You are on page 1of 18

Lampiran E

KERAJAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERJANJIAN TAMBAHAN BAGI

NO. KONTRAK :

TEMPOH PERJANJIAN TAMBAHAN :

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA
(DIWAKILI OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)

DENGAN

.
(NAMA KONTRAKTOR
BESERTA ALAMAT)

(NO. PENDAFTARAN: )

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PERJANJIAN TAMBAHAN BAGI ....

NO. KONTRAK : .

PERJANJIAN TAMBAHAN ini dibuat pada...............................haribulan.........20.....


(kemudian daripada ini dirujuk sebagai (Perjanjian Tambahan)

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud Perjanjian Tambahan ini diwakili oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia yang beralamat di Sekolah ..............,
alamat................................................................................................................................
(kemudian daripada ini dirujuk sebagai Kerajaan) bagi satu pihak;

DENGAN

..SDN.BHD. / ENTERPRISE (No.


Pendaftaran Syarikat / Perniagaan) yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta
Syarikat 1965 (Akta 125) / Akta Pendaftaran Perniagaan (Akta 197) dan mempunyai
alamat berdaftar di .
(kemudian daripada ini dirujuk sebagai Kontraktor ) bagi pihak satu lagi.

Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara berseorangan sebagai Pihak dan secara
bersama sebagai Pihak-Pihak.)

BAHAWASANYA

A. Melalui satu Perjanjian yang telah ditandatangani pada .... antara Pihak-
Pihak (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Perjanjian Asal), Kerajaan telah
melantik Kontraktor untuk melaksanakan.. (kemudian
daripada ini dirujuk sebagai Perkhidmatan) tertakluk kepada terma-terma dan
syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Asal tersebut.

B. Kerajaan kini berhasrat memasuki Perjanjian Tambahan untuk meminda terma-


terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian Asal mengenai Menu Tambahan
bernilai RM1.50(RINGGIT MALAYSIA: SATU DAN SEN LIMA PULUH SAHAJA)
dan Kontraktok bersetuju untuk melaksanakan Perkhidmatan tertakluk kepada
terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Tambahan ini.

MAKA ADALAH DIPERSETUJUI OLEH PIHAK-PIHAK SEPERTI BERIKUT:

2
1. PERJANJIAN TAMBAHAN

1.1 Pihak-Pihak bersetuju bahawa Perjanjian Tambahan ini hendaklah


menjadi tambahan kepada dan dibaca bersekali serta menjadi sebahagian
daripada Perjanjian Asal.

1.2 Tertakluk kepada peruntukan, syarat-syarat dan terma-terma yang


terkandung di dalam Perjanjian Tambahan ini, semua peruntukan, syarat-
syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian Asal
hendaklah kekal sama dan berada dalam kuasa dan kesan sepenuhnya di
antara Pihak-Pihak di sini.

1.3 Sekiranya berlaku apa-apa ketidakselarasan antara peruntukan Perjanjian


Asal dan Perjanjian Tambahan, peruntukan Perjanjian Tambahan ini
hendaklah terpakai setakat ketidakselarasan itu.

2. TAFSIRAN

Dalam Perjanjian Tambahan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki


sebaliknya, dan jika digunakan dalam atau berkenaan dengan Perjanjian
Tambahan ini, perkataan-perkataan yang ditakrifkan dalam Perjanjian Asal
hendaklah mempunyai maksud yang sama dalam Perjanjian Tambahan ini.

3. TARIKH KUATKUASA PERJANJIAN TAMBAHAN

Walau apa pun peruntukan dalam Perjanjian Asal, Perjanjian Tambahan ini
hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada

4. TEMPOH PERJANJIAN

Pihak-pihak kepada Perjanjian Tambahan ini bersetuju untuk melanjutkan


Tempoh Perjanjian mulai .. hingga

3
5. PINDAAN KEPADA PERJANJIAN ASAL

5.1 Nilai Perjanjian yang diperuntukan dalam Klausa iaitu sebanyak


RM .. (RINGGIT MALAYSIA ) SAHAJA ditambah sebanyak
RM .(RINGGIT MALAYSIA ) SAHAJA dalam Perjanjian
Tambahan ini.

5.2 Tempoh Perjanjian yang diperuntukan dalam Klausa dilanjutkan dan


selepas Jadual B yang diperuntukkan dalam subklausa dimaksukan
dengan Jadual BB berkenaan pelanjutan Tempoh Perjanjian;

5.3 Memasukan selepas Lampiran A dengan Lampiran AA berkenaan


Cadangan Menu Pilihan Peluasan RMT; dan

5.4 memasukan selepas Lampiran B dengan Lampiran BB berkenaan Surat


Setuju Terima yang baru.

6. KERAHSIAAN

Kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Pihak


yang mempunyai maklumat ataupun disebabkan oleh keperluan undang-undang,
tiada Pihak pada bila-bila masa sekalipun dibenarkan memberitahu,
mendedahkan atau berkomunikasi dengan apa cara jua, kepada orang lain apa-
apa perkara atau maklumat sulit yang diperolehi atau didedahkan di bawah
Perjanjian Tambahan ini.

7. MASA

Masa hendaklah menjadi intipati kepada Perjanjian Tambahan ini.

8. UNDANG-UNDANG

Perjanjian Tambahan ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh


undang-undang Malaysia.

9. KOS DAN DUTI SETEM

Apa-apa penyediaan Perjanjian Tambahan ini dan duti setem yang harus dibayar
hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Kontraktor.

10. MENGIKAT PENGGANTI

4
Perjanjian Tambahan ini adalah mengikat ke atas pengganti, wasi, pentadbir,
wakil dan pemegang serahhak Pihak-Pihak.

11. PINDAAN, TAMBAHAN DAN PERUBAHAN

Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian Tambahan ini


hendaklah dibuat secara bertulis, disahkan dan dipersetujui oleh Pihak-Pihak
dan pindaan, tambahan atau perubahan tersebut hendaklah menjadi tambahan
kepada dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian Tambahan ini.

5
PADA MENYAKSIKAN PERKARA DI ATAS Pihak-Pihak yang diberi kuasa dalam
Perjanjian Tambahan ini telah menurunkan tandatangan dan meterai masing-masing pada
tarikh mula-mula yang tertulis di atas:

UNTUK DAN BAGI PIHAK KERAJAAN MALAYSIA:

Nama :

Jawatan :

No. Kad Pengenalan : .................................


( TANDATANGAN )

DI HADAPAN SAKSI:

Nama :

Jawatan : .................................
( TANDATANGAN )
No. Kad Pengenalan :

UNTUK DAN BAGI PIHAK KONTRAKTOR:


........................................................................

Nama :

Jawatan : .................................
( TANDATANGAN )
No. Kad Pengenalan :

DI HADAPAN SAKSI:

Nama :

Jawatan : .................................
(TANDATANGAN )
No. Kad Pengenalan :

6
Jadual A
BUTIRAN SYARIKAT / PEMBEKAL MAKANAN

Nama Syarikat / Pembekal Makanan

No. Pendaftaran Syarikat

Penubuhan syarikat (di bawah akta


syarikat 1965 [akta 125] atau di bawah
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [akta
197]

Alamat pendaftaran syarikat / alamat


pembekal makanan

Alamat perniagaan syarikat jika berbeza


dari alamat pendaftaran

No. telefon

No. faks

Alamat email

Nama pegawai atau perkhidmatan


syarikat berkenaan dengan perjanjian
ini / nama pembekal makanan

Nota : Nyatakan dengan perkataan TIDAK BERKENAAN- ATAU -TIADA- jika maklumat
dalam ruangan dalam Jadual A adalah tidak berkenaan atau tiada.

7
Jadual BB
[subklausa 3.1]
Butiaran Perkara Tempoh / Tarikh

1. Tempoh perjanjian (jumlah dalam bulan)

2. Tarikh berkuatkuasa

3. Tarikh penamatan

8
Lampiran-lampiran perjanjian

Lampiran Perkara

Lampiran AA

Lampiran BB

Nota : Lampiran-lampiran perjanjian di atas hendaklah dimasukkan mengikut


turutan abjad selepas abjad selpas helaian ini dan hendaklah diasingkan

9
LAMPIRAN AA

CADANGAN PILIHAN MENU PELUASAN RMT 2016

PILIHAN 1
Menu 1: Roti Putih + Majerin/ Jem/ Kaya

Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)


146
Roti putih 2 keping (58 gram)

44/
Marjerin ATAU 1 sudu teh (6 gram) 64
Jem ATAU 1 sudu teh (15 gram)
Kaya

0
Air minuman (dalam pek 1 cawan (230 ml)
sedia diminum)

Jumlah Kalori 190/ 210

PILIHAN 2
Menu 2: Bun Kentang/ Kacang Merah/ Kelapa/ Ikan Bilis

Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)


189 (kentang)/
Bun kentang ATAU 1 biji (60 gram) 178 (kacang merah)/
Bun kacang merah ATAU 165 (kelapa)/
Bun kelapa ATAU 190 (ikan bilis)
Bun ikan bilis

0
Air minuman (dalam pek 1 cawan (230 ml)
sedia diminum)

Jumlah Kalori 189/178/178/ 165/


190

10
PILIHAN 3
Menu 3: Biskut Bersusu, Biskut Tinggi Serat, Biskut Marie

Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)

Biskut bersusu ATAU 6 keping (33 gram/ 42 gram/ 20 140/


Biskut tinggi serat ATAU gram) 178/
Biskut marie 170

0
Air minuman (dalam pek 1 cawan (230 ml)
sedia diminum)

Jumlah Kalori 140/ 178/ 170

PILIHAN 4
Menu 4: Ubi Kayu/ Keledek + Sambal Ikan Bilis Kering

Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)

Ubi kayu/ keledek rebus 1 ketul (120 gram) 194 (ubi kayu)/
165 (ubi keledek)
+ sambal bilis kering 1 sudu makan (15 gram) 50

Air minuman (dalam pek 1 cawan (230 ml) 0


sedia diminum)

244 (ubi kayu)/


Jumlah Kalori 215 (ubi keledek)

11
PILIHAN 5
Menu 5: Bijirin sarapan (emping jagung/ koko krunch) + Susu

Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)


1 mangkuk (50 gram) 180 (emping
Bijirin sarapan (emping jagung)/ 193 (koko
jagung/ koko krunch) krunch)

cawan (100 ml) 70


Susu UHT
1 cawan (230 ml) 0
Air minuman (dalam pek
sedia diminum)
250 (emping
Jumlah Kalori jagung) ATAU
263 (koko
krunch)

PILIHAN 6
Menu 6: Kek mentega (tanpa krim)/ Kek coklat (tanpa krim)/ Kek vanilla (tanpa krim)/
Kek pisang (tanpa krim)

Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)

Kek mentega (tanpa krim) 1 keping (40 gram) 160 (mentega)/


ATAU 150 (coklat)/
Kek coklat (tanpa krim) 141 (vanilla)/
ATAU 134 (pisang)/
Kek vanilla (tanpa krim)
ATAU
Kek pisang (tanpa krim)
0
Air minuman (dalam pek 1 cawan (230 ml)
sedia diminum)

160/ 150/ 141/ 134


Jumlah Kalori

12
PILIHAN 7
Menu 7: Roti putih + telur rebus
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)
146
Roti putih 2 keping (58 gram) 78
+ telur rebus 1 biji (50 gram)
0
Air minuman (dalam pek 1 cawan (230 ml)
sedia diminum)

224
Jumlah Kalori

PILIHAN 8
Menu 8: Pau Kaya/ Pau Kacang/ Pau Kelapa
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)

Pau kaya ATAU 1 biji (50 gram) 130 (kaya)/


Pau kacang ATAU 139 (kacang
Pau kelapa merah)/
131 (kelapa)

Air minuman (dalam pek 1 cawan (230 ml) 0


sedia diminum)

Jumlah Kalori 130/ 139/ 131

PILIHAN 9
Menu 9: Muffin coklat/ vanilla (tanpa krim)
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)

Muffin coklat/ vanilla (tanpa 1 biji (60 gram) 207 (coklat)/


krim) 209 (vanilla)

Air minuman (dalam pek 1 cawan (230 ml) 0


sedia diminum)

Jumlah Kalori 207/ 209

13
PILIHAN 10
Menu 10: Roti bersalut telur
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)
Roti bersalut telur 2 keping (58 gram) 146
Roti 1 biji (50 gram) 78
Telur

Air minuman (dalam pek 1 cawan (230 ml) 0


sedia diminum)

Jumlah Kalori 224

Catatan:
1. Penetapan masa:
Menu Peluasan RMT 2016 boleh digunakan oleh pihak sekolah mengikut
kesesuaian masa, sama ada sarapan pagi (untuk sekolah sesi pagi) dan
minum petang (untuk sekolah sesi petang). Jawatan kuasa RMT sekolah
berhak menentukan masa untuk menggunakan menu ini.
2. Pemilihan menu :
Jawatan kuasa RMT sekolah boleh memilih mana-mana menu di atas
untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian sekolah serta perbincangan
bersama pihak pembekal RMT.

LAMPIRAN BB

14
(Contoh Surat Setuju Terima)
Kepala Surat Syarikat

Rujukan Kami:
Rujukan Tuan: (No. Rujukan Surat Tawaran)
Tarikh:
Guru Besar,
Nama dan alamat sekolah

Tuan,
TAWARAN MEMBEKALKAN MAKANAN BERMASAK SEBAGAI TAMBAHAN
KEPADA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2016

Saya ______________ ( Nama Pembekal) No. Kad Pengenalan: ___________ dengan


ini memberitahu tuan bahawa _____________(Nama syarikat dan No.
Pendaftaran/dikosongkan sekiranya melibatkan individu tanpa syarikat yang dilantik dan
dipersetujui oleh Jawatankuasa RMT sekolah) bersetuju menerima tawaran tersebut,
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1.1. Tawaran ini adalah tambahan kepada perjanjian asal Rancangan


Makanan Tambahan yang berkuatkuasa dan perlu dibaca bersekali serta
dijadikan sebahagian daripada perjanjian asal
1.2. Kadar yang dipersetujui adalah RM1.50 (Ringgit Satu dan Sen Lima Puluh
Sahaja) setiap murid/hari adalah bermaksud untuk membekalkan
tambahan satu kali makan mengikut menu dan spesifikasi makanan
(Lampiran A) untuk murid-murid yang layak menerima Rancangan
Makanan Tambahan seperti perjanjian yang asal.
1.3. Anggaran nilai tambahan perjanjian ini adalah tidak melebihi RM
__________ (Ringgit ________) kecuali dan hanya diputuskan dan
dimohon oleh sekolah secara bertulis
1.4. Garis Panduan Penyediaan Makanan Bersih dan Selamat Bagi
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Sekolah di Bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (Lampiran B) akan dipatuhi
1.5. Perjanjian Tambahan Kepada Perjanjian Pembekalan Makanan Bagi
Rancangan Makanan Tambahan perlu dilengkapkan dan dimatikan stem

2. Tiada perkhidmatan dibawah perjanjian ini boleh dimulakan kecuali dan sehingga
telah mematuhi peruntukan para 1 di atas.

15
3. Dengan ini, yang bertandatangan di bawah ini mengakui bersetuju menerima
tawaran ini dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan mematuhi kepada
Perjanjian Tambahan Kepada Perjanjian Pembekalan Makanan Bagi Rancangan
Makanan Tambahan.

______________ ________________
Tandatangan Pengusaha RMT Tandatangan Saksi

16
LAMPIRAN C
(Contoh Surat Kenyataan Tawaran)
Kepala surat sekolah
Rujukan Kami:
Tarikh:
Nama dan alamat Pengusaha RMT
Tuan,
TAWARAN MEMBEKALKAN MAKANAN BERMASAK SEBAGAI TAMBAHAN
KEPADA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2016

Saya adalah diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Kerajaan telah bersetuju untuk tambahan satu kali makan untuk penerima
Rancangan Makanan Tambahan 2016 sedia ada dengan kadar RM1.50( Ringgit Satu
dan sen Lima puluh sahaja) bagi setiap murid/hari. Ini merupakan tambahan kepada
makanan yang sedia ada yang diberikan kepada penerima Rancangan Makanan
Tambahan 2016.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan sukacitanya ingin menawarkan


kepada tuan untuk membekalkan makanan bermasak kepada murid-murid sekolah ini
yang terpilih sebagai penerima Rancangan Makanan Tambahan dengan butiran berikut:
2.1. Bilangan murid: ______murid
2.2. Kadar bayaran: RM1.50 seorang murid/hari
2.3. Bilangan hari: ________hari

3. Tawaran ini merupakan tambahan kepada perjanjian Rancangan Makanan


Tambahan pihak tuan dengan pihak sekolah yang masih berkuatkuasa.Sekiranya tuan
bersetuju menerima tawaran ini, tuan diminta untuk melengkapkan Surat Setuju Terima
yang dilampirkan dan kembalikan kepada pihak sekolah dengan kadar yang segera.

Sekian, Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

t.t dan Jawatan

17
18

You might also like