You are on page 1of 31

JENIS & PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN

DIHASILKAN OLEH : Zunurain Binti Zulkefli Viviengrace Victor Mahirah Waily Nur Atiera Akhma Binti Bukhari

PENGENALAN

Jenis kesusasteraan berbeza-beza mengikut bentuk dan tujuan sesuatu karya tersebut.

KESUSASTERAAN MELAYU KLASIK/TRADISIONAL


Mempunyai ciri-ciri yang tetap dan tidak berubah.

Khayalan dicampuradukan dengan kenyataan ( pengajaran dan hiburan).

Wujud sebelum adanya alat pencetak.

Merupakan sastera yang tertua.

Disampaikan secara lisan dari 1 generasi kepada 1 generasi dan ditokok tambah.

Mempunyai unsur-unsur setempat.

JENIS KESUSASTERAAN MELAYU KLASIK/TRADISIONAL


Prosa Melayu Tradisional Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : 1. Naratif 2. Bukan naratif Puisi Melayu Tradisional Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu: 1. Naratif 2. Bukan naratif

MAKSUD K.NARATIF & BUKAN NARATIF


Kesusasteraan Naratif Mengandungi perkembangan plot. Iaitu menceritakan suatu peristiwa, yang mengandungi unsur watak, masa berlaku dan tempat berlaku. Kesusasteraan Bukan Naratif Tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang berbanding dengan kesusasteraan naratif

PROSA MELAYU TRADISIONAL (NARATIF)


Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre yang utama iaitu: 1. Mitos 2. Legenda 3. Cerita rakyat Naratif tulisan terbahagi kepada 5 genre iaitu: 1. Sastera sejarah 2. Sastera hikayat 3. Sastera sastera panji 4. Sastera epik/ kepahlawanan 5. Sastera agama

CONTOH SASTERA NARATIF TULISAN MELAYU TRADISIONAL


Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional. Hasil sastera sejarah itu dipegang oleh kerajaan berkenaan sebagai suatu dokumen yang sah bagi mengabsahan hak dan kuasa raja ke atas negerinya.

PROSA MELAYU TRADISIONAL (BUKAN NARATIF)


Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada 4 genre iaitu : 1. 2. 3. 4. Sastera undang-undang Sastera kitab Sastera ketatanegaraan Kepustakaan ilmu tradisional

PUISI MELAYU TRADISIONAL


Puisi Melayu tradisional (Naratif) hanya terdiri daripada genre Syair sahaja. Puisi Melayu tradisional (Bukan Naratif) Pantun, Gurindam, Endoi, Rejang, Rubai, Nazam, Masnawi, Ghazal, Berzanji, Qit'ah, Seloka, Teromba, Mantera

CONTOH PUISI MELAYU TRADISIONAL

SASTERA RAKYAT (LISAN)


Ciri-ciri Sastera Rakyat Lisan
Penyebaran & diwariskan secara lisan. Bersifat tardisional dan lama. Wujud dalam variasi yg berbeza. Bersifat anomini (guna nama samaran) Menjadi hak milik masyarakat secara bersama. Tujuan memberi pengajaran, pendidikan, nilai moral dan sosial. Penulisan bersifat sederhana, spontan dan kadangkala kasar.

JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT


Sastera rakyat naratif Sastera rakyat bukan naratif Peribahasa Teka Teki Puisi Rakyat

Mitos Lagenda Cerita Rakyat

CONTOH SASTERA RAKYAT NARATIF


MITOS
Mitos-cerita yang dianggap benar dan suci oleh empunya cerita dan masyarakat yang mendukung serta di luar jangkauan manusia.

Ciri-Ciri
Benar terjadi, peristiwa aneh, tetapi penting dan dianggap keramat dan memberi kesan kepada masyarakat lampau tokoh ( tuhan & dewa)

Jenis-Jenis Mitos
Asal usul, mitos institusi & mitos budaya.

CONTOH SASTERA RAKYAT NARATIF


LAGENDA
cerita yg benar2 berlaku,ttp tidak dianggap suci. Merupakan cerita dongeng yg berkaitan dengan kisah sejarah.
Ciri-Ciri Sejenis komunikasi lisan bercorak berasaskan kisah, berhubung kait dengan masa silam. Dianggap sejarah kolektif, universal dan dipercayai benar2 berlaku.

Jenis-Jenis lagenda keagamaan, lagenda alam ghaib, lagenda perseorangan dan legenda tempat.

CONTOH SASTERA RAKYAT NARATIF


Cerita rakyat
Dalam bentuk prosa dan tidak dianggap benar terjadi. Sebagai sumber hiburan dan melukiskan kebenaran serta mengandungi moral atau sindiran. Jenis-Jenis Cerita asal usul ( Dongeng harimau jadian ) Cerita binatang ( Cerita sang kancil) Cerita jenaka ( Pak pandir) Cerita lagenda ( Hang tuah) Cerita penglipur lara ( Malim demam)

SASTERA ISTANA (TULISAN)


Ciri-ciri
Disampaikan secara tulisan Pada awal, kesusasteraan menggunakan tulisan jawi. Karya banyak ditulis dalam tangan. Alat cetak dan tulisan rumi diperkenalkan semenjak kedatangan masyarakat barat.

SASTERA ISTANA
Sastera hikayat
- Berunsur Hindu spt Hikayat Seri Rama

-Berunsur Islam spt Hikayat Sultan Damsyik -Berunsur Hindu-Islam spt Hikayat Putera Jayapati -Menggunakan nama tempat dan negeri tertentu sebagai latar.

SASTERA ISTANA
Sastera Undang-undang Dijadikan bahan kajian ttg sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama.

2 kumpulan yang terlibat: Adat temenggung Adat perpatih

SASTERA ISTANA
Sastera epik - Disebut sastera pahlawan dan bersifat sejagat. - Terdapat dalam kebanyakkan sastera dunia. Terbahagi kpd 2: - Epik kebangsaan (Hikayat Hang Tuah) - Epik berunsur Islam ( Hikayat Muhamad Hanafiah)

CONTOH BUKU SASTERA ISTANA

SASTERA ISTANA
Sastera panji Menceritakan kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Sastera agama/kitab Berfokus kpd cerita Nabi Muhammad ttg kehebatan dan keagungan baginda dalam membawa dan mnyebarkan agama Islam. Sastera Ketatanegaraan Kitab ini digunakan sebagai panduan dalam pemerintahan. Contoh : Kitab Nasihat Segala Raja-raja.

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN


Merupakan hasil karya selepas tahun 1800 M. Terbahagi kepada 2 bentuk: - Prosa Melayu Moden karangan bebas yang tidak terikat oleh irama atau dikarya oleh masyarakat melayu moden. - genre:cerpen, novel dan drama - Puisi Melayu Moden- sajak

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN


Cerpen - Akronim bagi 2 patah perkataan perkataan cerita dan pendek - Diterbitkan dalam akhbar dan majalah. Ciri-Ciri Menjadi alat mencerminkan sikap, perasaan, fikiran dan pandangan pengarang. Tidak membawa tema yg berat, bilangan watak terhad dan jumlah perkataan antara 500-550 pth. Biasa mengemukakan 1 peristiwa yg menjadi fokus utama dalam penceritaan. Memusatkan perkembangan watak kepda org tertentu sahaja. Terdapt 1 plot dan dikembangan secara rapi, telti dan x rumit.

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN


Novel
Berasal daripada perktaan Itali, novella ( satu benda kecil yang baharu).
Kisah yg dijalinkan dalam satu pola secara terperinci berlaku atau kisah yang imaginatif ataupun cerita rekaan yang dihasilkandalam bentuk prosa Merupakan prosa yang panjang, berkisar pada satu tema dan beberapa persoalan .Merangkumi tiga faktor utama yang berkait iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi.
Pengalaman Peribadi Realiti Rencam Hidup Imaginasi

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN


Menurut Hashim Awang Novel terbahagi kepada : Novel Perwatakan Novel Psikologi Novel Peristiwa Novel Resaman Novel Sejarah Novel Sosial Novel Politik Novel Lawan Alam

CONTOH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN


Drama
Cerita berdialog atau cereka yang mengandungi konflik yang memaparkankehidupan yang dilakonkan atau karya yang dipersembahkan oleh pelakon diatas pentas yang dikenali sebagai teater atau sandiwara atau yang dipersembahkan melalui radio, televisyen Sejenis karangan cereka yang berbentuk prosa dan puisi yang mengandungi dialog dan menampilkan persoalan dalam realiti kehidupan Terbahagi kepada 2: Drama bertulis sejenis karangan berdialog yang berbentuk prosadan puisi. Boleh dipentaskan dan dinikmati pembaca. Drama pementasan cerita atau kisah yang dilakonkan atau karya yang dipersembahkan oleh pelakon. Boleh ditonton dan memerlukan ruang pentas

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN


Sajak
Puisi moden yang bebas dan tiada ukuran tertentu menghasilkannya. Perkara yang dijadikan landasan ialah ekspresi jiwa, iaitu bahasa, bentukrima dan persajakan harus tunduk pada cetusan jiwa pengarangnya. Terlepas daripada ikatan puisi tradisional Bentuk sajak: Balada Roman Oda Epigram Himne Elergi Satira

PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU


Merupakan gambaran yang jelas tentang sejarah silam bangsa itu sendiri. Telah wujud satu bangsa yang amat mementingkan bahasa , adat resam dan kebudayaan bangsanya. Pada zaman awal telah muncul berbagai-bagai bentuk sastera rakyat, berunsur sejarah dan kesan-kesan peningggalan kerajaan Melayu pada zaman silam. Sastera Melayu lebih mementingkan kesejahteraan dengan berkonsepkan hiburan dan ajaran. Ia disampaikan secara lisan dan berkaitan dengan kehidupan masyarakat.

PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU


Sastera Melayu lama banyak menggambarkan lambang peribadi kehidupan masyarakat Melayu seperti puisi. Mesej yang disampaikan lebih tertumpu dengan akal budi dan pandangan hidup masyarakat Melayu. Sastera Melayu bertukar konsep mngikut peralihan zaman. Sastera dalam bentuk tulisan mula diperkenalkan terrutamanya dalam kalangan golongan istana. Sastera pada waktu itu lebih berkonsepkan pengabdian kegagahan kerajaan Melayu dan jurai keturunan raja-raja Melayu.

PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU


Sastera Melayu banyak dipengaruhi oleh Hindu pada awalnya, namun berubah selepas kedatangan Islam dan terdapat percampuran Hindu-Islam. Kedatangan Islam telah mengubah sastera berunsur Hindu kepada unsur Islam dalam pelbagai bentuk seperti nama watak, tajuk karya dan sebagainya.

You might also like