You are on page 1of 4

Sejarah Penubuhan Maahad AlSabirin Ayer Lanas

Pengenalan Sekolah ini ditubuhkan dan diasaskan pada awal 1960 oleh Tuan Hj Ab Jalil B Yusof iaitu salah seorang guru agama disini dengan bantuan fikiran dan tenaga oleh anak tirinya Ustaz Shamsuddin B Yunus. Ia ditubuhkan memandangkan pada masa itu tidak ada sekolah menengah untuk dijadikan sekolah lanjutan kepada murid-murid yang tamat darjah enam di kawasan tanah rancangan ini. Walaupun sekolah aneka jurusan telah wujud tetapi ia masih dalam peringkat percubaan. Hasil daripada bantuan buah fikiran Ustaz Shamsuddin , Hj Ab. Jalil dan beberapa peneroka yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam pendidikan telah bersetuju untuk mewujudkan sebuah sekolah agama kepada anak peneroka Ayer Lanas. Pada 09.08.1961 maka lahirlah sebuah sekolah agama (arab) di Kampung Ayer Lanas yang didaftarkan di bawah naungan Majlis Agama islam Kelantan (MAIK) dengan nama Madrasah Al-Sabirin, Ayer Lanas. Dengan perkembangan arus perdana, nama Madrasah Al-Sabirin ditukar kepada Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Sabirin dan kini dengan nama Maahad Al-Sabirin. Persekolahan Peringkat Awal Persekolahan peringkat awal ialah diatas Surau Ayer Lanas secara duduk bersila pada waktu petang dengan jumlah muridnya seramai 70 orang. Kebanyakkan murid-murid yang belajar di madrasah ini ialah murid-murid yang belajar di sekolah kebangsaan disebelah pagi. Matapelajaran yang diajar ialah apa sahaja matapelajaran agama yang difikirkan sesuai diajar kepada murid-murid oleh gurunya Tuan Hj Abdul Jalil. Dalam cuti persekolahan penggal ketiga tahun 1991, Ustaz Shamsuddin yang pada ketika itu sedang belajar dalam darjah Tujuh di Maahad Muhammadi, Kota Bharu sekali lagi datang ke rumah ayah tirinya haji Ab Jalil di ayer lanas. Dalam peluang keemasan ini beliau sempat membantu Haji Ab Jalil mengatur sistem pengajaran dan pembelajaran sekolah secara sistematik seperti mengadakan jadual waktu pembelajaran, jadual kedatangan murid dan lain-lain lagi mengikut cara yang dikehendaki oleh pentadbiran majlis Agama Islam Kelantan. Disamping itu beliau juga sempat berganding bahu dengan ayah tirinya mencurah ilmu pengetahuan yang ada dalam dadanya kepada murid-murid. Dengan adanya peraturan dan sistem persekolahna yang lengkap maka bertambahlah minat para ibu bapa di sekitar ayer lanas untuk menghantar anakanak mereka belajar di sekolah agama ini sehingga akhir 1961 pelajar madrasah bertambah hingga menjadi 160 orang.

Belajar Di Bangunan Sendiri Berkat kerjasama dan bantuan semua pihak dari peneroka Ayer lanas, pada pertengahan tahun 1962 sebuah bangunan yang kecil dapat dibina. Bangunan ini letaknya berhampiran dengan surau ayer lanas. Semenjak itu, murid-murid dapatlah belajar dibangunan sendiri dengan tenang dengan tenaga pengajarnya Tuan Hj Ab Jalil sendiri dan dibantu oleh En Ismail Bin Abu Bakar dan Ismail Bin Awang. SMU(A) Al-Sabirin Mati Dan Dibuka Kembali Sudah menjadi lumrah alam segala-galanya sering berubah. Madrasah AlSabirin yang hidup daengan begitu menarik dan mengalami pertambahan pelajar yang baik tiba-tiba pada tahun 1963 bangunan sekolah yang didirikan itu tinggal sepi. Tidak dapat dipastikan apakah sebab dan mesababnya yang sebenar. Tidak murid yang ingin belajar disitu dan akhirnya ia ditutup sama sekali. Pada tahun 1964- semasa Ustaz Shamsuddin Bin Yunus menjadi guru besar di Madrasah Ijtimaiyah, kedai Mulong, Haji Abd Jalil dengan rayuan penduduk ayer Lanas telah meminta beliau kembali menjadi guru besar di madrasah Al-Sabirin, Ayer lanas. Akhirnya beliau bersetuju untuk pulang ke ayer lanas dan menjadi guru besar di madrasah Al-sabirin. Pada tahun yang sama dengan sokongan dari ahli-ahli jawatankuasa kemajuan marasah al-sabirin dapat dihidupkan kembali dengan jumlah pelajar mencapai lebih kurang 150 orang pelajar dan bilangan guru ditambah seorang lagi iaitu Ustaz Ab Ghani Bin Harun. Pada tahun 1965 pula pelajar bertambah menjadi 160 orang. Bilik darjah pada ketika itu empat buah dan bilangan guru bertambah menjadi 13 orang. Peruntukan Kerajaan Untuk Bangunan Dan Tapak Sekolah Hasil dari usaha jawatankuasa kemajuan, pada akhir tahun 1965 pihak kerajaan telah meluluskan sebuah bangunan baru yang beharga sebanyak RM 25 000.00 dan pada tahun yang sama kerajaan negeri telah meluluskan tapak seluas ekar untuk membina bangunan tersebut. Sementara menunggu bangunan ini siap dibina, pelajar-pelajar dibenarkan menumpang belajar di sekolah Kebangsaan ayer lanas di sebelah petang. Guruguru pula tinggal dirumah guru besar kerana hitung panjang pendapatan guru pada masa itu aialah RM 15.00 sebulan. Oleh yang demikian guru-guru tidak mampu menyewa rumah bagi tempat tinggal masing-masing. Alhamdulillah pada akhir tahun 1966, MAdrasah Al-sabirin berpindah ke bangunan barunya dengan dipenuhi kelengkapan persekolahan. Jumlah murid pada masa itu bertambah menjadi lebih kurang 250 orang dengan bilangan gurunya seramai 7 orang. Dan pada masa sekarang pelajar Maahad Al-Sabirin telah

menjangkau seramai lebih kurang 900 orang pelajar dengan tenaga pendidik.

hampir 50 orang

Senarai Nama Pengetua Bermula Tahun (1960-2010) 1. Tn Hj Ab Jalil B Yusof (1960-1964) 2. Us Shamsuddin B Yunus (1964-1980) 3. Tn Hj Muhammad B Ismail (1980-2000) 4. Tn Hj Ibrahim Fikri B Mamat (2000-2002) 5. Us Yusof Harun (2003) 6. Tn Hj Abdullah B Ab Wahab (2004) 7. Us Azhar Mat Yusof (2005-2006) 8. Us Ahamad B Yusof (2007-2008) 9. Tn Hj Mohd Razif B Hj Othman (2009-Sekarang)

You might also like