You are on page 1of 25

Tajuk 2 : Genre & Ciri khusus

KA ~ Hikayat, cerita
berbingkai,, mitos
& Puisi lama
Dr. Fadzilah Amzah
fadzilahamzah@usm.my

Pengenalan

Karya Agung Melayu merupakan karya klasik warisan


tamadun Melayu yang telah meninggalkan pelbagai kesan ~
kesan budaya, pemikiran, sejarah, pandangan dan falsafah
hidup masyarakat Melayu sejak zaman berzaman .
Karya2 agung ini dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh
sarjana dalam bidang bahasa, kesusasteraan, antropologi &
sosiologi dan psikolinguistik.
Khazanah kesusasteraan Melayu tradisional meninggalkan
pelbagai genre sastera seperti hikayat, cerita berbingkai,
kisah-kisah mitos dan lagenda dan himpunan puisi lama

Ciri-ciri Karya Agung Melayu

Sastera Istana berkisar tentang anak2 raja & berlatarkan istana


Ditulis dalam bahasa Melayu yang baik
Menjadi warisan bangsa zaman berzaman
Meninggalkan kesan ilmu dan falsafah bangsanya
Menjadi cerminan kepada sistem sosial dan budaya masyarakat Melayu
Menjadi asas untuk mengenali kehebatan tamadun Melayu Melaka
Mendukung nilai falsafah yang tertentu untuk zaman tersebut
Hasil kepengarangan iti dikaji, diteliti untuk mengetahui sejarah,
budaya dan sistem politik masyarakat zaman tersebut.
Dapat menggambarkan idealisme, falsafah dan pandangan hidup
masyarakatnya.
Cth karya agung Melayu Hikayat Hang Tuah & Sejarah Melayu

KA ~ Hikayat Hang Tuah & Sejarah Melayu


Memberikan maklumat lengkap tentang kerajaan Melayu &

Empayar Kesultanan Melayu Melaka (KMM)


Perician yang baik tentang salasilah raja2 Melayu terutama
KMM
Mendukung falsafah yang disanjung pada zaman tersebut
Cth; kesetiaan kepada raja, konsep daulat & derhaka dsb
Menjadi sumber rujukan sarjana dalam pelbagai bidang.
Mengandung nilai2 ilmu dan falsafah yang tinggi
Penggunaan bahasa Melayu yang baik
HHT ~ sebuah epik kepahlawanan yang unggul

Kesusasteraan Melayu Tradisional


Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat
dikelompokkan kepada dua kelompok utama
iaitu:
1. Prosa Melayu Tradisional
2. Puisi Melayu Tradisional

Prosa Melayu
Naratif Lisan

1.Cerita Mitos
2.Cerita Lagenda
3.Cerita Rakyat
{ cerita binatang,
penglipur lara, cerita
jenaka}

Naratif tulisan

1.Sastera sejarah
2.Sastera hikayat
3.Sastera panji
4.Sastera
kepahlawanan /Epik
5.Sastera agama

Puisi Melayu
Naratif

1.Syair
Cth; Syair Siti Zubaidah

Bukan Naratif
1.Pantun
2.Gurindam
3.Seloka
4.Nazam
5.Teromba
6.Talibun
7.Zikir

1. Sastera Hikayat
Dick Hartoko dan B. Rahmanto (1985 : 59)
mengatakan bahwa hikayat adalah jenis prosa, cerita
Melayu Lama yang mengisahkan kebesaran dan
kepahlawanan orang-orang ternama, para raja atau
para orang suci di sekitar istana dengan segala
kesaktian, keanehan ,dan mirip cerita sejarah atau
membentuk riwayat hidup. Contoh hikayat adalah
Hikayat Indera Bangsawan, Hikayat Iskandar
Zulkarnain, dan Hikayat Bayan Budiman.

Ciri2 Hikayat
1. Bersifat istana centric
watak dalam ceritanya berkisar mengenai tokoh raja golongan
raja, dan keluarganya.
latar cerita juga kebanyakkan berkisar istana
Isi cerita berkisar tentang anak-anak raja & golongan
bangsawan yang diberi pelukisan serba
2. Sebagian besar berupa sastera lisan (disampaikan dari mulut ke
mulut).
3. Anonym (tidak dikenal nama pengarangnya).
4. Komunal (hasil sastera yang ada dianggap milik bersama & dihayati
bersama).

5. Bersifat pralogik - iaitu memiliki logiknya yang tersendiri ,


tidak sama dengan logik umum / akal .
Diistilahkan sebagai fantasi
Isinya dongeng yang serba indah yang membawa pikiran
pembaca ke alam khayalan, fantasi & angan-angan.
Pelukisan peristiwa / episod yang hebat, dahsyat, ~
peperangan, perkahwinan, kelahiran (menonjolkan
kesaktian watak utama).
Tokoh watak utama di luar batas kewajaran karakter
manusia biasa (manusia supernatural).

6. Penggunaan perkataan
kata arkais. Misalnya ~ hatta, syahdan, sahibul hikayat,
menurut empunya cerita, konon, dan tersebutlah perkataan
Banyak penggunaan kosakata yang kini tidak lagi digunakan.
kaya dengan perulangan perkataan, ayat.
Penggunaan perkaatan ayat yang berentak & berirama
7. Pengaruh Islam banyak nama2 tokoh dipengaruhi nama
Arab.

2. Cerita Berbingkai
Menurut RO Winstedt (1969:114), cerita berbingkai
ialah cerita-cerita berputar kerana cerita utama
sebagai pusat cerita dan cerita-cerita sisipan pula
berputar mengelilingi cerita utama. Cerita-cerita
sisipan ini tidak berputar kepada cerita utama tetapi
lahir daripada satu-satu peristiwa tertentu. Biasanya,
cerita-cerita sisipan ini dikemukakan oleh seorang
tokoh dalam cerita utama atau dasar untuk
menghasilkan hujah atau kebenaran kepada katakatanya.

sambungan

1. Isi cerita isi cerita berasal dari India, sampai ke dalam kesusasteraan
Melayu melalui Arab Parsi. Unsur-unsur pengaruh Islam lebih ketara
berbanding unsur pengaruh Hindu.
2. Struktur isi terbahagi dua bahagian;
i. pokok cerita
ii. cerita-cerita sisipan
3. Watak dan perwatakan
i. watak manusia kalangan istana dan rakyat biasa
ii. watak binatang diberi sifat-sifat personifikasi
Watak utama sebagai tukang cerita sebagai watak penyelamat melalui
cara bercerita. Contoh dalam Hikayat Bayan Budiman Burung Bayan
berperanan sebagai pencerita bagi menyelamatkan isteri tuannya dari
melakukan kejahatan dan kecurangan ketika suaminya tidak ada di rumah.

sambungan

4. Kaya dengan nilai-nilai moral yang tinggi seperti ketabahan, kesetiaan, kejujuran dan keadilan
5. Mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan.
-. Contoh, sifat dan kelakuan yang baik ditunjukkan melalui watak-watak dalam cerita sisipan
sebagai contoh teladan.
-. Begitu juga dengan tindakan melengah-lengahkan masa berbuat sesuatu keburukan akhirnya
dapat menghasilkan kebaikan.6
6.

Cth : Antara contoh karya cerita berbingkai ialah ;


a. Hikayat Bayan Budiman
b. Hikayat Kalila Wa Daminah
c. Hikayat Bakhtiar
d. Hikayat Seribu Satu Malam

Ciri-ciri Cerita Sisipan :

1. Disampaikan oleh seseorang watak dari cerita pokok watak


bercerita berbagai-bagai cerita (iaitu cerita sisipan) dengan
tujuan tertentu, iaitu untuk membuktikan kebenaran atau
menyelamatkan keadaan.
2. Isi crita ringkas dan pendek cerita sisipan dapat mengawal
kesatuan cerita dengan cerita pokok agar sentiasa rapi.
3. Cerita sisipan mampu wujud sendiri sebagai cerita berasingan
mempunyai kesatuan plot tema dan watak tersendiri
4. Ada kepelbagaian cerita dapat memenuhi peranan sebagai alat
mengemukakan amanat dan pengajaran

Hikayat Kalilah dan Daminah


Merupakan sebuah karya sastera yang bercorak didaktik.
Dalam hikayat ini, terdapat sejumlah cerita dalam cerita. Hikayat ini menceritakan
tentang kedukaan Raja Amarasakti, raja yang bijaksana terhadap ketiga-tiga puteranya
yang tidak berminat untuk belajar. Seorang sami, Visnusarman berjanji akan mengajar
ketiga-tiga putera tersebut dalam masa enam bulan. Sami tersebut mencari jalan yang
berbeza untuk mengajar mereka. Beliau mengajar dengan bercerita tentang lima cerita
binatang dalam bentuk cerita berbingkai.Antara cerita yang terkandung dalam hikayat
ini ialah:
i. Hikayat singa dengan lembu
ii. Hikayat burung dara dengan tikus
iii. Hikayat burung hantu dengan gagak
iv. Hikayat kera dengan kura-kura
v. Hikayat orang saleh dengan cempelai
vi. Hikayat tikus dengan kucing

3. Cerita Mitos
Cerita mitos adalah cerita yang dipercayai benar-benar
berlaku di zaman dulu.
Bagi masyarakat tradisional, cerita mitos adalah suci dan
mulia serta berlawanan dengan sifat duniawi.
Cerita mitos adalah cerita tentang dewa-dewi dari kayangan
dan dipercayai ada kaitan dengan unsur keagamaan, bersifat
suci dan kudus.
Watak-watak dikaitkan dengan kuasa supernatural.

Ciri-ciri cerita mitos


1.Isi dan tema dihubungkan dengan asal-usul bermulanya sesuatu
kejadian, benda, binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul
keturunan raja, dan lain-lain. Setiap asal usul dikaitkan dengan pelbgai
peristiwa dengan keadaan yang luar biasa tetapi dipercayai benar-benar
berlaku.
2.Latar dalam cerita mencakupi alam ghaib, alam langit, kayangan dan
alam kehidupan jin serta hantu. Latar tempatnya berlaku di dunia luar,
kayangan dan dasar laut. Latar sejarah juga terdapat dalam cerita
mitos. Contoh, asal usul nama Melaka mengambil latar sejarah.
3.Watak terdiri daripada tuhan dan dewa dewi sebagai watak bukan
manusia. Terdapat juga watak manusia dan binatang.

Fungsi Mit0s
1. Mengangkat tinggi & memuliakan golongan raja ~ Golongan raja dianggap memiliki
kuasa yang luar biasa serta sama taraf dengan dewa dewi. Contohnya, asal usul raja,
pengislaman raja serta pembukaan negara kota dikaitkan dengan watak dan peristiwa
luar biasa
2. Kritikan sosial ~ Ia menyindir sikap golongan raja yang zalim dan buruk tingkah
lakunya. Contoh, mitos alegori singapura di langgar todak menyindir kezaliman Raja
Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang menilik pohon pinang sehingga terbelah
di depan permaisuri. Ekoran itu, Singapura mendapat bala diserang todak
3. Menunjukkan kekuatan dan kehebatan sesebuah negeri.Pembukaan sesebuah negeri
dikaitkan dengan peristiwa aneh yang berlaku di tempat tersebut. Contoh, pembukaan
Melaka , kerana Raja Iskandar menyaksikan peristiwa pelanduk putih menendang
anjing perburuan baginda. Pelanduk merupakan binatang kecil yang selalunya
takutkan anjing. Peristiwa ini menjadi lambang bahawa negeri yang kecil pada suatu
hari nanti akan muncul sebagai negeri besar dan dapat mengalahkan kuasa lain

4. Puisi Lama
Puisi adalah bentuk karangan yang
terikat oleh rima, ritma, ataupun jumlah
baris serta ditandai oleh bahasa yang
padat.

Ciri-ciri Puisi Lama


1. Merupakan puisi rakyat yang tak dikenal nama pengarangnya
2. Disampaikan lewat mulut ke mulut, jadi merupakan sastra lisan
3. Sangat terikat oleh aturan-aturan seperti;
i.Jumlah kata dalam 1 baris
ii.Jumlah baris dalam 1 bait
iii.Persajakan (rima)
iv.Banyak suku kata tiap baris
v.Irama

Contoh2 Puisi Lama


1. Mantra
Assalammualaikum putri satulung besar
Yang beralun berilir simayang
Mari kecil, kemari
Aku menyanggul rambutmu
Aku membawa sadap gading
Akan membasuh mukamu
2. Pantun
Kalau ada jarum patah
Jangan dimasukkan ke dalam peti
Kalau ada kataku yang salah
Jangan dimasukan ke dalam hati

Contoh2 Puisi Lama


3. Karmina
Dahulu parang, sekarang besi (a)
Dahulu sayang sekarang benci (a)
4. Seloka
Lurus jalan ke Payakumbuh,
Kayu jati bertimbal jalan
Di mana hati tak kan rusuh,
Ibu mati bapak berjalan
5. Gurindam
Kurang pikir kurang siasat (a)
Tentu dirimu akan tersesat (a)
Barang siapa tinggalkan sembahyang ( b )
Bagai rumah tiada bertiang ( b )
Jika suami tiada berhati lurus ( c )
Istri pun kelak menjadi kurus ( c )

Contoh2 Puisi Lama


6. Syair
Pada zaman dahulu kala (a)
Tersebutlah sebuah cerita (a)
Sebuah negeri yang aman sentosa (a)
Dipimpin sang raja nan bijaksana (a)
7. Talibun
Kalau anak pergi ke pekan
Yu beli belanak pun beli sampiran
Ikan panjang beli dahulu
Kalau anak pergi berjalan
Ibu cari sanak pun cari isi
Induk semang cari dahulu

You might also like