You are on page 1of 2

TUGASAN [03] (30%)

Semester 1
Sidang Akademik 2021/22

Tarikh Akhir Penghantaran 23/01/2022

HTV 201– TEKNIK BERFIKIR

SOALAN TUGASAN
Setiap pelajar dikehendaki menulis sebuah esei yang panjangnya tidak melebihi 10
halaman (tidak termasuk bibliografi dan nota hujung/ nota kaki). Pelajar akan
diberikan sebanyak enam (6) soalan dan anda bebas memilih mana-mana salah satu
daripadanya untuk dijadikan soalan tugasan. Tarikh akhir penyerahan tugasan
kepada semua tutor di pusat pengajian masing-masing ialah pada minggu ke-13
(23/01/22). Mereka yang menghantar tugasan lewat daripada tarikh akhir, markahnya
akan dipotong. Pemberat markahnya ialah 30%.

1. “Kelonggaran untuk membenarkan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi


(IPT) yang berkeperluan oleh Kementerinan Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia untuk
pulang ke kampus merupakan satu tindakan yang wajar”. Namun keperluan untuk
menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) masih menjadi keutamaan bagi
mengelakkan penularan Covid-19.

a. Dengan menggunakan SEGITIGA KONSEP, analisiskan kaedah dendaan


yang sesuai dilaksanakan kepada pelajar yang gagal mematuhi SOP. (70 markah)

b. Gunakan DUA (2) TOPI BERFIKIR yang sesuai untuk menilai kaedah
dendaan yang telah dicadangkan. (30 markah)
[100 markah]

2. Bahasa Melayu telah terbukti sebagai bahasa ilmu kerana telah menjadi
antara bahasa yang ditawarkan untuk dipelajari di pelbagai universiti luar negara”.
Sebagai seorang anak Malaysia, gunakan teknik SWOT (Strengths, Weaknesses,
Opportunities, and Threats) untuk menganalisis kemampuan Bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu di mata dunia.
[100 markah]
3. Berikutan sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, tugasan
juga telah dilaksanakan secara dalam talian. Pengunaan teknologi yang terkini
membolehkan sesetengah pelajar melakukan kegiatan plagiat dalam melengkapkan
tugasan mereka. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah menetapkan
hukuman ke atas pelajar yang didapati bersalah melakukan plagiat dalam tempoh
pengajian. Dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah secara kreatif
melalui ANALISIS DAN DESAIN, hasilkan satu tinjauan mengenai program untuk
memberi kesedaran kepada pelajar mengenai isu ini.
[100 Markah]

4. “Penggunaan Bahasa Melayu yang baik akan memantapkan dan meningkatkan


kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah
rendah mahupun menengah”.
a. Dengan menggunakan ALAT atau GAYA BERFIKIR yang sesuai analisiskan
bagaimana penggunaan Bahasa Melayu dapat membantu meningkatkan bilangan
pelajar daripada 20% kepada 60% yang mengikuti program dalam bidang STEM ini.
(70 markah)

b. Lakarkan analisis di atas dalam bentuk PETA MINDA. (30 markah)


[100 markah]

5. “Penggunaan produk pemutihan kulit dan suntikan vitamin C yang dijual dalam
talian adalah tidak selamat”. Analisis pernyataan di atas melalui PEMIKIRAN
SAINTIFIK.
[100 markah]

6. Dewasa ini, penggunaan peranti (gajet) dalam kalangan kanak-kanak semakin


meningkat. Penggunaan peranti ini didapati dapat membantu bagi pembelajaran
awal kanak-kanak. Namun begitu, penggunaan peranti yang berlebihan akan
mewujudkan jurang interaksi antara anak-anak dan ibubapa. Analisiskan isu ini
berdasarkan kaedah 6 TOPI BERFIKIR beserta contoh-contoh sesuai yang boleh
dilakukan bagi mengurangkan kebergantungan ibubapa terhadap peranti dalam
mendidik anak-anak.
[100 markah]

[HTV 201]
-2-

- oooOooo -

You might also like