You are on page 1of 3

Soalan: Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam menangani masalah obesiti dalam kalangan anakanak.

( karangan respons terbuka PT3 ,lebih daripada 180 patah perkataan)


Sejak akhir-akhir ini ,isu obesiti hangat diperkatakan di media massa.Hal ini amat membimbangkan semua
pihak terutamanya ibu bapa .Persoalannya ,apakah peranan ibu bapa dalam menangani masalah obesiti dalam
kalangan anak anak?
Pada pendapat saya,salah satu peranannya ialah ibu bapa mestilah menyediakan
makanan seimbang mengikut piramid makanan.Ibu bapa mestilah mengutamakan menu sayur-sayuran dan buahbuahan seperti betik,jambu,dan pisang.Buah-buahan dan sayur-sayuran penting sebagai pelawas dalam sistem
pencernaan.Tegasnya,makanan seimbang penting untuk mengawal obesiti,
Selain itu, mengawal tabiat pemakanan anak-anak . Ibu bapa seharusnya melarang anak-anak daripada
mengambil makanan ringan seperti mi segera atau burger kerana makanan ringan menjadi penyebab utama masalah
obesiti.Makanan ringan juga mengandungi lemak,pewarna,perisa tiruan,dan daging berkualiti rendah yang
mempecepatkan proses obesiti.Tuntasnya,perut kita merupakan punca segala penyakit.
Di samping itu, mengamalkan gaya hidup sihat.Ibu bapa menetapkan masa makan yang sesuai, dan melarang
tabiat merokok.Gaya hidup sihat juga merangkumi masa tidur yang bersesuaian dengan anak-anak.Terlalu banyak
tidur pastinya menjadi penyebab obesiti.Tegasnya,gaya hidup sihat mestilah diamalkan dalam keluarga jika ingin
mengatasi masalah kegemukan.
Akhir sekali, ibu bapa mestilah bersenam bersama-sama anak-anak.Bersenam secara konsisten 30 minit
sehari mampu mengatasi masalah obesiti.Antara aktiviti bersenam yang sesuai ialah berbasikal,berjalan cepat,dan
senaman mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW, iaitu berenang,memanah serta menunggang
kuda.Tuntasnya,aktiviti bersenam bersama-sama anak-anak mewujudkan ikatan mesra kekeluargaan dan dapat pula
mengatasi masalah obesiti.
Kesimpulannya, ibu bapa mestilah menangani masalah obesiti dengan segera kerana obesiti menyebabkan
pelbagai penyakit kronik, seperti penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis,darah tinggi dan sakit jantung.Obesiti
bukan tanda seseorang anak itu comel tetapi merupakan satu penyakit. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik
daripada mengubati.

Peranan Ibu Bapa Dalam Usaha Memupuk Amalan Gaya Hidup Sihat
Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada
masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif
dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat
sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman
dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit
jantung, obesiti, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan
gaya hidup sihat. Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa
yang melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu
bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka?
Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak
mereka adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan
yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang
bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah
sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa
juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di
sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam
dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa
kelak. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana
minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang
berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli.
Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam
memupuk amalan gaya hidup sihat.

Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak.
Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anakanak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluhpeluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya,
anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti senaman
perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari dan tiga kali seminggu. Antara aktiviti yang boleh
dilakukan ialah senamrobik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai
golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu
petang selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mreka dapat
meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas.
Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan
gaya hidup sihat dapat dipupuk.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara
berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak
menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun.
Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di
peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata
pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali tubuh badan
anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak
mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa
mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapat ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi.
Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil
ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan
memupuk amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri pada
setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti
menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan
amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah
mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan
bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihinggapi lalat mahupun memilih
gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam
menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus
dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat apabila
mereka dewasa kelak.

Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu bapa juga perlu
mendidik ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih
perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu
bapa menggalakkan anak-anak mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung minggu untuk
membersihkan kawasan rumah bersama ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak
menyertai kegiatan gotong royong ditaman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau
memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan
pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat
pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air
mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, ibu bapa dapat melatih gaya hidup
yang positif dalam diri anak-anak mereka sekaligus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada
pelbagai penyakit.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih
terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna
kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka.
Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi
manusia dipenuhi dengan efektif. Ibu bapa digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra

bersama-sama anak-anak atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat
melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi
dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini Peranan ibu bapa
mengamalkan cara berkomunikasi berkesan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga serta
mengamalkan ibadat mengikut agama masing-masing akan memberi impak psikologi yang positif.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi
menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu
mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan.
Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat ,kekangan di tempat kerja
memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Para ibu bapa perlu bijak menghadapi
tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakantaulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa pada
perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan.
Jadi, semakin positif minda ibu bapa itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapai
oleh dirinya dan keluarga kelak. Penguasaan diri yang baik dan pesanan yang sering meransang anakanak ke arah positif menangani cabaran merupakan asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak
sehingga mereka dewasa.

Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa perlulah
membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun rakan-rakan.
Hari ini kita siha, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang
sedang sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya
membuang masa dan merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita menziarahi
ornag yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita dapat melahirkan perasaan gembira kepada
pesakit dan memberi kekuatan kepada diri pesakit itu untuk melawan kesakitan yang ditanggungnya.
Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib
orang lain dan pada masa yang sama anak-anak akan bersyukur atas kurniaan sebuah badan yang
sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil berat tentang diri
pesakit dan dapat mengurnagkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah menyatakan bahawa berat
mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi orang yang sakit oleh
ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup yang sihat.

Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-anak
mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu direhatkan dengan
kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan mereka. Bagi anak-anak yang
telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur
dengan selesa. Namun, ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah
malam walaupun keesokan merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa cergas
dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga diganggu dan lamakelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan semakin merosot. Salah satu langkah yang boleh diambil
oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah
dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu
memastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting
untuk dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu,
langkah-langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan
datang bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia
haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi,
sakit jantung dan sebagainya dapat dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika
hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang
berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih

You might also like