You are on page 1of 38

SASTERA HIKAYAT

DR. EIZAH MAT HUSSAIN


PENGENALAN

 Hikayat berasal daripada Bahasa Arab hikaya yang bermakna pelbagai sejarah tetapi makna ini berubah dari
semasa ke semasa sehingga akhirnya mendapat makan yang paling sesuai, iaitu ‘cerita; atau ;naratif’.
 Beberapa makna hikaya:
 Meniru aksi, tetapi biasanya dengan maksud buruk.
 Segala yang berikutnya, meniru sesuatu pergerakan, mimik, dengan tujuan gembira.
 Seorang penitu atau seorang mimik. Peniruan ucapan ataupun pelahiran semula sesuatu pengucapan.
 Berkembang maksudnya menjadi cerita rekaan, bukan mengenai kejadian masa silam dan kisah-kisaj di
tempat-tempat jauh tang melibatkan jin dan ilmu sihir tetapi kehidupan sebenar yang diketahui atau dialami
oleh pembaca sendiri.
 Di samping meniru, hikaya dikatakan dicpta setelah pengarangnya memerhati dengan teliti kehidupan di
sekitarnya. Kadang-kadang pengarang sengaja mereka cerita untuk menyokong gerak mimiknya (The
Encyclopedia of Islam, 1927)
 Aksi-aksi dalam hikaya bukanlah cerita tentang zaman silam tetapi lebih tentang kehidupan semasa.. Oleh
itu, secara ringkasnya istilah hikaya digunakan dalam sastera Melayu ini sebuah cerita yang dihasilkan
melalui pengalaman dan peniruan yang berlaku semasa pengarang hidup terhadap peristiwa yang berlaku
di sekitarnya.
 Hal ini diterima sebagai maksud hikayat dalam masyarakat Melayu yang merujuk cerita-cerita lama atau
klasik dalam bentuk prosa yang juga mengandungi cerita-dongeng atau cerita yang direkakan.
 Disini mudahlah difahami mengapa pengarang lama menggunakan perkataan Hikayat untuk judul pada apa
sahaja cerita.
 Hasil-hasil karya sastera daripada genre yang berbeza juga sering menggunakan istilah Hikayat. Namun,
yang membezakan genre cerita ialah ciri-ciri penceritaan dan isi cerita yang disampaikan, disamping
didahului dari segi kepentingannya oleh tujuan sesuatu kisah itu dicipta dan fingsi cerita tersebut.
PEMBAHAGIAN SASTERA HIKAYAT
Sastera Hikayat
berunsurkan
Sastera Hikayat Hindu Sastera Hikayat
berunsurkan berunsurkan Hindu-
Islam Islam

Sastera
Hikaya
t
Hikayat dengan
pelbagai unsur Hikayat
Berbingkai
Sastera Hikayat
dalam Bentuk
puisi
 Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis, menggunakan bahasa Melayu lama dengan
langgan bahasa dan struktur yang tertentu, membawa cerita ajaib yang berunsur hibuan, hasil
imaginasi dan fantasi pengarangnya.
 Ceritanya berkisar di istana dengan watak-watak utama yang terdiri daripada putera dan peteri raja
yang cantic, berani dan pahlawan.
 Peristiwa yang dikemukakan bersifat rekaan semata-mata tetapi membayangkan latar belakang
pengaruh yang menjadi sumber imaginasi tersebut. Hal inilah yang membezakan dengan sastera
sejarah kerana sebahagian besar peristiwa adalah peristiwa yang pernah berlaku dan bukan
berdasarkan imaginasi semata-mata.
 Bahasa yang digunakan dalam sastera Hikayat biasanya panjang-panjang dan meleret-leret tetapi
mempunyai unsur keindahan yang tersendiri. Pengulagan juga salah satu ciri penulisannya.
 Genre ini menggolongkan semua karya yang menggunakan kata hikayat sebagai judulnya. Akan tetapi,
sebahagian karya yang mnggunakan kata Hikayat telah diasingkan kedalam genre lain, iaitu sastera
rakyat, sastera epic, sastera panji, sastera sejarah, kisah nabi dan tokoh-tokoh Islam.
 Karya-karya tersebut mempunyai isi dan ciri-ciri tertentu yang membolehkan penggolongan ke dalam
genre-genre berkenaan.
 Oleh itu, yang tinggal dalam genre Hikayat ialah hikyat-Hikayat yang berbentuk cerita, kisah atau
naratif, bersifat hiburan dan didaktif dan lahir sebagai sastera bertulis, iaitu daripada tradisi tulisan.
MASA KELAHIRAN SASTERA HIKAYAT

 Za’ba menyatakan bahawa kebanyakan hasil sastera Hikayat dikarang pada akhir abad ke-19, iaitu
zaman ketika karya sastera diterbitkan menggunakan alat Percetakan.
 Sastera Hikayat ini telah muncul kira-kira antara abad ke-10 dan ke-15 atau ke16 yang ditulis dalam
tulisan jawi, bertulisan tangan dan dalam lingkungan edaran terhad.
 Selepas kemasukan alat cetak, Hikayat-Hikayat yang popular dan diminati oleh masyarakat itu
diperluaskan edarannya dengan dicetak dalm berbagai bentuk oleh pelbagai badan penerbitan
tempatan.
 Pada peringkat ini pun tulisan jawi digunakan . Penubuhan beberapa syarikat Percetakan dibeberapa
tempat diseluruh Nusantara seperti di Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Batavia dan lain-lain pada
abad ke-19 juga telah menyebarkan lagi perkembangan sastera Hikayat ini.
LATAR DALAM SASTERA HIKAYAT

 Bukanlah berlatarkan daerah dunia Melayu sendiri tetapi dari daerah Timur Tengah , Parsi dan India. Kebanykkan nama
tempat atau negeri mungkin merupakan nama tempat atau negei yang betul-betul wujud seperti Baghdad, Turkistan dan
sebagainya. Sementara yang lainnya nama-nama rekaan yang berbau Timur Tengah, Parsi dan India seperti Syarqastan,
Sanjatan, Malik al-Ghuyur dan sebagaina.
 Dalam beberapa Hikayat tertentu terdapat pula nama-nama negeri yang boleh dianggap sebagai bersifat Melayu tetapi
tidak wujud pada realitinya seperti Antah Berantah, Mambang di Awam, Payung Sekaki, Cempaka Sari, Negeri
Serendah Sekebun Bunga, Nyiur Condong dan sebagainya.
 Selain menggunakan alam nyata sebagai latar berlakunya peristiwa-peristiwa dalam cerita Hikayat, alam kayangan atau
keinderaan juga digunakan sebagai latarnya. Ini biasanya ditemui dalam cerita-cerita yang berunsur Hindu dan Hindu-
Islam.
 Raja-raja kayangan sebagai watak tambahan dalam sastera Hikayat mempunyai peranan penting dalam menentukan
nasib watk-watak manusia, terutamanya wira dan pasanganya.
HIKAYAT BERUNSURKAN HINDU DAN ISLAM

 Hikayat yang mengandungi kedua-dua unsur sama ada:

1- cerita-cerita yang asalnya berunsurkan Hindu itu telah ditambah dengan unsur Islam atau
2- Cerita-cerita ini memang lahir pada zaman kedua-dua unsur itu bertegang dan sama kuat.
 Hikayat –Hikayat yang mengandungi kedua-dua unsur ini dikenali juga sebagai Hikayat zaman peralihan. Contohnya:

I. i- Hikayat Jaya Langkara


II. Hikayat Gul Bakawali
III. Hikayat Si Miskin
IV. Hikayat Nakhida Muda
V. Hikayat Berma Syahdan
VI. Hikayat Inderaputera
 Liaw Yock Fang (1975), menyatakan sukar untuk menentukan Hikayat berunsurkan Hindu dan Islam
dengan memberikan beberapa alasan:
1. Sastera Melayu lama pada umumnya tiada bertarikh dan tidak memberi nama pengarang.
2. Sastera Melayu tertulis dalam huruf Arab atau tulisan jawi. Ini bermakna sastera Melayu hanya tertulis
selepas kedatangan Islam.
3. Hasil sastera Melayu yang dianggap tertua ialah Hikayat Seri Rama yang bertarikh 1633.
4. Tidak ada Hikayat Melayu yang terlepas daripada pengaruh Arab kerana kata Hikayat itu sendiri
adalah kata Arab.
 Ketiadaan tarikh dan pengarang bagi penciptaan sesebuah Hikayat tidak perlu dianggap sebagai suatu
dasar penentuan kerana yang peril diperhatikan ialah unsur-unsur yang terdapat didalamnya.
 Kenyataan bahawa beberapa Hikayat ini telah diubah namanya daripada nama asal yang berbau Hindu
kepada nama baru yang lebih berwarna Islam, membuktikan bahawa cerita-cerita ini wujud sebelum
kedatangan Islam.
 Disebabkan masyarakat Melayu masih sukakan cerita-cerita ini, mereka tidak bersedia menyikirkan tetapi
lebih rela memasukkan unsur-unsur Islam bagi mengurangkan atau mengimbangi unsur-unsur Hindu ini.
 Hal ini mudah dilaksanakan kerana bagi masyarakat Melayu Hikayat-Hikayat ini bukanlah merupakan
kitab-kitab agama tetapi dianggap hanya sebagai hasil-hasil kesusteraan.
 Membaca dan menikmatinya sama sekali tidak mencacatkan akidah keislaman mereka. Oleh itu, untuk
mengimbangi unsur-unsur Hindu itu dimasukkan unsur-unsur Islam. Kemungkinan dengan memasukkan
unsur-unusru Islam bukan sahaja lebih mudah dilaksanakan, malah memperindah lagi jalan cerita Hikayat
tersebut.
HIKAYAT GUL BAKAWALI
 Unsur-unsur Hindu:

1. Adanya kayangan
2. Orang-orang Brahman memainkan peranan penting dalam cerita
3. Adanya unsur penjelmaan atau inkarnasi. Tajul Muluk beberapa kali bertukar bentuk menjadi gagak, perempuan dan lelaki Habsyi
4. Penyucian diri melalui pembakaran: Puteri Bakawali terpaksa dibakar tiap-tiap malam Apabila sampai di kayangan untuk menari
di hadapan Maharaja Betara Indera. Maharaja di kayangan murka kerana puteri itu telah berkahwin dengan manusia. Sita Dewi
dalam Hikayat Seri Rama terpaksa membuktikan kesucinnaya dengan member diri juga.
5. Dewata Mulia Raya: dibeberapa tempat dalam Hikayat ini ungkapan ini digunakan tanpa diganti dengan Tuhan atau Allah
6. Unsur pelahiran semula: Apabila tamat tempoh sumpahan kerana melanggar perintah maharaja kayangan, Puteri Bakawali yang
disumpah dilahirkan semula sebagai diri asalnya.
7. Unsur sumpah: hukuman yang dijatuhkan terhadap seseorang yang bersalah adalah disumpah menjadi sesuatu untu satu jangka
waktu tertentu.
8. Hukuman dibuang dari kayangan: seseorang yang asalnya orang kayangan dijatuhi hukuman dibuang dari kayangan Apabila
didapati bersalah. Biasanya pesalah dihantar ke dunia.
 Unsur-unsur Islam:

1) Permulaan Hikayat dengan ungkapan Arab


2) Penggunaan perkataan-perkataan daripada bahasa Arab seperti Alhamdulillah, almarhum,alqisab, astaghfirullah,
astafbimu, ghafar al-rahim, subhanahu wa taala, subhanallah dan lain-lain.
3) Rujukan pada tokoh atau peristiwa-peristiwa sejarah perkembangan Islam seperti:
…laksana Nabi Allah Ya;kub tangiskan anakandanya Yusuf itu.
…jika masuklah kiranya Zaleha ke dalam taman ini nescaya terlupalah ia kelah akan Yusuf kekasihnya itu.
… di ribaan kekasihnya itu dan laksana mendapat Lailatu’i-qadariah rasanya.
4) Sebutan tentang sesuatu itu berlaku atas takdir Allah
5) Walau bagaimana berkuasa sekalipun dewa dewi serta maharaja kayangan, Allah jua yang lebih berkuasa. Hal ini tidak
dinyatkan dalam Hikayat-Hikayat berunsur Hindu sahaja.
HIKAYAT BERUNSUR ISLAM

 Hikayat-hikayat yang tiba ke daerah Nusantara bersama dan melepas kedatangn


Islam, membawa berbagai-bagai unsur yang berasal dari Timut Tengah seperti Arab,
Parsi dan lain-lain.
 Hikayat yang mula-mula tiba ke Nusantara ialah hikayat yang berkait rapat dengan
pendakwahan Islam. Cerita-cerita ini digunakan khas untuk membantu penyebaran
Islam dan menguatkan lagi keyakinan umat baru terhadap agama tersebut.
 Cerita-cerita asalnya sudah ada sastera Arab dan sastera Parsi seperti Syahnameh oleh
Firdausi (1020), Laila dan Majnu yang diadaptasi oleh pengarang Parsi, dan Alf
Laylah wa Laylah yang diterjemahkan sebagai Hikayat Seribu Satu Malam.
Latarnya- dunia Timur
Tengah

Hikayat
Berunsurka
n Islam

Tema- agama Islam dan peristiwa-peristiwa


Peristiwa- peristiwa penting,
tertentu sesame zaman Nabi Muhammad
tokoh-tokoh yang terkenal.
dan tokoh-tokoh Islam.
CONTOH HIKAYAT BERUNSURKAN ISLAM

Hikayat
Hikayat Hikayat Qamar Nakhoda Muda Hikayat Soleh
Dramata’siah Al-zaman Atau Hikayat Salehah
Siti Sara

Hikayat
Hikayat Nodar Hikayat Hassan
Nurhatiyah
Syah Damsyik
Puteri Masri
 Selain berlatarbelakang unsur keagamaan yang kuat, hikayat-hikayat berunsurkan Islam
ini juga membawa tema didaktik atau pengajaran, teladan dan tema hiburan.
 Unsur didaktif terserlah dalam pengajaran moral yang hendak disampaikan. Beberapa
hikayat khusus menyampaikan ajaran dan didikan kepada kaun wanita seperti ditemui
dalam Hikayat Darmata’siah, Hikayat Puteri Salamah, Hikayat Fatimah dan Hikayat
Nurbatiyah Puteri Masri atau Puteri Yang Budiman.
 Tujuannya adalah untuk menyamai ajaran suci Islam dan membentuk peribadi mulia
kepada kaum wanita dan manusia seluruhnya.
 Wanita-wanita yang menjadi tokoh utama dalam hikayat-hikayat ini semuanya
digambarkan mengalami ujian-ujian yang berat dalam kehidupan mereka.
1. Tegahan berkaul di kubur keramat
2. Tuntutan bersedekah
3. Keburukan sifat bakhil

Pengajaran Dalam 4. Galakan menolog orang lain


5. Anjuran berusaha
Hikayat
6. Kepentingan ilmu pengetahuan
Nurbatiyah Puteri 7. Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa
Masri 8. Berbaik dengan tetangga
9. Kelebihan sifat sabar
10. Kelebihan sifat malu
11. Larangan bertindak zalim.
 Tujuan pengajaran dengan maksud memberikan pedoman dan peringatan serta bimbingan dalam berbagai-
bagai aspek seperti moral, keagamaan, politik, rumah tangga dan sebagainya kepada pembaca.
 Secara ringkas hikayat-hikayat ini sebenarnya membawa pengajaran Islam melalui cerita yang menarik
supaya pembaca terdedah pada contoh-contoh perwatakan wanita yang baik dan sempurna.
 Hikayat berusurkan Islam tidak ada langsung unsur-unsur Hindu dalam karya.
 Tujuan cerita hikayat berunsur Islam diciptakan adalah jelas, iaitu untuk memberikan pengajaran menerusi
hiburan dan teladan tertentu. Daripada latar yang digambarkan dan nama-nama tokoh, dan boleh dianggap
bahawa cerita-cerita itu berasal dari Timur Tengah, dan Parsi.
 Dari segi perkembangan, cerita-cerita ini datang lebih terkemudian daripada cerita-cerita berunsurkan
kenabiaan dan sebagainya. pengajarannya yang hendak disampaikan adalah lebih bersifat tidak langsung
jika dibandingkan dengan cerita-cerita kenabian tersebut.
HIKAYAT BERBINGKAI

 Hikayat berbingkai ialah Hikayat yang mengandungi satu cerita utama dan pelbagai cerita sisipan. Cerita-
cerita ini dapatlah dianggap sebagai cerita biasa yang tersisip didalamnya cerita-cerita lain sama ada
dengan tujuan memanjangkan cerita atau untuk memasukkan sesuatu pengajaran.
 Winstedt menggapnya sebagai cerita-cerita berputar. Beliau memandang cerita dasar sebagai pusat cerita
dan cerita-cerita sisipan sebagai berputar disekeliling cerita dasar tersebut. Sebagai cerita-cerita sisipan
tidak berlegar atau berputar di sekeliling cerita dasar tetap lahir daripada satu-satu peristiwa tertentu, lebih
sebagai cabang.
 Cerita sisipan dikemukakan oleh sesuatu tokoh dalam cerita dasar untuk menghasilkan hujah atau
kebenaran kata-katanya. Biasanya tokoh-tokoh (sekurang-kurangnya dua orang) bercerita tentang sesuatu
dan mereka bergilir mengemukakan cerita sisipan untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.
 Hikayat-Hikayat berbingkai ini kebanyakkan berasal dari India tetapi mengandungi banyak unsur Islam.
 Hikayat Bayan Budiman
 Hikayat Khalilah Dan Daminah
 Hikayat Baktiar CONTOH CERITA
 Hikayat Ghulam HIKAYAT
 Hikayat Maharaja Ali BERBINGKAI
 Hikayat Seribu Satu Malam
 Hikayat Nakhoda Muda
 Cerita-cerita ini mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi bersabit dengan sifat-sifat ketabahan, kesetian,
kejujuran dan keadilan sebagai serpihan daripada kebulatan iman yang menjamin kesejahteraan sesebuah
institusi kekeluargaan dan politik.
 Cerita sisipan terdiri daripada cerita yang ringkas dan pendek dan pelbagai hingga dapat memenuhi
peranannya sebagai wadah yang mampu membawa apa sahaja amanat dan sebanyak mana pengajaran
yang dikehendaki pencerita.
 Cerita sisipan berbentuk pendek dan ringkas, yang bertujuan mengawal kesatuan cerita sisipan dengan
cerita pokok supaya senantiasa rapi dan teguh.
 Dalam cerita berbingkai peristiwa-peristiwa utama berlaku hanya pada waktak utama dalam cerita induk,
pelbagai episode itu tidak perlu diceritakan secara kronologis atau berurutan. Peristiwa-peristiwa itu
tidak berkaitan dan yang menghubungkan satu episode dengan yang lain ilah watak utama sahaja.
 Tema yang dikemukakan dalam cerita pokok dan cerita sisipan berulang berdasarkan dua pasangan sifat
yang bertentangan sepeti kejujuran dan kesetian, kecurangan dan kedurjanaan dan sebagainya.
 Liaw (1975) memberikan asal usul Hikayat berbingkai berasal dari India dan masuk ke dalam sastera
Melayu melalui bahasa Parsi. Ada 3 kategori Hikayat berbingkai:
I. Cerita yang dicipta khas untuk menyampaikan pengajaran agama seperti cerita Jetaka, cerita mengenai
agama Bubdha dan lain-lain.
II. Cerita mengandungi pengajaran dalam bidang politik dan pengetahuan duniawi seperti Pancatantra
dan pelbagai cerita yang berasal daripadanya.
III. Cerita yang dicipta semata-mata untuk hiburan. Cerita dalam kumpulan ini tidak mengutamakan ajaran
moral. Yang terkenal dalam kumpulan ini ialah Sukasaptati.
HIKAYAT DENGAN PELBAGAI UNSUR: HIKAYAT ISMA YATIM

 Selain berfungsi sebagai hiburan, sastera Hikayat juga membawa unsur berganda seperti hiburan dan
didaktif, hiburan dan kepahlawanan, hiburan dan keislaman, disamping mengemukakan satu-satu unsur
seperti didaktif, kepahlawan atau keislaman itu sendiri.
 Hikayat Isma Yatim ialah contoh sebuah Hikayat yang membawa kedua-dua unsur, iaitu hiburan dan
pengajaran didalamnya.
 Hikayat Isma Yatim berkisar pada watak utamanya yang diberi nama Islam Yatim dan bukan pada wira atau
wirawati yang terdiri daripada putera dan puteri raja.
 Unsur hiburan adalah daripada Isma Yatim dan ahli-ahli golongan istana, sementara unsur pengajaran
berupa unsur ketatanegaraan dan nasihat-nasihat serta panduan yang berkaitan dengan ketatanegaraan.
 Sebahagian cerita dalam Hikayat Isma Yatim ini terdapat juga dalam Bustan al-Salatin, Hikayat Luqman
al-Hakim dan Hikayat Jauhar Manikam.
 Isma Yatim, putera Mahkota Nira seorang yang bijaksana yang diperlihatkan dalam peristiwa semasa kecil dapat
mengatasi teman-teman sebayanya dan dengan kekuatan mata penanya beliau berjaya masuk dan bertapak di istana.
 Unsur hiburan dalam Hikayat dikemukakan menerusi kisah kehidupan Raja Mengindera dan Pemaisuri Indera serta
“permaianan Gharib” yang dihadiahkan oleh saudagar yang datang ke negeri itu.
 Kebijaksanaan Isma Yatim semasa kecil mengatasi rakan-rakan sebayanya seperti yang digambarkan wujud pada
Hang Tuah. Dalam kedua-dua Hikayat, bibit-bibit kebesaran dan sifat-sifat positif yang tertentu terdapat pada kedua-
dua watak utama itu.
 Unsur ketatanegaraan dalam Hikayat Isma Yatim disisipkan oleh pengarang ditengah-tengah peristiwa lain, tetapi
sesuai pada tempatnya. Orang-orang yang dinasihati oleh Isma Yatim termasuklah rajanya sendiri, permaisuri, puteri,
pegawai-pgawai istana, saudagar dan lain-lain.
CONTOH SYARAT DAN NASIHAT DARIPADA ISMA YATIM

Adapun yang syarat dagang ini enam perkara itu pertama


tatkala dagangan itu masuk ke negeri orang itu, akan bapa
dagang, syahbandar. Kedua perkara akan ibunya, segala
Menteri. Ketiga perkara akan sahabatnya segala hulubalang
Syarat Dagang
dan biduanda raja. Keempat perkara akan tuannya raja yang
empunya negeri itu. Kelima perkara dagang itu seterusnya
itu dipertingkahkannya harga. Syahbandar keenam perkara
lawannya dagang saudagar sekaliannya.
 Syarat menjadi raja, Isma Yatim membentangkan enam perkara:
1. Raja hendaklah berangkat ke penghadapan dengan diiringi segala budianda, bersama permaisuri.
2. Raja hendaklah menyukakan hati permaisuri.
3. Sentiasa mengambil tahu hal yang berlaku di negeri asing.
4. Sentiasa mengambil tahu hal orang-orang di dalam istana, tentang kepandaian dan kebaktian masing-masing.
5. Memeriksa etul-betul sesuatu pekerjaan supaya timbul kebenarannya.
6. Meratakan nikmat kepada segala isi istana.
 Syarat-syarat lain yang diperlihatkan oleh Isma Yatim ialah syarat lelaki dikasihi perempuan, syarat lelaki
dibenci perempuan, sifat lelaki yang bijaksana, syarat menajdi manteri, syarat perempuan bersuami dan
sebagainya.
 Begitulah Hikayat Isma Yatim menggambungkan kedua-dua unsur hiburan dan didaktif dengan baiknya
sehingga menjadikan Hikayat itu sebiah Hikayat yang sama menarik.
SASTERA HIKAYAT DALAM BENTUK PUISI

 Sastera Hikayat dalam Bentuk puisi ialah yang berupa cerita-cerita romantic dan alegori (sindiran) kerana
ciri-ciri naratifnya.
 Contoh syair romantis ialah Syair Ken Tambuhan, Syair Undakan Agung Udaya, Syair Panji Semiring,
Syair Angreni, Syair Jaran Temasa, Syait Siti Zubaidah, Syair Yatim Nestapa dan lain-lain.
 Beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam Syair Siti Zubaidah yang sangat menarik:
1. Latar belakang keislaman
2. Ketiadaan unsur khayal
3. Unsur kesetiaan
4. Keperwiraan
5. Pembelaan kedaulatan dan maruah
 Siti Zubaidah tinggal di Pulau Peringgi bersama
ayahandanya Pendeta Ulama yang turun daripada takhta
untum menumpukan perhatia kepada bidang keagamaan.
 Ajaran Islam mendasari pendirian Siti Zubaidah dengan
menerima sebegitu ramai madu sejak mula dia berkahwin LATAR
dengan Zainal Abidin.
BELAKANG
 Unsur keislaman lain ialah pengislaman puteri-puteri Cina
yang dilakukan tanpa paksaaan setelah negeri China KEISLAMAN
dikalahkan oleh raja-raja sahabat Yunan.
 Nama-nama watak seperti Zainal Abidin, Siti Zubaidah,
Puteri Rukiah dan lain-lain.
 Tidak terdapat sedikit pun unsur khayal atau dongeng
seperti penggunaan sesuatu magis dalam cerita ini. Yang
digambarkan ialah peristiwa-peristiwa yang bersifat reality
tetapi dengan cara berlebih-lebihan:
1) Siti Zubaidah melahirkan puteranya seorang diri di dalam
hutan tanpa bantuan
2) Bayi yang ditinggalkan di dalam hutan tidak mengahdapi
KETIADAAN apa-apa bahaya
UNSUR KHAYAL 3) Zainal Abidin gagal mengenali isterinya walaupun menjadi
kawan karib
4) Zainal Abidan dan kawna-kawannya tidak mati walaupun
dicampakkan ke dalam perigi berracun
5) Dalam peperangan antara Siti Zubaidah dengan Kilan
Syamsu, puteri Cina yang paling cekap berperang, biarpun
Kilan Syamsu begitu handal dan endapat bantuan
topekongnya, beliau tetap kalaj dengan Siti Zubaidah
 Siti Zubaidah digambarkan seorang isteri yang amat
taat dan setia kepada suaminya. Setelah suami, Zainal
Abidin menjadi tawanan puteri-puteri Cina, beliau
tidak berhenti berusaha sehingga berjaya
membebaskan suaminya itu.
UNSUR  Supaya rancanganya berjaya mencpai kejayaan, beliau
KESETIAAN membuat persiapan yang secukupnya:
1. Meninggalkan puteranya di dala hutan supaya dia
boleh bergerak bebas
2. Mempelajari ilmu keperwiraan
3. Menyamar sebagai lelaki
 Syair ini pada mulanya mengemukakan peperangan sebagai
konflik utama dan akhirnya peperangan juga yang dijadikan alat
penyelesaian.
 Zainal Abidin dan raja-raja negeri jiran masing-masing
mempunyai ilmu keperwiraan dan sememangnya dilatih sejak
kecil lagi.
 Berbanding dengan siti Zubaidah, puteri-puteri raja Cina lima
beradik pakar dalam ilmu peperangan sejak kecil lagi.

KEPERWIRAAN  Siti Zubaidah yang hidup sebagai seorang gadis pingitan sejak
kecil dibawah lindungan ayahandanya hanya belajar membaca
al-quran dan melakukan hal-hal yang berkaitan dengan
kewanitaan sahaja.
 Disebabkan cabaran yang dihadapi, Siti Zubaidah telah
menceburi dirirnya ke dalam peperangan yang dalunya menjadi
dunia lelaki shaja.
 Demi cintakan suaminya, Siti Zubaidah telah melawan dengan
puteri-puteri Cina, dan Siti Zubaidah dapat mengalahkan puteri-
puteri Cina lima beradik.
 Hal ini berkaitan dengan keperwiraan dan kesetian.
Dengan serangan China secara tiba-tiba untuk membalas
dendam cincu yang telah diperhinakan, Kembayat
Negara pun musnah.
 Tamparan yang lebih hebat ialah penangkapan rajanya,
iaitu Zainal Abidin yang dibawa ke negeri China.
PEMBELAAN  Apa yang dilakukan oleh Siti Zubaidah bukan sahaja
KEDAULATAN disebabkan kesetiaan dan sayang kepada suaminya
sahaja.
DAN MARUAH  Tetapi tindakan itu merupakan kalan tunggal untuk
memulangkan Kembali kedaulatan dan maruah
Kembayat Negara.
 Dari sudut lain, tindakan ini juga merupakan penyatuan
beberapa kerajaan Islam untuk menundukkan musuh
yang sama, yang bukan Islam, iaitu negeri China.
 Susunan peristiwa ini dapat diletakkan seperti berikut:

1) Latar belakang Kembayat negara dengan raja dan putera-


puternya Zainal Abidin. Latar belakang Siti Zubaidah.
Perkahwinan Zainal Abidin dengan Siti Zubaidah. Latar
PEMBINAAN Belakang peperangan denga China

STRUKTUR 2) Serangan China ke atas Kembayat Negara. Zainai Abidin


ditawan oleh puteri-puteri Cina.
SYAIR SITI 3) Persiapan Siti Zubaidah untuk menyelamatkan Zainal
ZUBAIDAH Abidin. Puteranya ditinggalkan di dalam hutan. Mempelajari
ilmu keperwiraan. Bertemu dengan puteri Rukih
4) Muhammad Tahir membela Ahmad Syah, persiapan
bersama negeri-negeri jiran untuk menyerang China. Zainal
Abidin didelamatkan.
STRUKTUR SASTERA HIKAYAT

 Secara kasarnya, sastera Hikayat dapat disusun strukturnya seperti demikian:

1. Pengenalan tema pokok. Di sini dikemukakan latar keluarga orang-orang yang terlibat dalam cerita- biasanya seorang
anak raja.
2. Masalah yang timbul yang mesti diatasi diperkenalkan seperti penyakit yang disembuhkan, mencari puteri yang
ditemui dalam mimpi, mencari sesuatu yang menjadi idaman permaisuri dalam lain-lain
3. Pengembaraan. Putera/puteri memulakan pengembaraan untuk menyelesaikan masalah. Berlaku pelbagai peristiwa
dalam pengeembaraan yang sama ada membantu wira atau menghalangnya memperoleh benda yang dicari. Wira
bertemu dengan watak-watak tertentu, berkahwin beberapa kali dan akhirnya menemui benda yang dicarinya.
4. Penemuan benda yang dicari tidak menyelesaikan masalah kerana wira masih menerima dugaan. Mungkin wira
disingkirkan oleh musuh-musuh dan lain-lain. Bahagian ini berperanan memanjangkan cerita dengan menimbulkan
masalah-masalah bahar. Masalah-masalah ini sering dihadirkan oleh musuh-musuh wira.
5. Masalah utama diselesaikan. Wira dapat hidup dengan bahagian bersama-sama isterinya.
 Cerita bermula dengan memberikan latar dimana kisah itu berlaku. Terdapat seorang raja yang
memerintah sesebuah negeri dengan aman Sentosa bersama pemaisurinya. Keamanan hidup mereka
kemudian menerima ancaman atau kecelakaan dengan berbai-bagai cara:
1. Raja belum mempunyai seorang putera. Mula berusaha supaya dia pemperoleh putera
2. Raja mempunyai beberapa putera dan puteri. Salah seorang daripada mereka (biasanya yang bongsu)
diramal akan membawa kecelakaan kepada ayahandanya.
3. Putera bermimpi melihat seorang puteri. Dia menjadi terganggu dan berusaha mencari puteri tersebut.
4. Raja tiba-tiba jatuh sakit dan mesti dicari sesuatu benda ajaib untuk mengubatinya.
5. Negara diserang musuh (negeri lain, geroda dan lain-lain).
6. Permaisuri hamil dan mengidam sesuatu yang sukar dicari.
 Disebabkan kecelakan atau halangan berlakulah perubhan dalam istana dan keluarga terpisah. Struktur ini dikenali
sebagai wira terpisah/bercerai/tersingkir dari keluarga. Wira kemudian meninggalkan istana sama ada dengan
kehendaknya sendiri ataupun dengan cara dibuang negeri lalu wira melakukan pengembaraan.
 Struktur berikutnya ialah pengembaraan wira yang panjang dan penuh pengalaman ajaib. Perjalanannya sukar dan penuh
penderitaan.
 Wira berjaya menyelesaikan masalahnya kerana mendapat bantuan orang-orang tertentu. Sebelum menerima bantuan,
wira diuji terlebih dahulu dan ujian uni boleh dianggap sebagai satu struktur dalam perkembangan cerita.
 Dengan pertolongan yang diterima daripa watak-watak pembantu atau penyumbang, seperti nenek kebayan, orang
suruhan yang setia, puteri-puteri yang kemudian dikahwininya, imam, bilal, jin atau binatang himat, wira berjaya
menyelesaikan masalahnya. Ini dipanggil struktur wira memperoleh pertolongan untuk mendapat barang yang dicari.
 Ini disusuli oleh wira pulang membawa barang yang dicari tetapi cerita tidak berakhir disini kerana barang yang dicari
dirampas musuh yang mungkin terdiri daripada abang-abangnya sendiri yang hendak bermuka-muka dengan ayah
mereka ataupun anak raja lain yang telah dikalahkan dalam sesuatu pertandingan.
 Cerita ini berkembang lagi sehingga wira palsu didedahkan dan wira sebenar diterima Kembali ke pangkuan keluarga.
KESIMPULAN

 Jelaslah bahawa tujuan pengarang mencipta sastera Hikayat bukanlah untuk tujuan hiburan semata-mata.
Walaupun terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan logika dan rasional menuerut penerimaan masyarakat
masa kini, tetapi hal ini tidak menjejaslakn nilai-nilai kreatif, fiktif dan imaginative sebagai karya sastera.
 Selain itu, hampir kesemua karya sastera Hikayat mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina
keperibadian ahli-ahli masyarakatnya.
 Setiap bahagian daripada struktur dan fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya tersebut selain
berfungsi dalam menghiburkan disamping berfungsi sebagai nasihat, pengajalan dan mesej tertentu yang ingin
disampaikan oleh pengarang yang diabadikan dalam karya sastera Hikayat.

You might also like