You are on page 1of 21

SENI BAHASA DAN SASTERA

DALAM PENDIDIKAN
PEMULIHAN
(PKP 3117)

PROSA
Prosa ialah sebarang bentuk tulisan atau karangan atau
pengucapan yang tidak mempunyai corak atau irama yang
tertentu. Prosa dapat dibahagikan kepada prosa tradisional dan
prosa moden.
Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa tradisional
termasuklah pelbagai cerita yang tergolong dalam cerita rakyat,
misalnya cerita penglipur lara, cerita jenaka, dan cerita asal
usul.
Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa moden pula
termasuk cerpen, novel dan skrip drama.

PROSA TRADISIONAL
(CERITA PENGLIPUR LARA)
KONSEP

Cerita penglipur lara merupakan suatu bentuk cerita rakyat yang asalnya
disampaikan secara lisan oleh tukang cerita yang disebut sebagai penglipur
lara. Sesuatu cerita penglipur lara biasanya mengambil masa yang agak
panjang untuk diceritakan.
Kebanyakan cerita berkisar istana, tentang kisah anak-anak raja yang
mempunyai pelbagai keistimewaan dan kesaktian. Pada umumnya, anakanak raja itu mempunyai pembantu yang cukup setia yang berperanan
sebagai penyelamat. Cerita penglipur lara lazimnya termuat pelbagai jenis
puisi lama misalnya bahasa berirama, gurindam dan syair yang menarik
sesuai dengan jalan ceritanya.

PROSA TRADISIONAL
(CERITA PENGLIPUR LARA)
1)

KONSEP

Menurut Dr. Ismail Hamid dalam bukunya Perkembangan Kesusasteraan


Melayu Lama, Penglipur membawa maksud penghibur, manakala Lara
pula bermaksud duka atau kesedihan hati. Daripada cantuman dua kata
Penglipur dan Lara membawa pengertian cerita yang menghiburkan orang
dalam kesedihan atau dukacita.
Cerita penglipur lara terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu kerana
cerita-cerita ini mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.
Keunikan itu jelas dilihat dari segi ceritanya, penutur atau tukang cerita dan
cara persembahan cerita tersebut.

PROSA TRADISIONAL
(CERITA PENGLIPUR LARA)
Dalam masyarakat Minangkabau, cerita penglipur lara dikenali
sebagai Kaba. Mengikut kajian tukang-tukang cerita atau
penutur cerita penglipur lara ini cara penyampaian
menggunakan kepakaran mereka tersendiri.
Contohnya dengan gaya dan lagunya tersendiri serta diserikan
lagi persembahan menggunakan alat-alat muzik yang
serdahana seperti rebab, biola dan sebagainya.

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)
2)

CIRI-CIRI

Ciri-ciri umum;
Struktur cerita yang panjang , sukar difahami.
Masa yang agak lama untuk dihabiskan
Cerita disulami dengan puisi lama
Wira atau wirawati mempunyai sifat-sifat yang luar biasa
Cerita penglipur lara terbahagi kepada tiga bahagian yang mana ciri-ciri
ini dilihat dari segi tema, malah cerita penglipur lara ini juga berpusat
dalam kalangan putera puteri raja serta cerita ini mempunyai ciri-ciri
berbentuk prosa dengan selingan puisi.

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)

CIRI-CIRI

DARI SEGI TEMA

Dalam keseluruhan cerita penglipur lara ini bertemakan percintaan antara wira
dengan wirawati. Percintaan mereka ini dikaitkan dengan pengembaraan sang
wira dalam mencari pasangan mereka (wirawati) disebabkan oleh hal-hal yang
tertentu.

Dalam masa pengembaraan inilah pelbagai persoalan yang timbul untuk


mengembangkan lagi suasana sesebuah cerita penglipur lara dan dalam masa
yang sama menarik minat para pendengar untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Persoalan yang biasa diutarakan ialah mengenai persoalan peperangan,


kesaktian, kehebatan, kemewahan dan kegagahan yang ditonjolkan dalam cerita
penglipur lara.

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)
CIRI-CIRI

DARI SEGI TEMA


Halangan dan rintangan yang dihadapi oleh sang wira akan dapat diatasi
dengan mudah dengan pertolongan benda-benda sakti atau senjata sakti
seperti yang berlaku di dalam cerita-cerita penglipur lara.

Selain daripada itu, para wira sendiri memiliki kesaktian dan kegagahan
mereka tersendiri untuk mengatasi segala rintangan serta halangan untuk
berjaya dan mencapai hajat wira.
Penyelesaian cerita-cerita penglipur lara biasanya mereka hidup bahagia
bersama wirawati (happy ending).

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)
CIRI-CIRI
CERITA BERPUSAT DI KALANGAN PUTERA-PUTERI RAJA
Perkembangan cerita-cerita penglipur lara ini berkisar di sekitar istana yang
mengisahkan tentang wira dan wirawati dalam kalangan putera puteri raja.
Latar cerita yang dicipta kebanyakannya hidup dalam alam fantasi
(khayalan), yang mana dunia kayangan digambarkan dengan dewa-dewi dan
pari-pari yang dikatakan terletak di langit. Dunia yang dihuni oleh manusia
terletak di bumi. Di sini jelas dapat kita lihat bahawa hubungan kedua-dua
alam ini tiada batasannya.
Dalam cerita-cerita penglipur lara, keturunan raja-raja khasnya wira dan
wirawati dikaitkan dengan asal usul keturunan dewa-dewi dari kayangan.
Malah sering kita jumpa dalam cerita penglipur lara yang mana wira
mendapat bantuan atau kesaktian setiap kali menghadapi musuhnya.

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)
CIRI-CIRI

BENTUK PROSA DENGAN SELINGAN PUISI


Keseluruhan cerita penglipur lara disampaikan dalam bentuk prosa, iaitu
karangan yang tidak berangkap tetapi jika berhadapan dengan penglipur lara
itu sendiri, ia didengar seperti puisi kerana pencerita akan melagukan agar
sedap didengar serta menarik minat pendengar.

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)
Cerita-cerita penglipura lara berasal daripada sastera lisan, nama cerita-cerita
penglipura atau hikayat telah dibukukan:
1. Hikayat Malim Deman.
2. Hikayat Awang Sulung Merah Muda.
3. Hikayat Malim Dewa / Anggun Cik Tunggal.
4. Hikayat Raja Budiman.
5. Hikayat Seri (Raja) Rama.

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)
CONTOH-CONTOH

Cerita-cerita penglipura lara terkenal dalam masyarakat Melayu yang telah


dibukukan:
i. Hikayat Raja Budiman.
ii. Hikayat Selampit.
iii. Raja Dewa dari Kelantan.
iv. Cerita Awang Gembang.
v. Cerita Mahadong Bingsu (Terengganu).

vi. Cerita Raja Muda Setangkai Ali.

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)
GAYA BAHASA
GAYA BAHASA

HURAIAN

PARADOKS

Pernyataan yang berlawanan dengan kejadian yang sebenarnya


berlaku. Paradoks biasanya bertujuan untuk menyindir.
Contoh: Ayamnya menang kampung tergadai.

SIMILE

Gaya bahasa pertandingan yang menggunakan perkataan seperti,


macam, laksana, bagai, umpama dan bak.
Contoh : Tampaknya Pak Kaduk seperti juara yang maha faham
pada sabung-menyabung.

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)

GAYA BAHASA

GAYA BAHASA

HURAIAN

BAHASA ISTANA

Cerita ini menyelitkan banyak bahasa istana sesuai dengan cerita


rakyat
Contoh : Beta, patik, tuanku, titah, duli

BAHASA ARAB

Penggunaan bahasa Arab juga dapat ditemukan dalam cerita ini.


Contoh : Subhanallah

SIMPULAN BAHASA

Penggunaan simpulan bahasa juga ada dalam cerita ini


Contoh : Panjang tangan

BAHASA KLASIK

Penggunaan bahasa Melayu klasik mengesahkan ciri-ciri prosa


klasik
Contoh : bena endah, hirau, peduli
tuntung hujung yang tajam
bulang mengikatkan taji pada kaki ayam dengan tali
sedondon - sama warna

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)

Dalam Hikayat Malim Deman terdapat penggunaan pantun, gurindam dan bahasa
berirama.

Contoh gurindam:

Contoh pantun:

Contoh perumpamaan:

Awak tua bandar terbuka

Tetak seranting buatkan kolek,

Bagai pucuk dilancarkan,

Emas habis dagangan mudah,

Buat pagar bunga di taman,

Bagai kumbang putus tali,

Kerbau kambing sesak di


pandang,

Tuanku putera yang kecil molek,

Pening kepala bagai dibaji,

Puter Tuanku Malim Deman.

Sakit hati bagai digunting.

Itik angsa tenang kuala,


Merpati lindungan langit,
Rengkiang tujuh sejanjar,

Teman dengan sekerat kota,


(Hikayat Malim Deman hal. 2)

Buat pagar bunga di taman,


Ikat dengan rotannya getah,
Putera Tuanku Malim Deman,

Seisi negeri menjunjung duli.

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)
FUNGSI

1. Berfungsi sebagai alat hiburan


Cerita-cerita Penglipur lara memainkan peranan penting sebagai alat
hiburan bagi masyarakat Melayu tradisi, khasnya dalam kalangan rakyat
jelata kerana isi ceritanya mempunyai cerita yang indah-indah dan
menyeronokan dan ianya dapat memberi suatu kepuasan yang
menghiburkan.
Isi cerita penglipur lara juga dijadikan sebagai satu pelarian bagi golongan
rakyat jelata yang miskin dan hidup dikelilingi penderitaan kerana isi cerita
penglipur lara amat menonjolkan unsur-unsur kemewahan yang indah.
Dengan ini mereka dapat melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup
yang sebenar.

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)
FUNGSI

2.

Berfungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan moral

Cerita-cerita penglipur lara kaya dengan unsur-unsur moral dan etika yang
dapat dicontohi oleh masyarakat. Nilai-nilai moral dan etika yang jelas dalam
cerita Penglipur lara ialah:

a)

SIFAT HORMAT KEPADA IBU BAPA DAN ORANG TUA

Wira dan wirawati tidak pernah menentang kehendak ayahanda bonda


walaupun adakalanya perintah tersebut begitu sukar dan membahayakan, malah
mereka akan meminta izin terlebih dahulu daripada ayahanda bonda mereka
sebelum keluar mengembara.

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)
b) SIFAT TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN (RAJA)

Dalam cerita penglipur lara ini jelas tergambar tentang raja yang mempunyai
perasaan penuh tanggungjawab terhadap keluarga dan negerinya.
c) SIFAT-SIFAT PATRIOTIK DAN CINTAKAN TANAH AIR
Sifat ini jelas tergambar dalam episod peperangan. Raja, pembesar mahu pun
rakyat jelata masing-masing tidak akan mudah menyerah kalah, berganding
bahu mempertahankan negeri mereka daripada serangan luar dan sanggup
mengorbankan nyawa mereka dengan berlawan bermati-matian hingga ke
titisan darah yang terakhir.

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)
d) HUBUNGAN HARMONI DAN MESRA ANTARA GOLONGAN RAJA DAN
RAKYAT
Kemersaan hubungan anatara golongan istana dengan rakyat jelata jelas
tergambar ketika upacara tertentu diadakan di istana, misalnya ketika majlis
perkahwinan dan kenduri kendara di istana. Semua golongan rakyat datang
beramai-ramai dari berbagai lapisan masyarakat, kecil besar, tua dan muda. Ini
jelas seperti yang tergambar melalui petikan puisi di bawah:
Yang capik datang bertongkat,
Yang buta datang berpimpin,
Yang pekak datang bertanya,
Yang kurap mengekor angin.

JENIS PROSA TRADISIONAL


(CERITA PENGLIPUR LARA)
e) BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA DAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK
BERNASIB BAIK
Sifat ini jelas nyata terdapat dalam watak Si Kembang Cina atau Bujang
Selamat. Selain itu, kedua-dua watak ini melambangkan kesetiaan dan watakwatak pekerja yang bekerja dengan penuh dedikasi dan memberi sepenuh
komitmen terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
f) SIFAT BERDIKARI DAN MENCARI UNTUNG
Sifat ini selalu saja terdapat dalam watak wira dan wirawati yang mana mereka
akan berdikari sehingga mereka berjaya mencapai apa yang dihajati. Selain itu,
wira dan wirawati juga pandai mencari untung dalam apa jua yang mereka
lakukan.

You might also like