You are on page 1of 11

Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training Vol. 0 No.

0 (2020) 000-000
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher’s Office

RITVET
Homepage: http://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ritvet
e-ISSN : 0000-0000

Pembangunan Kit Pengajaran Kimpalan Arka


Tenggelam (SAW) bagi Program Kimpalan di
Kolej Vokasional
Muhammad Fadhli bin Azmi1
1
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, 86400, MALAYSIA

*Corresponding Author Designation

DOI: https://doi.org/10.30880/ritvet.0000.00.00.000
Received 00 Month 2020; Accepted 01 Month 2020; Available online 02 Month 2020

Abstrak: Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) membolehkan


pembelajaran berasaskan pelajar dijalankan dan guru hanya berfungsi sebagai
pemudah cara. Kit pengajaran merupakan salah satu alat bahan bantu mengajar
(ABBM) yang boleh melancarkan proses pengajaran dan pemudah cara (PdPC).
Kajian ini bertujuan membina satu kit pengajaran yang berasaskan teori pembelajaran
dan reka bentuk yang bersesuaian bagi mata pelajaran Kimpalan Termaju berdasarkan
sukatan pelajaran Kolej Vokasional. Dalam kajian ini, kebolehfungsian kit
pengajaran kimpalan arka tenggelam (SAW) dari segi aspek visualisasi, minat pelajar,
dan keberkesanan sebagai ABBM akan diukur oleh pengkaji. Model ADDIE
digunakan sebagai panduan dalam fasa membangunkan kit pengajaran ini. Kaedah
kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Populasi kajian melibatkan 150 orang pelajar
program Teknologi Kimpalan di KV Shah Alam dan sampel kajian ialah 60 orang
pelajar tahun 2 Diploma Teknologi Kimpalan yang mengambil subjek Kimpalan
Termaju. Instrumen yang digunakan berbentuk borang soal selidik untuk
mendapatkan maklumat. Data yang diperolehi di kumpul dan dianalisis secara
deskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Sosial Sciences).
Berdasarkan analisis yang dibuat, nilai kebolehpercayaan instrumen r =0.93 dan
menunjukkan kebolehpercayaan instrument berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian
menunjukkan majoriti pelajar bersetuju kit pengajaran kimpalan arka tenggelam
(SAW) dapat melancarkan proses pembelajaran. Penggunaan kit ini juga dapat
meningkatkan minat pelajar dan seterusnya menjadikan pengajaran guru lebih
menarik disamping dapat menambah baik ABBM yang sedia ada. Selain itu, dapatan
menunjukkan penggunaan kit ini mampu meningkatkan daya visualisasi pelajar yang
mampu membantu mereka dalam melakukan ujian amali
Kata kunci: kit pengajaran, kimpalan arka tenggelam, program kimpalan, kolej
vokasional

Abstract: The use of teaching aids allows student-based learning and the teacher is
only an instructor. Teaching kits is one of teaching aids which make the learning and
teaching process become smoothly. This study aims to build a teaching kit - based on

*Corresponding author: author@organization.edu.co


2020 UTHM Publisher. All rights reserved.
publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ritvet
Author 1 et al., Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training Vol. 0 No. 0 (2020) p. 1-5

learning theory and appropriate design based on Advance Welding syllabus for
Vocational College. In this research, the functionality of submerge arc welding
(SAW) teaching kits from aspects of visualization, student interest and effectiveness
as teaching aids are measured by researcher. ADDIE Model is used as a guide in
developing phase of teaching kits. Qualitative approach is used in this research. The
population included 150 students Welding Technology in KV Shah Alam and the
sample is 60 diploma second-year students in Welding Technology program which
take the Advance Welding subject. The collect data is analyzed descriptively by using
SPSS (Statistical Package for The Sosial Sciences). Based on the analysis made, the
reliability of the instrument is r = 0.93 and showed that the reliability of the instrument
is at high level. The results showed that the use of SAW teaching kits can increase
student interest and thereby making the teaching more attractive in addition to
improve existing teaching aids. In addition, the findings show that the use of this kits
can improve visualization of the students which are able to assist them in carrying out
practical tests.

Keywords: Teaching kits, submerged arc welding, welding program, vocational


college

1. Pengenalan
Malaysia ialah sebuah negara moden yang sedang pesat membangun dalam sektor industri dan
mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Menurut Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKEA), terdapat 3.3 juta peluang pekerjaan bakal diwujudkan pada tahun 2020 dan 40 peratus
daripada peluang pekerjaan tersebut adalah berasaskan bidang latihan dan pendidikan teknikal dan
vokasional (TVET) (Ismail & Hassan, 2013). Pada era globalisasi dan Revolusi Perindustrian 4.0,
bidang TVET adalah salah satu sektor pendidikan yang membekal tenaga buruh kepada perkembangan
teknologi global (Sari et al., 2019). Menurut Unit Perancangan Ekonomi Malaysia (EPU) dibawah
Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9), sekolah teknik dan vokasional kerajaan telah diberi peruntukan
sebanyak RM 629.2 juta untuk kos pembangunan serta pelbagai insentif tambahan kepada belia dan
industri seperti insentif cukai bagi syarikat yang menawarkan program latihan industri, bayaran balik
kos latihan dan perlindungan insurans kepada pelatih (Mohd Zain, 2019). Pendidikan pada masa kini
memberi fokus kepada bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan menaiktaraf
sekolah vokasional kepada kolej vokasional (KV). Sehubungan dengan itu, kualiti guru TVET
ditingkatkan dengan teknik pengajaran yang efektif serta sokongan penuh daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia (Sulaiman et al., 2019). Progam pembangunan professional bagi pengajar TVET
telah dilaksanakan bagi merapatkan jurang kompetensi pengajar serta membantu mereka meningkatkan
kualiti pengajaran (Abdul Suki et al., 2018). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui
bahagian pendidikan teknikal dan vokasional (BPTV) telah menyediakan pelbagai program di kolej
vokasional seperti binaan bangunan, pemesinan am, katering, multimedia, dan kimpalan. Program
kimpalan di KV adalah program yang terkandung dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Program
teknologi kimpalan dan fabrikasi logam melatih pelajar ke arah mereka bentuk atau memasang struktur
logam dengan mengaplikasi beberapa proses seperti melipat, membengkok, mengimpal, memotong
serta diajar kaedah membaik pulih kerangka logam yang rosak (Ismail et al., 2018).
Penggunaan alat bahan bantu mengajar yang merupakan suatu aspek yang penting dalam sesi PDPC
kerana boleh membantu guru untuk memberi penjelasan secara ringkas dan tepat agar pelajar menguasai
sesuatu topik. Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) memboleh pembelajaran berasaskan
pelajar dijalankan dan guru hanya berfungsi sebagai pemudah cara dengan hanya 25 peratus penglibatan
guru dalam pengajaran (Jasmi, Tamuri, & Mohd Hamzah, 2011). Menurut Lestari (2018), teknologi
digital kini sering digunakan dalam bidang pendidikan sebagai alat bagi menyokong pembelajaran
melalui akses informasi tambahan yang dapat membantu pelajar. Augmented Reality (AR) adalah telah

2
Author 1 et al., Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training Vol. 0 No. 0 (2020) p. 1-5

dicipta oleh Tom Caudell pada tahun 1990 di mana satu bidang penyelidikan dalam bidang sains
komputer telah dijalankan bagi menggabungkan dunia sebenar dan data digital manakala integrasi imej
maya diterjemahkan kepada dunia sebenar (Johar & Abdullah, 2019). Aplikasi AR dalam bidang
pendidikan adalah sesuatu yang bukan asing lagi dan sudah terbukti berkesan dalam aktiviti pelajar
serta kosnya yang murah dan selamat (Ismail et al., 2019). AR dapat membantu penyampaian isi
pengajaran secara lebih komprenhensif dan bermakna termasuk dalam latihan kemahiran teknikal dan
vokasional.

1.1 Penyataan Masalah


Transformasi dalam bidang TVET telah menjadi pemangkin kepada perubahan sistem di Kolej
Vokasional. Proses pengajaran dan pembelajaran kini telah terbahagi kepada dua bahagian; iaitu teori
dan amali. Kedua-dua bahagian adalah gabungan yang penting bagi memastikan pelajar menguasai
sepenuhnya kemahiran sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan. Pengajaran yang hanya
berpusatkan guru semata-mata atau dilabel sebagai pengajaran secara tradisional; merupakan
pengajaran yang pasif dan menyebabkan berlakunya pelbagai implikasi negatif seperti pelajar tidak
berminat untuk belajar serta mudah merasa bosan (Miskam & Mohamad, 2017).
Aspek visualisasi pelajar kimpalan masih berada di tahap yang rendah dan menjadi punca
kepada kemerosatan pencapaian akademik mereka. Hal ini juga menyebabkan mereka tidak mempunyai
keupayaan dalam menyelesaikan masalah dalam tugasan yang diberikan oleh guru (Lasiun, 2016).
Kegagalan pelajar menggunakan tahap visualisasi mereka juga menyebabkan mereka gagal merancang
dan melaksanakan strategi penyelesaian masalah dalam tugasan amali. Masalah ini juga menganggu
fokus pelajar dalam sesi PdPC dan menyebabkan minat pelajar semakin luntur. Kegagalan guru
menggunakan ABBM yang menarik menyebabkan suasana kelas menjadi tidak ceria dan lesu. Selain
itu, faktor kekangan guru dalam menggunakan ABBM adalah disebabkan kesukaran untuk
memperolehinya sama ada secara pembelian atau pun penghasilan sendiri. ABBM yang dibeli adalah
memerlukan modal dan sumbangan kewangan yang besar manakala bagi ABBM yang dihasilkan
sendiri pula memerlukan tempoh masa yang lama, tenaga, kewangan dan tumpuan agar ABBM tersebut
benar-benar berkesan (Othman & Kassim, 2017).
Minat pelajar adalah satu elemen yang penting kerana ia berupaya untuk meningkatkan
keinginan dan daya usaha pelajar. Pelajar yang mempunyai minat untuk belajar akan berasa seronok
dan bersungguh-sungguh untuk belajar kerana mereka akan mendapat kepuasan daripada proses
pembelajaran itu sendiri. Menurut Omar & Asha’ari (2018), minat pelajar memainkan peranan yang
penting dalam mempengaruhi kesediaan pelajar untuk belajar. Pelajar yang minat dalam perkara yang
dipelajarinya akan mencapai prestasi yang lebih cemerlang.
Alat bahan bantu mengajar (ABBM) kini masih lagi tidak mencukupi dan terlalu lama terutama
yang melibatkan penggunaan kemahiran teknologi yang terkini (Mohd Yasin et al., 2013). Justeru itu,
masalah dalam kalangan guru dan pelajar seperti gaya pengajaran guru , aspek visualisasi dan minat
pelajar diharap dapat diselesaikan melalui pembangunan kit pengajaran bagi topik kimpalan arka
tenggelam (SAW) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi program kimpalan di KV. Penggunaan
AR dalam pembangunan kit pengajaran dapat menarik minat pelajar semasa sesi PdPC serta
meningkatkan kompentesi guru dalam mengaplikasi teknologi maklumat sebagai ABBM. Untuk
mencapai kajian ini, beberapa objektif telah dihasilkan seperti berikut:

• Membangunkan kit pengajaran kimpalan arka tenggelam (SAW) bagi pelajar kimpalan di KV
• Menguji tahap kebolehfungsiaan kit pengajaran kimpalan arka tenggelam (SAW) bagi pelajar
kimpalan di KV dari segi aspek visualisasi, minat pelajar, keberkesanan sebagai ABBM.

3
Author 1 et al., Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training Vol. 0 No. 0 (2020) p. 1-5

2. Metodologi Kajian
Kajian ini adalah satu kajian tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan
proses pengumpulan data dengan menggunakan borang maklum balas yang dipetik daripada Ismail et
al. (2017) dan diadaptasi oleh pengkaji. Robson (2011) menyatakan reka bentuk kajian bertindak
merubah persoalan kajian kepada projek yang melibatkan komponen persoalan kajian, tujuan, metod,
teori dan strategi persampelan. Pendekatan yang digunakan oleh pengkaji adalah secara kajian
kuantitatif kerana data yang diperolehi dapat diukur serta alat pengukuran yang digunakan adalah
borang soal selidik. Maklumat atau data boleh digunakan untuk mengukur angka kekerapan dan skor
merupakan kajian kuantitatif (Cresswell, 2008).

2.2 Operasi Kajian


Pengkaji telah mengambil enam langkah perancangan dalam operasi kajian dan menumpukan
pembangunan modul ini melalui langkah-langkah yang di nyatakan. Langkah ini akan membantu
pengkaji untuk merancang dengan sistematik bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa pengkaji
mendapatkan kesahan data yang akan digunakan. Langkah-langkah berikut seperti di dalam Rajah 2
iaitu:

• Menetapkan keadah kajian


Langkah • Menjalankan sorotan kajian litaratur
1 • Membangunkan borang soal selidik

Langkah • Menentukan keadah pengumpulan


2

• Menetapkan populasi kajian


Langkah • Pemilihan sampel kajian yang sebenar
3
• Mengenalpasti lokasi respondan
Langkah • Proses pengumpulan data dijalankan
4 • Merekod data

• Membuat kesahan data yang diperolehi


Langkah • Menganalisis data yang diperolehi
5
• Membuat perbincangan berdasarkan data tersebut
Langkah • Cadangan atau penambaikan pada kajian
6

Rajah 2: Langkah operasi kajian

2.2 Keadah Pembangunan Kit Pengajaran SAW


Dalam pembangunan kit pengajaran ini, model ADDIE telah dipilih sebagai rujukan untuk
menghasilkan kit pengajaran ini. Pengkaji mendapati model ADDIE menepati ciri-ciri bagi
membangunkan sebuah produk berbentuk kit pengajaran. Rajah 1 akan memperincikan setiap proses
dalam model ADDIE bagi pembangunan kit pengajaran kimpalan arka tenggelam (SAW).

4
Author 1 et al., Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training Vol. 0 No. 0 (2020) p. 1-5

Analisis (Analyze)
i. Tinjauan Awal
ii. Mengenalpasti masalah yang berlaku
iii. Mencari dan mengumpul maklumat
iv. Mengenalpasti keperluan kajian dan
menentukan golongan sasaran

Reka Bentuk (Design)


i. Mengenalpasti bahan dan media
ii. Membuat lakaran berkaitan kit pengajaran

Pembangunan (Development)
i. Pemilihan bahan, media serta perisian
ii. Membangunkan kit pengajaran menggunakan
bahan atau media yang terpilih

Implimentasi (Implementation)
i. Pengguna menguji prototaip kit dalam sesi
PdPC.
ii. Menambahbaik fungsi kit pengajaran

Penilaian (Evaluation)
i. Pengesahan produk oleh pakar bidang
ii. Mendapatkan maklum balas daripada sampel
kajian.
iii. Analisis dapatan kajian

Rajah 1: Proses terperinci pembangunan kit pengajaran berdasarkan model ADDIE.

5
Author 1 et al., Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training Vol. 0 No. 0 (2020) p. 1-5

2.3 Instrumen Kajian


Instrumen atau alat adalah penting bagi memastikan pengkaji mendapatkan data dalam kajian ini.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah borang selidik yang disahkan pakar. Pakar akan
menilai borang soal selidik dari pelbagai aspek yang terdapat dalam borang soal selidik termasuk
kesesuaian isi kandungan kit pengajaran. Dalam Projek Sarjana Muda (PSM) 2, pengkaji telah memilih
pakar daripada Kolej Vokasional dan FPTV untuk membuat kesahan instrumen dan membuat kesahan
isi kandungan kit pengajaran yang dihasilkan oleh pengkaji. Borang soal selidik yang dibangunkan
terbahagi kepada empat bahagian. Antara bahagian yang akan terdapat dalam borang soal selidik
adalah:
i. Bahagian A - Demografi responden.
ii. Bahagian B - Keberkesanan Kit Pengajaran Kimpalan Arka Tenggelam (SAW) dari Segi
Aspek Keberkesanan Sebagai ABBM.
iii. Bahagian C - Kebolehfungsian Kit Pengajaran Kimpalan Arka Tenggelam (SAW) dari Segi
Aspek Visualisasi Pelajar.
iv. Bahagian D - Kebolehfungsian Kit Pengajaran Kimpalan Arka Tenggelam (SAW) dari Segi
Minat Pelajar.

3. Dapatan Kajian dan Perbincangan


Semua data kajian ini dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan SPSS versi 21.
Skor min dan sisihan digunakan untuk menerangkan tentang taburan data dan juga menjawab persoalan
kajian pertama, kedua dan ketiga. Kesemua item yang terkandung di dalam borang soal selidik akan
dianalisis berdasarkan empat titik Skala Likert iaitu tidak setuju, sangat tidak setuju, setuju dan sangat
setuju. Analisis item akan merujuk julat skor min seperti dalam Jadual 1 bagi mengenalpasti persepsi
respondan kepada persoalan kajian (Osman, Shaari, and Ghazali, 2012).
Jadual 1: Interpretasi Skor Min
Markah Skor Min Tahap
1.00-2.00 Rendah
2.01-3.00 Sederhana
3.01-4.00 Tinggi

3.1 Keberkesanan Kit Pengajaran Kimpalan Arka Tenggelam (SAW) dari Segi Aspek
Keberkesanan sebagai ABBM
Hasil kajian pada Jadual 2 menunjukkan purata bagi min dan sisihan piawai adalah 3.48 dan 0.543.
ni membuktikan kebolehfungsian kit dari segi aspek keberkesanan sebagai ABBM berada pada tahap
yang tinggi dan dapat menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan. Tambahan pula, Saiz kit
pengajaran kimpalan SAW adalah kecil dan boleh digunakan di kelas mahapun bengkel kerana ia boleh
diakses melalui sambungan internet. Hal ini disokong oleh Mohammad Yazdi (2012) yang menyatakan
bahan pembelajaran yang baik boleh disimpan dan diakses di mana saja oleh pelajar apabila mereka
memerlukan bahan tersebut. Selain itu, kit pengajaran ini selamat digunakan oleh pelajar dan guru
kerana dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan. Kajian ini turut disokong oleh Ab. Halim & Chee
Sern (2011) menyatakan bahawa rekabentuk kit pengajaran haruslah terhindar daripada sebarang

6
Author 1 et al., Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training Vol. 0 No. 0 (2020) p. 1-5

kemungkinan kecederaan kepada pengguna. Produk juga perlu terhindar daripada bahan yang boleh
mencederakan.
Jadual 2: Skor min dan sisihan piawai item dalam Bahagian B: Keberkesanan Kit Pengajaran
Kimpalan Arka Tenggelam (SAW) dari Segi Aspek Keberkesanan sebagai ABBM
Bil Item Min Sisihan
Piawai
1 Kit ini mudah digunakan. 3.50 .537
2 Kit ini bersifat mesra pengguna. 3.45 .534
3 Kit ini selamat digunakan oleh guru dan pelajar. 3.52 .537
4 Kit ini dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan. 3.48 .567
5 Kit ini menggunakan teknologi augmented reality. 3.50 .537
6 Kit ini menyokong pembelajaran atas talian. 3.50 .537
7 Kit ini dapat meningkatkan gaya pengajaran guru. 3.52 .527
8 Saiz kit ini sesuai untuk dijadikan sebagai alat bahan bantu 3.40 .567
mengajar.
PURATA 3.48 .543

3.2 Kebolehfungsian Kit Pengajaran Kimpalan Arka Tenggelam (SAW) Dari Segi Aspek
Visualisasi Pelajar
Daripada hasil analisis yang telah diperoleh dalam Jadual 3 menunjukkan kebolehfungsian kit
pengajaran kimpalan arka tenggelam (SAW) dari segi aspek visualisasi pelajar adalah tinggi. Kit ini
dapat meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar dan meningkatkan imaginasi pelajar dalam
menyelesaikan masalah semasa menjalankan kerja amali di bengkel. Lasiun (2016) mendapati keadah
visualisasi dapatmeningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan
pelajar pelbagai tahap walaupun jenis gambaran yang dilakukan adalah berbeza. Pengunaan kit ini juga
membantu pelajar yang mempunyai variasi dari segi keupayaan kognitif. Kajian Mohd Sharif (2012)
menerangkan setiap pelajar mempunyai gaya kognitif yang berbeza dan sukatan pengajaran yang
bersesuaian mengikut gaya kognitif setiap individu, proses pengajaran dan pembelajaran boleh
diperbaiki ke arah pembelajaran yang optimum kerana setiap gaya kognitif mempunyai kelebihan yang
tersendiri dan guru seharusnya memainkan peranan dalam memanfaatkan setiap kelebihan yang ada
pada pelajar. Kit ini dapat membantu pelajar menterjemahkan kefahaman mengenai kimpalan arka
tenggelam (SAW) ke dalam bentuk yang lebih mudah. Kajian ini disokong oleh Harun & Jamri (2010)
yang menunjukkan kefahaman yang tinggi dalam sesebuah topik dapat memendekkan peruntukkan
masa pembelajaran kerana kebolehan pelajar telah meningkat.

7
Author 1 et al., Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training Vol. 0 No. 0 (2020) p. 1-5

Jadual 3: Skor min dan sisihan piawai item dalam Bahagian C: Kebolehfungsian Kit Pengajaran
Kimpalan Arka Tenggelam (SAW) Dari Segi Aspek Visualisasi Pelajar
Bil Item Min Sisihan
Piawai
1 Video dan informasi yang terdapat dalam kit ini adalah jelas. 3.60 .527
2 Kit ini dapat meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar. 3.35 .606
3 Pengunaan kit ini membantu pelajar yang mempunyai variasi dari 3.28 .524
segi keupayaan kognitif.
4 Kit ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada pelajar mengenai 3.45 .534
topik kimpalan arka tenggelam (SAW).
5 Kit ini dapat membantu pelajar merancang strategi penyelesaian 3.28 .613
masalah semasa menjalankan kerja amali di bengkel.
6 Kit ini dapat meningkatkan imaginasi pelajar dalam menyelesaikan 3.45 .534
masalah semasa menjalankan kerja amali di bengkel.
7 Kit ini dapat membantu pelajar menterjemahkan kefahaman 3.57 .533
mengenai kimpalan arka tenggelam (SAW) ke dalam bentuk yang
lebih mudah.
PURATA 3.43 0.553

3.3 Kebolehfungsian Kit Pengajaran Kimpalan Arka Tenggelam (SAW) Dari Segi Minat
Pelajar
Dapatan kajian yang diperolehi oleh pengkaji mendapati kebolehfungsian kit pengajaran kimpalan
arka tenggelam (SAW) dari segi minat pelajar adalah tinggi berdasarkan Jadual 4. Kit pengajaran
kimpalan SAW dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari konsep dan proses kimpalan SAW.
Hasil kajian ini juga mendapati pelajar tidak bosan untuk mengunakan kit ini. Bakhir et al. (2016) dalam
kajiannya mendapati penggunaan bahan bantu mengajar seperti slaid yang menggunakan Microsoft
Power Point, klip video, gambar dan juga unsur interaktif dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran sains dapat mengelakkan proses pembelajaran tidak menarik dan membosankan. Selain
itu, kit ini dapat mewujudkan suasana kelas yang ceria. Penghasilan kit pengajaran kimpalan SAW
dengan perisian multimedia telah membantu menarik minat pelajar. Ini bertepatan dengan kajian M. E.
Ismail et al. (2018) di mana penggunaan perisian multimedia sering menarik minat pelajar kerana
pelajar juga lebih senang memahami dan berupaya meningkatkan penguasaan terhadap konsep-konsep
yang pembelajaran mereka. Sementara itu, kit ini dapat mengekalkan perhatian murid sehingga selesai
sesi pembelajaran dan pemudah cara (PdPC). Perkara ini disokong dengan kajian oleh Madjapuni &
Harun (2019) yang mendapati permainan digital membuatkan pembelajaran menyeronokkan dan
membantu mengekalkan perhatian dan kekal fokus. Kit ini juga dapat menarik minat pelajar untuk
mempelajari kemahiran kimpalan arka tenggelam (SAW). Menurut Mahyudin (2011), perisian animasi
dan multimedia ini dibina adalah untuk memberi kemudahan dan kepentingan kepada semua individu
yang mempelajari kimpalan arka dan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kelas teori kerja-kerja asas
kimpalan arka khususnya.

8
Author 1 et al., Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training Vol. 0 No. 0 (2020) p. 1-5

Jadual 5.5: Skor min dan sisihan piawai item dalam Bahagian D: Kebolehfungsian Kit
Pengajaran Kimpalan Arka Tenggelam (SAW) Dari Segi Minat Pelajar
Bil Item Min Sisihan
Piawai
1 Pelajar tidak bosan untuk mengunakan kit ini. 3.42 .530
2 Kit ini dapat mewujudkan suasana kelas yang ceria. 3.50 .537
3 Kit ini dapat menarik minat pelajar semasa sesi pembelajaran 3.60 .527
dan pemudah cara (PdPC).
4 Pelajar menjadi aktif dalam sesi pembelajaran apabila 3.42 .561
menggunakan kit ini.
5 Kit ini menyebabkan gaya pengajaran guru menjadi lebih 3.57 .533
menarik.
6 Kit ini dapat mengekalkan perhatian murid sehingga selesai 3.33 .601
sesi pembelajaran dan pemudah cara (PdPC).
7 Kit ini dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari 3.47 .623
kemahiran kimpalan arka tenggelam (SAW)
PURATA 3.47 .559

4. Kesimpulan
Hasil kajian menunjukkan kandungan kit pengajaran kimpalan arka tenggelam (SAW) dapat
menjadikan sesi pembelajaran lebih lancar. Kit ini telah digunakan oleh pelajar kimpalan dalam sesi
PdPC sebelum pengkaji mengedarkan borang soal selidik bagi mendapatkan data. Hasil dapatan kajian
menunjukkan para pelajar dapat menerima kandungan kit pengajaran ini serta dapat meningkatkan
kemahiran visualisasi. Di samping itu, minat pelajar dapat ditingkatkan melalui penggunaan kit
pengajaran ini. Kit ini juga secara tidak langsung telah mewujudkan pembelajaran kendiri bagi para
pelajar kursus kimpalan serta membantu guru mempelbagaikan teknik pengajaran.
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan kit pengajaran sekiranya terdapat kajian berkaitan
pembangunan kit pengajaran pada masa hadapan. Kajian pada masa akan datang diharap dapat
menambah infomasi seperti kandungan yang merangkumi kesemua topik dalam subjek Kimpalan
Termaju seperti kimpalan robotik, kimpalan rintangan dan kimpalan orbital. Selain itu, pembangunan
kit pengajaran pada masa akan datang perlulah dilengkapi dengan penanda aras kandungan iaitu tahap
rendah, sederhana, dan tinggi. Keperluan penanda aras kandungan adalah penting bagi memudahkan
para guru memilih aras kandungan yang sesuai berdasarkan pencapaian pelajar dalam penilaian yang
telah dijalankan.

Penghargaan
Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia kajian, Dr Noorazman bin Abd Samad
kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menjalan kajian ini di bawah kursus Projek Sarjana
Muda (PSM). Di samping itu, penulis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para guru dan

9
Author 1 et al., Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training Vol. 0 No. 0 (2020) p. 1-5

pelajar Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Shah Alam yang telah memberikan kerjasama
sepenuhnya dalam menjayakan kajian ini.

Rujukan
Ab. Halim, H. H., & Chee Sern, L. (2011). Penilaian Keberkesanan Kit Pengajaran Transistor bagi
Aliran Vokasional. Seminar Pasca Ijazah 2011 UTHM, 6–15.
Abdul Suki, N., Amin Nur Yunus, F., Bekri Rahim, M., Hadi Masran, S., Fairuz Marian, M., & Abd
Baser, J. (2018). Competency of Tvet Instructor Toward Technical Lesson in Institut Latihan
Perindustrian (Ilp). Jurnal UTHM. Retrieved from
http://ent.uthm.edu.my/client/en_US/search/asset/12603/0
Harun, J., & Jamri, N. (2010). Kajian berkaitan pengaplikasian teori pembelajaran dalam
pembangunan bahan pembelajaran digital di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan.
Unspecified. Retrieved from http://eprints.utm.my/11678/
Ismail, A., & Hassan, R. (2013). Issues and Challenges of Technical and Vocational Education &
Training in Malaysia for Knowledge Worker Driven. National Conference on Engineering
Technology, (January). https://doi.org/10.13140/2.1.4555.2961
Ismail, M. E., Hamzah, H., Ismail, I. M., Masran, S. H., & Marian, M. F. (2017). Development of
Fitting Kit Using Augmented Reality for.
Ismail, M. E., Hashim, S., Ismail, I. M., Ismail, A., Daud, K. A. M., & Khairudin, M. (2018).
Penggunaan Massive Open Online Course (Mooc) Dalam Kalangan Pelajar Vokasional. Journal
of Nusantara Studies, 3(1), 30–41.
Jasmi, K. A., Tamuri, A. H., & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Kajian Kes Penggunaan Kaedah
Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) Sekolah Bandar Dan
Luar Bandar: Satu Kajian Perbandingan. Jurnal Teknologi, 56(1).
https://doi.org/10.11113/jt.v56.66
Johar, S. H., & Abdullah, N. S. (2019). OJ-TP Pembangunan e-Modul Augmented Reality bagi Subjek
Semiconductor Devices untuk Guru TVET. 2, 99–104.
Lasiun, M. (2016). Keberkesanan Kaedah Visualisasi: Meningkatkan Keupayaan Menyelesaikan
Masalah Matematik Berayat. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 687–698.
https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.542
Madjapuni, M. N., & Harun, J. (2019). KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS MELALUI PERMAINAN
DIGITAL DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME SOSIAL
CRITICAL. 73–83.
Mohammad Yazdi. (2012). E-learning sebagai Media Pembelajaran Interaktif Berbasis teknologi
Informasi. Jurnal Ilmua Foristek, 2 (1)(1), 143–152.
Mohd Zain, Z. (2019). TVET in Malaysia. (1), 109–132. https://doi.org/10.1007/978-981-13-6617-8_5
Omar, M. F., & Asha’ari, N. L. (2018). KAJIAN TERHADAP MINAT PELAJAR SEMESTER 1 JKE
POLITEKNIK KOTA KINABALU SESI JUN 2018. (October 2018).
Othman, M. S., & Kassim, A. Y. (2017). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
menerusi Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Kalangan Guru
Pendidikan Islam Sekolah Rendah di Negeri Perak. Journal Of Islamic Educational Research
(JIER), 2(1), 1–14.
Sari, N. M., Idris, S., Latifah, &, & Ariffin, M. (2019). The Potential of Dual TVET System Players in
Co-curricular Activities-an Approach from Malaysia. (13), 1–14. Retrieved from www.tvet-

10
Author 1 et al., Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training Vol. 0 No. 0 (2020) p. 1-5

online.asia
Sulaiman, J., Yunus, F. A. N., Mohd, W., & Wan, R. (2019). OJ-TP Professionalism of Technical
Teacher in Vocational Education : Professional Knowledge That Contribute To A Teacher ’ s
Effectiveness. Online Journal for Tvet Practitioners, 4(2), 42–48.
https://doi.org/doi.org/10.30880/ojtp.00.00.0000.00.0000

11

You might also like