You are on page 1of 34

KULIAH 1:

SCH 1013
SEJARAH KESUSASTERAAN
MELAYU
1. Konsep Kesusasteraan.
2. Sejarah Kesusasteraan Barat.
3. Sejarah Kesusasteraan Tempatan.

Afidatul Syazwani Binti Afandi (01088A)


Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Universiti Malaysia Kelantan
Pengertian Kesusasteraan
• Sastera dari segi etimologi dalam bahasa Sanskrit bermaksud kata-kata.
• Sastera dalam bahasa Sanskrit disebut castra (syastra) iaitu kitab suci, karya
atau karangan, huruf dan buku.
• Harun Mat Piah (2006) perkataan sastera berasal daripada perkataan castra
iaitu kitab suci.
• Sastera dalam bahasa Latin “litterra” (letters) bermaksud kata bertulis atau
bercetak.
• Su membawa pengertian indah, lebih baik dan berfaedah.
• Susastera ditakrifkan sebagai seni sastera atau seni bahasa dan persuratan.
• “Ke-an” pada awal dan hujung perkataan sastera memaknai sastera sebagai
kesenian persuratan yang bersifat halus, indah dan kata-kata suci (Ali Ahmad,
1994: 3).
• Sastera kata dasarnya ialah penglahiran kata-kata yang suci.
• M.K Danziger (1983: 1) segala-galanya adalah kesusasteraan .
• Sastera adalah bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa.
• Syed Ali Ashraf (1989) sastera bukan sahaja suatu bentuk ilmu yang berseni tetapi merangkumi
segala aktiviti manusia secara kreatif.
• Arbaie et. al. (2008) sastera dilengkapi dengan unsur seni bahasa yang indah, sisipan ilmu dan
pemikiran penulis, daya sensitiviti penulis, maksud tersirat dan tersurat, keindahan bahasa dan
berdasarkan realiti kehidupan.
• Lalitha Sinha dan Md.Salleh Yaapar (1984) menegaskan sastera/ shastra merupakan ilmu yang
bersifat benar, tetap dan tidak berubah kerana berasal daripada ilham iaitu sumber tertinggi
(pencipta).
• Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya sastera adalah sesuatu yang membincangkan apa yang
berlaku dalam sesebuah masyarakat di samping mengemukakan sikap dan pandangan pengarang.
• Hashim Awang (1985) sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan
berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa.
Ciri-Ciri Kesusasteraan
• Melibatkan aspek estetika dan kehalusan iaitu melibatkan (perasaan penulis, emosi dan
gambaran kehidupan yang dekat dengan fitrah jiwa manusia).
• Bahasa sastera mempunyai unsur ketaksaan (ambiguities) yang melebihi beberapa
makna daripada satu perkataan.
• Mempunyai organisasi atau bentuk tertentu dengan keindahan penggunaan bahasa.
• Realiti pengalaman hidup manusia (bukan hanya memberi fakta dan kefahaman
semata-mata).
Fungsi Kesusasteraan
1. Membentuk akal dan fikiran manusia menjadi kreatif dan imaginatif.
2. Mengasuh manusia insaf dengan harga diri dan Pencipta.
3. Alat kawalan sosial.
4. Alat terapi jiwa/ psikoteraputik.
5. Wadah dan wajah kebijaksanaan.
6. Penawar dan penghibur.
7. Pembawa contoh dan unggul.
8. Sastera sebagai ucapan bermakna.
9. Pengalaman estetik.
Kesusasteraan Tradisional Kesusasteraan Moden
• Sastera Lisan • Puisi Moden (Sajak)
• Sastera Tulisan • Cerpen
• Novel
• Puisi Tradisional (Syair, Gurindam,
Nazam dan Seloka)
• Prosa Tradisional (Hikayat-Hikayat
Melayu Klasik)
Sejarah Kesusasteraan
• Sejarah Kesusasteraan Barat
Sastera Klasik Dunia
Sastera Zaman Pertengahan
Sastera Zaman Renaissance (Kebangkitan)
Sastera Moden

• Sejarah Kesusasteraan Tempatan


Sastera Rakyat
Sastera Hindu-Budha
Sastera Islam
Sastera Moden
Sastera Kontemporari

• Teori dan Kritikan Sastera


SEJARAH KESUSASTERAAN BARAT
• Sastera Klasik Dunia
• Sastera Zaman Pertengahan
• Sastera Zaman Renaissance
• Sastera Moden
SASTERA KLASIK DUNIA
• Herodotus
-Pelopor utama pensejarahan klasik
-Dilahirkan sekitar tahun 425 SM di Halicarnassus, Turki.
-Anak Lyxes berasal daripada keluarga berpengaruh. Menulis 9 buah buku.
-Penulis Greek pertama yang fokus kepada perkara yang berlaku dalam
situasi lepas (sejarah lalu) dan semasa serta berusaha menerangkan
punca berlaku situasi berkenaan.
-Bapa sejarah dalam budaya Barat kerana karya beliau dianggap karya pensejarahan.
-Bertindak membuat penyelidikan mengenai Perang Parsi.
-Fokus kepada tindakan dan tanggungjawab manusia.
Karya: The Histories (tentang Perang Parsi yang berlaku pada tahun 478 SM)-
melakukan pengembaraan mencari bukti ke kawasan yang terlibat dengan peperangan.

• Thucydides
-Karyanya menjadi rujukan utama tentang Perang Pelopenessia antara Athens dan Corinth.
-Tidak memasukkan kepercayaan karut dan tidak relevan berdasarkan takdir dalam karya.
-Penulisan fokus kepada motivasi dan tindakan manusia.
-Guna kaedah perbandingan sumber untuk memastikan kesahihah sumber.
Karya: History of Peloponessian War.
• Aristophanes
-Komen-komen berkaitan dengan politik (dalam perang) banyak dihasilkan dalam komedi beliau.
-Karya: Clouds, Frogs, Plutus.

• Plato
-Dipengaruhi oleh Socrates.
-Menghasilkan 28 tulisan falsafah dan pengasas kepada Academy (untuk pelajar-pelajar
falsafah).
-Penulisannya membincangkan aspek-aspek seperti etika, politik, keadaan semulajadi jiwa dan
pembentukan kosmos.
-Karya: The Republic
SASTERA ZAMAN PERTENGAHAN
• Dikenali sebagai Zaman Gelap.
• Masyarakat Eropah dikongkong oleh golongan gereja.
• Mempercayai sesuatu perkara tanpa usul periksa.
• Karya pensejarahan dihasilkan oleh paderi St Augustine atau Aurelius Augustine.
• Beliau hasil sebuah karya ‘City of God’ (438-426SM).
• Tujuan karya mempertahan agama Kristian yang menjadi
punca kejatuhan empayar Rom seperti dakwaan golongan Pagan.
• Mengkritik institusi Rom untuk menjalankan pemerintahan dengan
adil dengan mengabdikan diri kepada Tuhan.
• St. Augustine banyak mengembara dan dipengaruhi oleh karya The Confession
dalam penulisan beliau.
• Berlaku sekitar tahun 1000 hingga 1500.
• Zaman Pertengahan berlaku dalam tempoh yang lama.
• Kesusasteraan berkembang dalam bahasa vernakular iaitu bahasa asli Eropah.
• Eropah adalah sebuah benua yang besar & tempat yang sangat kompleks- mempengaruhi kesusasteraan zaman
pertengahan.
• Contoh karya: Beowulf (900 Masihi)- Scandinavia Beowulf sebagai watak utama dan karya ini memerihalkan pertembungan
budaya Kristian & Pagan, The Song of Mio Cid (1100 Masihi)- Puisi epik abad ke-12 mengandungi etos berkaitan militan,
dunia lelaki. Karya kesusasteraan Sepanyol dan memerihalkan seorang pahlawan nasional Sepanyol iaitu Rodrigo Diaz de
Vivar yang terkenal sebagai El-Ecid.
SASTERA ZAMAN RENAISSANCE
• Zaman kebangkitan dan kelahiran semula warisan kesusasteraan di Eropah.
• Dalam bahasa Itali ‘renisciment’.
• Renaissance bermaksud penghargaan ilmu yang disumbangkan oleh tokoh pada tamadun Rom dan Yunani.
• Renaissance merujuk kebangkitan semula sastera Romawi dan Yunani di Eropah.
• Bermula abad ke 14 M kemuncak pada abad ke-16 dan berakhir pada abad ke-17.
• Karya-karya yang lahir pada zaman ini ialah Hamlet, Romeo and Juliet, The Divine Comedy, The Prince, Don Quixote.
• Lahir penulis-penulis hebat seperti Shakespeare, Milton, Cervantes, Christine de Pizan dan Lope de Vega.
• Berkembang selama tiga abad dengan penghasilan karya yang bersifat pelbagai genre dan bahasa.
• Antara karya sastera utama zaman renaissance:-
1)  Christine de Pizan-Book of the City of Ladies (Perancis) diterbitkan awal abad ke-15, membuktikan wanita mempunyai nilai
instinsik tersendiri.
2)  William Shakespeare-The Merchant of Venice (1596-1597), menggabungkan komedi perayaan dengan elemen komedi tragedi.
3) Willian Shakespeare- Romeo and Juliet (1591-1592) diterbitkan 1597, menggunakan struktur puitis dramatik antara komedi
dan tragedi untuk memperlihatkan ketegangan.
4) Nicholo Machiavelli- karya The Prince (pemerintah berkuasa mutlak dan kesetiaan diberi pada Raja bukan gereja)
5) William Shakespeare- karya Hamlet
6) Tomas Moro- karyanya Utopia (Kehidupan yang ideal dan kerajaan yang sebenar)
7) Christopher Marlowe- karyanya Doktor Faustus
• Dante Aligheri- Divine Comedy (perjalanan menuju syurga dan neraka)
• Giovanni Boccacio- Decameron
• Goufrey Chaucer- The Canterbury Tales.
• Fancis Bacon- The Advancement of Learning (karya membuat kajian dalam
bidang sains yang lebih konduktif) dan Novum Organum.
SASTERA MODEN
• Bermula pada tahun 1616 iaitu pada abad ke 17 M.
• Setelah kematian tokoh besar iaitu Miguel de Cervantes dan Saavedra & William Shakespeare.
• Ciri-Ciri sastera moden:-
-Melarikan diri daripada realiti
-Mempetahankan kebebasan bersuara
-Tokoh-tokoh sastera moden:-
-Miguel de Cervantes dan Saavedra
-William Shakespeare
-Theopile Gautier
-Emile Zola
-Jorge Loius Birgas
-Andre Baton
-Vicente Huidobro
-Marcel Proust
-Jean Moreas
-Ruben Dario
SEJARAH KESUSASTERAAN
TEMPATAN
• Sastera Rakyat
• Sastera Hindu-Budha
• Sastera Islam
• Sastera Moden
• Sastera Kontemporari
SASTERA RAKYAT
• Sastera Lama (zaman feudal)
• Lahir ketika masyarakat Melayu berada pada tahap primitif dan buta huruf.
• Tercipta prosa dan puisi (sastera lisan) yang mempunyai konotasi terhadap kepercayaan dan ritual
seperti mitos dan mantera.
• Fungsi: sebagai ritual dan hiburan (cerita lagenda, cerita binatang, cerita jenaka, cerita lipurlara,
pantun, seloka, teka-teki, peribahasa dan teromba.
• Disebarkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya.
• Setiap individu dalam masyarakat dianggap pemilik bersama (collective/ kolektif/ collectivism)- tidak
wujud konsep hak cipta.
• Berlaku tokok tambah ke atas sastera rakyat kerana gaya dan penyampaian penutur berbeza-beza.
• Hiburan dan pengajaran- diungkap secara lisan.
• Hasil-hasil sastera berkait dengan kepercayaan.
• Tinggi nilai kebenaran (melalui pengalaman).
SASTERA HINDU-BUDHA
• Bermulanya tradisi bertulis dengan pengenalan sistem aksara
• Permulaan celik huruf di nusantara dengan perkembangan tulisan pallava dan kawi.
• Berlaku apabila pertembungan dengan budaya yang lebih maju iaitu Hindu-Buddha.
• Terhad kepada golongan bangsawan khususnya dalam lingkungan istana sahaja.
• Kebudayaan India yang dibawa masuk ke alam Melayu memperkenalkan kesusasteraan
Hindu di Nusantara.
• Kesusasteraan Hindu dikenali melalui teater tradisional wayang kulit dan cerita lipurlara).
• Ceritanya berkaitan dengan dewa-dewi serta tuhan-tuhan Hindu yang memiliki unsur
kesaktian, mitos, fantasi dan falsafah keindahan.
• Tujuan: Mengisahkan kepercayaan, pengajaran serta konsep pemikiran ajaran Hindu.
• Contoh: Hikayat Seri Rama, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Jaya
Langkara, Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Anggun Cik Tunggal.
SASTERA ISLAM
• Hasil sastera mengukuhkan ajaran Islam
• Bermula pada kurun ke-15 (kedatangan agama Islam).
• Tersebarnya pengetahuan baru.
• Hikayat yang wujud dalam qissah yang menceritakan tentang para nabi Allah (rangkaian
cerita para nabi dan tokoh yang disebut dalam Al-Quran).
• Qissah para nabi dalam kesusasteraan Melayu lama diterjemah atau disadur dari Qissas Al-
Anbiya yang tertulis dalam kesusasteraan Arab klasik.
• Cerita-cerita yang dihasilkan mengadungi fakta, dalil dan nas daripada Al-Quran dan juga
sumber lisan.
• Kedatangan suatu sistem tulisan yang lebih sistematik iaitu tulisan jawi.
• Kesemua cerita tentang para nabi disadur dari bahasa Arab dan Parsi dalam kesusasteraan
Melayu.
• Contoh: Hikayat Para Nabi, Hikayat Nabi Sulaiman Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Tamim Al-
Dari dan Hikayat Nur Muhammad.
SASTERA MELAYU MODEN &SASTERA MELAYU
KONTEMPORARI

Sastera Moden Sastera Kontemporari

• Disebar melalui medium tulisan • Semua penghasilan sastera selepas


• Kehadiran mesin cetak perang dunia kedua.
• Bersifat individu dan perseorangan • Pada tahun 1940 an
• Mempunyai sistem hak cipta • Inovasi teknologi seperti tv, dvd,
terpelihara telefon bimbit)
• Contoh: prosa (cerpen, novel dan • Era muzik baru (hiphop) dan
drama) dan puisi (sajak) penerimaan budaya baru.
• Cerita berdasarkan realiti, plot yang
boleh dipercayai.
• Cerita berkisar tentang iklim,
globalisasi, persamaan hak, keganasan
dan peperangan
Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden
di Malaysia
• Pelbagai andaian tentang tahap kemunculan dan perkembangan kesusasteraan moden di
Malaysia.
1. Ditandai dengan kemunculan karya Hamzah Fansuri.
2. Ditandai dengan kemunculan karya Abdullah Munsyi.
3. Ditandai dengan kemunculan novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh Al-Hadi.
4. Rumusan, perkembangan sastera tradisional kepada moden berlaku setelah adanya
sistem tulisan, pendedahan pendidikan formal dan kemunculan mesin cetak
sebagai medium untuk menyebarkan penulisan.
Hamzah Fansuri
• Tokoh yang membawa idea baru.
• Tema kerohanian & sufisme.
• Contoh karya: Syair Perahu
• Puisi mencabar pemahaman konvensional dan sedia ada.
• Namun tidak berkembang kerana mendapat tentangan di
Acheh ketika itu.
Abdullah Munsyi
• Muncul dalam karya-karya bercorak individualistik.
• Naratif yang bertolak daripada dirinya (autobiografi)-catatan perjalanan.
• Karya sebegini tiada dalam karya klasik yang bersifat kolektif.
• Berlaku pembaharuan yang ketara.
• Kritikan terbuka kepada masyarakat dan budaya Melayu.
• Bertentangan dengan teks klasik yang lebih menjaga tuturkata dengan
menggunakan perlambangan dan kiasan untuk tujuan sindiran.
Faktor-faktor yang Meransang Perubahan
Sastera Tradisional kepada Moden di Malaysia
1. Kewujudan sistem tulisan.
2. Pendidikan formal semakin meluas.
3. Kewujudan Mesin Cetak.
4. Wadah menuntut keadilan dan kebebasan.
5. Seni untuk masyarakat.
6. Aliran Angkatan Sasterawan 50-an (ASAS 50) Cerpen dan Novel.
Faktor Pendidikan
• Pemergian anak-anak tempatan ke Timur tengah untuk belajar.
• Berlaku reformasi Islam dan mempengaruhi pemikiran anak-anak Melayu yang belajar di
sana.
• Umat Islam di Alam Tanah Melayu juga patut berubah.
• Kaum Muda mula membuat gagasan, idea, saranan, gesaan supaya orang Melayu
melihat Islam lebih terbuka dan tidak sempit.
Mesin Cetak
• Perkembangan percetakan menjadi medium penting.
• Muncul akhbar pertama pada 1876 iaitu Jawi Peranakan.
• 30 tahun selepas itu lebih 16 akhbar terbit diikuti oleh majalah-majalah seperti:-
1. Al Imam (1906)
Medan Penulisan Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Mohd Salim
Al-Kalili untuk mengecam ajaran Islam secara kolot yang menghalang umat Islam daripada
maju, terkonkong dan sempit.
2. Al-Ikhwan (1928)
Membawa fahaman baru tentang Islam. Pandangan dan idea ini tidak lagi dibawa dalam
bentuk rencana tetapi muncul dalam bentuk cerpen dan novel.
Ismail Husein (1970) alat cetak sebagai faktor penting peralihan secara evolusi sastera
klasik kepada moden.
• Ismail Husein (1970) mengatakan bahawa sastera moden itu adalah:-
1. Antifeudal
2. Sastera cetak
3. Sastera komersil
4. Dinamis dan terbuka
5. Individualitik
6. Kerasionalan
Dengan adanya percetakan, hikayat bertukar kepada genre novel dan cerita-
cerita hiburan beralih kepada medium cerpen dan novel yang banyak tersiar
dalam akhbar dan majalah.

Ian Watt (1972) membezakan sastera klasik dan moden sebagai:-


7. Cerita-cerita realisitik.
8. Latar manusia sebenar.
9. Kritikan sosial secara lantang dan terbuka.
Rujukan
Abdul Rahman Embong. (2015). Sastera, Politik dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Arba’iyah Mohd Nor. (2006). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ali Ahmad. (1994). Pengantar Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ali Ahmad dan Siti Hajar Che Man. (1996). Bunga Rampai Sastera Melayu Warisan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bary, J. (1979). Issues in Contemporary Critical Theories. London: MacMillan Education.
Coser, Lewis. (1963). Sociology Through Literature. New Jersey: Prentice Hall.
Danziger, M.K. 1983. Pengenalan Kritikan Sastera (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fadzilah Amzah. (2016). Sfera Keindahan dalam Cerita Lipurlara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hamzah Hamdani. (1988). Konsep dan Pendekatan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (1989). Novel Hikayat: Struktur Penceritaan Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Jelani Harun (peny.) . (2004). Ilmu Kesusasteraan Abad ke-21. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia
Mahayudin Haji Yahaya. (2000). Karya Klasik Melayu-Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Affandi Hassan (et.) (al). (1994). Kesusasteraan Melayu Mitos dan Realiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Haji Salleh (2006). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriah Taslim. (1993). Teori dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriah Taslim. (2006). Dunia Sahibul Hikayat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriah Taslim. (2010). Lisan dan Tulisan: Teks dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rogayah A. Hamid & Wardati Md. Sherif (peny.). (2007). Tradisi Lisan Manifestasi Cendiakawan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Sweeney, Amin. (1980). Authors and Audience in Traditional Malay Literature. Berkeley: University of California.
Ross, Stephen D. (1969). Literature and Philosophy. New York. Meredith Corp.
Mendaki denai bersama teman,
Berganding bahu seiring sejalan,
Ilmu yang baik jadikan pedoman,
Amalkan terus ditinggal jangan.
Tutorial 1:

1. M.K Danziger (1983) “kesusasteraan adalah segalanya” . Jelaskan konsep kesusasteraan


berdasarkan kenyataan ini.
2. Bincangkan fungsi karya sastera berdasarkan pandangan Muhammad Haji Salleh dalam
Puitika Sastera Melayu.
3. Bandingbezakan sejarah perkembangan kesusasteraan barat dan sejarah kesusasteraan
tempatan.
4. Terangkan faktor-faktor yang mendorong perubahan sastera tradisional kepada sastera
moden di Malaysia.

You might also like