You are on page 1of 16

BAHAGIAN A

SOALAN 2

Ahli-ahli sejarah amat menitikberatkan implementasi sumber yang asli dalam


penghasilan sesebuah penulisan sejarah. Sumber yang sahih dan tepat bagi hasil kajian
sejarah dapat menunjukkan keaslian sesuatu peristiwa atau kejadian yang telah berlaku pada
masa dahulu kala. Sumber juga bermaksud bahan-bahan peninggalan sejarah seperti
dokumen, artifak, jurnal, buku catatan peribadi dan sebagainya yang disimpan di arkib,
perpustakaan, muzium dan sebagainya. Sumber dibahagikan kepada dua jenis, iaitu sumber
primer dan sumber sekunder. Sumber primer diklasifikasikan sebagai bahan-bahan asli atau
tulen seperti dokumen, surat, laporan, buku harian dan sebagainya yang belum di tafsir atau
diperlengkap lagi. Sumber sekunder pula ialah bahan-bahan penulisan mengenai sesuatu
kejadian atau biografi tentang tokoh-tokoh tertentu yang diterbitkan oleh seorang penulis atau
sesebuah organisasi berdasarkan kajian terhadap sumber primer. Kritikan sumber pula
bermaksud proses pentafsiran sesuatu ujian untuk mendapatkan ketulenan. Proses kritikan ini
amat penting bagi menentukan keaslian sesuatu sumber atau dokumen sejarah. Aspek kritikan
luar dan kritikan dalam mendatangkan kepentingan yang banyak dalam kritikan sumber.
Kritikan ini berperanan penting dalam memastikan sesuatu sumber sejarah itu tulen.

Namun begitu, terdapat perbezaan antara kritikan luar dan kritikan dalam. Kritikan
luar berfungi untuk mengesahkan ketulenan sesuatu sumber serta fakta sesebuah kejadiaan
sejrah. Kritikan ini mampu membocorkan pemalsuan dokumen. Manakala, kritikan dalaman
atau penafsiran pula bermaksud penafsiran terhadap sesuatu sumber, iaitu semua sumber
perlu ditafsir. Kritikan ini dilakukan agar semua maklumat yang diambil daripada sumber
tersebut boleh dipertanggungjawabkan.

Antara kepentingan kritikan sumber luar adalah kritikan ini dapat membuktikan
ketulenan dan kesahihan sesuatu sumber sejarah. Hal ini demikian kerana, kritikan sumber ini
dapat mengelakkan penipuan sumber sejarah daripada berlaku. Kritikan ini bermula daripada
sikap curiga para saksi terhadap penjelasan yang telah mereka berikan dan menyebabkan
kesilapan atau kesalahan tentang sumber yang mereka terangkan. Terdapat pelbagai langkah
dalam melakukan kritikan luar seperti melakukan ujian kimia terhadap sumber. Ujian kimia
ini bertujuan untuk memastikan sumber sebenar sesuatu dokumen. Dokumen akan berubah
mengikut peredaran masa. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat mengetahui dengan lebih tepat
tentang tarikh sesuatu dokumen tersebut dihasilkan. Kondisi kertas, dakwat dan cap di dalam
dokumen tersebut perlu diperiksa ketulenan dan kesahihannya selari dengan tarikh yang
dimiliki oleh pemilik tersebut. Sebagai contoh, Frank Swettenham memiliki sebuah
manuskrip jurnal yang mempunyai catatan dari bulan April 1874 sehingga Februari 1876.
Dokumen tersebut telah diuji dan disahkan oleh ahli pakar kimia bahawa dakwat serta yang
terdapat pada dokumen tersebut berumur lebih kurang seratus tahun. Selain daripada itu,
ujian bahasa juga digunakan dalam kritikan luar ini untuk mengenal pasti tarikh dan masa
bermulanya sesuatu dokumen tersebut dijumpai. Setiap gaya bahasa yang ada akan
mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Perkara ini amat jelas dan dapat ditentukan
dengan mudah. Gaya bahasa ini dapat dikenal pasti melalui ayat, ejaan, sudut nahu, tanda
baca dan sebagainya. Seterusnya, dokumen tersebut mudah untuk diperiksa ketulenannya
melalui ujian tulisan tangan. Namun begitu, ujian ini hanya dapat dilakukan terhadap bahan
tulisan tangan sahaja dan tidak dapat dilakukan terhadap dokumen yang ditaip atau dicetak.
Tulisan tangan mempunyai ciri yang unik serta tersendiri dan tidak dapat ditiru dengan
mudah. Pakar-pakar dalam bidang ini telah diberi latihan dan mempunyai kemahiran untuk
menentukan adakah sumber tersebut adalah sahih atau pun tidak. Sebagai contoh, kes
pemalsuan Buku Harian Hitler. Di samping itu, ketulenan sesuatu dokumen juga dapat diuji
melalui bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan dokumen tersebut. Ujian ini
dilakukan untuk memastikan bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu dokumen itu
sememangnya telah wujud semasa dokumen itu dicetak. Kes pemalsuan Buku Harian Hitler
dapat dikenal pasti pemalsuannya dengan menggunakan kaedah ini, di mana benang-benang
yang digunakan dalam penjilidan buku tersebut telah mula digunakan selepas tahun 1945
iaitu selepas kematian Hitler. Pengesahan ketulenan sumber sejarah ini akan diuruskan oleh
pihak arkid dan perpustakaan mempunyai pegawai yang berkemahiran. Ahli sejarah
bertanggungjawab dalam mentafsir dan mengkaji kebenaran sesuatu sumber itu berdasarkan
beberapa ujian yang telah dijalankan. Oleh itu, kritikan luaran ini seperti yang kita nyatakan
iaitu ujian kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan ujian bahan-bahan yang digunakan
perlu dilaksanakan bagi memastikan ketulenan sesuatu dokumen.

Selain daripada itu, kepentingan kritikan luar yang kedua adalah dapat mengelakkan
pemalsuan fakta-fakta sejarah daripada berlaku. Pemalsuan sesuatu dokumen adalah
disebabkan keinginan seseorang itu mendapatkan keuntungan wang semata-mata. Pemalsuan
Buku Harian Hitler dilakukan semata mata untuk mencari kekayaan secara besar-besaran.
Dokumen-dokumen ini dijual dengan harga yang lumayan tanpa mengira akibatnya terhadap
sesuatu sumber sejarah itu. Pemalsuan ini juga berlaku untuk pengesahan sesuatu tuntutan
dalam bidang politik. Sebagai contoh, kes pemalsuan yang terkemuka dikenali sebagai
“Donation of Constantine”. Terdapat sekumpulan orang menyokong tuntutan Paus yang
menuntut satu kawasan semwaktu zaman pemerintahan Maharaja Constantine. Surat ini telah
dikeluarkan pada abad ke-8. Akan tetapi, pada tahun 1400, Lorenzo Valla telah mengesan
bahawa surat tersebut adalah palsu. Pengkaji perlu menerima hakikat bahawa setiap
pemalsuan terhadap sumber-sumber sejarah tidak dapat dielakkan. justeru itu, jelaslah
bahawa kritikan luaran amat penting untuk dilaksanakan untuk memeriksa kesahihan sesuatu
sumber itu dan dapat menghasilkan dokumen yang tulen.

Seterusnya, kepentingan bagi kritikan dalaman pula ialah kritikan ini dapat
menentukan kerasionalan berkaitan sesuatu fakta sejarah. Walaupun sumber berikut telah
disahkan asli dari segi aspek kritikan luaran, namun begitu, sekiranya isi kandungannya
mencurigakan maka sumber tersebut tidak boleh dijadikan sebagai sumber sejarah. Melalui
kritikan dalaman ini, terdapat banyak aspek yang akan dikaji seperti kebenaran aspek
kandungan tersebut, logik dan kerasionalannya. Para ahli sejarah akan membuat penafsiran
sumber yang berlandaskan unsur-unsur kerasionalan. Setiap tindakan boleh diperiksa secara
rasional berdasarkan tindakan dan keterangan oleh saksi atau pelaku agar sesuatu sumber itu
bebas daripada unsur lain seperti mitos, dan lagenda. Sebagai contoh, tokoh Barat
Thucydides yang menulis karyanya berjudul Perang Poloponessia telah menolak kisah-kisah
yang berunsurkan mitos. Hal ini demikian kerana terdapat satu cerita yang tersebar luas
dalam kalangan rakyat Athens semasa Perang Peloponnesia bahawa kepercayaan terhadap
kejangkitan wabak pes yang menimpa negeri itu adalah berpunca daripada Tuhan. Namun
demikian, Thucydides telah menulis karyanya yang menolak cerita itu kerana beliau
mengakui kejahilannya tentang punca sebenar penyakit berikut. Oleh sebab itu, ahli sejarah
dapat menentukan kerasionalan dalam sesuatu fakta sejarah dan menolak sebarang sumber
yang mengandungi mitos kerana timbulnya keraguan dalam sumber tersebut.

Kepentingan kritikan dalaman yang kedua pula ialah kritikan ini dapat membentuk
satu kredibiliti sesuatu sumber sejarah. Hal ini demikian kerana kritikan dalaman dapat
mengesan kebenaran dari sumber-sumber yang melibatkan penyiasatan mengenai tujuan
bukti itu dibuat. Walau bagaimanapun, muncul beberapa pihak tertentu yang akan
mempersiapkan hujah dan bukti bagi mempengaruhi tulisan ahli sejarah. Menurut Profesor
Elton, pihak-pihak tersebut merupakan mereka yang mengarang babad, buku harian, buku
kenang-kenangan dan surat untuk penerbitan. Sebagai contoh, Elton merujuk kepada
dorongan Tunku Abdul Rahman dalam mengarang buku kenangannya yang berjudul Pandang
Balik. Beliau berpendapat bahawa seorang penulis akademik menulis sebuah buku dalam
Bahasa Melayu tentang Kemerdekaan Malaysia tetapi buku tersebut tidak membabitkan nama
beliau dengan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan. Para ahli sejarah
juga mengambil kira keadaan di mana seorang saksi menyampaikan buktinya. Hal ini
demikian kerana penyediaan bukti kadang-kadang berlaku di dalam keadaan yang agak luar
biasa. Misalnya, terdapat beberapa perkara yang mana saksinya menceritakan sesuatu yang
dialaminya selepas satu jangka masa yang amat panjang. Sebagai contoh, buku kenang-
kenangan Datuk Dr. Mohammad Said yang dikarang pada tahun 1978 telah mengisahkan hal-
hal yang berlaku sebelum tahun 1925. Kesangsian tentang bukti ini berpunca daripada
keupayaan para saksi untuk menunjukkan secara jujur kejadian yang sudah lama berlalu.
Selain itu, penyediaan bukti juga merupakan bukti daripada saksi yang namanya dirahsiakan.
Sebagai contoh, ruang “Surat daripada Pembaca” dalam akhbar kerap diisikan dengan nama
samaran sahaja. Terdapat juga mahkamah yang membenarkan nama saksi dirahsiakan dari
pengetahuan orang ramai. Secara amnya, perkara ini bertujuan membela kepentingan peribadi
seseorang. Oleh itu, para ahli sejarah hendaklah menafsir isi dokumen-dokumen yang
disahkan tulen bagi membentuk sesuatu kredibiliti sesuatu sumber.

Kesimpulannya, kritikan sumber dan pentafsiran sumber ini amat penting bagi
memastikan keaslian sesuatu sumber tetapi ahli sejarah juga dapat mengumpul maklumat
tambahan yang terdapat pada sumber tersebut. Namun begitu, wujudnya batas yang tidak
dapat diltangani oleh sejarawan dan mereka perlu mengakuinya. Pengkajian terhadap
peristiwa lalu juga sukar untuk dipastikan kebenarannya. Fakta-fakta merupakan perkara
yang wujud secara nyata dan vital dalam sumber, dan tugas sejarawan pula adalah untuk
menentukan dan menerangkan fakta tersebut secara rasional dan logik. Ahli sejarah juga
perlu melakukan analisis terhadap sumber kerana sumber yang diperoleh tidak dijamin
kesahihannya. Ahli sejarah berhak untuk menolak sumber yang meragukan dan tidak sahih.
Kesimpulannya, sejarah perlu difahami mengapa sesuatu perkara yang berlaku dengan
memahami pemikiran si pelaku dengan melakukan kritikan sumber ini. Oleh itu, hasil atau
kesan penulisan sejarah amat bergantung pada kritikan dan pentafsiran sumber sejarah.
BAHAGIAN B

SOALAN 2

Menurut E. H. Carr, “kajian sejarah adalah kajian sebab-musabab.” Beliau


berpendapat bahawa tugas ahli sejarah bukan hanya menunjukkan fakta semata-mata. Sejarah
merupakan pengaturan peristiwa-peristiwa masa lalu dalam satu kronologi yang teratur sebab
serta akibatnya. Dengan sebab itu, ahli sejarah perlu membuat penjelasan atau memberi sebab
musabab bagi menerangkan punca tercetusnya peristiwa itu. Carr juga menolak pandangan
bahawa peristiwa sejarah itu berlaku kerana ia ‘tidak dapat dielakkan’ atau takdir kerana ahli
sejarah bukan penyair. Dalam penyebaban sejarah, terdapat dua aspek yang perlu diketahui
oleh pengkaji sejarah, iaitu peranan individu dan suasana yang matang. Terdapat sarjana yang
mengatakan bahawa suasana dengan sendirinya tidak berupaya untuk mencetuskan sesuatu
peristiwa atau menentukan haluan sejarah tersebut. Hal ini demikian kerana, sejarah tidak
berlaku dalam ruang kosong kerana wujudnya faktor lain seperti ekonomi, sosial dan politik
yang menggerakkannya. Jika peristiwa sejarah itu digerakkan oleh individu sahaja, individu
itu tidak akan bergerak dalam ruang kosong. Hal ini demikian kerana, daya intelek setiap
individu berbeza dan setiap individu memberikan tindak balas yang berlainan walaupun
menghadapi cabaran yang sama. Oleh itu, peranan individu juga memainkan peranan yang
penting dalam mencetuskan peristiwa sejarah.

Di India, suasana sudah pun wujud untuk menentang British. Tokoh seperti Sebastian
Babu yang mahu berperang tetapi Ghandi pula mahu menentang British dengan cara yang
tidak menggunakan kekerasan. Suasana telah pun sedia wujud, individu itu pula yang
memainkan peranan yang penting dalam mencetuskan sesuatu peristiwa. Hal ini demikian
kerana, setiap individu itu mempunyai tahap pemikiran yang berlainan dan corak mereka
bertindak juga berlainan walau pun suasana yang wujud itu adalah sama. Maka, individu
yang mempunyai kepintaran seperti Martin Luther boleh membawa kepada kemenangan. Jika
individu itu tak mempunyai kepintaran, kemampuan luar biasa maka individu itu pasti tidak
boleh membawa kepada kejayaan. Sebab itu, tokoh sebelum Martin Luther iaitu sejak kurun
ke-12 gagal mungkin kerana mereka tidak mempunyai kemampuan sama seperti Marin
Luther. Sidney Hook telah memberi pandangan bahawa wujudnya tokoh-tokoh berwibawa
yang menentukan haluan sejarah. Mereka ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
eventful man dan event-making man. Tanpa tokoh, mana-mana peristiwa tidak akan berlaku.
Eventuful man merupakan pemimpin yang berada di pentas sejarah semasa
berlakunya sesuatu peristiwa. Individu ini hadir pada tempat yang sesuai dan pada masa yang
tepat. Oleh sebab individu itu merupakan seorang pemimpin, maka beliau menggunakan
suasana yang ada untuk membuat keputusan yang penting dan membawa kejayaan kepada
gerakan tersebut. Sebagai contoh, Paderi Gapon dalam Revolusi Rusia 1905. Revolusi Rusia
pada tahun 1905 merupakan rusuhan politik dan sosial secara besar-besaran yang tersebar
meluas ke wilayah-wilayah Empayar Rusia. Revolusi Rusia ini tercetus disebabkan oleh
kekalahan Rusia dalam perang Rusia-Jepun pada tahun 1904 hingga 1905. Revolusi ini turut
didorong oleh peningkatan kesedaran rakyat kepada keperluan pembaharuan selepas ahli-ahli
politik seperti Sergei Witte gagal membawa pembaharuan-pembaharuan yang diharapkan
rakyat. Antara aspek yang menjadi punca kepada tercetusnya gerakan revolusi ini ialah
masalah petani, masalah kewarganegaraan, masalah buruh, dan sebagainya. Pada bulan
Januari 1905, Paderi Gapon mulamuncul apabila beliau mengetuai rakyat yang memberontak
itu berarak ke istana Maharaja Tsar bagi menuntut perlembagaan baharu agar kehidupan
rakyat yang menderita akan menjadi lebih terbela. Namun begitu, pengawal yang berkawal di
luar istana telah menembak rakyat dan tercetusnya peristiwa ‘Bloody Sunday’ sekaligus
menyemarakkan lagi rusuhan rakyat. Bukti ini menunjukkan bahawa Paderi Gapon
merupakan eventful man. Hal ini demikian kerana beliau berada di pentas sejarah itu secara
kebetulan dan hanya menjalankan tugasnya dalam mencetuskan peristiwa itu. Jika beliau
tidak ada di pentas itu, maka orang lain masih boleh menggantikan Paderi Gapon itu.
Eventful man hanya mengikut kehendak suasana dan suasana jugalah yang menentukan
tindakan yang akan mereka buat dan individu itu hanya mengikut sahaja aliran yang
diberikan oleh suasana itu seperti membuat keputusan penting mengikut suasana yang dapat
membawa kejayaan kepada sesuatu pergerakan. Suasana yang meminta mereka bertindak
seperti itu dan mereka membuat keputusan kerana suasana itu menentukan keputusan mereka.
Bagi pengkaji Syndey Hook, eventful man ini hanyalah orang biasa dan majoriti pemimpin di
negara ini semuanya eventful man. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan individu penting dalam
pencetusan peristiwa sejarah.

Event making man pula bermaksud pemimpin ini yang mewujudkan suasana itu dan tidak
menentang suasana itu. Individu yang menetapkan matlamat dan tujuannya terlebih dahulu.
Kemudian individu tersebut menguasai keadaan pada waktu itu untuk membawa masyarakat
ke arah memenuhi impiannya. Sebagai contoh, Lenin dalam Revolusi Bolshevik di Rusia,
Oktober 1917. Revolusi Bolshevik Oktober 1917 tercetus ekoran keengganan Kerajaan
Sementara memenuhi hasrat Revolusi Rusia Februari 1917 iaitu menamatkan penglibatan
Rusia dalam Perang Dunia Pertama. Situasi ini diambil kesempatan oleh Vladimir Lenin iaitu
dengan menghasut rakyat Russia untuk menggulingkan Kerajaan Sementara yang baharu
sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tsar dalam Revolusi Rusia Februari
1917 sebelum itu. Antara peranan yang dimainkan oleh Lenin dalam usahanya untuk
menggerakkan Revolusi Bolshevik yang tercetus pada Oktober 1917 adalah menulis risalah
bertajuk ‘Negeri dan Revolusi’, melaungkan slogan “Semua kuasa kepada Soviet!”,
menghasut rakan-rakannya yang pada awalnya menerima pentadbiran Kerajaan Sementara
supaya memberontak ekoran keengganan Kerajaan Sementara meneruskan hasrat revolusi
untuk menghentikan penglibatan Rusia dalam Perang Dunia Pertama, dan sebagainya. Lenin
juga telah melakukan pelbagai usaha seperti menggesa menghentikan segera penyertaan
Rusia dalam Perang Dunia Pertama, memberikan tanah kepada petani, dan membekalkan roti
kepada pekerja bandar. Haluan Lenin tidak diwujudkan oleh suasana kerana pada waktu itu,
suasana masih belum wujud lagi. Tokoh yang wujud di pentas sejarah itu yang menentukan
haluan serta memilih melakukan sesuatu untuk mendapatkan kejayaan. Tokoh seperti Lenin
ini bukan sahaja memahami suasana yang wujud, malahan berupaya mencipta suasana yang
dapat mengikut objektif perjuangan yang dirancangkan. Hanya minoriti tokoh-tokoh sejarah
sahaja yang merupakan event making man kerana kebanyakkan mereka merupakan eventful
man. Suasana yang wujud yang membuatkan mereka membuat perubahan. Tokoh yang
wujud pada waktu bertindak mengikut kehendak atau haluan yang ditentukan oleh suasana
itu. Tetapi berbeza dengan tokoh seperti Lenin berlainan dengan tokoh lain. Hal ini demikian
kerana, Lenin dipengaruhi oleh ideologi Komunisme atau Marxisme dan beliau cuba
menyebarkan idea-idea komunisme kepada masyarakat Russia. Beliau mengatakan bahawa
dunia ini hanya fahaman komunisme dan marxisme yang boleh membawa kepada
kesejahteraan dan boleh mengatasi masalah-masalah rakyat. Perbezaan antara orang kaya dan
miskin hanya dapat diatasi oleh idea ini. Lenin sendiri pernah mengatakan bahawa rusia
belum sedia bagi revolusi komunsime atau sosialisme kerana ekonomi russia adalah lebih
kepada pertanian. Suasana di Russia untuk menerima idea ini langsung tidak wujud. Beliau
mula memberi ceramah dan ucapan mengenai ideologi konusime untuk mengatasi masalah di
Russia. Usaha yang dilakukannya itu mendapat sambutan yang baik. Lenin yang
mewujudkan suasana untuk menerima idologi komunisme. Hal ini membuktikan bahawa
beliau merupakan tokoh yang berwibawa dan event making man. Lenin mengatur strategi
sejak april 1917 dan berjaya membina suasana yang sesuai. Beliau tidak menunduk kepada
tuntutan pengikutnya pada bulan Julai supaya melancarkan revolusi dan menunggu sehingga
bulan Oktober untuk melancarkannya. Ringkasnya, tidak seperti Revolusi Rusia 1905 dan
Februari 1917, ternyata peranan individu atau tokoh yang pintar iaitu Lenin telah
menyebabkan tercetusnya Revolusi Bolshevik pada Oktober 1917. Lenin yang membuat
keputusan dan menentukan tindakan dan bukannya pengikutnya. Perkara ini dapat
membuktikan beliau merupakan event making man dan peranan individu juga memainkan
peranan penting dalam mencetus peristiwa sejarah.

Kesimpulannya, suasana hanya sekadar syarat sahaja dalam pencetus peristiwa atau
penyebaban sejarah dan ia bukanlah penentu kepada kejayaan sesuatu gerakan. Kejayaan
sesuatu gerakan itu adalah kerana individu atau tokoh yang bijak mengambil peluang
daripada suasana yang wujud pada waktu itu. Dan individu atau tokoh ini dapat mewujudkan
suasana yang ada itu menjadi matang lalu menyemarakkan kejadian sejarah itu. Individu
yang pintar akan berjaya, manakala individu yang kurang pintar tidak akan berjaya. Hal ini
dapat membuktikan bahawa peranan individu atau tokoh itu juga memainkan peranan yang
penting dalam mencetus peristiwa-peristiwa sejarah.
BAHAGIAN C

SOALAN 6

Secara umumnya, negara China merupakan sebuah negara yang terkenal dengan
kepelbagaian nilai sejarah yang berharga. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa tokoh
yang terkenal terutamanya dalam bidang sejarah selari dengan kepelbagaian dinasti yang
pernah memerintah China selama ini. Dalam pada itu, terdapat seorang sejarawan teragung
di negara China adalah Ssu-ma Chien, iaitu anak kepada Ssu-ma Tan. Menurut Burton
Watson (1963), Ssu-ma Chien merupakan pengkaji sejarah yang mengasaskan pensejarahan
China tradisional. Beliau juga telah mengarang sebuah karya ulung tentang sejarah China
yang bertajuk Shih Chi atau lebih dikenali sebagai “The Grand Historian” yang sering
diperkatakan oleh sejarawan barat. Karya yang dihasilkan oleh Ssu Ma Chien amat bernilai
dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri jika dibandingkan dengan karya sejarawan terdahulu.
Ssu-Ma Chien menggunakan gaya penulisan yang belum digunakan oleh para sejarawan
terdahulu. Disebabkan itu, Ssu-Ma Chien dikatakan tulus dalam menghasilkan karyanya.
Beliau juga bebas mengemukakan ideologi dan kefahaman sendiri terhadap sesuatu peristiwa
dan keputusan tanpa dipengaruhi oleh golongan pemerintah yang ingin menjaga reputasi serta
menjaga kemegahan mereka. Oleh itu, jelas menunjukkan Ssu-Ma Chien adalah sejarawan
yang mempunyai keistimewaan sendiri kerana terdapat beberapa elemen baharu yang
diperkenalkan dalam menghasilkan karya yang bermutu.

Elemen yang pertama ialah, historiografi. Kaedah ini digunakan oleh Ssu-Ma Chien utk
menyampaikan buah fikirannya berbeza. Beliau menggunakan gaya penulisan berbentuk
eklektisme dalam menyampaikan karya. Krna beliau sellau mempraktikan gaya-gaya
profesional dlm pehasilan karyanya. Pemikiran falsafah sedia ada & penyusunan semula isi
kandungan penulisan telah dilakukan oleh beliau dalam bentuk yang sistematik dan selari
sehingga ia mampu mencapai maksud serta tujuan penulisannya. Ssu-Ma Chien juga telah
menyusun pengisian dan idea dalam bentuk riwayat seperti riwayat raja-raja, pemimpin
kerajaan pembesar dan orang-orang yang budiman. Beliau amat mementingkan kesampaian
buah fikiran dalam isi kandungannya supaya ia dapat beri kesan yang baik terhadap
penulisannya serta mendapat kepuasan apabila pembaca dapat memahami falsafah dan idea
yang ingin beliau sampaikan dalam karya beliau. Dlm karya shih chin, smc telah
membahagikan kpd 5 bahagian, iaitu dua belah bab berkaitan hikayat maharaja2 utk jelaskan
perihal politik dan ketenteraan setiap maharaja bdsrkn zaman pemerintahan. 10 bab piao –
jadual tetib tarikh (senaraikan kronologi peristiwa sej), 8 bab shuu berkaitan tritis? Utk kesna
perubahan eko dan kebudayaan, 30 bab bekaitan keluarga bangsawan )jasa pembesar2 &
pemimpin), 70 bab riwayat hidup tokoh – ceritakan rkyt biasa dan sejperkembangan kaum
manoriti.

Elemen baharu yang kedua ialah kritikan sumber. Ssu-Ma Chien amat menitikberatkan
ketulenan dan kesahihan sesuatu fakta sehingga beliau dipandang tinggi oleh semua pihak.
Beliau akan memastikan sumber rujukan itu diperoleh daripada sumber yang boleh
dipercayai dan terbukti kesahihannya. Hal ini demikian kerana, beliau ingin penulisannya
berdasarkan fakta yang sebenar. Beliau tidak ingin karyanya berlaku kesilapan dan kepalsuan
fakta terutamanya, dokumen-dokumen kemajuan masyarakat China yang telah membuktikan
keunggulan dan kekuasaan negara China. Ssu-Ma Chien akan memeriksa dan memperhalusi
fakta yang ditemui jika terdapat kesalahan dan akan ditapis secara teliti serta membuat
kritikan terhadap sumber yang dirujuk. Buktinya, beliau berani menghadap Maharaja Kou
Tsu dan menasihati baginda tentang kesalahan sumber berkaitan peristiwa Li pada bahagian
akhir biografi Li-I Chi. Beliau juga berpegang kepada tradisi “Ch’un ch’iu” yang bermaksud
pengadilan sumber. Hasil daripada elemen baru ini, karya beliau iaitu Shiji telah dijadikan
sebagai rujukan kajian bahasa cina klasik. Justeru itu, jelaslah bahawa kritikan sumber
merupakan elemen baru yang diperkenalkan oleh Ssu-Ma Chien dan elemen ini telah
mengubah pandangan rakyat china dan sekaligus mengukuhkan lagi pensejarahan China
tradisional.

Elemen baharu yang ketiga pula ialah kaedah heuristik. Beliau menggunakan kaedah
heuristik kerana kaedah ini dapat memperoleh maklumat melalui sumber lisan dan
mengumpulkan segala maklumat yang telah diperolehinya itu. Penelitian kepada sumber-
sumber itu pula akan dibuat sebelum beliau membuat penegasan dan kesimpulan akhir.
Antara usaha beliau dalam mendapatkan maklumat secara lisan adalah daripada tulisan
sejarawan pada masa lampau sebagai langkah awal yang amat penting kerana golongan ini
merupakan golongan terawal yang membuat kajian. Selain daripada itu, beliau juga
mengumpul bukti daripada bahan-bahan bersejarah dengan menyelidik khazanah budaya
lama pada zaman lampau. Sebagai contoh, dokumen dan manuskrip awal yang ditulis oleh
sejarawan sebelum Dinasti Han yang disimpan di biara dan perpustakaan. Beliau juga
berpeluang mengkaji karya Lu Chia Han Chun Iu dan Han Chi untuk membantu penulisan
serta buku-buku klasik, inskripsi dan kitab sebagai salah satu sumber penghasilan karya
beliau. Kaedah yang dilakukan oleh Sssu man-Chien ini telah memudahkan para penyelidik
atau sejarawan untuk penyelidikan seterusnya. Oleh itu, jelaslah bahawa elemen baharu yang
diperkenalkan oleh Ssu Man Chien, iaitu kaedah hueristik dapat mengukukan lagi
pensejarahan China tradisional.

Elemen yang keempat pula ialah elemen Interpretasi. Ssu-Ma Chien merupakan seorang
sejarawan yang telah mencapai kejayaan dalam penulisan karya-karyanya hasil daripada
pengadaptasian fikiran realisme dan memberikan interpretasi yang terbaik dalam bidang
penulisan. Burton Watson (1963), berpendapat bahawa penerapan elemen interpretasi yang
baik dalam penghasilan karya dapat mewujudkan satu suasana yang positif dalam sesebuah
karya.  Jika dilihat dari sudut lain, Ssu-Ma Chien amat menitikberatkan tentang aspek
penyusunan sesuatu penulisan dalam karya beliau. Buktinya, dalam karya Ssu Ma-Chien,
beliau menetapkan klasifikasi formal supaya pembaca dapat meransang minda mereka
dengan kritis dan kreatif mengenai perkara-perkara yang telah ditulis dalam karya beliau.
Pendekatan yang digunakan oleh Ssu-Ma Chien ini bersumberkan daripada Confucius. Hal
ini demikian kerana, pendekatan ini mampu membendung masalah untuk mentafsir sesuatu
sumber di samping berjaya mengetengahkan fakta secara objektif supaya isi kandungannya
dapat difahami dengan jelas. Sebagai contoh, penafsiran perubahan sejarah yang dilakukan
oleh Ssu-Ma Chien melalui penulisannya yang bertajuk Kao Tzu Kung Che Nien-Piau Hsu.
Secara amnya, beliau beranggapan bahawa sesuatu perkara yang berlaku berpunca daripada
diri sendiri dan bukannya takdir tuhan semata-matama. Menurut beliau juga, perubahan
ekonomi, politik dan budaya China didorong oleh raja, general atau menteri yg berwibawa.
Ssu-Ma Chien juga memberi pandangan bahawa segala tindakan yg baik dan buruk sesuatu
pihak dalam mengurukan sesuatu akan memberikan kesan yang besar kepada pensejarahan
China. Perkara ini jelas menunjukkan bahawaSsu-Ma Chien merupakan sorang sejarawan yg
telus dan ikhlas dalam menulis sesebuah peristiwa. Oleh itu, lemen baharu yang
diperkenalkan oleh beliau ini, iaitu elemen interpretasi ini dapat mengukuhkan lagi
pensejarahan China tradisional.

Elemen baharu yang terakhir ialah pengadilan moral. Pengadilan moral merupakan suatu
perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Pengadilan moral yang terdapat semasa
zaman Ssu-Ma Chien wujud melalui faktor emosi dan ideologi. Di samping itu, Ssu-Ma
Chien merupakan seorang pengkaji yang mengamalkan sikap kesamaan dan tidak pilih kasih
dalam membincangkan fakta dan gaya penulisan yang digunakan mudah difahami oleh
pembaca. Hal ini membuktikan bahawa Ssu-Ma Chien merupakan seorang penulis yang adil
dalam membuat sebarang kritikan dan mempunyai pemikiran yang rasional dan kritis. G.
Kitson Clark (1967), telah mengatakan unsur pengadilan moral di akhir setiap bab
penulisannya semasa zaman kemaharajaan China. Hal ini demikian kerana Ssu-Ma Chien
telah menyedari bahawa sejarah lampau negaranya itu sewajarnya direkod dan dicatatkan
demi kepentingan generasi akan datang. Tujuan Ssu-Ma Chien menghasilkan karya bagi
setiap peristiwa adalah untuk simpanan dalam pemerintahan. Misalnya, setiap hasil karya
sejarah yang ditulis akan diserahkan kepada pengganti raja supaya pengganti raja tersebut
dapat menjadikan karyanya itu sebagai panduan dan rujukan dalam pemerintahan.
Pensejarahan yang dilakukan pada zaman penulisan Ssu-Ma Chien dibuat dengan amat ketat
sehinggakan raja tidak dibenarkan melihat dan membaca isi kandungan penulisannya. Hal ini
adalah untuk mecegah reaksi raja yang murka apabila membaca kesalahan-kesalahan yang
pernah baginda lakukan telah ditulis oleh Ssu-Ma Chien bagi panduan untuk raja yang
seterusnya supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut. Penulisan Ssu-Ma Chien telah
menceritakan tentang zaman kegemilangan Wu-Ti mula menuju kepada fasa kemerosotan
kuasa Dinasti Han. Kemerosotan dan kejatuhan zaman Dinasti Han telah direkodkan oleh
Ssu-Ma Chien dalam penulisannya yang berjudul P’ing Chun Shu dan kejatuhan ini berpunca
daripada sektor kewangan negara China yang kian merudum. Buktinya, Han telah
membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk keluarga diraja dan menteri kerajaan serta
sistem pembinaan yang tidak sistematik. Sikap dan tamak dan borosnya itu menyebabkan Ssu
Ma Chien bertindak dengan mengecam perbuatan mereka. Menurut Dr. R. Suntharalingam
(2014), Ssu-Ma Chien juga turut mengutuk tindakan Han yang membina tempat ibadah Feng
dan Shan yang dianggap upacara tahyul dan tidak sepatutnya dilaksanakan. justeru itu,
jelaslah bahawa pengadilan moral dapat mengukuhkan pensejarahan China tradisional.

Kesimpulannya, elemen-elemen baharu yang diperkenalkan oleh Ssu-Ma Chien dapat


menjadi referensi dan pengajaran kepada pengkaji sejarah pada masa kini. Karya beliau juga
mengetengahkan isu keadilan yang membela hak manusia kerana beliau berani untuk
mengkritik cara pemerintahan dan pentadbiran yang zalim sehingga memberi kesan yang
besar dalam kehidupan sejagat di China. Penulisan sejarah beliau ini dapat memberi
gambaran jelas mengenai kehidupan dan sistem yang wujud pada masa dahulu supaya
perkara yang telah berlaku itu dapat dijadikan tauladan pada masa akan datang. Akhir sekali,
jelaslah di sini bahawa Ssu-Ma Chien merupakan sejarawan terulung bagi persejarahan China
tradisional dengan sumbangan beliau dalam memperkenalkan pelbagai elemen baharu ini
dapat mengukuhkan lagi pensejarahan China tradisional.

BAHAGIAN D

SOALAN 8

R.O. Winstedt pernah menyatakan bahawa Semenanjung Tanah Melayu kaya dalam bidang
penulisan sejarah. Kenyataan Winstedt ini adalah menunjukkan bahawa alam Melayu telah
wujud pensejarahan tradisional. Pensejarahan  tradisional atau dikenali juga sebagai
pensejarahan istana merupakan pensejarahan Melayu paling awal. Pensejarahan ini telah
wujud sebelum kedatangan imperialis Barat lagi. Pensejarahan Melayu antara abad ke-16
dengan abad ke-19 memaparkan ciri-ciri dari segi isi dan pemikiran. Satu daripadanya ialah
penciptaan karya bertulis yang berbentuk sejarah, tradisi sejarah, salasilah, hikayat dan
tawarikh yang merupakan jenis penulisan yang lebih umum. Ia juga merupakan sejarah istana
dan ditulis untuk memberikan imej yang baik terhadap pemerintahan seorang raja atau
pemerintah. Focus utama diberikan kepada golongan atasan, manakala, kisah tentang
kehidupan dan keadaan rakyat jelata jarang dipaparkan. Pada abad ke-19, mula wujudnya
penyusunan sejarah serta proses pengkajian secara serius. Sebelum kedatangan Islam,
Prasasti Batu Bersurat banyak dan monumen Hindu-Buddha telah ditemui oleh ahli
sejarawan. Yusof Ibrahim telah melakukan kajian dan mendapati bahawa terdapat lebih 160
buah karya penulisan yang telah dikategorikan sebgai bentuk pensejarahan Alam Melayu.
Antara karya-karya yang terkenal ialah Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Bustan Al-
Salatin, Salasilah Melayu dan Bugis dan Tuhfat al-Nafis. Istana-sentrik bermaksud kisah
mengenai entiti politik, kisah istana, pemerintahan raja, pembesar dan sebagainya. Pada
waktu itu, telah wujudnya kesedaran untuk menulis cerita mengenai orang bawahan seperti
rakyat jelata tetapi penulis yang menerima titah raja sebenarnya tidak boleh melakukan apa-
apa dan akur perintah raja untuk menulis apa yang raja suka. Oleh itu, istana-sentrik ini
merupakan peranan yang penting dalam penulisan pensejarahan melayu tradisional.

Pensejarahan tradisional ini ditulis kerana menjunjung titah pemerintah raja. Raja merupakan
satu entiti yang paling tinggi kerana jika ada raja bermaksud wujudnya sesebuah kerajaan.
Raja merupakan punca segala kewibawaan. Orang Melayu pada zaman lalu amat sensitif
mengenai topik derhaka kepada raja sehingga dalam sejarah negeri-negeri Melayu kedudukan
raja membuatkan rakyat tidak berani mencabar raja. Pensejarahan yang dihasilkan pada tahap
ini mempunyai tujuan-tujuan yang spesifik seperti menjunjung titah perintah raja, penulisan
dibuat untuk menggembirakan hati raja, menyanjung tinggi sesuatu golongan khasnya
golongan pemerintah atau raja yang sedang berkuasa atau bertakhta. Sebagai contoh Raja
Chulan, Misa Melayu telah menulis kebijaksanaan dan kehebatan Sultan Iskandar.
Kebanyakkan penulisan pensejarahan Melayu tradisional ini boleh dikatakan sebagai
penulisan sejarah berunsur sastera. Sastera sejarah merupakan penulisan masyarakat Melayu
yang bercorak seni. Ia mengisahkan salasiah keturunan raja-raja pada sebuah negara seperti
Kesultanan Melayu Melaka. Karya-karya sastera sejarah ini tidak dapat diklasifikasikan
sebagai penulisan sejarah sebenar kerana penulisan ini mempunyai elemen-elemen khayalan
atau dongeng dan puisi yang indah. Oleh sebab itu, penulisan ini lebih sesuai digelar sebagai
hasil sastera. Motif utama penulisan sastera istana atau tradisional ini adalah untuk
mengembirakan hati raja, mengambarkan kepahlawanan dalam peperangan, memenuhi
permintaan raja supaya jasa dan sumbangan dijadikan sebagai rujukan untuk generasi akan
datang.

Institusi raja dan pembesar Melayu merupakan satu badan politik dan sosiobudaya
masyarakat tempatan di Asia Tenggara khususnya di Alam Melayu. Institusi ini menjadi
tiang kepada masyarakat Melayu dan diabdikan sebagai satu warisan kepada system
kepimpinan serta sistem pentadbiran tamadun Melayu. Terdapat beberapa manuskrip Melayu
seperti Sulalatus al-Salatin, al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Salasilahatau Tarekh Kerajaan
Kedah, Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid dan Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan
Tengku Ampuan telah menjadi bukti kewujudan kerajaan-kerajaan beraja di Alam Melayu.
Buku ini mengisahkan tentang asal usul kerajaan dan raja-raja yang telah memainkan peranan
yang penting dalam membangun dan memajukan negeri serta kerajaannya sehingga dikenali
di peringkat tempatan dan antarabangsa. Ia juga dibantu oleh para pembesar di setiap
peringkat serta kesetiaan rakyat jelata yang tidak berbelah bahagi. Justeru itu, jelaslah bahawa
istana-sentrik memainkan peranan penting dalam penulisan pensejarahan Melayu tradisional.

Seterusnya, ialah Hikayat Raja-raja Pasai. Hikayat ini menggunakan tulisan jawi. Dengan ini,
wujudnya perkembangan dalam penulisan Jawi dalam penulisan sejarah tradisional. Ia juga
merupakan antara karya sejarah paling awal di Alam Melayu. Karya-karya ini jika dipandang
daripada sudut bentuk, pemilihan bahan dan olahannya merupakan hasil kreatif tertinggi
penulis-penulis peribumi kerana di istana-istana inilah tempat berkumpulnya orang-orang
yang cerdik pandai Melayu pada zaman tradisi. Namun begitu, terdapat perselisihan faham
oleh tokoh-tokoh Barat. Winstedt mengatakan hikayat ini ditulis pada hujung abad ke-14 dan
awal abad ke-15. Manakala, AH. Hill mengatakan bahawa ia ditulis pada sekitar abad ke-14.
Karya ini terbahagi kepada 3 bahagian utama. Bahagian pertama ialah asal usul Kerajaan
Samudera-Pasai dan zaman keagungannya setelah Raja Merah Silu memeluk Islam. Bahagian
kedua pula mengenai Kehandalan Tun Beraim Bapa, kematian beliau dan kemerosotan Pasai.
Bahagian ketiga ialah kisah Puteri Raja Majapahit yang menyukai Tun Abdul Jalil sehingga
Pasai diserang Majapahit setelah Sultan Ahmad membunuh Tun Abdul Jalil. Hikayat ini juga
turut mengisahkan mengenai sejarah Kerajaan Pasai dan bagaimana Islam datang ke Alam
Melayu pada abad ke-13 dan abad ke-14. Hikayat ini berakhir dengan mitos perlagaan kerbau
jawa dengan kerbau Melayu sehingga menjadi Minangkabau. Walau pun terdapat mitos
dalam hikayat ini, masih terdapat fakta sejarah. Oleh itu, jelaslah bahawa Hikayat Raja-raja
Pasai ini telah memainkan peranan penting dalam penulisan pensejarahan Melayu tradisional.

Sulalatus Salatin juga dikatakan memainkan peranan yang penting sebagai istana-sentrik
dalam penulisan pensejarahan Melayu Melaka. Sulalatus Salatin amat terkenal sebagai
Sejarah Melayu. Karya ini telah ditulis oleh Tun Sri Lanang ketika beliau menjadi Bendahara
Paduka Johor pada tahun 1580 hingga 1615. Karya ini bergenre sejarah sastera dan bersifat
istana-sentrik yang mengandungi lima belas bab keseluruhannya. Karya agung ini
mengisahkan tentang perihal zaman Kesultanan Melayu Melaka dari zaman
kegemilangannya sehingga ke saat kejatuhannya. Karya ini dihasilkan agar generasi akan
datang akan memperoleh pengajaran daripada kesilapan nenek moyang mereka. Sulalatus
Salatin ini mengisahkan mengenai zaman pemerintahan raja-raja. Oleh itu, karya ini boleh
dijadikan pedoman hidup serta mengajari masyarakat pada hari ini. Terdapat banyak nilai-
nilai Melayu yang diberitahu dalam karya ini seperti falsafah nilai dan etika, kepimpinan,
waadat, bahasa, agama dan banyak lagi. Masyarakat Melayu dicerminkan sebagai masyarakat
yang bijak mengajar serta menitikberatkan perihal keagamaan, dan nilai estetika yang
menjadi tumpuan seperti estetika dari segi adab dan adatnya, estetika dari segi retoriknya dan
sebagainya. Selain daripada itu, terdapat juga nilai Melayu yang menunjukkan mengenai
etika dan kepimpinan dalam masyarakat Melayu. Tanggung jawab pemerintah mengikut
penanda aras Islam telah melenyapkan konsep sifat kedewaan raja, dan digantikan dengan
konsep raja sebagai khalifah atau pemimpin di dunia yang memegang tanggungjawab sebagai
ketua negara. Oleh yang demikian, raja tidak boleh dipersoalkan atau dihukum, tetapi
pemerintahannya perlulah adil dan berdasarkan prinsip agama Islam. Prinsip ini penting
kerana dapat menjadi sumber rujukan dan asas kepada pemerintahan Kesultanan Melayu.
Sulalatus Salatin ini telah dikarang bertujuan untuk mendidik generasi selepas zaman
Empayar Melaka apakah kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu. Hal ini bermaksud
Sulalatus Salatin tidak hanya berfokuskan pada golongan bangsawan sahaja, tetapi juga
merakamkan kejadian yang dilalui rakyat jelata. Keseimbangan kandungan ini menjadikan
karya ini sebagai satu karya yang ulung. Masyarakat melayu tradisional juga menggunakan
karya sastera sebagai aantara medium komnunikasi. Karya-karya bertulis ini penting supaya
mesej dan maklumat dapat disampaikan dengan baik kepada rakyat pada ketika itu. Justeru
itu, Kisah-kisah dalam Sulalatus Salatin didapati mengandungi unsur pengajaran dengan
mengisahkan punca dan kesan tindakan watak-watak dalam kisah tersebut. Maka, jelaslah
bahawa karya Sulalatus Salatin ini amat penting dalam penulisan pensejarahan Melayu
tradisional.

Kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa karya-karya istana-sentrik ini mampu menjadi


dokumen yang penting untuk mengingati peristiwa silam, susunan masyarakat, politik,
kegemilangan sejarah negara terdahulu dan sebagainya. Dengan adanya karya istana-sentrik
ini, pensejarahan Melayu tradisional dapat berkembang dengan pesat terutamanya dalam
bidang penulisan. Hal ini demikian kerana, wujudnya kesedaran intelektual pada zaman
dahulu. Selain itu, istana-sentrik ini juga dapat memberi sumbangan yg besar terhadap
perkembangan sejarah di negara kita.

You might also like