You are on page 1of 19

Hikayat Hang Tuah

• Hikayat Hang Tuah ialah epik Melayu yang teragung.

• Epik biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah


sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi
kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. (Hashim
Awang, 1986, Glosari Kesusasteraan Melayu).

• Karya epik merupakan karya yang mengangkat


ketokohan atau kepahlawan sesuatu bangsa ke
peringkat yang tinggi.

• Hikayat Hang Tuah memperlihatkan bangsa yang setia,


bercita-cita, berkebolehan dan cara hidupnya mengikut
suatu zaman.
Hikayat Hang Tuah sebuah naratif epik
keagungan orang Melayu, masyarakat dan
bangsanya, yang menjadi tunjang tentang
kehebatan laksamana laut berdarah Bugis
kepada seluruh masyarakat Melayu seluruh
dunia.
(Hashim Musa dan Rohaidah
Kamaruddin,2015. Hikayat Hang Tuah
Catatan Okinawa)
“Hikayat Hang Tuah bukanlah cerita sejarah. Ia adalah cerita
epik Melayu yang mencatat riwayat hidup bangsa Melayu
dari sejak mulanya, melewati zaman pembangunannya lalu
ke zaman kebesarannya, lalu ke saat runtuhnya pada 24 Ogos
1511”.

Kassim Ahmad (1966: X)


Hikayat Hang Tuah ialah salah satu daripada teks yang tertua
yang kita ketahui. Karya ini sememangnya tiada disebut
pengarangnya. Antara faktor lain ialah untuk
melambangkannya sebagai sebuah naratif bangsa Melayu
yang dimiliki bersama oleh seluruh masyarakat Melayu
sepanjang zaman. Oleh sebab karya ini merupakan karya
sastera epik, maka mengikut para pengkaji, aspek kejituan
sejarahnya tidak perlu ditekankan, kerana “hikayat ini hendak
menciptakan seorang yang luar biasa, seorang ‘superman’,
seorang maha manusia, Hang Tuah!”

Hashim Musa & Rohaidah


Kamaruddin, 2015:22
• Gambaran kebijaksanaan kepengarangan Melayu
pada zaman kesukaran mendapatkan maklumat,
tetapi mampu mengolah satu cerita yang panjang
dan lengkap dengan pengetahuan yang luas
merangkumi daerah yang sangat besar.
Hang Tuah menghuni dan menyerlah dalam
dunia yang lebih besar dan orang Melayu
memakai bukan sahaja wajah terhormat
tetapi juga pintar, berkebolehan,
berkebolehan, menguasai persoalan di mana
pun dia brada, berilmu-mengenali budaya
dan bangsa yang dikunjunginya secara akrab.)
(Muhammad Haji Salleh, 2003
Hikayat Hang Tuah pertama kali disebut pada kurun ke-17
dan terdapat sekurang-kurangnya 20 manuskrip teks hikayat
ini. Hikayat Hang Tuah telah ditulis antara tahun1641 dan
1721. Soelastin Soetrisno menyatakan bahawa tarikh itu
boleh dirapatkan lagi iaitu di antara 1676 dengan 1700.
Pengarang hikayat ini tidak diketahui tetapi mungkin
menunjukkan bahawa berasal daripada golongan pegawai
Raja yang paling kanan, iaitu Bendahara yang keluarganya
mempunyai pertalian darah dengan Raja itu dan yang
kelihatan mungkin memendam cita-cita untuk menduduki
takhta
(Ahmad Sarji, 2004. Hang Tuah:Tokoh
Epik Nasional:2)
Edisi Hikayat Hang Tuah
• Edisi dalam tulisan Jawi dan rumi oleh
W.G.Shellabear[1908]
• Edisi Balai Pustaka [1966]-pertama kali
dikeluarkan pada tahun 1924
• Edisi DBP oleh Kassim Ahmad 1964-Cetakan
kedua 1966.
• HHT mementingkan konsep wira, hampir empat
perlima cerita dalam HHT mengambarkan
tentang kegagahan Hang Tuah, manakala yang
lain menyentuh watak Jebat sebagai penderhaka.
• Mohd Taib Osman-HHT sebagai karya klasik yang
teragung kerana berjaya menggambarkan budaya
dan sistem hidup masyarakat Melayu secara
realistik. Hang Tuah lahir di tengah-tengah
masyarakat feudal;pahlawan yang
mempertahankan dan mendaulatkan feudalisme
itu sendiri. (Mana Sikana, Sastera Melayu Klasik:
Warisan Keemasan).
Ciri-ciri epik
1) Bentuk karya-panjang, watak yang ramai tetapi tumpuan
utama kepada watak tokoh bersama watak pembantu.
“Sehingga kini kita tidak mengetahui siapakah pengarang
Hikayat Hang Tuah yang merupakan sebuah cerita dalam
kesusasteraan Melayu lama yang paling panjang ini
(lebihkurang 146,000 perkataan)” (Kassim Ahmad, 1963:ix)
-Watak yang luas;
i) Manusia keinderaan-Sang Perta Dewa
ii) Manusia dunia.
Hang Tuah, Raja Melaka, sahabat-sahabat- Hang Jebat, Hang
Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu.
• Sang Perta Dewa ialah salah seorang raja yang
mempunyai banyak jajahannya di alam
keinderaan. Dia diceritakan berkahwin dengan
seorang puteri raja dari alam keinderaan lain
bernama Kemala Ratna Pelinggam. Sebelum itu
ibubapa Kemala Ratna Pelinggam telah
meletakkannya di sebuah pulau di alam dunia
yang dikenal Biram Dewa. Daripada keturunan
kedua mereka dikatakan menjadi raja besar di
bumi. Mereka melahirkan zuriat yang diberi nama
Sang Sapurba. Sang Perta Dewa tahu Sang
Sapurba iaitu anaknya akan menjadi raja besar di
bumi, katanya (Kassim Ahmad, 1966: 5):
ii) Manusia dunia
Watak manusia biasa yang hidup di alam dunia
dimulai dengan kemunculan seorang Nakhoda dari
Bentan yang datang ke Bukit Seguntang kerana
mahu bertemu anak raja berketurunan alam
keinderaan (Kassim Ahmad, 1966: 10).

watak-watak lain yang disifatkan sebagai manusia


alam dunia, termasuk Hang Tuah juga empat orang
sahabatnya iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir, dan Hang Lekiu. Raja Melaka, Bendahara,
Temenggung, Laksamana, dan sebagainya.
2. Latar Penceritaan yang luas- tidak
terbatas
• Latar penceritaannya luas, merangkumi
negeri di Semenanjung Tanah Melayu,
khususnya Melaka dan beberapa negeri lain
seperti Bentan, Singapura,dan Pahang,
Sumatera dan Jawa, begitu juga kawasan
dunia lain seperti Benua Keling, China, dan
Arab juga Turki.
3. Sifat kepahlawanan yang menonjol- memiliki ciri-ciri
kepahlawanan unggul berani, dan setia kepada
raja,sifat kepahlawanan sejak kecil.
• Kepahlawanan Hang Tuah terserlah kecil lagi, iaitu
beliau bersama sahabat-sahabatnya mengalahkan
lanun-lanun dan pernah membunuh empat orang yang
sedang mengamuk di hadapan Bendahara Paduka Raja:

“Maka Hang Tuah dan Hang Jebat pun melompat ke kiri


ke kanan menyalahkan tikaman orang itu. setelah lalu,
ditikamnya orang itu, maka melompat Hang Tuah dan
Hang Jebat, ditikamnya seorang: itu pun rebah lalu mati”.
• Ketangkasan bermain senjata semasa menumpaskan 7
orang mengamuk di pasar;

Setelah sudah Laksamana ke sungai, maka penjurit empat


puluh itu pun datang ke kiri kanan Laksamana, seraya
berkata, “Bunuhlah Melayu ini beri mati-mati. Jangan
lagi beri lepas.” Maka penjurit itu pun berbahagi empat,
sepuluh hadapan, sepuluh dari kanan, sepuluh dari kiri,
sepuluh dari belakang, lalu ditikamnya pada Laksamana
pada tombaknya. Maka ditangkis oleh
Laksamana dengan sarung keris itu seraya dihunusnya
keris panjangnya seraya tertinggung ke sungai. Maka
ditangkiskan oleh Laksamana tikam penjurit itu empat
puluh, suatu pun tiada mengena Laksamana.
3) Keistimewaan luar biasa (Unsur luar biasa / supernatural).
Unsur-unsur ghaib,mitos dikaitkan dengan tokoh
menunjukkan kelebihan dan keistimewaan orang-orang
Melayu khususnya world view mereka.

• Hang Tuah pernah menerima pertolongan daripada Nabi


Khidir yang memberi sebuah cembul berisi air. Dengan
menyapu air itu ke dalam mulut dan telinga, maka Hang
Tuah boleh berbicara pelbagai bahasa yang tidak diketahui
sebelumnya. Selain itu Hang Tuah juga memiliki sebuah
keris sakti Taming Sari. Keris ini menjadi lambang kekuatan
Hang Tuah. Selagi dia memilikinya dia tidak akan lut
dimakan oleh senjata. Sebab itulah dalam Hikayat Hang
Tuah digambarkan bahawa Hang Tuah menjadi begitu
lemah apabila keris itu dirampas oleh seekor buaya putih.
4) Kedudukan karya-Kebanggaan,kemegahan serta kekuatan
bangsa Melayu, dan mempunyai kedudukan tinggi dalam
sejarah bangsa dan antarabangsa.
Hang Tuah merupakan wira orang Melayu yang tercatat dalam Hikayat
Hang Tuah. Oleh yang demikian, perbincangan mengenai Hikayat Hang
Tuah itu perlu melihat kewujudan Hikayat Hang Tuah terlebih dahulu.
Penceritaan tentang Hang Tuah dalam karya sastera Hikayat Hang
Tuah, iaitu sebuah naratif epik keagungan orang Melayu, masyarakat
dan bangsanya yang menjadi tunjang tentang kehebatan seorang
laksamana laut berdarah Bugis kepada seluruh masyarakat Melayu di
serata dunia. Karya ini yang tertulis dalam bentuk prosa adalah antara
karya Melayu klasik yang terpanjang (146,000 perkataan, 491 halaman
versi transliterasi huruf rumi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang
telah diterima oleh UNESCO’s Memory of the World Programme
International Register pada tahun 2001 (Hashim Musa, Rohaidah
Kamaruddin 2015:ix).
5) Penekanan unsur didaktik-pengajaran dan
moral kepada masyarakat.

Unsur pengajaran oleh Sang Sapurba kepada anaknya


Sang Maniaka sebelum ditabalkan menjadi raja di Bentan:

“Ya anakku buah hatiku, adapun engkau di atas kerajaan


itu, baik-baik memeliharakan segala rakyatmu dan
sangat-sangat periksamu akan segala tenteram, jangan
engkau takbur dan ngerun, kerana dunia tiada akan kekal
melainkan nama yang baik itu juga yang kekal sesudah
mati, supaya nama nenek moyang dan namaku pun
disebut orang pada segala negeri yang lain.

You might also like