You are on page 1of 8

KERAJAAN AWAL

(Langkasuka)

Langkasuka
Langkasuka juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu,
Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan
Ilangasoka (inkripsi Tangore).

Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang


mengadakan hubungan diplomatik dengan negerinegeri Asia Tenggara pada abad ke-2 Masihi, Langya-shiu atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387412) sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan
tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa
negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur
Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (
Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal Kerajaan
Pattani.

Langkasuka
Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu
Melayu silam yang terletak di Semenanjung
Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama
dengan
Kerajaan
Kedah Tua
berkemungkinan merupakan kerajaan yang
paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu
sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun
ke-2 Masihi. Legenda orang Melayu
mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan
di Kedah, dan kemudian berpindah ke
Pattani.

Langkasuka

Nama Langkasuka juga ada disebut dalam


tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, sementara
tulisan-tulisan dari China pernah menyebut
sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Langchia-shu.

Langkasuka
Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta
menjalinkan hubungan dengan China.
Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan dutaduta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568
Masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka
merupakan
negeri
naungan
kepada
Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia
digantikan dengan Kerajaan Pattani.

Langkasuka
Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai
satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka
dan Tambralinga. Maklumat mengenai
ekspedisi ini boleh didapati melalui buku
"The Naga King's Daughter", terbitan Antara
Books.
Menurut
rekod,
Langkasuka
pernah
menghantar ufti ke China pada tahun 502507M, 511, 515, 518, 520, 531 dan 568
masehi melalui beberapa dinasti.

You might also like