You are on page 1of 6

PENGENALAN

Negara Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian dan keunikan bangsa dan
etniknya. Walaupun mempunyai rakyat berlainan bangsa namun Malaysia tidak menghadapi
masalah berkenaan perbezaan tersebut. Hal ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang
penuh warna-warni dan keunikan tersendiri. Kaum Iban merupakan salah satu kaum yang
terdapat di Malaysia. Masyarakat Iban berasal daripada Sarawak dan merupakan suku kaum
terbesar di Sarawak. Kaum Iban pula terbahagi kepada beberapa suku kaum, contohnya,
Balau, sembayau, lemanak, dan lain-lain. Pada zaman dahulu kaum Iban sangat terkenal
sebagai pejuang yang handal dan berani dalam pemburuan kepala dan perlanunan. Kaum Iban
lazimnya tinggal di kawasan pedalaman berbanding kawasan Bandar. Hal ini demikian kerana
kebanyakan mereka mengamalkan aktiviti ekonomi tradisional, seperti bercucuk tanam,
menternak binatang, dan memungut hasil hutan. Kaum Iban mempunyai adat resam yang unik
dan mereka memegang kuat kepada adat tersebut dalam kehidupan mereka. Dari sudut agama,
mereka menyembah tuhan yang dikenali sebagai singalang burung dan tuhan burung
peperangan. Namun kini kebanyakan mereka sudah menganut agama Kristian

Bolehlah kalau nak tambah dlm pengenalan... guna mana yg rasa patut :sumber
wikipedia

Iban atau Dayak Iban (dalam Bahasa Iban Iban bermaksud orang atau manusia), adalah salah
satu rumpun Dayak yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor.
Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban khasnya
atau bangsa Dayak amnya terjadi semasa zaman kegemilangan Kerajaan Dayak di Tampun
Juah, sebelum kaum Iban dan bangsa Dayak berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku
yang ada sekarang. Semasa zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda di Kalimantan
Barat, kaum Iban sebelumnya dikenal sebagai Dayak Laut dalam pengertian Bahasa Iban Laut
bermaksud Melayu (merujuk kepada kaum Melayu). Jika diistilah secara betul Dayak Laut
dalam Bahasa Iban bermaksud Dayak Melayu. Fakta ini juga disokong kerana ada satu lagi
rumpun bangsa Dayak Laut iaitu Dayak Malayik atau Dayak Melayu yang tinggal di
Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah. Fakta ini disokong kerana bahasa Iban adalah
bahasa yang paling dekat dengan Bahasa Melayu dan bahasa Iban sendiri berasal dari rumpun
Malayic dan berparas rupa serta fizikal dari ras Malayoloid. Kekadang asal-usul maksud
Dayak Laut ditafsirkan dalam bahasa Melayu dan diterjemah kepada Bahasa Inggeris
bermaksud Sea Dayak sebagai menggenapi maksud Land Dayak yang digunapakai oleh kaum
Bidayuh kerana dalam bangsa Dayak dibahagikan kepada 4 subbangsa iaitu Dayak Laut,
Dayak Darat, Dayak Orang Ulu dan Dayak Barito.

Sekarang (bancian 2010) kaum Iban dengan jumlah sebanyak 1,000,000 iaitu 40% daripada
jumlah penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak
dan kaum keempat terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina dan India. Mereka
mendiami setiap daerah, kabupaten dan bahagian di Sarawak, Brunei, Kalimantan Barat serta
6 daerah di Johor (Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai Jaya, Pontian, Kluang dan Batu Pahat) dan
2 bahagian di Sabah (Pedalaman dan Tawau), tetapi kepadatan kependudukan Iban tertumpu
di 4 kabupaten iaitu Sanggau, Sekadau, Sintang dan Kapuas Hulu di Kalimantan Barat serta 8
bahagian iaitu Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri di
Sarawak. Sekarang, kaum Iban telah tersebar besar hingga ke Brunei dan Sabah di utara
Borneo dan Johor di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di
rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah
bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain.
Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolakansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.
Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan hidup,
tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan
yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

Ambil drpd: http://bmpk31.blogspot.com/2010/08/adat-pengebumian-kaum-iban.html


Adat Pengurusan Kematian Masyarakat Iban Bahagian II
Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut adat-adat tertentu. Setiap adat
yang dilakukan mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu. Secara keseluruhannya adat
kematian masyarakat ini merangkumi pelbagai peringkat:

Mayat Dalam Tempayan


1. Semasa kematian
Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua
saudara mara dan sahabat handai menghadirinya.
Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah
merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan,
disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya.

Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka
percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati.
Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua
kumbu yang dipanggil sapat.
Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang
itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu
juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian.
Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si
mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca
berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang.
Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang-orang tua akan berbincang
tentang jangka masa berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam
keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu
dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi
beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu.
Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda
itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.

Keranda Orang Iban.

Sumber

drpd

https://bizniz87.wordpress.com/2009/04/16/adat-beserara-bungai-

kematian/comment-page-1/
ADAT BESERARA BUNGAI -kematian
UPACARA BESARARA BUNGA
Dalam bahasa iban disebut besarara bungai dan dalam bahasa inggeris membawa maksud
the severing of the flowers . Upacara ini biasanya akan dilakukan sebulan atau dua bulan
selepas upacara ngetas ulit dilakukan. Upacara ini bertujuan memisahkan alam kehidupan
dengan alam kematian. Ini adalah upacara terakhir dalam adat kematian dalam kaum iban.
Untuk menyempurnakan upacara ini, bomoh atau dukun akan dipanggil untuk menjalakan
upacara ini. Dalam kaum iban bomoh ini dipanggil manang . Tujuan utama mengapa
manang dijemput ialah untuk membacakan jampi atau bacaan mentera, kerana dikatakan
manang ini dapat berhubung terus ke alam ghaib dan mempunyai kuasa.
Dengan adanya upacara ini, bahagian diantara alam kematian dan kehidupan dapat dibezakan
dan dipisahkan. Untuk melakukan ini, satu upacara dilakukan iaitu upacara beserara bungai.
Upacara ini dikatakan tamat bila manang membukakan pasu tembaga milik si mati dibukakan
dan tangkai bunga dipotong oleh manang.
Diantara sebab mengapa upacara ini harus dilakukan ialah bagi mempercepatkan process
perpisahan roh si mati dengan ahli keluarganya yang masih hidup. Bagi kaum iban, roh si
mati akan terus berada disekitar mereka selepas si mati meningggal dunia. Dan ini amat
menakutkan mereka, kerana roh ini boleh mengangu mereka. Jika roh si mati belum
dipisahkan, roh ini akan terus menetap tinggal bersama mereka. Dipercayai barang sesiapa
ahli keluarganya yang selalu mengingati si mati, dia akan mudah sakit seterusnya maut. Juga
dipercayai bahawa roh ini akan membuatkan makanan yang mereka makan selalu nya
dibaziri, kerana jadi makanan si mati. Ini tentunya membawa kerugian kepada keluarganya.
Andai kata keluarga ini melanjutkan tempoh besarara bungai, mereka mestilah sangup
menanggung akibatnya. Hal ini kerana si mati akan sentiasa menganggu mereka.
Sebab mengapa upacara ini mesti dipercepatkan ialah bagi memastikan roh si mati tidak
mengangu hidup mereka sekeluarga. Ia juga begi mengelakkan malapetaka yang tidak
diingini.
Menurut kaum ini juga, roh si mati juga akan cuba mengajak roh yang masih hidup, untuk
pergi bersamanya pergi ke alam yang lain. Jika ini berlaku, seseorang itu juga turut meninggal
dunia bersamanya

Urutan perjalanan upacara


Pada permulaan upacara ini, manang akan dijemput ke ruai, dan duduk berada ditengahtengah tetamu yang hadir. Disini manang menjadi tetamu kehormat mereka. Kerana manang
mempunyai kuasa dan perlu dihormati malah ditakuti.
Biasanya manang akan melakukan dan menyempurnakan upacara ini pada waktu malam di
rumah keluarga si mati. Mereka akan berkumpul disatu ruang yang disebut ruai.
Pada masa itu juga, semua ahli keluarga, jiran-jiran dan tetamu yang hadir akan duduk di satu
tempat yang dipanggil pantar, mendepani manang. Mereka akan memerhatikan perbuatan
manang dan mempercayai manang sepenuhnya. Apa yang manang lakukan adalah yang
terbaik dan benar belaka.
Sebelum memulakan upacara, manang akan meminta pakaian yang pernah dipakai si mati
semasa masih hidup lagi, untuk digantungkan diatas tempayan kecil pada penyangkut yang
diperbuat daripada buluh.
Didalam tempayan itulah diletakan dua tangkai bunga. Bunga yang digunakan hendaklah
bunga telasih atau nama saintifiknya ialah Ocimum sanctum. selain dari itu juga, cabang
bunga pokok emperawan boleh juga digunakan.
Tempayan itu melambangkan pagar api atau pagar dari kuasa ghaib. Ini betujuan
mengelakkan kuasa ghaib masuk dan mengangu upacara ini. Berdekatan dengan tempayan ini
juga, diletakan pinggan untuk makanan si mati, untuk tujuan pemujaan atau persembahan
kepada si mati.
Biasanya pada pukul 10 malam, manang akan memulakan tugasnya dengan membaca mentera
suci yang disebut dalam bahasa iban iaitu leka pelian besarara bungai. Manang ini akan
terus menerus membaca mentera nya itu, kecuali masa minum, makan, merokok dan
mengunyah sireh.
Pada tengah malam akan ada satu upacara makan beramai-ramai di ruai keluarga si mati.
Upacara ini disebut dalam bahasa iban makai salau . Mereka akan makan bersama-sama
dan bekumpul. Makanan akan disediakan keluarga si mati. Walaubagaimanapun, ada juga
makanan yang datangnya dari jiran-jirannya yang menghulurkan bantuan. Biasanya makanan
ini disediakan oleh anak-anak muda. Makanan dibawa dari dalam bilek ke ruai.
Kemudian tetamu akan dijemput untuk makan. Tetapi sebelum makan, manang akan
mengetuai makan malam itu. Manang akan membuang pedara ke bawah rumah. Ini adalah
untuk roh si mati dan kawan-kawannya yang datang dari dunia lain. Pedara ini adalah
makanan istemewa untuk tetamu yang datang dari alam ghaib, kerana mereka juga menurut
kaum iban perlu dihormati dan dilayani seperti tetamu lain. Tidak ada sesiapa yang

dibenarkan makan sebelum pedara ini dibuang atau dibagikan kepada roh dari alam ghaib itu.
Hal sedermikian kerana kaum iban percaya wujud nya alam ghaib dan mereka perlu
diutamakan dalam apa-apa perkara.
Habis saja makan malam itu, manang akan meneruskan bacaan menteranya. Masa bacaan
mentera ini, tidak ada sesiapa dibenarkan mengangu manang tersebut. Apa yang manang itu
jampikan ialah menyampaikan perasaan sedih mereka kepada si mati, seterusnya meminta
memutuskan perhubungan mereka. Maksudnya disini ialah hubungan mereka hendaklah ada
satu batas permisahan. Hubungan mereka akan diputuskan dari dunia ghaib atau dunia si mati
agar si mati kembali ke alamnya dengan aman dan tenang.
Salah satu cara memutuskan hubungan mereka ialah melalui upacara pemotongan tangkai
bunga telasih. Bunga yang digunakan hendaklah mempunyai dua tangkai. Cabang tangkai
yang pertama mewakili alam kematian hendaklah menghala ke arah manang tersebut,
manakala tangkai yang mewakili dunia kehidupan menghala ke arah tetamu yang hadir. Disini
manang hanya memotong tangkai yang mewakili alam kematian sahaja. Upacara pemotongan
ini, hendaklah disertai oleh tangisi lantang dari salah seorang keluarga si mati dan bacaan
mentera.
Lepas proses pemotongan berlaku, hubungan mereka dikatakan sudah tamat. Tetapi manang
ini akan terus membaca menteranya sampai ke pagi, sekitar jam 3 pagi. Upacara besarara
bungai ini tamat selepas manang menghabiskan bacaan menteranya pada pukul 3 pagi itu.
Selepas serapan pagi, keluarga si mati akan membayar upah manang dengan seekor ayam,
pisau atau duku, tempayan dan kain belachu.
Urutan peristiwa Upacara Besarara Bungai
1. Keluarga si mati akan menjemput manang dan ahli keluarganya untuk menghadir
upacara ini.
2. Tetamu hadir dan manang duduk ditengah-tengah tetamu.
3. Pakaian si mati digantungkan di penyangkut dari sejenis buluh.
4. Pukul 10 manang mula membaca mentera suci dan selamat.
5. Makan tengah malam di ruai dan semua tetamu dijemput.
6. Lepas makan malam, manang akan meneruskan bacaan menteranya.
7. Upacara pemotongan tangkai bunga telasih.
8. Manang akan meneruskan bacaan menteranya sampai pukul 3 pagi.
9. Lepas serapan, tetamu boleh besurai, manang dibayar upah.
10. Upacara tamat.

You might also like