You are on page 1of 25

1.

Pengenalan

Perkataaan seni mempunyai banyak takrif menurut ahli falsafah Yunani misalnya,

Aristotle menyatakan seni sebagai peniruan bentuk alam di mana penciptanya turut

menyertakan ideanya dalam peniruan tentang alam itu. Menurut Mohd Bakhir Haji

Abdullah (2007) pula seni merupakan manifestasi daripada perasaan dan fikiran

dengan berbagai-bagai cara dan bentuk seperti sastera, lagu, tulisan, ukiran, seni bina,

dan lain-lain. Seni dalam Islam pula didefinisikan sebagai cetusan perasaan,

pemikiran, tutur kata, ungkapan dan perbuatan yang menjurus kepada keindahan,

kebenaran dan kesempurnaan. Kesenian dibahagikan kepada 4 bentuk yang utama

iaitu seni gerak, seni rupa, seni muzik dan seni permainan. Keempat-empat seni ini

dimainkan atau digunakan mengikut tatatingkat sosial iaitu kelas atasan dan kelas

bawahan.

Menjelang kurun ke-13,14 dan 15 dunia Melayu telah mempunyai beberapa

buah kesultanan Melayu Islam iaitu di Pulau Sumatera, Selatan Thailand dan

Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Pulau Jawa, Sulawesi dan Kepulauan Maluku

serta Kepulauan Filipina. Kerajaan-kerajaan ini telah menaungi pelbagai kegiatan

kesenian seni rupa, seni gerak, seni muzik serta seni permainan. Istana raja-raja

Melayu Islam telah memainkan peranan penting sebagai pusat kebudayaan yang telah

menjadi penaung kepada kegiatan kesenian. Kesultanan merupakan kawasan yang

diperintah oleh sultan.

Kesultanan Melayu pada abad ke-15 merupakan asas pembinaan negara dan

bangsa. Peradaban dan peraturan kenegaraan kerajaan ini tercatat dalam sejarah

Melayu atau lebih dikenali sebagai Sulalatus Salatin. Karya ini merupakan dokumen

historiografi Melayu terpenting dan warisan orang Melayu yang sangat berharga.

Karya ini menjadi sumber rujukan utama sejarah tamadun Melayu yang dijadikan
sebagai pedoman gambaran zaman silam tentang orang Melayu.Menurut karya agung

ini, dapat dikatakan bahawa kesultanan Melayu pada abad ke-15 mempunyai

masyarakat yang tersusun, berperaturan serta mempunyai sistem pentadbiran dan

politik yang tersendiri. Kesultanan Melayu banyak meninggalkan pelbagai kesan

warisan sosiopolitik serta seni dan kebudayaan dalam negara kita. Warisan yang

ditinggalkan sejak zaman kesultanan Melayu masih dikekalkan dan dipelihara.

Kegiatan seni merupakan salah satu ciri tamadun Melayu. Kegiatan seni bagi

golongan atasan seperti raja dan pembesar tidak boleh dilihat atau dipermainkan oleh

golongan bawahan iaitu rakyat jelata. Kesenian ini turut terbahagi kepada dua

bahagian iaitu warisan ketara dan warisan tidak ketara. Warisan ketara merupakan

sesuatu yang kekal dilihat dan dipegang sama ada statik atau mudah alih misalnya

batu nisan, ukiran kayu dan manuskrip. Warisan tidak ketara pula merupakan sesuatu

ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya,

bahasa dan persuratan. Kesenian ketara dan tidak ketara banyak digunakan semasa

kesultanan Melayu. Dapat disimpulkan bahawa seni merupakan sesuatu bentuk

ekspresi indah yang memerlukan kesinambungan antara proses fizikal dan proses

psikologi.

2. Kajian lepas

Antara kajian yang pernah dibuat ialah kajian daripada Aisyah Mokhtar yang diberi

tajuk Kewujudan Kota Melayu Melaka. Kajian ini menceritakan tentang kesenian

kota Melaka yang unik dan penuh dengan sejarah. Melaka dikatakan sebagai tempat

bersejarah kerana peninggalan-peninggalan sejarah dan bangunan lama yang menjadi

tempat pelancongan pada ketika ini. Oleh kerana kota Melaka tidak diiktirafkan di

mata duni sebagai peninggalan sejarah, maka pengkaji ini membahas dan
menwujudkan bahawa kota Melaka merupakan peninggalan kesenian yang harus

dijaga dan dipelihara sebagai bukti sejarah pada masa akan datang. Kajian tersebut

mencari bukti untuk memaparkan dan membuat perbandingan di dalam pelbagai

aspek untuk membuktikan kewujudan kota melayu Melaka pada dunia. Reka bentuk

bangunan-bangunan tersebut masih kekal sejak zaman pemerintahan british lagi. Kota

Melayu mempunyai reka bentuk dan kesenian yang unik iaitu berbentuk empat segi

dan bahan yang digunakan untuk menyiapkan bangunan-bangunan tersebut bukan

mengunakan bahan seperti sekarang kerana itu ia dikatakan unik dan merupakan

satu-satunya peninggalan sejarah yang harus dijaga daripada ditelan arus pemoderan

zaman. Istana pula merupakan kepentingan pada ketika itu, kerana istana merupakan

tempat raja dan juga pembesar tinggal dan memerintah negeri dan rakyat.

Kajian yang seterusnya bertajuk “Pendidikan Seni Persembahan : Kajian Kes Di

Akademi Seni Kebangsaan” dikaji oleh Mohd Ghazali Bin Abdullah pada tahun 2004.

kajian tersebut memperlihatkan dan mengfokuskan terhadap sistem pendidikan seni

persembahan. Pengkaji jugak memberi tumpuan terhadap konsep dan rangka teori

yang telah digunakan dalam menganalisi sistem pendidikan seni persembahan.

Penelitian ditumpukan kepada dua aspek iaitu pembelajaran dan pengalaman lulusan

pelajar itu sendiri, dalam kaedah pembelajaran merangkumi teori dan juga praktikal.

Kajian ini lebih mengutamakan pelajaran iaitu tari, muzik, teater dan penulisan.

selepas menamatkan pengajian juga diambil kira dalam kajian untuk memperlihatkan

adakah matlamat tercapai selepas memberi pendedahan keadaan sebenar dalam

pembelajaran seni persembahan. Akhir kajian ini mendapati bahawa ilmu yang

diberikan masih kurang kerana sistem pendidikan yang masih belum memuaskan.
Kajian ini berkonsepkan untuk meningkatkan pengetahuan yang meluas serta supaya

diberi lebih penekanan dan arah tujuan.

Antara kajian yang telah dibincangkan dalam kajian yang dilakukan adalah kajian

daripada Ahmad Muaddib Bin Abdul Halim yang bertajuk “Kajian Istana Budaya

Selepas 10 Tahun Penubuhan”. Kajian dilakukan pada tahun 2009. Kajian ini

dilakukan untuk memastikan setiap objektif kajian dapat diperjelaskan. Pengkaji telah

merungkai perubahan-perubahan yang berlaku di istana selepas 10 tahun

penubuhannya. Istana menjadi sebuah tempat bagi pegiat seni untuk melakukan dan

membuat persembahan di istana. Pelbagai seni persembahan dapat ditonjolkan oleh

pengiat seni di istana dan dapat menghiburkan para kerabat diraja. Kajian ini juga

merungkai 3 komponen yang menjadi persoalan masyarakat iaitu perubahan apakah

yang berlaku selama 10 tahun. Seterusnya, dasar atau polisi yang digunakan dalam

kepimpinan istana pada tahun 1999 hingga 2009. Akhir sekali, pengkaji akan cuba

mengkaji polisi yang digunakan oleh setiap ketua pengarah istana dan akan melihat

perubahan-perubahan yang akan berlaku selari dengan misi istana itu sendiri.

Selain itu jugak kajian tentang “Struktur Persembahan Tarian Dabus Di Negeri Perak”

pada tahun 2002. Pengkaji bernama Rozita Binti Ahmad. Terdapat beberapa konsep

yang dikemukan oleh pengkaji tersebut iaitu setiap cabang kesenian memperlihatkan

kepada nilai budaya yang dipegang oleh masyarakat itu sendiri. Beliau beranggapan

pelbagai bentuk kesenian warisan rakyat Malaysia yang telah sekian lama

dibiarkan terabai dan warisan kesenian tersebut perlu dihidupkan untuk pengetahuan

dan rujukan dengan keadaan semasa dalam kehidupan masyarakat kini. Contohnya,

dabus merupakan kesenian rakyat yang semakin terabai dan ia sebenarnya


mempunyai nilaya budaya dan nilai yang tinggi. Ia bukan hiburan semata-mata tetapi

mempunyai asas budaya bangsa, sejarah, indentiti diri dan kepercayaan manusia.

Kajian yang seterusnya bertajuk Penglibatan Organisasi Seni Di Dalam Sambutan

Pengisyhtiharaan Melaka Bandaraya Bersejarah pengarang oleh Shaik Azahar Shaik

Hussain pada tahun 2014. Seni didefinisikan iaitu seni persembahan sebagai seni yang

terdiri daripada drama, tarian, dan muzik yang melibatkan persembahan secara

langsung di hadapan para penonton . selain itu seni juga mendefinisikan oleh pengkaji

lain yang bermaksud acara kesenian pentas sebagai opera, teater, tarian, jazz, atau

muzik klasik dan lain-lain. Seni persembahan yang dimaksudkan sebagai aktiviti seni

atau acara kesenian yang terdiri daripada teater klasik, moden, komedi, dan tradisional,

muzik klasik, , tradisional dan koir dan tariannya yang meliputi moden dan tradisional

yang akan dipersembahkan secara langsung di hadapan para tontonan untuk

menikmati persembahan tersebut. Kajian ini mengkaji tentang adakah organisasi seni

yang terlibat ini boleh membawakan persembahan tradisional masyarakat di negeri

Melaka. Kajian yang telah dilakukan ini memberi pendedahan tentang kesenian yang

ada pada negeri Melaka. Dengan itu juga melalui acara kesenian yang diperlihatkan

ini juga dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada masyarakat luar malah

dapat dikekalkan untuk tontonan kepada generasi muda mengenai warisan tradisi

yang sekian lama yang terdapat di negeri Melaka yang pelbagai sejarah cerita. Kajian

ini juga di hadkan kepada penyelidikan tentang peranan organisasi seni di negeri

Melaka yang memaparkan identiti masyarakat di Melaka itu sendiri.


3. Tujuan kajian

Untuk mengenalpasti bentuk-bentuk kesenian Melayu yang terdapat di dalam teks

Sulaltus Salatin

Untuk merumuskan warisan ketara sebagai salah satu bentuk kebudayaan Melayu

4. Bahan kajian

Menggunakan karya Sulatus Salatin sebagai rujukan utama. Manakala rujukan

sokongan yang digunakan adalah berdasarkan tesis, jurnal, buku rujukan dan juga

internet.

5. Kaedah kajian

i. Mendapat data

Kaedah kajian yang digunakan untuk memperoleh dapatan kajian ialah kajian

kepustakaan. Pengkaji telah membaca beberapa bahan kajian seperti Karya Sulalatus

Salatin, jurnal, tesis dan artikel untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan

kajian. Kaedah ini turut melibatkan penggunaan laman web yang berkaitan bagi

mendapatkan maklumat tambahan tentang kesenian.

ii. Mengumpul data

Kajian ini bermula dengan proses pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan

kesenian dari bahan utama pengkaji iaitu Sulalatus Salatin. Selain itu, pengkaji turut

mencari kajian-kajian lepas yang boleh dijadikan rujukan semasa kajian. Jenis dan

bentuk kesenian yang digunakan dan diamalkan semasa zaman kesultanan Melayu

menjadi analisis utama dalam kajian.


iii. Menganalisis data

Kajian ini termasuk dalam bidang kesenian. Bidang ini memberi tumpuan terhadap

jenis kesenian yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu. Kajian ini bertujuan

untuk memaparkan jenis-jenis seni yang berkaitan dengan peradaban yang diwarisi

sejak zaman kesultanan Melayu lagi. Kajian ini turut mendedahkan seni-seni seperti

seni penggunaan ilmu sihir, seni berbahas dan banyak lagi. Selain itu, kajian ini turut

menonjolkan seni warisan ketara dan tidak ketara yang terdapat semasa kesultanan

melayu.

6. Bidang kajian

Kajian ini termasuk dalam bidang kesenian Melayu. Bidang ini memberi tumpuan

terhadap pengajian Melayu itu sendiri dan kajian ini dijalankan bagi tujuan melihat

aspek kesenian Melayu yang meliputi aspek warisan kesenian bahasa, seni permainan,

seni pakaian dan lain-lain . Dalam kajian ini juga turut memberi fokus terhadap

kesenian warisan ketara.

7. Batasan kajian

Kajian ini akan memperlihatkan bentuk-bentuk kesenian yang digunakan oleh

masyarakat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam teks Sulalatus Salatin.

Namun, kajian ini akan memfokuskan kepada kesenian yang berbentuk warisan

ketara.
8. Konsep-konsep penting

1. Konsep Peradaban

Maksud peradaban dari sudut bahasa menurut Ibn Manzur ialah daripada akar kata

‘hadara’ yang bermakna sesuatu yang nampak. Arnold Toynbee menjelaskan bahawa

kekuatan spiritual (batiniah) memungkinkan seseorang untuk memanifestasikannya

dalam bentuk lahiriah (outward manifestation) yang kemudian disebut sebagai

peradaban. Dalam konteks Islam, Sayyid Qutb menyatakan bahawa keimanan adalah

sumber kepada peradaban. Keimanan yang dimaksud bukan sekadar kepercayaan

kepada Tuhan, akan tetapi telah menjadi kombinasi antara prinsip kepercayaan

kepada Tuhan dan kemanusiaan. Oleh itu, prinsip-prinsip peradaban Islam

menurutnya adalah ketakwaan kepada Tuhan, keyakinan kepada keEsaan Tuhan

(tauhid), dan ketuanan (supremacy) kemanusiaan di atas segala sesuatu yang bersifat

material, pengembangan nilai-nilai kemanusiaan, penjagaan dari keinginan bersifat

haiwani, penghormatan terhadap keluarga, dan sedar akan fungsinya sebagai khalifah

Allah di bumi berdasarkan petunjuk dan perintah-Nya. Para pendapat penulis, teori ini

lebih sesuai untuk menggambarkan peradaban yang bermula dari kekuatan spiritual

atau agama dan terpamer kepada akhlak, peribadi tingkah laku dan cara hidup

manusia bersosial dan berinteraksi di antara satu sama lain termasuklah dalam semua

aspek antaranya ekonomi, politik, pentadbiran, keselamatan dan sebagainya.

2. Konsep Tamadun

Konsep tamadun pula, perkataan “tamadun” sering digunakan untuk menggambarkan

kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula,

perkataan “tamadun” selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains

dan teknologi selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini.
Sebenarnya perkataan “tamadun” dari sudut etimologi berasal daripada perkataan

maddana dalam bahasa Arab. Maddana yang merupakan kata kerja yang merujuk

kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi

pekerti. Daripada perkataan maddana ini diterbitkan perkataan madani yang

merupakan sifat nama. Madani merujuk sifat sesuatu yang berkaitan dengan

pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua

perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang

bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama. Pengertian tamadun

berdasarkan etimologi seperti yang dikemukakan, secara tidak langsung menekankan

dua perkara yang penting dalam memberikan takrifan yang lengkap terhadap tamadun.

Pentakrifan tamadun yang lengkap harus menggabungkan kedua-dua perkara tersebut

yang berkaitan dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau

penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah

pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan

(seperti sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik,

halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki

personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah

masyarakat atau negara bangsa.

3. Konsep Kesenian

Konsep seni boleh difahamkan dengan meneliti beberapa penegasan mengenainya,

antaranya, bahawa seni itu merupakan buatan manusia yang dihasilkan bertolak

daripada fitrah akal, budi, dan perasaan. Seni itu merupakan kegiatan manusia yang

mempunyai waktu senggang (lapang) dan hasil seni itu menimbulkan perasaan

menyenangkan penciptanya dan penatapan. Seni itu mengekspresikan alam sekitar


dan budaya manusia sebagai pencetus atau pendorong penciptaannya. Kemuncaknya

ialah seni itu merupakan kegiatan bangsa yang maju, iaitu menunjukkan wujudnya

tamadun atau peradaban. Mengenai definisi seni, beberapa takrifan telah

dikemukakan, antaranya menurut ahli falsafah Yunani misalnya Aristotle yang

menyatakan bahawa seni sebagai peniruan bentuk alam di mana penciptanya turut

menyertakan ideanya dalam peniruan tentang alam itu.

4. Konsep Kerajaan

Sistem pemerintahan terdiri daripada Raja Mutlak, Raja Berpelembagaan, Republik,

Presidensi dan Sistem satu parti. Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Raja

Berperlembagaan. Raja Mutlak menjadi pemerintah sepenuhnya terhadap rakyat dan

negara. Raja Mutlak memiliki kuasa politik yang tidak terhad terhadap kedaulatan

negara dan rakyatnya. Raja Mutlak biasanya berdasarkan keturunan tetapi ada kalanya

berasaskan perubahan pemimpin dan tiada pilihan raya. Manakala Presidensi ialah

ketua negara dan ketua eksekutif yang dipilih secara pengundian langsung dari rakyat

dan calon yang menang majoriti akan menjadi presiden. Republik merupakan

presiden parti popular yang menang menjadi perdana menteri dan memiliki kuasa

eksekutif. Manakala negara satu parti ialah parti tunggal yang memiliki satu parti

politik dan hanya boleh dibentuk kerajaan, biasanya berasas kepada perlembagaan

sedia ada. Raja Berperlembagaan memiliki kuasa raja terhad seperti yang diizinkan

oleh perlembagaan dan undang-undang sesebuah negara. Pemilihan kerajaan

persekutuan dan negeri dipilih secara pengundian dalam pilihan raya, Parti majoriti

akan memenangi kerusi parlimen atau dun membentuk kerajaan. Presiden parti politik

dilantik menjadi perdana menteri atau menteri besar atau ketua menteri. Menurut Mac

Iver kerajaan merupakan “satu pertubuhan pusat yang mengekalkan satu sistem
peraturan terhadap masyarakat ”. Menurut David E. Apter kerajaan merupakan “satu

lembaga yang mempunyai kewibawaan yang sah dalam hal keselamatan perancangan

dan pengamalan dasar-dasar”. Menurut Syed Ahmad Hussein, 1996 kerajaan

merupakan “satu rangkaian institusi yang mentadbir masyarakat dan negara , ia lebih

merupakan alat atau jentera negara yang antara fungsinya ialah untuk mencapai

matlamat, dasar dan cita-citanya”. Pentadbiran kuasa dalam sistem kerajaan pula

dibahagikan kepada tiga bahagian yang meliputi Pemerintahan (Eksekutif),

Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman (Judiciary) yang bertindak sebagai satu

doktrin dalam pemerintahan negara demokrasi. Eksekutif berperanan sebagai

pentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang. Pentadbir akan bertindak sebagai

pengawa dan pemeriksa, untuk menolak mana-mana pandangan awam atau

tindakan-tindakan daripada kerajaan dan mengkritik mereka sekiranya didapati

bersalah dan tugasnya juga memecat ahli-ahlinya yang didapati bersalah, meluluskan

kelayakan untuk ahli-ahlinya mengemukakan tuduhan terhadap pegawai-pegawai

awam terhadap pegawai-pegawai awam atau mengadlii kes-kes tuduhan terhadap

negara. Manakala Legistatif berperanan sebagai penggubal undang-undang. Tugas

tersebut akan melibatkan proses-proses yang sukar. Legistatif merupakan alat yang

penting bagi masyarakat untuk mengeluarkan pendapatnya. Judiciary sebagai

pelaksana undang-undang dan memastikan Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dan

keadilan ditegakkan mengikut peruntukan undang-undang.

5. Konsep Istana

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat istana dapat didefinisikan sebagai rumah

kediaman raja atau ketua negara. Raja menggunakan istana sebagai tempat untuk

bersemayam, istana pada zaman dahulu diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi.
Penggunaan kayu yang bermutu adalah bertujuan supaya istana dapat tahan dengan

lebih lama. Istana di Tanah Melayu dikatakan bermula sebelum zaman Kesultanan

Melayu Melaka lagi. Raja atau sultan menggunakan istana sebagai tempat untuk

mentadbir kerajaanya dan di sini dapat dilihat bahawa peranan istana tidak hanya

sebagai tempat tinggal raja sahaja bahkan ia juga sebagai tempat pentadbiran.

Kebanyakan negeri di Tanah Melayu mempunyai istana yang tersendiri mengikut

kerajaan yang dibentuk pada masa tersebut. Istana dibina mengikut ciri kebudayaan

yang terdapat pada sesuatu tempat atau kerajaan tersebut. Sebagai contoh Istana Seri

Menanti di Negeri Sembilan yang mempunyai ciri binaan seperti bumbung

Minangkabau. Hal ini demikian kerana, faktor pembinaan tersebut dipengaruhi oleh

kebudayaan yang terdapat di Negeri Sembilan ekoran penghijrahan masyarakat

Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia ke Negeri Sembilan pada zaman dahulu.

Istana di Tanah Melayu dibina berdekatan dengan sungai supaya ia dapat

memudahkan kerajaan untuk mentadbir dan mendapatkan bekalan makanan. Tidak

terkecuali istana yang terdapat di Perak iaitu Istana Kayangan atau Istana Tepas yang

telah dibina di atas bukit Chandan. Istana ini merupakan istana yang terawal dibina di

Perak setelah Perak mengamalkan sistem pemerintahan bersultan.


9. Dapatan Kajian ( Analisis )

Objektif 1 : Jenis kesenian yang terdapat dalam kesultanan Melayu dalam

Sulalatus Salatin.

1) Seni Penggunaan kuasa mistik

Penggunaan ilmu hitam atau ilmu mistik dilarang sama sekali dalam setiap agama

namun, kesenian ilmu hitam ini giat diamalkan semasa kesultanan Melayu. Ilmu atau

kesenian ini hanya boleh digunakan oleh golongan tertentu yang mahir dalamnya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), mistik merupakan keadaan ghaib yang

tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia, keanehan, keajaiban. Kuasa ghaib ini

juga dikenali sebagai kuasa sihir. Kuasa mistik ini terdiri daripada ilmu sihir dan ilmu

firasat.

i) Seni penggunaan ilmu sihir

Ilmu sihir ini dikaitkan dengan bomoh kerana mereka akan menggunakan ilmu atau

kemahiran yang ada pada mereka untuk melakukan sesuatu perkara yang diluar

kemampuan seseorang manusia. Seni penggunaan kuasa ghaib ini dapat dilihat dalam

teks Sulalatus Salatin pada bab 3 iaitu,

“Jikalau engkau hendakkan gagah, makanlah muntahku. Setelah itu oleh Badang

dicubanya segala pohon kayu hampirnya yang besar-besar itu, dengan sekali

bantunnya habis patah-patah”.

(Sulalatus Salatin halaman 48)


Bahagian ini berkaitan dengan ilmu jampi iaitu cara seorang hamba, Badang

memperoleh kuasa ghaibnya. Badang gemar menahan lukah namun lukahnya tidak

pernah dimasukki ikan. Untuk menyiasat perkara ini Badang mengintip kawasan

lukah itu. Badang terkejut apabila melihat hantu yang berbadan besar di kawasan

tersebut. Badang dengan segera menghampiri hantu tersebut dan mengugutnya. Hantu

tersebut sudah takut akan ugutan Badang dan memberi tawaran kepada Badang

sebagai pertukaran. Badang menerima tawaran tersebut dengan memberitahu hantu

tersebut untuk menjadikannya gagah. Hantu tersebut pun mengarahkan Badang untuk

makan muntahnya dan dia telah memperoleh kuasa ghaib.

Selepas memperoleh kuasanya, Badang menggunakan ilmu tersebut untuk

melakukan kerja menebas kayu di huma. Peristiwa ini menonjolkan kesenian

penggunaan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat pada zaman kesultanan Melayu.

Seni penggunaan ilmu hitam ini hanya boleh dilakukan oleh sesetengah orang sahaja.

ii) Seni penggunaan ilmu firasat atau ramalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), menyatakan bahawa firasat adalah

pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan dan lain-lain untuk mengetahui

kelakuan atau nasib orang. Ilmu firasat ini merupakan keupayaan yang dimiliki oleh

seseorang dalam menilik nasib seseorang. Penggunaan Ilmu firasat turut diceritakan

dalam Sulalatus Salatin iaitu,

“Maka pada suatu malam Bendahara turun hendak sembahyang subuh, maka dilihat

oleh Bendahara betul pada kepala Tun Mutahir bercahaya menerus ke langit. Maka

di-Hampiri oleh Bcndahara, dilihatnya Tun Mutahir. Maka dengan sekejap juga
cahaya itu pun padamlah. Maka kata Bendahara akan Tun Mutahir, “Budak ini kelak

menjadi Orang Besar-besar. Daripada Hamba pun lebih kebesarannya, tetapi tiada

kekal. ”

(Sulalatus Salatin halaman 146)

Menurut teks tersebut dapat difahamkan bahawa bendahara telah menyatakan

ramalannya bahawa Tun Mutahir akan jadi orang besar dan kebesarannya akan

melebihi kebesaran Tun Perak, tetapi tidak akan kekal semasa Tun Mutahir kecil lagi.

Ramalannya telah menjadi nyata apabila Tun Mutahir telah membesar. Ini

menunjukkan masyarakat pada era kesultanan Melayu turut mempunyai kemahiran

atau bakat semula jadi dalam diri mereka.

Dapat disimpulkan bahawa orang Melayu pada era kesultanan Melayu Melaka

sangat dekat dengan dunia spiritual. Amalan ini mungkin dipengaruhi oleh

kepercayaan dan amalan tradisi masyarakat Hindu Buddha pada masa itu. Dalam

Islam terdapat juga amalan-amalan ini giat dijalankan namun ia kena merujuk kepada

konteks penggunaannya. Misalnya, penggunaan ayat-ayat jampi iaitu ayat dari

Al-Quran digunakan untuk mengubati penyakit.

2) Seni penggunaan alat muzik

Semasa kesultanan Melayu, utusan-utusan rasmi tidak akan diterima

sewenang-sewenangnya. Utusan tersebut akan disambut dengan penuh meriah dan

beradat iaitu, dibawa dengan gajah bersama payung putih berapit dua lalu diiringi

bunyi gendang, serunai, dan nafiri. Selalunya permainan alat muzik ini terkenal

semasa sesuatu majlis rasmi atau perkahwinan namun dalam konteks sejarah melayu
pula ia amat terkenal semasa menyambut utusan dari kerajaan luar. Keaadan ini dapat

dilihat dalam teks Sulalatus Salatin iaitu,

“Maka surat itu pun dibawa naik ke atas gajah, lalu diarak dengan gendang, serunai,

nafiri, negara, di bawah payung putih berapit dua”

(Sulalatus Salatin halaman 182 )

“Setelah itu maka Raja Omar pun dinaikkan orang ke atas gajah, Tun Nara Wangsa

di kepala, dan Tun Mat Ali, anak Laksamana Hang Nadim di buntut; maka diaraklah

dengan selengkap alat kerajaan dandengan segala bunyi-bunyian, gendang, serunai,

nafiri, nagara, madeli, terlalu azamat bunyinya, bercampur dengan bunyi bedil

pegawai istinggar, seperti kacang direndang; diarak lalu ke dalam, maka gajah pun

terkepillah di astaka balai. Maka Sultan Alau'd-Din Sendiri menyambut tangan

anakanda baginda, Raja Omar, sebelah kanan dan Bendahara sebelah kiri, dipimpin

ke seri balai, didudukkan di atas ciu yang keemasan; maka tampillah kadi

menikahkan baginda.”

(Sulalatus Salatin halaman 300 )

Teks ini menjelaskan bahawa proses memberi dan menyambut surat dari

sesuatu kerajaan luar merupakan sesuatu yang dipenuhi dengan kesenian dan

keunikkan. Kesemua utusan rasmi ini disambut dengan penuh beradap bagi

menghormati penghantar dan juga penerima utusan tersebut, iaitu diiringi alat muzik

tradisional kerajaan tersebut dan juga alat kebesaran kerajaan tersebut mengikut

negeri. Cara menyambut utusan berbeza mengikut negeri. Selain itu, alat muzik turut

dipermainkan semasa perkahwinan diraja. Menurut contoh kedua pula, alat muzik

tradisional seperti gendang, serunai, nafiri, nagara, dan madeli dipermainkan dalam
majlis perkahwinan diraja. Alat muzik ini menjadi sesuatu perkara yang asas dalam

sesebuah perkahwinan diraja pada masa itu.

Dapat disimpulkan bahawa pada era kesultanan Melayu Melaka alat permainan

tradisional tidak hanya berfungsi untuk memeriahkan sesuatu majlis malah ia

memainkan peranan penting dalam penghantaran utusan rasmi sesebuah kerajaan.

3) Seni berbahas

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), berbahas merupakan pengetahuan

tentang mencari kebenaran dengan jalan bertukar fikiran atau berbincang dengan

seseorang atau pihak yang lain mengenai sesuatu perkara dengan mengemukakan

hujah masing-masing. Berbahas dapat dikategorikan sebagai seni kerana ia

merupakan permulaan atau asas kepada perkembangan seni suara. Misalnya, hasil

daripada sesuatu perbahasan seseorang mampu mencungkil kemahiran insaniah iaitu

membina perhubungan baik dengan diri sendiri dan orang lain. Kemahiran yang

diperoleh dapat digunakan untuk berpantun, bernyanyi dan juga berdebat. Seni

berbahas ini dapat dilihat dalam bab Makhdum dipersenda muridnya.

“Maka Makhdum Sadar Jahan pun ingar; katanya, "Lidah Tun Mai Ulat Bulu ini,

terlalu amat keras; lain kata kita, lain katanya." Maka sahut Tun Mai Ulat Bulu, "Itu

pun tuan, sahaya mengikut bahasa tuan, jadi sukarlah pada lidah sahaya, kerana

bukan bahasa sahaya sendiri; jikalau tuan sebut bahasa sahaya semuanya pun

demikian juga." Maka kata Makhdum Sadar Jahan, "Apa sukar bahasa Melayu ini,

maka tiada tersebut olehku?" Maka kata Tun Mai Ulat Bulu, "Sebutlah oleh tuan,
'kunyit' "; maka disebut oleh Makhdum katanya "kuzit"; maka kata Tun Mai Ulat Bulu,

"Salah itu, 'kunyit'; maka disebut pula "nyiru ", maka kata Makhdum "niru ". Maka

kata Tun Mai Ulat Bulu, sambil hendak tertawa, "kucing,' pula sebut, tuan"; maka

disebut Makhdum, katanya "Kusyin", Maka Tun Mai UIat Bulu pun tertawa, katanya,

"Manatah tuan dapat menyebut bahasa kami? Demikian Iagi kami mengikut bahasa

tuan." Maka Makhdum Sadar Jahan pun terlalu marah akan Tun Mai Ulat Bulu,

katanya, "Taubatlah kita mengajar dia ini lagi."

(Sulalatus Salatin halaman 247)

Dalam bab ini tertera kebijaksanaan berbahas Tun Mai Ulat Bulu. Tun Mai Ulat

Bulu dikatakan lidahnya keras oleh makhdum. Tun Mai pun cuba menjelaskan

bahawa bahasa yang dibelajarinya bukan bahasa ibundanya jadi memang akan ada

kesukaran atau perbezaan intonasi semasa menyebut perkataan. Namun Makhdum

tersebut tidak dapat menerima pandangan tersebut. Jadi untuk membuktikan hujahnya,

Tun Mai Ulat Bulu telah menyuruh Makhdum menyebutkan perkataan seperti “kunyit,

nyiru dan kucing”. Makhdum gagal menyebutnya. Tun Mai Ulat bulu

mengatakan begitulah pada dirinya sendiri yang gagal untuk menyebut huruf-huruf

arab. Peristiwa ini menunjukkan bahawa dalam seni berbahas ini seseorang perlu

membuktikan kesahihan hujahan mereka dengan menggunakan kebijaksanaan.

Dapat difahami bahawa seni berbahas ini bukan sahaja menunjukkan kebolehan

yang ada pada Tun Mai Ulat Bulu malah ia turut menunjukkan kebijaksanaan yang

ada padanya. Dengan seni berbahas inilah Tun Mai Ulat Bulu dapat mematahkan

keangkuhan Makhdum.

4) Seni ukiran
Menurut Kamus Dewan, ukiran merupakan hasil daripada sesuatu yang telah diukir.

Lukisan serta ukiran pada baju dan arca juga turut dianggap sebagai seni mengukir.

Seni mengukir yang terdapat semasa era kesultanan Melayu tidak begitu mendalam

kerana masyarakat pada waktu itu kurang mempunyai pemahaman tentang seni

mengukir. Hal ini dapat dilihat dalam teks Sulalatus Salatin iaitu,

“Hanya inilah pengetahuan kami sekalian, jika lain daripada ini tiadalah kami

sekalian tahu; tetapi berilah kami teladannya oleh Hang Nadim, supaya kami

sekalian turut.”

(Sulalatus Salatin halaman 218 )

Keadaan ini merupakan peristiwa Sultan Mahmud Syah mengarahkan Hang

Nadim pergi ke Benua Keling untuk membeli kain. Seramai 500 orang pelukis telah

dikumpul bagi melukis corak kain tersebut, tetapi semuanya tidak disukai oleh Hang

Nadim. Akhirnya Hang Nadim melukis corak bunga yang dikehendakinya. Hanya dua

orang sahaja pelukis yang dapat melukis seperti Hang Nadim.

Selain daripada peristiwa tersebut, Hang Nadim sendiri mempunyai ilmu ukiran.

Kemahirannya dalam seni mengukir ditonjolkan semasa Hang Nadim diminta oleh

Raja Selon membuat tanglung telur. Untuk memenuhi permintaan Raja Selon, Hang

Nadim pun menunjukkan bakat mengukirnya dengan mengukir pada kulit telur

tersebut sehingga hasil kerjanya disukai Raja Selon. Buktinya,

“Setelah didengar oleh raja Selon, maka dipanggilnya Hang Nadim. Maka oleh raja

Selon, Hang Nadim disuruhnya membuat tanglong telur; maka oleh Hang Nadim

kulit telur itu diukirya, terlalu indah perbuatannya. Maka dipasanginya dian,
terlalulah ajaib rupanya. Setelah sudah, dipersembahkannya kepada raja Selon

tanglong telur itu; maka terlalulah sukacita raja Selon melihat perbuatannya.”

(Sulalatus Salatin halaman 220)

Kedua-dua peristiwa ini menunjukkan masyarakat pada zaman kesultanan

Melayu telah mempunyai ilmu asas dalam seni ukiran walaupun kegiatan ini tidak

begitu meluas.

5) Seni bina

Seni bina adalah keindahan yang dicetuskan daripada kemahiran dalam binaan dan

pertukangan. Ilmu merekabentuk, merancang dan membina juga termasuk dalam

kategori seni bina. Seni ini memerlukan daya pemikiran yang kreatif supaya hasilnya

memenuhi kehendak dan citarasa pengguna. Pada era kesultanan Melayu unsur seni

bina amat dititikberatkan oleh golongan pemerintah dalam pembinaan kota dan istana

mereka.

i) Seni bina kota

Permulaan sesebuah tamadun bermula dengan kota. Kota merupakan sesuatu yang

penting bagi sesebuah negeri. Jadi, aspek pembinaan kota pada zaman kesultanan

Melayu juga mempunyai keunikan dan kehebatannya yang tersendiri.

“Setelah itu maka Raja Suran pun kembalilah ke benua Keling. Setelah sampai

baginda ke negeri Keling, maka baginda pun berbuat sebuah negeri terlalu besar,

kotanya daripada batu hitam tujuh lapis, serta dengan tebalnya, dan tingginya

sembilan depa; daripada pandainya segala pandai dan utus berbuat dia itu, tiadalah
kelihatan rapatannya lagi, rupanya seperti dituang, pintunya daripada besi melela

bertatahkan emas berpermata, Adapun peri luasnya kota itu, tujuh buah gunung di

dalamnya; sama Terigah negeri itu ada sebuah tasik terlalu luas, seperti laut rupanya,

jikalau gajah berdiri di seberang sana, tiada kelihatan dari sebelah sini, maka serba

ikan dilepaskan di dalam tasik itu.”

(Sulalatus Salatin halaman 17)

Teks ini membuktikan bahawa golongan pemerintah semasa kesultanan Melayu

amat menitikberatkan aspek pembinaan kota. Kota tersebut dibina daripada batu

hitam tujuh lapis, tebalnya tujuh lapis serta setinggi sembilan depa. Pintu kota tersebut

pula diperbuat daripada besi melela dan bertatahkan emas dan permata. Keluasan kota

tersebut pula dianggarkan seluas tujuh buah gunung. Hal ini demikian kerana

kekuasaan raja pada zaman itu digambarkan melalui pembinaan kota yang besar.

ii) Seni bina istana

Istana merupakan tempat kediaman raja atau ketua negara. Pembinaan istana ini

merangkumi pembinaan singgahsana, bilik bersiram dan balairung. Unsur kesenian

dalam aspek pembinaan banyak diceritakan dalam karya Sulalatus Salatin,

“Adapun besar istana itu tujuh belas ruang, pada seruang tiga-tiga depa luasnya;

besar tiangnya sepemuluk, tujuh pangkat kemuncaknya. Pada antara itu diberinya

berkapa-kapa, pada antara kapa-kapa itu diberinya bumbungan melintang dan

bergajah-menyusu; sekaliannya bersayap layang-layang, sekaliannya itu diukir dan

berscngkuap. Pada antara Sengkuap itu diperbuatnya belalang bersagi; sekaliannya

dicat dengan air emas. Kemuncaknya kaca merah, apabila kena sinar matahari,
bemyala-nyala rupanya seperti manikam. Akan dinding istana itu sekaliannya

berkambi, maka ditarupali dengan cermin China yang besar, apabila kena panas

matahari bemyala-nyala rupanya, kilau-kilauan tiada nyata benar dipandang orang.

Adapun rasuk istana itu kulim, sehasta lebamya, dan sejengkal tiga jari tebalnya.

Akan birai istana itu dua hasta lebamya, dan tebalnya sehasta, diukimya rembatan

pintu istana itu empat puluh banyaknya, semuanya bercat dengan air emas. Terlalu

indah perbuatan istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini tiada

sepertinya pada zaman itu. Istana itulah yang dinamai orang 'Mahligai Hawa Nafsu';

atapnya tembaga dan timah disiripkan.”

(Sulalatus Salatin halaman 143)

Teks ini menceritakan tentang keunikan seni binaan istana tersebut iaitu istana

tersebut mempunyai 17 ruangan, tiangnya pula sepemuluk dan tingginya 7 pangkat

kemuncak. Bumbung istana tersebut amat unik dari segi reka bentuknya iaitu

berbentuk perahu dan diantaranya terdapat sengkuap yang penuh dengan ukiran. Pada

setiap sengkuap tersebut terdapat balalang bersagi yang dicat dengan air emas serta di

kemuncaknya terlatak kaca merah. Rasuk istana pula diperbuat daripada kayu kulim

yang tebal dan lebar. Bagi pintu istana pula, setiap satunya diukir dan disaluti dengan

cat air emas. Bumbung istana tersebut dibuat daripada tembaga dan timah.

Penggunaan emas pada rekaan istana ini sebenarnya mempunyai maksud tersiratnya

yang tersendiri. Penggunaan emas pada binaan istana menunjukkan kemewahan dan

juga kekayaan yang dimiliki oleh raja pada waktu itu. Jadi, istana tersebut pun

dikenali sebagai Mahligai Hawa Nafsu. Penggunaan emas dalam reka bentuk juga

penting pada waktu itu untuk menunjukkan perbezaan status antara raja dan
masyarakat. Dapat disimpulkan bahawa masyarakat pada zaman kesultanan Melayu

Melaka mempunyai kepakaran dalam seni pembuatan dan binaan.

6) Seni perhiasan dalaman istana

Seni perhiasan dalaman ini pada asalnya hanya dibuat untuk tujuan perhiasan istana

sahaja pada era kesultanan Melayu. Namun seni ini sudah mula berkembang menjadi

satu kerjaya yang berpotensi pada masa kini. Hal ini demikian kerana seni perhiasan

dalaman sudah mula dibuat dalam rumah. Bukti kegiatan ini dijalankan semasa

kesultanan Melayu dapat dilihat dalam teks berikut,

“Maka kata Hang Jebat, "Baiklah! Naik engkau!" maka Hang Jebat pun menyiah

sedikit. Maka Hang Tuah segera melorupat naik. Dilihatnya ada pada dinding istana

itu sebuah utar-utar kecil, maka segera diambil oleh Hang Tuah. Maka bertikamlah

Hang Tuah dengan Hang Jebat sama seorang. Hang Tuah berutar-utar...”

(Sulalatus Salatin halaman 141)

“Maka adalah pada ketika itu Raja Kida Hindi pun ada mengadap Raja Iskandar,

duduk di atas kerusi yang berpermata. Maka ada seketika duduk itu, maka Nabi

Khidir alaihi s-salam bangkit berdiri serta menyebut nama, Allah…”

(Sulalatus Salatin halaman 5)

Kedua-dua peristiwa tersebut menjelaskan tentang seni perhiasan dalaman

istana tersebut. Misalya pada contoh pertama, dinding dalam istana tersebut dihiasi

dengan utar-utar. Utar-utar yang menjadi perhiasan dalaman istana tersebutlah

digunakan sebagai perisai oleh Hang Tuah apabila bertempur dengan Hang Jebat.
Bagi contoh kedua pula, kerusi yang digunakan di dalam istana oleh Raja Kida Hindi

ketika menghadap raja Iskandar dihiasi permata. Walaupun tiada banyak contoh

dalam hikayat ini yang menunjukkan seni ini diamalkan namun kewujudannya tidak

boleh disangkal.

7) Seni mengarang

Semua orang memiliki kesenian ini dalam diri mereka namun untuk menghasilkan

sesuatu bentuk penulisan yang terpahat dalam diri semua orang memerlukan ciri-ciri

yang khusus. Penulisan yang berkualiti perlu mempunyai kandungan yang membuat

orang berfikir, memberi inspirasi, mengubah persepsi kehidupan dan membuat orang

berasa kagum. Seni mengarang ini turut dimiliki oleh maulana semasa kesultanan

Melayu Melaka. Buktinya,

“Alkisah maka tersebutlah perkataan seorang pendita, Maulana Abu Ishak namanya,

terlalu faham pada ilmu tasauf. Maka tuan itu tawaf di Kaabah berapa lamanya,

Sentiasa dengan air sembahyang juga, tiada hadas lagi, melainkan pada sebulan dua

kali ia mengambil air sembahyang. Maka dikarangnya sebuah kitab dengan dua

bahasa, suatu bahasa zat, kedua bahasa sifat;* dinamainya Duri'l-mazlum. Maka

segala orang yang banyak semuanya memuji dia.”

(Sulalatus Salatin halaman 156)

Teks ini menceritakan kehebatan seorang maulana dalam ilmu tasawuf iaitu,

ilmu yang menyuluh perjalanan orang beriman dalam membersihkan hati dengan sifat

mulia dan menghindari serta menjauhkan diri daripada sifat keji dan tercela.

Kehebatan dan kefahaman beliau dalam ilmu tasawuf telah membuka peluang kepada

beliau untuk mengarang sebuah kitab yang bernama Duri'l-mazlum. Kitab ini terdiri
daripada dua bahasa iaitu bahasa zat dan bahasa sifat. Setelah selesai mengarang,

beliau telah menyuruh anak muridnya yang bernama Maulana Abu Bakar supaya

menyebarkan isi kitab itu ke Melaka. Penulisan yang dihasilkan oleh maulana tersebut

adalah penulisan yang berteraskan agama Islam dan secara langsung penulisan ini

mendorong kepada perkembangan Islam pada era kesultanan Melayu.

Bibliografi

Ishak Sulaiman. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur:
University Malaya.

RashidIdris.(2014). Seni Bina yang terkandung dalam Karya Agung Sulalatus Salatin.

http://pelitakaryaagung.blogspot.com/2014/04/seni-bina-yang-terkandung-dal

am-karya.html

You might also like