You are on page 1of 15

HSL 334 – KERTAS KHAS SEJARAH DUNIA BARAT

SEMESTER II 2022/2023

Nilaikan sebab-musabab Britain mencadangkan penubuhan pakatan ketenteraan

yang baharu iaitu NATO bagi mengekang peluasan kuasa Kesatuan Soviet.

WAKTU TUTORIAL: RABU (4-5 PETANG)

NAMA PENSYARAH: DR. ASMAHANI HUSSAIN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIKS

FATIN SHARIHAH BINTI SHAHALI 151025

NURUL ARDINI BINTI ABDUL JALIL 154996


1.0 Pengenalan

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau singkatannya, NATO (North Atlantic Treaty

Organisation) pada April 2016. Pada permulaannya, hanya 12 buah negara sahaja yang

menyertai NATO, iaitu Belgium, Kanada, Denmark, Perancis, Iceland, Itali, Luxemburg,

Belanda, Norway, Portugal, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Kini, bilangan

keanggotaan NATO telah bertambah menjadi dua puluh lapan negara anggota. NATO

yang ditubuhkan pada era awal Perang Dingin tidak dibubarkan walaupun Perang Dingin

telah berakhir. Banyak buku dan kajian yang membincangkan asal-usul NATO ketika

Perang Dingin, para sejarawan biasanya menilai peranan yang diberikan oleh dua kuasa

besar iaitu, Amerika Syarikat (AS) dan Britain. Ramai sejarawan memberi pandangan

bahawa usaha penubuhan NATO dilakukan secara kolektif, bukannya didominasi oleh

mana-mana negara sama ada Britain mahupun Amerika Syarikat. Namun begitu, jika

dikaji dengan mendalam mengenai isu penubuhan NATO, Setiausaha Luar Britain, iaitu

Ernest Bevin mempunyai peranan yang besar dalam kejayaan pertubuhan NATO.

Kesungguhan Bevin untuk memastikan NATO ditubuhkan dengan pantas adalah

disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kelemahan kuasa politik dan ketenteraan Britain

ekoran masalah ekonomi pada awal era pasca Perang Dunia Kedua, kegagalan Majlis

Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), isu keagresifan oleh Kesatuan

Soviet dan kepentingan negara scandinavia dalam pertahanan. Isu-isu tersebut telah

menjadi asas ke arah pembinaan kerjasama ketenteraan yang baharu iaitu NATO. Justeru,

penulisan ini akan memfokuskan perbincangan tentang sebab-musabab mengapa Bevin

atau Britain mencadangkan penubuhan NATO bagi mengekang perluasan kuasa oleh

Kesatuan Soviet.
2.0 Sebab-Musabab Britain Mencadangkan Penubuhan Pakatan Ketenteraan Yang

Baharu Iaitu Nato Bagi Mengekang Perluasan Kuasa Kesatuan Soviet

2.1 Kelemahan Britain dalam Ekonomi dan Ketenteraan

Sebab mengapa Britain mencadangkan penubuhan Pakatan Ketenteraan, iaitu

NATO adalah kerana kelemahan Britain sendiri, terutamanya dalam ekonomi dan

ketenteraan pada zaman permulaan pasca Perang Dingin Kedua. Kelemahan ini

telah menyebabkan Britain tidak mampu berhadapan dengan ancaman penyebaran

kuasa Soviet di Greece dan Turki bersendirian tanpa meminta pertolongan

daripada kuasa besar Eropah yang lain seperti Amerika Syarikat. Di Greece,

Perang Saudara berlaku Greek kerana pemberontakan oleh Parti Komunis Greece

terhadap kerajaan Beraja Greece. Para pemberontak tersebut mendapat bantuan

daripada negara-negara jiran Greece yang merangkap negara-negara satelit Soviet

seperti Yugoslavia, Bulgaria dan Albania, di mana Britain percaya Soviet

merupakan penyebab utama pemberontakan tersebut1. Manakala di Turki pula,

Soviet telah menekan Turki secara berterusan untuk bersetuju dengan permintaan

memberikan wilayah di utara Turki, Kars dan Ardahan kepada Soviet. Selain itu,

Soviet turut memaksa Turki menyelesaikan isu di Selat Darnadellas dan Selat

Bosphorus iaitu dengan meminta supaya tentera laut Soviet diberi sebuah

pangkalan tentera dan diberi hak menggunakan selat-selat tersebut dengan bebas2.

Ancaman Soviet terhadap Timur Tengah telah mengerunkan Britain kerana Timur

Tengah merupakan benua yang sangat berharga dan penting kepada Britain kerana

sumber minyak yang banyak serta kedudukan yang strategik untuk penempatan

pangkalan dan fasiliti ketenteraan3. Kepentingan Timur Tengah membuatkan

1
Norasmahani Hussain dan Zulkanain Abdul Rahman, ‘Peranan Britain dalam Menubuhkan
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Pada 1949’, Sejarah, 26:1 (2017), 98-116 (hlm. 99)
2
Ibid.
3
Ibid, hlm. 10.
Britain atau Setiausaha Luarnya, Ernest Bevin berusaha keras dalam memastikan

Greece dan Turki tidak jatuh ke dalam penguasaan Soviet. Britain memberi

bantuan ketenteraan kepada kerajaan Beraja Greece serta bantuan nasihat

ketenteraan kepada Turki supaya kedua-dua negara itu mampu menahan sebarang

serangan daripada Soviet walaupun Britain sedang mengalami krisis kewangan4.

Namun, Jabatan Perbendaharaan dan Menteri Kewangan, Hugh Dalton terus

mendesak Bevin untuk mengurangkan bajet ketenteraan ke Greece dan Turki agar

dapat memberi ruang kepada usaha pemulihan ekonomi Britain 5. Desakan tersebut

menyebabkan Bevin meletakkan harapan kepada Majlis Keselamatan PBB untuk

membantu menyelesaikan konflik politik di Greece dan Turki. Walau

bagaimanapun, Majlis Keselamatan PBB kurang efektif dalam menyelesaikan

konflik dunia tersebut.

Perkara tersebut menjadikan Bevin semakin terdesak dalam memastikan

keselamatan Greece dan Turki apabila Kabinet telah mengambil keputusan untuk

menamatkan bantuan ketenteraan kepada Greece dan Turki kerana ekonomi

Britain yang merudum bermula pada Januari 1947 6. Isu ini telah membuatkan

Bevin nekad meminta bantuan Amerika Syarikat bagi memastikan Greece dan

Turki tidak bertukar menjadi negara-negara satelit Soviet 7. Namun, terdapat

cabaran dalam meminta bantuan daripada AS. Hal ini kerana, AS kelihatan lebih

selesa meneruskan dasar isolasinya apabila bermulanya era pasca Perang Dunia

Kedua8. Malah, AS juga menegaskan mereka tidak ingin dipergunakan oleh

Britain untuk mengekalkan dominasi dan status quo British di kawasan yang

4
Ibid.
5
Ibid.
6
Ibid.
7
Ibid.
8
Ibid.
berkepentingan kepada Britain9. Maka, pada permulaannya, AS tidak mengambil

peduli untuk membantu Greece dan Turki walaupun status kewangan Britain

bertambah buruk dan telah tersebar khabar angin mengenai pengunduran

sebanyak separuh tentera British dari Greece dan Turki10.

Bevin telah mengarahkan diplomat Britain di Washington, Lord Inverchapel untuk

memaklumkan kecemasan ini kepada Setiausaha Negara AS, George C untuk

mendesak AS. Marshall bahawa keadaan ekonomi Britain tidak akan mengalukan

mereka untuk menyambung bantuan kewangan dan ketenteraan untuk Greece dan

Turki11, dan beliau juga memberitahu bahawa ‘British aid to Greece and Turkey

would end in six weeks12.’ Tindakan Bevin dilihat membuahkan hasil kerana

Marshall telah membantah keras keputusan Britain yang mahu mengundurkan

tentera British sepenuhnya bukannya separuh sahaja dari Greece dan Turki 13.

Marshall juga berjanji akan memberi bantuan kewangan kepada Greece dan Turki.

Tetapi, Marshall meminta Bevin mengekalkan tentera British di Greece dan Turki

sementera cadangannya itu mendapat kelulusan Kongres AS 14. Marshall

kemudiannya membincangkan pelan bantuan ekonomi kepada Greece dan Turki

itu dengan Presiden AS iaitu Harry S. Truman dan beberapa pegawai State

Department AS seperti George Kennan dan Dean Acheson. Kesemuanya

bersetuju dengan cadangan Marshall tersebut. Menurut Dean Acheson, sekiranya

Greece tidak dibantu, maka keadaan tersebut akan membuka laluan kepada Soviet

9
Ibid.
10
Ibid.
11
Francis William, Ernest Bevin: Portrait of A Great Englishman, London: Hutchinson, 1952, hlm.
263.
12
Don Cook, Forging the Alliances, NATO, 1945-1950, London: Secker & Warburg, 1989, hlm. 71-
72.
13
Norasmahani Hussain dan Zulkanain Abdul Rahman, ‘Peranan Britain dalam Menubuhkan
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Pada 1949’, Sejarah, 26:1 (2017), 98-116 (hlm. 101)
14
Ibid.
menakluki tiga benua iaitu benua Eropah, benua Afrika dan Timur Tengah dan

menyebarkan ideologi mereka.

Akhirnya, Truman telah memberi mengumumkan bahawa pelan bantuan ekonomi

kepada Greece dan Turki yang dinamakan sebagai Doktrin Truman yang

berjumlah $400 million pada 12 Mac 1947 ini telah membuktikan bahawa usaha

Bevin mendapatkan bantuan AS kepada Greece dan Turki membuahkan hasil.

Truman telah berjanji bahawa Doktrin Truman akan membantu ‘free peoples to

work out their own destinies in their own way.15’

Doktrin Truman dan Pelan Marshall ini telah menarik perhatian Soviet. Soviet

telah melakukan pelbagai cara untuk menghalang pelan-pelan tersebut daripada

berlaku. Maka, Bevin yakin Soviet akan meneruskan penentangan mereka

sehingga ERP gagal sepenuhnya. Oleh itu, Bevin berpendapat bahawa pemulihan

ekonomi di Eropah sahaja tidak cukup bagi menghalang Soviet dalam meluaskan

kuasa dan ideologi komunisme mereka. Sebagai tindak balas kepada sikap

permusuhan Soviet terhadap Pelan Marshall (ERP) ini, Bevin menyuarakan

pendapat bahawa perluasan kuasa Soviet perlu juga disekat melalui kuasa

ketenteraan. Berikut merupakan pernyataan Bevin yang mencadangkan sebuah

pertubuhan kerjasama ketenteraan yang baharu bagi menghalang Soviet daripada

terus meluaskan pengaruhnya. Oleh itu, jelaslah bawa kelemahan Britain dari segi

ekonomi dan ketenteraan telah membuatkan pertubuhan NATO dapat dilakukan.

2.2 Kegagalan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Selain itu, sebab yang seterusnya adalah kerana kegagalan Persidangan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB). Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan

organisasi yang menghimpunkan pelbagai negara dalam usaha mempromosikan

kerjasama antarabangsa di mana antara kerjasama antarabangsa mereka adalah


15
Ibid.
dalam ketenteraan yang bernama Majlis Keselamatan PBB. Namun, Majlis

Keselamatan PBB ini dilihat kurang efektif dalam menyelesaikan konflik dunia.

Hal ini demikian kerana penyalahgunaan veto oleh Soviet bagi membatalkan

sebarang resolusi yang dapat menjejaskan kepentingannya, iaitu sebanyak 104

veto dari tahun 1946 hingga 196916. Kuasa veto merupakan satu kuasa untuk

membatalkan sebarang keputusan yg telah dibuat. Soviet juga dikatakan sebagai

‘mastermind’ sebenar kepada pemberontakan di Greece dan Soviet juga memaksa

Turki mengenai isu Kars dan Ardahan serta isu Selat Dardanellas dan Selat

Bosphorus. Isu ini membuatkan pihak Britain atau Bevin percaya bahawa Majlis

Keselamatan PBB tidak mampu menghalang sebarang tindakan yang dilakukan

oleh Soviet, terutamanya di Greece dan Turki17.

Isu PBB ini juga telah dibangkitkan oleh Truman kerana beliau mengatakan

bahawa Doktrin Truman tidak mengikut piagam PBB. Maka, beliau bimbang jika

pihak Kongres tidak ingin meluluskan pelan tersebut. Namun begitu, Truman

menekan Kongres dengan mengatakan Amerika Syarikat perlu menurut arahan

bahawa PBB tidak dapat menyelesaikan masalah di Greece dan Turki itu ketika

berdepan dengan Kongres18. Malah, Senator Vandenberg juga turut menyokong

bahawa PBB tidak mungkin dapat membantu Greece dan Turki dan berkata

Greece akan jatuh sebanyak 50 kali sebelum PBB sendiri mengendalikan situasi

tersebut19. Dengan adanya sokongan daripada Senator Vandenberg dan State

Department AS itu, maka Kongres AS telah meluluskan bantuan ekonomi kepada

Greece dan Turki itu. Bantuan ekonomi tersebut dinamakan sebagai Doktrin

16
Joseph Smith, The Cold War 1945-1965, hlm. 67.
17
Lawrence S. Kaplan, The United States and NATO: The Formative Years, Lexington: The
University Press of Kentucky, 1984. hlm. 33.
18
Lawrence S. Kaplan, The United States and NATO, The Formative Years, hlm. 33.
19
Arthur H. Vandenberg Jr. (ed.), The Private Papers of Senator Vandenberg, London: Gollancz,
1953, hlm. 340-341.
Truman. Kemunculan Doktrin Truman ini telah mengesahkan bahawa PBB telah

gagal untuk berfungsi dengan efektif dalam menyelesaikan konflik dunia

terutamanya dalam menghalang Kesatuan Soviet daripada mensabotaj ERP dan

juga Pelan Marshall20. Bevin menegaskan bahawa Eropah Barat perlu bekerjasama

supaya dapat menghadap Soviet dengan lebih berkesan21. Tindakan kesatuan

Soviet yang sering menyalahgunakan kuasa vetonya menjadi salah satu punca

utama PBB tidak dapat menyelesaikan krisis-krisis yang berlaku di Benua Eropah.

Perkara ini turut memburukkan lagi keadaan Perang Dingin di Benua Eropah.

Maka, jelaslah bahawa kegagalan PBB ini telah menjadi sebab mengapa

penubuhan NATO berlaku.

2.3 Isu Keagresifan oleh Soviet

Britain sangat risau atas kemaraan Kesatuan Soviet yang semakin ‘liar’ di Eropah

Timur. Britain merasakan bahawa Kesatuan Soviet akan mencabar kuasa mereka

dalam pertahanan terutamanya. Maka, ini telah memberi satu peluang kepada

Kesatuan Soviet menguasai dan mencengkam negara-negara Eropah menerusi

cara kekerasan. Antara tindakan Soviet adalah melakukan coup d’etat di

Czehoslovakia pada penghujung Februari 1948 di mana Parti Komunis di

Czehoslovakia telah merampas kerajaan daripada pemerintah yang sah iaitu Parti

Demokratik yang bersifat anti-komunis22. Peristiwa ini berlaku atas arahan Soviet

yang mahu memperluaskan kuasanya dan ideologi Komunisme di wilayah Eropah

Timur. Kesatuan Soviet berjaya mengukuhkan kuasa di Czechoslovakia bahkan

Finland demi kepentingan ekonomi dan juga mengukuhkan operasi ketenteraan.

20
Stephen Ambrose, Rise to Globalism: American Foreign Policy Since 1938, New York: Penguin
Books, 1993, hlm. 93.
21
Norasmahani Hussain dan Zulkanain Abdul Rahman, ‘Peranan Britain dalam Menubuhkan
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Pada 1949’, Sejarah, 26:1 (2017), 98-116 (hlm. 103).
22
Lord Ismay, Nato the First Five Years 1949-1954, hlm. 29.
Sikap agresif Soviet menjadi ‘keluhan’ daripada Bevin kerana negara-negara

Eropah yang terbabit konflik telah memberi peluang kepada Soviet untuk

mengambil kesempatan melebarkan pengaruh ideologi komunis atas kelemahan

politik, sosial dan ekonomi. Dengan tindakan agresif Kesatuan Soviet telah

mencetus ‘ketidakselesaan’ bagi Bevin wakil Britain untuk menghantar telegram

(aide-memoire) kepada Marshall pada 11 Mac 1948 23. Isu-isu yang disuarakan

oleh Bevin mengenai Kesatuan Soviet adalah Soviet berjaya menandatangani

perjanjian persahabatan dengan Finland, keduanya, Soviet menekan Norway

untuk menandatangi perjanjian yang sama seperti Finland. Ketiga-tiga peristiwa

memberi impak ‘buruk’ dan turut memberi amaran terhadap Marshall, begitu juga

Britain.

Soviet berpandangan bahawa Amerika Syarikat dan Britain bekerjasama

hanya mahu menyebarkan ideologi demokrasi di benua Eropah Timur. Malah,

bantuan ekonomi yang dipanggil Pelan Marshall ini menjadi agenda utama untuk

melihat negara Eropah Timur terus bergerak tanpa sebarang pengaruh ideologi

Komunisme. Secara tidak langsung, Kesatuan Soviet yang ‘iri hati’ ini terhadap

dua kuasa besar telah memaksa negara-negara Eropah Timur untuk menolak Pelan

Marshall (ERP) bahkan Soviet turut mensabotaj ERP dan berharap program akan

gagal selamanya. Tindakan agresif Soviet dapat diketengahkan apabila Soviet

telah mengugut negara-negara Eropah Timur untuk tidak menyertai Organisasi

Kerjasama Ekonomi Eropah (Organisation for European Economic Co-operation-

OEEC) dan ERP bagi mendapatkan pelan Marshall, penubuhan Cominform dan

pelancaran pemulihan ekonomi dalam kalangan negara anggota Cominform

dinamakan sebagai Pelan Molotov24. Dengan cara sebegini, mesyuarat Majlis


23
Norasmahani Hussain dan Zulkanain Abdul Rahman, ‘Peranan Britain dalam Menubuhkan
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Pada 1949’, Sejarah, 26:1 (2017), 98-116 (hlm. 105)
24
Ibid., hlm. 102
Menteri-menteri Luar di London pada 25 November 1947 yang mengusulkan isu

penyertaan Jerman dalam Pelan Marshall telah gagal ekoran keengganan Soviet 25.

Oleh yang demikian, tindakan Soviet Union menjadi agresif angkara mahu

menjadi ‘penguasa’ yang hebat di negara Eropah Timur sehingga menimbul

kerisauan Britain dan ini menyebabkan pertubuhan NATO tercipta hanya kerana

kekang kuasa Soviet sahaja.

2.4 Kepentingan Negara Scandinavia dalam Pertahanan

British amat risau jika Soviet Union menakluk negara Scandinavia sebagai

sekutunya. Maka, British bertindak dengan menjemput tiga negara Scandinavia

untuk menggangotai NATO. Tiga negara ini terpilih kerana faktor stategik dan

nilai tambahan terutamanya menyumbang kekuatan kepada NATO. Kepentingan

kemasukan Scandinavia dalam NATO adalah mahukan sistem keselamatan dan

pertahanan Atlantik lebih terjamin kerana kedudukan negara-negara Scandinavia

mempunyai laluan masuk ke kawasan Atlantik. Tambahan pula, kebanyakan

negara Scandinavia memiliki kawasan-kawasan pertahanan strategik yang

memberi ‘keuntungan’ kepada NATO. Manfaat ini tidak dipersia-siakan begitu

sahaja, ini membuatkan British sangat yakin bahawa negara Scandinavia

membawa ‘pulangan’ baik kepada NATO. Antara negara Scandinavia yang

dijemput dan menerima jemputan untuk menyertai NATO ialah Denmark, Iceland

dan Norway. Perkara ini dijelaskan oleh Halvard Lange seperti berikut ‘The only

means of arriving at just solutions, as we see it, is through negotiation, through

diplomacy’26. Tidak dinafikan, British yang ‘mencorakkan’ pertubuhan NATO

demi kepentingannya sendiri. Namun begitu, negara Scandinavia terutamanya

Norway tidak mungkin menyertai NATO jika tiada sokongan ‘orang dalaman’.

25
Ibid.
26
Nikolaj Petersen, ‘Britain, Scandinavia, and the North Atlantic Treaty’, hlm. 253
Salah satunya ialah Halvard M. Lange, menteri luar negeri Norway dan paling

berpengaruh di Scandinavia, dikatakan mendesak kedua-dua Norway dan

Denmark menyertai NATO. Jika negara Scandinavia menyertai NATO, Britain

dapat mengukuhkan kuasa dalam pertahanan secara khususnya. Antara negara

terbabit adalah Norway, Denmark dan Iceland. Mengapa Norway menjadi pilihan

utama bagi NATO? Ini kerana kedudukan Norway yang bersempadan dengan

Lautan Atlantik menjadikan seluruh kawasan pantai sebagai aset bernilai bagi

pertahanan. Misalnya, Norway dapat mengawal kedudukan dan keselamatan

Denmark melalui kedudukan pantainya yang strategik di Kattegat 27. Selain itu,

Britain amat mengambil berat terhadap Norway kerana pernah terancam ketika

Perang Dunia Kedua dahulu akibat penguasaan Jerman terhadap Norway.

Selanjutnya, membuatkan Britain berasa bimbang akan ancaman ini sekiranya

tindakan Kesatuan Soviet mengadakan perjanjian persahabatan untuk mendapat

beberapa kawasan strategik Norway. Maka, dengan itulah Jawatankuasa

Perwakilan Tujuh Negara terutamanya Britain telah bersetuju menjemput Norway

sebagai ahli NATO.

Negara kedua menjadi perhatian Britain adalah Iceland. Ini kerana Iceland dapat

melengkapkan kemasukan Scandinavia dalam NATO agar sistem keselamatan

Atlantik terus terjamin. Apabila Iceland diserapkan masuk ke dalam NATO, maka

menjadi satu pengharapan bagi Amerika Syarikat untuk menggunakan fasiliti

ketenteraan udara dan laut kepunyaan Iceland. Secara tidak langsung, sistem

pertahanan NATO akan kukuh dan mantap. Manakala, negara Denmark memiliki

kesamaan seperti negara Scandinavia iaitu Norway dan Iceland khusus kepada

27
Norasmahani Hussain dan Zulkarnain Rahman., ‘Keanggotaan Negara-negara Eropah dan
Kelewatan Penubuhan NATO, 1948-1949’, dalam Budiman Kumpulan Esei Sempena Persaraan
Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, disunting oleh Zulkanain Rahman & Abu Hanifah
Haris (Kuala Lumpur: Univesiti Malaya, 2022), hlm. 251-280 (hlm. 254)
fasiliti ketenteraan bagi mengukuhkan sistem pertahanan NATO. Misalnya,

pertahanan udara yang memudahkan tentera NATO untuk mendarat beberapa

pesawatnya.

Sememangnya negara Scandinavia mempunyai manfaat kepada Britain

sehinggalah pembentukan NATO. Britain sangat risau sekiranya Kesatuan Soviet

menakluk Norway, Denmark dan Iceland akan mudah menguasai Britain kecuali

Sweden dan Finland yang tidak terikat daripada NATO atas sikap neutral dan

paksaan perjanjian kerana Soviet Union. Bevin wakil Britain melihat sekiranya

Soviet melebarkan pengaruhnya akan menguatkan lagi sistem pertahanan bahkan

turut menguasai seluruh kawasan Atlantik lalu boleh mengancam keselamatan

Amerika Syarikat terutamanya. Justeru, negara Scandinavia iaitu Norway,

Denmark dan Iceland memiliki keistimewaan tersendiri kerana hampir dengan

pesisiran laut yang membuatkan Britain memujuk Amerika Syarikat meletakkan

ketenteraan demi menyekat pengaruh Soviet Union.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulan, Amerika Syarikat dikatakan yang menguruskan perbincangan penubuhan

NATO, namun Britain yang mewakili Bevin memainkan peranan penting dalam

kewujudan NATO. Tidak dinafikan, hubungan era antara Britain dan Amerika sangat

akrab telah memudahkan Bevin untuk mencipta pertubuhan keselamatan ini untuk

mengekangkan pengaruh Kesatuan Soviet yang membawa ideologi Komunis menerusi

ketenteraan ke beberapa negara Eropah Timur. Pada masa yang sama, penubuhan NATO

ini adalah mahu membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) yang memberi keahlian kepada Kesatuan Soviet. Hakikatnya, perjalinan

hubungan erat (special relationship) antara Britain dan Amerika Syarikat ini telah

melahirkan ‘produk hubungan sesama’ iaitu NATO pada 4 April 1949 sehinggalah
memunculkan hubungan tegang antara Amerika dan Soviet kerana kelicikan daripada

muslihat Britain juga.


4.0 Bibliografi

Andrew Cottey (2013) The European Neutrals and NATO: Ambiguous

Partnership, Contemporary Security Policy, 34:3, 446-472.

Francis William, Ernest Bevin: Portrait of A Great Englishman, London: Hutchinson, 1952,

hlm. 263.

Don Cook, Forging the Alliances, NATO, 1945-1950, London: Secker & Warburg, 1989,

hlm. 71-72.

Joseph Smith, The Cold War 1945-1965 (Oxford: Blackwell Publishing, 1989)

Lawrence S. Kaplan, The United States and NATO: The Formative Years (Lexington: The

University Press of Kentucky, 1984)

Arthur H. Vandenberg Jr. (ed.), The Private Papers of Senator Vandenberg (London:

Gollancz, 1953)

Stephen Ambrose, Rise to Globalism: American Foreign Policy Since 1938 (New York:

Penguin Books, 1993)

Ismay, Lord, Nato the First Five Years 1949-1954 (France: Palais de Chaillot, 1954).

Norasmahani Hussain dan Zulkarnain Rahman., ‘Keanggotaan Negara-negara Eropah dan

Kelewatan Penbuhan NATO, 1948-1949’, dalam Budiman Kumpulan Esei Sempena

Persaraan Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, disunting oleh

Zulkanain Rahman & Abu Hanifah Haris (Kuala Lumpur: Univesiti Malaya, 2022),

hlm. 251-280.
Norasmahani Hussain dan Zulkanain Abdul Rahman., ‘Peranan Britain dalam Menubuhkan

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Pada 1949’, Sejarah, 26:1 (2017), 98-

116.

Petersen, Nikolaj, ‘Britain, Scandinavia, and the North Atlantic Treaty’, Review of

International Studies, 8:1 (1982), 251-268.

You might also like