You are on page 1of 16

CERITA PENGLIPUR LARA

DEFINISI: Menurut Dr. Ismail Hamid dalam bukunya Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, Penglipur membawa maksud penghibur, manakala Lara pula bermaksud duka atau kesedihan hati. Daripada cantuman dua kata Penglipur dan Lara membawa pengertian cerita yang menghiburkan orang dalam kesedihan atau dukacita. Cerita Penglipur lara dikenali juga sebagai folklore. R.O Winstedt menamakan penglipur Lara sebagai roman rakyat (flok ramances). Cerita Penglipur Lara ialah cerita-cerita roman yang mengandungi unsur adventure. Biasanya cerita berlegar di sekitar golongan istana atau golongan-golongan putera-puteri, cerita raja dengan segalagambaran keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian yang luar biasa (supernatural).

Cerita Penglipur Lara terkenal di kalangan masyarakat Melayu kerana cerita-cerita ini mempunyai keunikan dan keistemewaan yang tersendiri. Keunikkan itu jelas dilihat dari segi ceritanya, penutur atau tukang cerita dan cara persembahan cerita tersebut.

Dalam masyarakat Minangkabau, cerita Pengliur Lara dikenali sebagai Kaba. Mengikut kajian tukang-tukang cerita atau penutur cerita Penglipur Lara ini terdapat dua golongan iaitu Tukang cerita profesional dan amatur. Cara penyampaian menggunakan kepakaran mereka tersendiri. Contohnya dengan gaya dan lagunya tersendiri serta diserikan lagi persembahan menggunakan alat-alat muzik yang serdahana seperti rebab, biola dan sebagainya. Selain itu ada juga tukang cerita yang menyampaikan cerita dalam bentuk prosa lirik. CIRI-CIRI CERITAPENGLIPUR LARA

Cerita penglipur lara yang kita dapati melalui kajian terbahagi kepada tiga bahagian. Dimana ciri-ciri ini dilihat dari segi tema, malah cerita penglipur lara ini juga berpusat di kalangan puteraputeri Raja serta cerita ini mempunyai ciri-ciri berbentuk prosa dengan selingan puisi. DARI SEGI TEMA

Dalam keseluruhan cerita Penglipur lara ini bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati. Percintaan mereka ini dikaitkan dengan pengembaraan sang wira dalam mencari pasangan mereka (wirawati) disebabkan oleh hal-hal yang tertentu. Dalam masa

pengembaraan inilah pelbagai persoalan yang timbul untuk mengembangkan lagi suasana sesebuah cerita Penglipur lara dan dalam masa yang sama menarik minat para pendengar

untuk mengetahui kisah selanjutnya. Persoalan yang biasa diutarakan ialah mengenai persoalan peperangan, kesaktian, kehebatan, kemewahan dan kegagahan ditonjolkan dalam cerita Penglipur lara.

Halangan dan rintangan yang dihadapi oleh sang wira akandapat diatasi dengan mudah dengan pertolongan benda-benda sakti atau senjata sakti seperti yang berlaku di dalam ceritacerita Penglipur lara. Selain daripada itu juga para wira sendiri juga memiliki kesaktian dan kegagahan mereka tersendiri untuk mengatasi segala rintangan serta halangan unutuk berjaya dan mencapai hajat wira. Penyelesaian cerita-cerita Penglipur lara biasanya mereka hidup bahagia bersama wirawati (happy ending).

CERITA BERPUSAT DI KALANGAN PUTERA-PUTERI RAJA

Perkembangan cerita-cerita Penglipur lara ini berkisar di sekitaristana yang mengisahkan tentang wira dan wirawati dari kalangan putera-puteri raja. Latar cerita yang di cipta kebanyakannya hidup dalam alam fantasi (khayalan), di mana dunia kayangan digambarkan dengan dewa-dewi dan pari-pari yang dikatakan terletak di langit. Dunia yang dihuni oleh manusia terletak di bumi. Disinijelas nyata dapat kita lihat bahawa hubungan kedua-dua alam ini tiada batasannya.

Dalam cerita-cerita penglipur lara , keturunan raja-raja khasnya wira dan wirawati dikaitkan asal usulnya dari keturunan dewa-dewi dari kayangan. Malah sering kita jumpa dalam cerita Penglipur lara dimana wira mendapat bantuan atau kesaktian setiap kali menghadapi musuhnya. BENTUK PROSA DENGAN SELINGAN PUISI

Keseluruhan cerita Pemnglipur lara disampaikan dalam bentuk prosa iaitu karangan yang tidak berangkap, tetapi jika berhadapan dengan Penglipur lara itu sendiri, ia di dengar seperti puisi kerana pencerita akan melagukan agar sedap di dengar serta menarik minat pendengar. FUNGSI-FUNGSI PENGLIPUR LARA Berfungsi sebagai alat hiburan Cerita-cerita Penglipur lara memainkan peranan penting sebagai alat hiburan bagi masyarakat melayu tradisi, khasnya dikalangan rakyat jelata kerana isis ceritanya mempunyai cerita yang indah-indah dan menyeronokkan dan ianya dapat memberi suatu kepuasan yang

menghiburkan. Isi cerita Penglipur larajuga dijadikan sebagai suatau perlarian bagi golongan rakyat jelata yang miskin dan hidup dikelingi penderitaan kerana isis cerita Penglipur lara amat menonjolkan unsur-unsur kemewahan yang indah. Dengan ini mereka dapat melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup yang sebenar.

Berfungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan moral

Cerita-cerita Penglipur lara kaya dengan unsur-unsur moral dan etika yang dapat dicontohi oleh masyarakat. Nilai-nilai moral dan etika yang jelas dalam cerita Penglipur lara ialah :

i)

SIFAT HORMAT KEPADA IBU BAPA DAN ORANG TUA.

Wira dan wirawatitidak pernah menentang kehendak ayahanda bonda, walaupun adakalanya perintah tersebut begitu sukar dan membahayakan, malah mereka akan meminta izin terlebih dahulu daripada ayahanda bonda mereka sebelum keluar mengembara.

ii)

SIFAT TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN (RAJA)

Dalam cerita Penglipur lara ini jelas tergambar tentang raja yang mempunyai perasaan penuh tanggungjawab terhadap keluarga dan negerinya.

iii)

SIFAT-SIFAT PATRIOTIK DAN CINTAKA TANAH AIR

Sifat ini jelas tergambar dalam episod peperangan. Raja, pembesar mahupun rakyat jelata masing-masing tidak akan mudah menyerah kalah, berganding bahu mempertahankan negeri mereka daripada serangan luar dan sanggup mengorbankan nyawa mereka dengan berlawan bermati-matian hingga ke titisan darah yang terakhir. iv) HUBUNGAN HARMONI DAN MESRA ANTARA GOLONGAN RAJA DAN RAKYAT Kemersaan hubungan anatara golongan istana dengan rakyat jelata jelas tergambar ketika upacara tertentu diadakan di istana, misalnya ketika malis perkahwinan dan kenduri kendara di istana. Semua golongan rakyat datang beramai-ramai dari berbagai lapisan masyarakat, kecil besar, tua dan muda. Ini jelas seperti yang tergambar melalui petikan puisi di bawah; Yang capik datang bertongkat, Yang buta datang berpimpin, Yang pekak datang bertanya, Yang kurap mengekor angin.

V) BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA DAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERNASIB BAIK Sifat ini jelas nyata terdapat dalam watak Si Kembang Cina atau Bujang Selamat. Selain itu kedua-dua watak ini melambangkan kesetiaan dan watak-watak pekerja yang bekerja dengan penuh dedikasi dan memberi sepenuh komitmen terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

iv)

SIFAT BERDIKARI DAN MENCARI UNTUNG

Sifat ini selalu saja terdapat dalam watak wira dan wirawati di mana mereka akan berdikari sehingga mereka berjaya mencapai apa yang dihajati. Selain itu wira dan wirawati sendiri juga pandai mencari untung dalam apa jua yang mereka lakukan. PERANAN CERITA PENGLIPUR LARA

Sering diperkatakan bahawa Penglipur lara adalah sebagai hiburan, pendidikan dan menganggungkan raja. Oleh kerana tidak terdapat pendidikan secara formal dalam masyarakat Melayu dahulu, maka cerita cerita penglipur lara menjadi ruang untuk mendidik anggota masyarakatnya dengan nilai-nilai moral yang baik. Perbuatan dan sikap yang baik akan dapat ganjaran yang baik, manakala yang jahat akan tewas. Sikap yang negatif seperti tidak bertanggungjawab akan membawa kesan yang buruk dalam sesebuah keluarga dan masyarakat. WATAK DAN PERWATAKAN Watak dan perwatakan dalam ceruta Penglipur lara ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu :

i)

WATAK UTAMA (PROTAGONIS)

Watak ini dipegang oleh wira dan wirawati yang terdiri dari kalanagan anak-anak raja. Watak utama diwarnakan dengan warna putih iaitu watak baik da mempunyai segala kelebihan, keistemewaan dan keberanian yang tidak terdapat di kalangan kebanyakkan orang. Peranan watak utama iaitu wira akan mengembara dengan tujuan yamg tertentu. Disini jelas

diperlihatkan wira akan menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan, kesusahan dan sebagainya, tretepi semuanya akan berakhir dengan kejayaan di atas kepintaran,

kebijaksanaan dan kegagahan yang mereka miliki.

ii)

WATAK PEMBANTU

Biasanya watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh, pengiring pada watak utama sam ada pada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati seperti nenek kebayan, Kembang Cina dan bujang selamat yang menjadi pembantu dalam tindak tanduk watak utama.

iii)

WATAK JAHAT (ANTAGONIS)

Gambaran mengenai watak jahat ini terdiri dari watak yang menjadi penghalang kepada watak utaa dalam mencapai sesuatu tujuan dan sering menimbulkan masalah kepada watak utama. Watak ini di anggap sebagai musuh jahat kerana sering menaruh niat buruk , sering menimbulkan pergaduhan dan peperangan. STRUKTUR ISI CERITA PENGLIPUR LARA

Cerita-cerita penglipur lara tiada banyak bezanya kalau kita lihat ianya terbahagi kepada tiga bahagian. Dimana dalam cerita ini terdapat permulaan cerita, kemudian bahagian pengembaraan. Dan dalam bahagian pengembaraan, disini kita dapati sesebuah cerita itu terus berkembang kekemuncaknya serta bahagian akhir sekali ialah penamat cerita. Manakala dalam bahagian akhir ini cerita akan mula menurun dan berakhir dalam dua ketogeri samaada menemui kebahagian atau berakhir dengan kesedihan. Di bawah ada diterangkan bagi setiap bahagian.

i)

Bahagian awal:

Disini akan diceritakan tentang kisah sebelum pengembaraan wira. Bahagian awal dimulakan dengan perkenalan tentang kelahiran wira, kehidupannya sewaktu kecil disertakan dngan latar belakang kehidupan keluarga wira. Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang kejadian yang luar biasa berlaku semasa wira dilahirkan seperti kelahiran wira yang disertai dengan hujan, ribut, kilat, petir, serta suasana alam yang luar biasa. Kadang-kadang ada wira yang lahi dengan barang-barang yang ajaib serta kesaktian.

ii)

Bahagian pengembaraan:

Seperti yang dinyatakan mula-mula tadi di mana, disinilah bermulanya perkembang cerita sehingga menuju ke kemuncak cerita. Dalam cerita Penglipur lara ini diterangkan sebab-sebab wira keluar dari istana dengan tujuan-tujuan yang tertentu. dalam pengembaraan inilah wira menghadapi pelbagai halang dan rintangan seperti terpaksa berlapar, tiada tempat tidur,

merentasi hutan belantara dengan segala cabaran yang menguji kesabaran serta kesusahan yang terlebih dahulu dideritai. Peperangan juga berlaku di antara watak wira dan watak jahat yang untuk menghalang wira mencapai hajat mereka dengan cepat. Di samping itu disisipkan juga unsur-unsur percintaan dan perkahwinan wira dengan puteri-puteri raja negeri yang disinggahi.

iii)

Bahagian akhir:

Setelah berhempas pulas untuk mencapai apa yang dihajati, akhirnya wira pun mencapai kejayaan. Sebaik saja hajat dan tujuan yang diharapkan telah berjaya diperolehi wira pun kembali semula ke istana, membawa isteri atau isteri-isterinya dan hidup aman bahagia dengan segala kebesaran dan kemegahan memerintah kerajaan yang besar.

KUPASAN PETIKAN CERITA

Pergolongan cerita:

Karya di atas tergolong cerita penglipur lara Melayu.

Ringkasan cerita:

Sebelum pengembaraan:

Mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu malim deman, putera Raja Malim Dewa yang memerintahkan di negeri bandar muar. Bonda Malim Deman ialah Tuan Puteri Lindungan Bulan. Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan akhirat sehingga ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal. Kemudian diceritakan Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang tua, berpakaian serba putih, berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman pergi ke hulu sungai muar kerana di sana ia akan bartemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi demikian, malim deman memohon keizinan daripada kedua ayahanda dan bondanya untuk keluar mengembara.

Dalam masa pengembaraan:

Semasa mengembara, Malin Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing perburuannya. Mereka semua telah mati kerana tidak tahan memderita mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan, mengahadapi kekurangan bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan. Hanya Malin Deman yang berjaya sampai ke taman nenek kebayan, tempat Tuan Puteri dari kayangan turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan Puteri Bongsu,

Malim Deman menyamar sebagai pengail dan berjaya mencuri baju layang tuan puteri. Puteri Bongsu tidak boleh pulang semula ke kayangan kerana baju layangnya hilang. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman dikahwinkan dengan Puteri Bongsu dan mereka pulang ke Bandar Muar.

Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali kedua bagi menurut isterinya dan puteranya yang membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan perbuatan Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Malin Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan bermersa dengan si Kembang Cina menyebabkan puteri Bongsu merajuk hati. Puteri bongsu berhasil mendapatkan baju layang dan bersama dengan puteranya ia kembali ke pangkuan ayahanda bondanya di negeri kayangan. Malim Deman merantau mencari cara bagaimana untuk ke kayangan. Dengan pertolongan puteri Terus Mata, Malim Deman berjaya meminjam borak milik anak raja jin itu terbang ke kayangan. Di kayangan Malim Deman terpaksa menyamar dan kemudiannya bertarung mengadu kekuatan dan kesaktian dengan Mambang Molek, tunang Puteri Bongsu dalam satu sayembara yang diadakan.

Selepas pengembaraan:

Malim Deman berjaya memujuk Puteri Bogsu dan membawa pulang istana dan puteranya ke istana. Sebelum itu, Malim Deman berkahwin dengan Tuan Puteri Terus Mata. Malim Deman membawa isteri-isteri dan puternya kembali ke istana. Mereka hidup aman dan berbahagia serta memepunyai kerajaan yang besar. Cerita berakhir dengan happy ending kebahagiaan watak utama.

Peranan watak dan sifat watak

Watak utama:

Watak wira:

Sifat anak raja yang memiliki rupa paras yang cantik, gagah berani, bijak serta kesaktiaan yang luar biasa. Malim Deman berjaya mengalahkan Mambang Molek. Berjaya ke kayangan dengan menggunakan borak. Memiliki kerajaan yang besar dan ramai rakyat jelata. Bijak dalam bertindak seperti menyamar dan mencuri baju layang Puteri Bongsu untuk mendapatkan puteri itu.

Peranan watak:

Sebagai anak raja yang mengembara kerana mencari isteri seperti yang diperolehi dari alamat dalam mimipinya. Terpaksa mengembara dalam mencapai tujuan dan hajat. Berjaya mengalahkan musuh Mambang Molek sebelum berjaya membawa isterinya. Berkahwin dengan Tuan Puteri terus Mata.

Watak wirawati:

Seorang puteri dari kayangan. Sangat cantik dan gilang gemilang wajahnya. Kecantikan tuan puteri tidak ada tolok bandingnya. Puteri bongsu bersama saudara-saudar yang lain (tujuh beradik semuanya) turun mandi dan bermain di taman nenek kebayan. Baju layangnya dicuri oleh pengail menyebabkan ia tidak boleh kembali ke kayangan lagi. Puteri bongsu menjadi isteri Malim Deman dan mendapat seorang putera. Tuan Puteri kecewa dengan sikap Malm Deman, menyebabkan ia merajuk dan membawa hati kembali ke kayangan dengan hati yang luka. Di kayangan, Tuan Puteri Bongsu bersetuju berkahwin dengan Mambang Molek, bekas tunangannya tetapi berjaya diselamtkan oleh Malim Deman setelah menewaskan Mambang Molek. Bersama puteranya, ia bersetuju kembali ke pangkuan suaminya dan kembali ke istana di negeri Bandar Muar. Hidup berbahagia bersama putera dan suaminya.

Watak pembantu:

Terdiri daripada Bujang Selamat, Nenek Kebayan dan si Kembang Cina. Bujang Selamat adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman. Peranan Bujang Selamt sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana sahaja Malim Deman pergi, serta menumpukan sepenuh taat setia kepada tuannya.

Nenek Kebayan juga berperanan sebagai pembantu kepada Malim Deman terutama dalam mencapai sesuatu hajat. Nenek Kebayanlah yang membantu dan memberi perlindungan kepada Malim Deman sewaktu Malim Deman sampai ke tanamnya. Nenek Kebayan juga yang mengahwinkan Malim Deman dengan Puteri Bongsu serta memberitahu Malim Deman bagaimana caranya ke kayangan. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman berhasil berjumpa dengan Tuan Puteri Terus Mata dan seterusnya meminjam borak ke kayangan.

Si Kembang Cina: seorang pengasuh perempuan yang memiliki wajah yang cantik. Malim Deman asyik dan leka dengan Si Kembang Cina, menyebabkan Tuan Puteri Bongsu merajuk dan membawa diri.

Watak jahat (antagonis):

Watak jaht terdiri daripada mambang Molek tunangan Tuan Puteri Bongsu di kayangan. Watak jahat ini berperanan sebagi musuh kepada musuh kepada wira sebelum Malim Deman berjaya membawa isteri dan puteranya, Malim Deman terlebih dahulu mesti menetang Mambang molek. Watak jahat ini dapat dikalahkan.

Gaya bahasa:

Dalam hikayat Malm Deman terdapat penggunaan pantun, gurindam dan bahasa berirama.

Contoh gurindam:

Awak tua bandar terbuka Emas habis dagangan mudah, Kerbau kambing sesak di pandang, Itik angsa tenang kuala, Merpati lindungan langit, Rengkiang tujuh sejanjar, Teman dengan sekerat kota, ............................ (Hikayat Malim Deman hal. 2)

Contoh pantun:

Tetak seranting buatkan kolek, Buat pagar bunga di taman, Tuanku putera yang kecil molek, Puter Tuanku Malim Deman.

Buat pagar bunga di taman, Ikat dengan rotannya getah, Putera Tuanku Malim Deman, Seisi negeri menjunjung duli.

Contoh perumpamaan:

Bagai pucuk dilancarkan, Bagai kumbang putus tali, Penig kepala bagai dibaji, Sakit hati bagai digunting.

CERITA BINATANG

DEFINISI: Cerita binatang melayu adalah merupakan sastera rakyat(sastera lisan) yang disampaikan atau disebarkan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang akan datang. Cerita binatang ini dipercayai cerita tertua,sama usianya dengan cerita asal usul. Cerita binatang ialah hasil sastera lisan yang diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman purba semasa manusia masih lagi hidup di gua-gua. Adapun cerita binatang ini sukar untuk menentukan tentang asal usul cerita binatang itu yang sebenarnya. Cerita-cerita binatang melayu mengambil binatang sebagai watak utama yang dipersonafikasi,binatang diceritakan dan berinteraksi dengan manusia.

Semua sifat yang dimiliki oleh manusia biasa dimiliki oleh binatang dalam cerita-cerita binatang melayu seperti bercakap,menipu,berbincang,berfikir dan sebagainya. Dalam ceritacerita tersebut terdapat kisah yang berlaku antara binatang sesama binatang dan terkadangkadang lakonannya terjadi antara binatang dengan manusia. Watak manusia dalam ceritacerita binatang melayu hanya sebagai watak sampingan sahaja. Watak-watak yang lazim digunakan ialah pelanduk,buaya,gajah,harimau, Anjing,ular,arnab,kura-kura,musang,haling,ayam,burung bangau,kambing,lembu dan kerbau.

Sebahagian daripada cerita binatang itu bercorak mitos yang membicarakan tentang asal usul binatang. Cerita binatang juga mengisahkan tentang konflik antara binatang dengan

binatang atau antara binatang dengan manusia. Cerita binatang melayu memberi gambaran bahawa walaupun binatang yang kecil dan lemah dapat mengalahkan binatang yang besar dan kuat dengan menggunakan akal fikiran yang dapat menjadi senjata untuk menentang binatang yang besar dan kuat itu.

FUNGSI:

Cerita binatang untuk mengisikan waktu dan menghiburkan hati,pada masa kini cerita binatang adalah cerita yang menjadi kegemaran dalam masyarakat sederhana khususunya di

kalangan kanak-kanak dan kini cerita binatang ditulis menjadi bahan bacaan yang diminati oleh kanak-kanak. Selain itu cerita binatang juga digunakan sebagai mengajar,mendidik,mnyindir atau mengkritik masyarakat melayu tradisional. Tujuan-tujuan ini disampaikan dalam bentuk kiasan,sindiran dan lambang. Tetapi yang nyata,cerita-cerita binatang melayu berfungsi sebagai kritikan social yang disamapaikan secara kiasan atau lambang kepada binatang. Kadangkadang disampaikan secara gurauan tetapi tepat pada sasarannya. Ada juga cerita binatang yang menunujukkan kebodohan,dan kemalasan manusia untuk menyuruh menyedari dan memperbaiki diri dikiaskan kepada binatang. Pada masa dahulu cerita-cerita binatang ini pernah digunakan untuk mengajar anak-anak raja atau anak-anak pembesar istana. Oleh kerana kesukaran untuk menyampaikan pengajaran itu secara terus terang,maka pengajaran itu diberikan secara halus melalui cerita-cerita binarang yang bercorak simbolik. Tujuannya untuk memberikan petujuk dan nasihat kepada kenak-kanak secara halus dan tidak langsung.

CORAK CERITA BINATANG.

Iaitu:-

Epos Binatang. Epos binatang ialah sejenis cerita binatang yang bermotif kebijaksanaan untuk memperdaya binatang yang lain. Cerita yang bercorak epos binatang selalunya berbingkai di sekeliling satu watak. Dalam sastera lisan Melayu Epos binatang ialah cerita-cerita mengenai Sang Kancil yang mengandungi unsur kelucuan dan kecerdikan memperdayakan binatang lain yang lebih besar daripadanya.

Cerita Asal Usul. Cerita Asal usul mengenai binatang menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu seperti mengapa anjing bermusuhan dengan kucing,kenapa kepala katak mendongak ke atas dan lain-lain lagi.

Cerita Sambut-bersambut Cerita jenis ini berupa rangkaian cerita sebab dan akibat. Ia menerangkan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Cerita jenis ini mengandungi watak-watak binatang yang banyak,misalnya cerita mengapa bangau kurus. Penyempaian cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa yang melahirkan irama yang menarik.

Dalam kumpulan cerita-cerita binatang ini ada yang dikategorikan sebagai cerita fable,iaitu cerita yang bercorak memberikan teladan atau dinamakan juga cerita perumpamaan. Cerita

jenis ini mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiaran terhadap tingkah laku manusia.

Sebagai kesimpulan cerita binatang ini banyak memberi pengajaran kepada manusia yang mempunyai akal fikiran dan cuba mentafsirkan makna tersirat melalui cerita-cerita itu. Melalui cerita binatang inilah perlakuan serta perangai manusia sama ada manusia

besar(gajah,harimau,buaya,kerbau) manusia kecil(kura-kura,semut,agas-agas,arnab) manusia cerdik(kancil,pelanduk) dan manusia bodoh(lembu,anjing) dapat dibentuk dan mendatagkan keinsafan kepada keperibadian manusia itu sendiri.

KUPASAN CERITA BINATANG.

Contoh cerita untuk mengkritik orang yang bersikap tamak,ialah:-

Anjing dan bayang-bayang. Melalui cerita ini,pada suatu hari watak utamanya,seekor anjing telah terjumpa seketul tulang. Anjing itu menggongong tulang itu dan berjalan melalui sebatang sungai.Ia terlihat ada anjing lain di dalam sungai itu menggongong tulang juga,anjing itu berasa marah lalu membuka mulut hendak merampas tulang itu dari mulut anjing di dalm sungai itu sedangkan anjing itu refleksi bayang-bayangnya sendiri. Apabila anjing itu membuka mulut,maka tulang yang ada di dalam mulut jatuh ke dalam sungai itu. Akibatnya anjing itu terlepas untuk merasai kenikmatan yang ada pada tulang yang digonggongnya,malahan memperolehi kerugian.

Contoh cerita untuk mengkritik orang yang tidak jujur:-

Helang dengan Ayam. Melalui cerita ini,Si Ayam dengan Si Helang sebenarnya bersahabat baik tetapi kemudiannya bermusuhan apabila si Ayam tidak mahu memulangkan jarum sakti kepunyaan Si Helang. Akibatnya Si Helang berasa marah dan menyimpan dendam terhadap Si Ayam sampai ke hari ini. Itulah sebebnya Si Helang suka menagkap dan makan ayam. Melalui cerita ini,Si Ayam diumpamakan sebagai manusia yang tidak jujur terhadap temannya. Dan Si Helang pula diumpamakan sebagai manusia pedendam yang tidak mahu memaafkan kesalahan temannya.

Hasil: Md Rozaidee

CERITA JENAKA MELAYU.

DEFINISI DAN CIRI-CIRI

Cerita Jenaka Melayu adalah salah satu daripada Sastera Rakyat. Setiap bangsa di muka bumi ini mempunyai cerita-cerita jenaka dalam kesusasteraan lisan mereka. Cerita-cerita tersebut dikenali dengan istilah-istilah sepertiMerry tales, tall tales, droll tales dan lain lain. Cerita-cerita jenaka yang terdapat di seluruh dunia bukan sahaja mempunyai persamaan pada motif atau isi ceritanya, tetapi juga dalam maksud dan bentuk ceritanya. Semua cerita jenaka itu mempunyai maksud hiburan, petunjuk, sindiran, seperti yang terdapat pada cerita-cerita binatang.

Gambaran watak adalah sangat penting dalam cerita-cerita jenaka. Melalui gambaran perwatakan tersebut dapat ditentukan kejayaan sesuatu cerita demi untuk memperlihatkan unsur-unsur kelucuan. Unsur-unsur kelucuan dalam cerita-cerita jenaka ini didasarkan kepada tindak-tanduk watak yang menggambarkan tabiat dan sifat manusia yang berlebihan. Gambaran tentang kejenakaan itu ditambah dengan keragaman penghidupan manusia dalam bentuk kelemahannya, kebodohannya, kelurusan yan melulu dan sebagainya. Gambaran seperti ini amat perlu untuk menimbulkan kelucuan dan kejenakaan

Unsur-unsur kejenakaan ini boleh ditimbulkan dengan berbagai-bagai cara. Faktor-faktor yang boleh menimbulkan kelucuan adalah seperti yang berikut;

1. sifat watak yang terlalu bodoh atau terlalu pintar 2. adanya unsur-unsur kebetulan dalam cerita 3. kelucuan yang ditimbulkan dari jalan cerita itu sendiri 4. adalah permainan kata-kata yang melucukan

Selain faktor di atas mungkin terdapat berbagai-bagai aspek lain yang dapat menimbulkan gambaran kejenakaan.

Unsur-unsur kelucuan dalam cerita-cerita jenaka amat berbeza dengan lakonan di atas pentas yang bergantung kepada gerak-geri atau aksi seseorang pelakon itu di samping tutur katanya yang melucukan. Cerita-cerita jenaka memerlukan gambaran sifat tokoh utama yang bercorak keterlaluan dalam perbuatannya seperti terlaluan dalam perbuatannya seperti terlalu tolol atau pintar. Daripada gambaran sifat tersebut serta laku perbuatan watak itu dapat menimbulkan rasa geli hati.

Cerita-cerita jenaka dicipta berdasarkan kebijaksanaan dan keupayaan pengarangnya untuk menimbulkan unsur-unsur kelucuan. Selalunya pengarang menggunakan kejadian yang kurang sopan atau perbuatan kebodohan atau sikap yang keterlaluan dalam melaksaankan tugas

sehari-hari. Tujuan pengarang hendakmengecam sifat-sifat manusia yang kurang sopan, janggal, atau keterlaluan membuat sesuatu pekerjaan tanpa mahu bertolak ansur lagi.

Di kalangan berbagai-bagai bangsa terdapat bermacam-macam cerita jenaka. Watak-watak lucu dalam cerita-cerita tersebut menjadi lambang sifat-sifat manusia yang sangat dikenali di dalam masyarakatnya. Terkadang-kadang cerita-cerita jenaka ini pendek-pendek mengisahkan tentang peristiwa yang lucu akibat daripada perbuatan manusia yang bodoh dan tolol. Ceritacerita jenaka ini berkisar pada satu-satu watak tertentu atau ceritanya berbingkai mengisarkan seorang watakbodoh dalam berbagai-bagai peristiwa yang menggelikan hati.

Cerita-cerita jenaka lahir di kalangan berbagai-bagai bangsa di dunia seperti The Irishman di Iceland, The Abedonian di Scotland, The London Al Derman di England dan Eulenspeiged di Jerman. Bagi orang Arab, watak Khoja Nasaruddin dan Abu Nawas sering muncul dalam ceritacerita jenaka mereka. Khoja Nasaruddin juga muncul dalam sastera Turki, manakala suku-suku di Nusantara seperti Pak Banjir, Jaka Bodo (Jaka Dolog), Jaka Lelor, Semar, Petrok terkenal dalam sastera lisan Jawa. Dalam sastera lisan Aceh terkenal dengan watak Si Gasin Mesekin. Dalam sastera liusan Batak terkenal dengan watak-watak Si Bilolong, Ama ni Pandir, dan Si Andingkir. Di Sunda pula watak Aki Bolong terkenal dalam cerita-cerita jenaka mereka dan sebagainya.

Unsur-unsur tersebut menampakkan cerita-cerita jenaka mempunyai persamaan dengan ceritacerita jenaka yang terdapat dalam kesusasteraan di India. Misalnya, cerita Mat Jenin yang mengisarkan tentang watak MatJenin seorang miskin yang mengambil upah memanjat pokok kelapa. Sewaktu dia memanjat pokok kelapa dia berangan-angan bergurau dengan tuan puteri. Tanpa disedari tangannya terlepas daripada memegang pokok kelapa. Mat Jenin jatuh lalu mati.

Cerita-cerita jenaka seperti ini terdapat persamaannya dengan sebuah cerita dalam kesusasteraan India, iaitu Hikayat Punca Tanderan yang mengisahkan tentang seorang

Brahmin miskin yang mengambil upah menjual bertih. Dia berangan-angan menjadi kaya dan mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita yang cantik. Tetapi kerana isterinya tidak pandai menjaga anak-anaknya maka dia naik radang. Lalu dipukul isterinya dengan tongkat. Rupanya dia sedang berangan-angan, Brahmin itu terpukul periuk bertihnya. Maka habislah semua bertih tumpah ke tanah. Apabila Brahmin sedar dia sedar dia berasa amat menyesal.

Dengan demikian cerita-cerita jenaka Melayu tidak seharusnya dianggap semuanya sebagai pinjaman dari luar kerana berdasarkan beberapa persamaan pada ciri-ciri yang tertentu.Ceritacerita jenaka Melayu itu diciptakan oleh orang Melayu sendiri berdasarkan pengalaman yang

sama dialami oleh mereka kerana watak kebodohan itu bersifat universal wujud dalam semua kebudayaan manusia. Walau bagaimanapun harus diakui terdapat juga cerita-cerita jenaka yang dipinjam dari luar seperti cerita Abu Nawas yang disadurkan ke dalam bahasa Melayu. Malah terkadang-kadang cerita-cerita saduran itu pula diubahsuai atau ditokok tambah oleh orang-orang setempat sehingga cerita-cerita itu menjadi sebahagian daripada warisan tradisi setempat.

Cerita-cerita jenaka dicipta berlatarkan belakangkan masyarakat Melayu tradisi. Segala gambaran dalam cerita-cerita itu bersesuaian dengan pengalaman dan pandangan masyarakat Melayu tradisi. Dengan hal yang sedemikian cerita-cerita itu amat digemari oleh orang-orang Melayu.

FUNGSI

Sungguhpun tujuan cerita-cerita jenaka untuk memberikan hiburan dan keseronokan bergelak ketawa, tetapi cerita-cerita tersebut juga membawa perutusan yang bercorak pengajaran. Misalnya dalam cerita Pak Pandir di gambarkan bagaimana keburukannya yang terlalu bodoh dan terlalu lurus bendul. Pak pandir yang membuat sesuatu tanpa usul periksa dan tidak memikirkan apa yang hendak dilakukannya sehingga mendatangkan mudarat kepada dirinya dan juga keluarganya.

Tindakan yang terburu-buru dan mengikut emosi selalu menimbulkan akibat yang tidak baik dan menyebabkan penyesalan. Pak pandir yang disuruh oleh isterinya untuk memandikan anaknya dengan air panas telah menyebabkan anaknya mati kerana ia memandikan anaknya itu dengan air panas yang mendidih. Kepintaran dan kecerdikan boleh memberikan faedah kepada diri seseorang.

PERANAN WATAK DAN STRUKTURNYA.

Apa yang sangat penting dalam persoalan cerita ini ialah tentang kepandaian, kepintaran, tipu helah, kebodohan dan ketaatan. Perwatakan seperti ini sangat penting kerana ia membantu watak dalam cerita ini untuk meneruskan hidup mereka. Jika mereka tidak berbuat demikian mereka akan di tindasdan disisi daripada masyarakat ketika itu. Pak Pandir melakukan semua itu kerana terlalu taat kepada isterinya. Dalam pada itu, dia juga bertindak terburu-buru sehingga berkelakuan bodoh sehingga tidak memikirkan apa yang sebenarnya yang di suruh oleh isterinya. Walaupun begitu ini tidak bermakna Pak Pandir itu bodoh dan tidak tahu berfikir, cuma dia tidak mahu mwenyoalkan tentang perintah isterinya itu.

Selalunya cerita seperti ini di ceritakan kepada anak-anak kecil supaya mereka tahu tentang kebaikan dan keburukan. Ini juga kerana cerita ini mempunyai persoalan yang berunsur pengajaran dan nasihat yang patut di sampaikan kepada anak-anak kecil supaya apabila dewasa nanti mereka tahu menilai yang baik dan yang buruk.

Cerita ini menunjukkan kita bahawa setiap kelemahan dan keburukkan tersendiri. Jika terlalu mementingkan diri dan angkuh. Orang yang berkuasa akan menghina orang bawahan dan ini telah menjadi lumrah alam. Orang kaya akan menghina orang miskin yang tidak mempunyai harta kekayaan. Tetapi mereka juga manusia dan mempunyai perasaan seperti orang lain dan ada hak untuk menikmati hidup yang biasa. Lalu cerita Pak Pandir mengajar kita melalui persoalan yang di kemukakan oleh pngarang cerita ini. Dia ingin menyampaikan mesejnya kepada pembacanya tentang pengajaran dan nasihat dalam cerita ini. Dia mengajar kita supaya menjadi orang baik dan berbudi vbahasa. Di akhir cerita dia mengisahkan tentang Pak Pandir yang mana akhirnya mati kerana tipu helahnya untuk mendapat kekayaan dan kesenangan. Sesuatu yang mulanya baik tidak akan diakhiri dengan tidak baik. Semuanya akan berudah mengikut takdir dan nasib seseorang itu.

SINOPSIS CERITA PAK PANDIR.

Pak Pandir ialah seorang yang bodoh dan dungu. Apabila isterinya, Mak Andih menyuruhnya mencari umpan belalang rusa untuk memancing ikan, dia menangkap rusa di dalam hutan dan dibawakan kepada Mak Andih. Apabila Mak Andih pergi keluar sebentar, dia berpesan kepada Pak Pandir supaya memandikan anak mereka dengan air panas. Maka Pak Pandir pun memandikan anaknya dengan air yang sedang mendidih sehingga mati anaknya itu. Selepas kematian anaknya itu, diadakan kenduri, maka Mak Andih menyuruh Pak Pandir membeli kerbau. Oleh sebab Pak Pandir tidak mengenal kerbau, Mak Andih menerangkan bahawa yang meragut-ragut rumput itulah kerbau. Apabila ditemui orang sedang menyabit rumput. Pak Pandir pun membeli sabit itu. Kemudian Mak Andih telah menyuruh suaminya menjemput Lebai untuk menghadiri kenduri di rumahnya. Mak Andih memberitahu tanda Lebai ialah berjanggut. Apabila Pak Pandir berjumpa dengan kambing. disangkanya itulah Lebai, lalu ditangkap kambing itu dan dibawa pulang. Oleh sebab Pak Lebai tidak ditemui, Mak Andih menyuruh Pak Pandir memanggil Datuk Keramat Jin Islam. Tetapi Pak Pandir sesat lalu dipanggilnya gergasi. Kemudian gergasi itu mati kerana tenggelam di dalam sungai. Maka harta gergasi itu diambil oleh Pak Pandir. Pak Pandir mengaku dirinya raja Mambang, lalu berkahwin dengan seorang puteri raja, tetapi rahsianya bocor, lalu dibuang ke dalam hutan. Oleh kerana kelaparan Pak Pandir memakan pisang dengan kulitnya, kemudian dia pun mati.

You might also like