You are on page 1of 2

MUHAMMAD FAIZ BIN ZAINUDDIN

JIC170012
Kepercayaan mengenai kosmologi kaum Semai
Orang Semai merupakan kelompok dari kaum Senoi . mereka berasal dari suku Hoabinhnian dari
zaman Neolitik. Suku kaum Semai ini tinggal bertaburan di sekitar Banjaran Titiwangsa iaitu meliputi
Perak Tengah, Perak Selatan, dan Pahang Barat. Pada tahun 1993, populasi kaum ini adalah seramai
42000 orang dan merupakan populasi orang asli terbesar. Secara tradisinya, orang Semai menjalankan
pertanian pindah iaitu menetap di sesuatu kawasan tetapi berpindah-pindah tempat pertanian.
Hamper kesemua orang Semai memegang fahaman enemisme. Hal ini membuatkan mereka
beranggapan bahawa setiap objek di sekeliling mereka mempunyai semangat tertentu atau kuasa luar
biasa yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Justeru, mereka amat menitikberatkan soal hubungan
mereka dengan alam dan kehidupan yang dapat berharmoni antara alam dengan manusia adalah kunci
kebahagiaan dan kesejahteraan.
Orang Semai percaya bahawa manusia terbentuk daripada empat unsur iaitu jasad, semangat, roh,
dan malaikat. Kehidupan manusia dikawal oleh makhluk “superhuman” yang dipercayai wujud di
sekeliling mereka. Makhluk “superhuman” terbahagi kepada tiga iaitu Nyenaang (makhluk yang
menyerupai tuahn), Maklikat (berperanan sebagai orang suruhan Nyenaang), dan Nyaniik. Namun
Nyenaang dan Maklikat tidak begitu mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Sebaliknya Nyaniik
menjadi kuasa dominan dalam sistem kepercayaan orang Semai. Nyaniik baik bersifat baik aiatu sentiasa
bersimpati terhadap manusia, namun Nyaniik akan tetap mengancam kehidupan manusia sekiranya
manusia melakukan perbuatan biadab terhadap mereka. Kemaharan, teguran, sapaan, dan pertanyaan akan
diterjemahkan dalam bentuk bencana sama ada bencana alam atau bencana penyakit.
Hala merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengendalikan upacara yang berkaitan hal
agama dan perubatan seperti ngenggulang,, membuka lading baru, memohon kepada keramat, megubat
penyakit dan sebagainya.
Secara umumnya, hubungan antara orang Semai dan Nyaniik adalah berbentuk bertentangan tapi
dalam hal ini, Nyaniik merupakan makhluk yang paling berkuasa sama ada berkuasa dalam memberi
bantuan dan perlindungan ataupun sebaliknya iaitu dengan memusnahkan kehidupan manusia. Manakala
manusia merupakan makhluk yang lemah kerana manusia akan meminta bantuan kepada makhluk
“superhuman” dengan merendahkan diri dan meninggi-ninggikan makhluk “superhuman” dengan puji-
pujian.
Kepercayaan ini telah menyebabkan masyarakat dalam keadaan ketakutan dan kebimbangan. Hal
ini menyebabkan mereka bersikap infirior terhadap makhluk-makhluk tersebut. Orang Semai sentiasa
menjaga perlakuan dan tututr Bahasa mereka supaya tidak menimbulkan kemarahan makhluk
“superhuman”. Misalnya ketika berada di dalam hutan, mereka akan meninta maaf atau meminta izin
sebelum melakukan sesuatu perkara seperti membuang air besar atau kecil kerana mereka beranggapan
bahawa tempat-tempat yang belum diterokai mempunyai penunggu.
Tenghaak
Konsep tenghaak (berdosa) adalah suatu konsep yang meletakkan ahli-ahli masyarakat yang melakukan
sesuatu kesalahan dalam keadaan bersalah. Ia juga dikaitkan dengan pembalasan daripada makhluk-
makhluk “superhuman”. Pembalasan tersebut biasanya diterima oleh pelaku semasa mereka masih hidup.
Bentuk-bentuk pembalasan adalah seperti bencana penyakit gila, lumpuh, kemalangan, tidak ada rrezeki
dan sebagainya. Pemahaman konsep ini boleh menjauhkan masyarakat daripada melakukan kesalahan.
Konsep tenghaak ini bukan hanya kesalahan terhadap manusia sahaja, namun ia termasuklah kesalahan
kepadasemua makhluk yang ada di dunia. Misalnya, mereka hanya boleh membunuh haiwan yang
mengancam keselamatan masyarakat, jika mereka membunuh hanya untuk melakukan penganiayaan ia
juga dianggap tenghaak dan pelaku akan menerima balasan daripada makhluk “superhuman”.

Terlaij
Konsep terlaij merujuk kepada satu bentuk denda yang dilakukan oleh Engku(guruh/petir) kerana
melakukan kesalahan yang menimbulkan kemarahan makhluk tersebut. Antara kesalahannya adalah
mempersendakan atau menertawakan binatang kesalahan Engku seperti rama-rama, kupu-kupu, pepatung,
cacing, beruk yang dihiasi seperti manusia, dan menertawakan benda ganjil seperti orang cacat, binatang
sedang mengawan, gambar-gambar dan seumpamanya. Pesalah mestilah meminta maaf atau menghukum
diri seperti memotong rambut atau mengeluarkan darah. Sekiranya pesalah tidak menghukum diri maka
keselamatan masyarakat akan terancam kerana Engku akan menghukum kesemua masyarakat di kawasan
tersebut.

Srenglook
Konsep srenglook adalah erkaitan dengan menepati janji. Srenglook merupakan bencana yang diterima
akibat mungkir janji. Ianya dikaitkan dengan dua jenis penyakit iaitu puuq (burut) dan teeb (tumbung).
Puuq adalah penyakit kepada kemaluan orang lelaki dan teeb pula penyakit kepada kemaluan perempuan.

Pantang-larang
Orang semai tidak digalakkan untuk membuat bising pada waktu senja kerana waktu senja adalah waktu
pagi bagi Nyanyiik. Mereka juga dilarang untuk bermain air hujan panas kerana mereka menganggap air
hujan tersebut merupakan air mata Nyanyiik. Mereka dilarang untuk menyambung tali ampaian dengan
tiang rumah kerana ia akan menghalang laluan Nyanyiik. Mereka juga tidak dibenarkan untuk membaling
batu pada waktu malam kerana bimbang akan terkena Nyanyiik dan akan menimbulkan kemarahannya.
Ketika di dalam hutan, mereka akan membuat unggun api bagi mengelakkan Nyanyiik datang kerana
Nyanyiik tidak suka akan panas daripada bahang api.

Kesimpulannya, kaum Semai amat menjaga hubungan dengan makhluk “supernatural”, manusia,
dan alam sekitar. Setiap perbuatan akan dijaga kerana mereka percaya bahawa terdapat kuasa yang akan
memberi balasan kepada mereka tidak kira baik atau jahat. Justeru, ketenteraman diri, keluarga, dan
masyarakat akan dapat dijaga tanpa menimbulkan kemarahan makhluk “superhuman” tersebut.

You might also like