapi oleh penduduk kerana hampir setiap penduduk sehingga sekarang
sudah mempunyai telefon mudah alih sendiri.


SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
19
222976



Kebudayaan dan Pelancongan
Setiap kampung mempunyai keunikan kebudayaan masing-masing. Begitu juga di Kampung
Igan yang mana masih banyak lagi mengekalkan aktiviti kebudayaan asal kampung Igan.
Kebudayaan amat penting bagi memastikan imej dan identiti kampung tidak hilang di telan
zaman yang semakin moden. Ia merupakan sejarah yang akan menjadi pedoman generasi
yang akan datang.
Di kampung Igan, terdapat beberapa aktiviti kebudayaan utama yang sering disambut saban
tahun oleh penduduk kampung. Dua aktivit kebudayaan utama yang sering mendapat
perhatian oleh masyarakat luar ialah seperti berikut:
Majlis Berlanggar Meja

Gambar : Penduduk kampung sibuk menyediakan meja jamuan
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
20
222976
Di sebuah daerah kecil di Bahagian Mukah,Sarawak,terdapat perkampungan orang Islam
yang dikenali sebagai Igan.
Saban tahun,semasa perayaan Hari Raya Aidil Fitri,terdapat tradisi penduduk kampung di
daerah ini sejak zaman pemerintahan penjajah lagi yang dinamakan Berlanggar Meja.
Tradisi Berlanggar Meja ini namanya diambil daripada meja-meja yang disambung secara
memanjang di tanah lapang atau jalan.Di atasnya,makanan yang dihidangkan adalah
sumbangan ikhlas setiap keluarga (rumah) mengikut kemampuan masing-masing.Setiap
rumah akan menyediakan sekurang-kurangnya 1 seperah (hidangan 4 orang).
Lebih banyak sumbangan,maka lebih panjanglah meja dan lebih ramailah tetamu yang
diundang.
Mengikut beberapa pendapat yang saya kumpul,objektif majlis ini diadakan adalah untuk
bersedekah dan mengumpul sanak-saudara,sahabat handai serta saudara seagama yang dekat
dan jauh di suatu tempat lapang untuk bermaaf-maafan.Jika dibuat di rumah masing-
masing,tidak mungkin akan dapat menampung jumlah tetamu yang besar dan ia akan
memakan masa dan belanja yang banyak.

Gambar:Bersedia menyambut tetamu yang datang
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
21
222976
Apa yang menariknya tradisi ini ialah,majlisnya begitu tersusun mengikut format yang telah
diterimapakai daripada tahun-tahun sebelumnya.
Ia bermula daripada kampung yang akan mengadakan Berlanggar Meja mengedar jemputan
ke kampung-kampung lain di sekitarnya.Lazimnya ia diadakan pada hari ketiga,keempat atau
kelima raya.Masa ini adalah sesuai disebabkan keluarga dan sanak saudara dari merata tempat
masih berada di kampung bercuti raya.
Kumpulan-kumpulan dari kampung lain yang dijemput akan berkumpul di suatu tempat
mengikut ketua masing-masing dan kemudian beramai-ramai bergerak ke tempat yang
dituju.Mereka ini akan disambut mesra oleh AJK Pengelola.
Sebelum itu,mereka yang datang masing-masing akan memberi sumbangan dalam bentuk
wang ringgit ke dalam bekas tin yang disediakan.Mengenai tin ini pula,selalunya tin biskut
yang tinggi dipakai,ditebuk lubang di tengah dan dibalut dengan kertas minyak atau kertas
putih.Hasil sumbangan akan digunakan untuk membayar bil elektrik lampu raya yang
dipasang di jalan kampung sepanjang perayaan.

Gambar : Hamper dan bekas tin untuk sumbangan orangramai
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
22
222976
Doa dan surah Al-Quran dibacakan sebagai pembuka majlis sebelum jamuan
dimulakan.Semasa jamuan,ahli keluarga penyumbang juadah masing-masing akan bertindak
sebagai pramusaji,melayan tetamu yang menjamu selera.Setiap orang yang hadir tidak
mengira pangkat akan diberi layanan VIP.Tatkala matahari terik,tetamu akan dipayung dan
ada juga yang dikipas semasa makan.
Setelah itu Pengerusi AJK Pengelola akan menyampaikan ucaptama mengalu-alukan
kedatangan tetamu dan ucapan terima kasih kepada yang menyumbangkan masa,tenaga dan
wang menyediakan juadah untuk semua yang hadir.
Setelah itu wakil-wakil dari kampung-kampung yang hadir akan memberi ucapan balas
kepada AJK Pengelola serta penduduk kampung dan seterusnya menjemput pula seluruh
penduduk kampung ke Majlis Berlanggar Meja mereka yang diadakan mengikut tarikh dan
masa masing-masing.Wakil-wakil kampung yang datang selalunya mereka yang sudah
mempunyai kedudukan dan pekerjaan yang baik di bandar.Semasa ucapan ini,diselitkan
nasihat serta motivasi kepada yang hadir untuk pembangunan diri serta kampung dan isu-isu
yang selalu juga disentuh adalah mengenai perpaduan serta kerjasama sesama penduduk
kampung.


SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
23
222976
Gambar:Tetamu mendengar ucapan setelah menjamu selera
Mungkin tidak keterlaluan saya katakan bahawa Majlis Berlanggar Meja yang diadakan saban
tahun di Daerah Igan atas semangat perpaduan dan keikhlasan penduduk kampung, lebih baik
daripada majlis-majlis beragenda politik yang pernah saya hadiri. Dan,ia adalah unik.Di
Igan.Tidak ada di tempat lain di Malaysia.
Pesta Kaul Igan
Antara aktiviti yang boleh dikaitkan dengan pelancongan yang terdapat di Daerah Kecil Igan
ialah Sambutan Pesta Kaul dan Majlis Berlanggar Meja yang sering diadakan pada setiap
tahun.
Pesta Kaul ini merupakan satu pesta yang disambut untuk mendoakan kesejahteraan
penduduk kampung apabila melakukan kerja-kerja menangkap ikan. Pesta ini diadakan dan
disambut di suatu tempat khas iaitu di persisiran pantai yang terletak di Kuala Igan. Sebelum
pesta ini diadakan, ahli jawatankuasa pesta akan mengadakan mesyuarat untuk menetapkan
tarikh, tugas dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan. Kebiasaannya, pesta ini disambut pada
bulan Februari atau Mac setiap tahun. Ianya diadakan sejurus selepas tamatnya musim
tengkujuh.
Pesta ini dilangsungkan secara dua peringkat iaitu di persisiran pantai pada sebelah pagi dan
di kawasan padang yang terletak dalam kampung pada sebelah petang dan malam. Antara
aktiviti wajib yang sering diadakan di persisiran pantai ialah majlis bacaan doa selamat,
jamuan dan sukaneka. Manakala aktiviti yang diadakan di kawasan padang pula ialah
sukaneka, pertandingan bola sepak dan lain-lain diadakan pada waktu petang. Pada waktu
malam pula aktiviti yang dijalankan adalah seperti pertandingan karaoke, persembahan tarian
dan persembahan artis jemputan.
Pada tahun 2011, Pesta Kaul Igan telah diadakan pada 06 Februari 2011 yang lepas. Yang
Berhormat Abu Seman Bin Jahwie, ADUN N 38 Jemoreng telah dijemput khas untuk
merasmikan dan memeriahkan lagi Pesta Kaul tersebut. Aktiviti utama yang dijalankan ialah
Majlis Bacaan Doa Selamat. Selain itu, pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang pesta
tersebut berlangsung. Antara aktiviti yang sangat menarik ialah sukaneka pantai yang
melibatkan aktiviti sukan seperti tarik tali, lumba lari untuk kanak-kanak berumur 4 tahun
hingga dewasa, pertandingan memancing, bola sepak pantai dan banyak lagi. Aktiviti pada
SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
24
222976
sebelah petang pula telah diadakan pertandingan bola jaring dan bola sepak untuk golongan
veteran yang berumur 40 tahun ke atas. Manakala pada sebelah malam pula diadakan
pertandingan karaoke, pertandingan pakaian beragam untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah
dan persembahan tarian oleh kanak-kanak dan belia-belia kampung.



Penutup



SADN1043: Hubungan Etnik Tugasan 1
25
222976




Rujukan:
Nadira Yusop & Azizah Abu Chik. ( ). Excel Dalam PMR: Sejarah. Kuala Lumpur. Pelangi
Publishing Group Bhd
JKKK Kampung Igan
sf

You might also like