You are on page 1of 24

BAB 1

PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Matlamat utama Transformasi Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) adalah untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang
berpotensi untuk menjana pendapatan tinggi seperti dihasratkan Negara dalam
Wawasan 2020. Pendidikan Vokasional dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
ditawarkan pada dua peringkat iaitu pada peringkat Pendidikan Asas Vokasional
(PAV) dan peringkat Kolej Vokasional (KV).
Langkah Kementerian Pendidikan menstruktur semula sistem pendidikan
menerusi Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) telah mengubah
landskap pendidikan Negara untuk mengarus perdanakan pendidikan vokasional
serta mengubah komposisi modal insan daripada berorentasikan lepasan akademik
kepada lepasan aliran vokasional.
Program Pemesinan Industri merangkumi pembelajaran fungsi mesin
konvensional seperti mesin larik, mesin canai permukaan, mesin gerudi dan mesin
konvensional yang lain. Bagi memenuhi keperluan industri, modul pemesinan
industri terkini telah diserapkan di dalam Program Mesin Larik CNC yang
diprogramkan secara komputer. Mesin-mesin lain yang terkandung dalam modul ini
adalah mesin kisar CNC dan mesin canai CNC (cylinder grinding). Mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan secara konvensinal juga telah dinaik taraf dengan memasukkan
mata pelajaran Lukisan AutoCAD yang dijalankan secara perisian berkomputer. Sepanjang
mengikuti program ini, pelajar berpeluang mempelajari segala teknologi yang berkaitan
secara praktikal bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam selain
kemahiran teknikal, malah pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan
pelajar untuk pasaran industri. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut
cabaran dunia sebenar dalam bidang Pemesinan Industri.
Dalam era teknologi masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja
tertumpu kepada penggunaan buku teks, kaedah pengajaran guru melalui penggunaan kapur
tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih daripada itu termasuklah penggunaan teknologi
yang menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi memupuk minat pelajar. Oleh yang
demikian, melalui teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dari guru sahaja belum
dapat menjamin berlakunya proses pembelajaran yang berkesan tanpa menggunakan alat
bahan bantu mengajar. Dalam matapelajaran amali, alat bahan bantu mengajar memainkan
peranan penting ke arah memahamkan konsep di dalam proses pengajaran selain daripada
bertujuan untuk menarik minat pelajar
Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara praktik
dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh itu, bidang teknologi juga memainkan peranan
penting yang menjadi tapak asas yang kukuh dalam bidang pendidikan masa kini.
Perkembangan teknologi mencipta peralatan pengajaran memberi kesan dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru dan juga bagi
mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan pelajar
Cabaran pendidikan kini mengalami gelombang perubahan yang semakin ketara
dengan adanya Transformasi Pendidikan Vokasional wujudnya kurikulum dan mata pelajaran
yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan. Ini termasuklah kewujudan Kolej
Vokasional yang menjuruskan ke arah kemahiran dan teknologi terkini. Justeru itu,
penggunaan ABM perlulah dititik beratkan dalam pengajaran guru-guru teknikal agar pelajar-
pelajar ini mampu menjadikan mata pelajaran tersebut sebagai asas untuk melibatkan diri
dalam dunia pekerjaan atau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. ABM
bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Oleh itu, guru perlu bijak memilih
kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia membantu guru
tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu
memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan
Negara

2
“Bagi menghadapi suasana persaingan yang semakin sengit, terutama dalam usaha
menarik pelaburan asing, Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada faktor kos buruh yang
murah. Kita hanya akan mampu terus bersaing sekiranya tenaga kerja negara ini mampu
mengimbangi kenaikan kos buruh dengan peningkatan dalam produktiviti mereka.
Berdasarkan kesedaran itulah, Kerajaan memberikan penekanan kepada pembangunan modal
insan sebagai salah satu teras utama dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Modal insan yang
berpengetahuan tinggi, berkualiti dan bertaraf dunia adalah satu keperluan dalam usaha
Malaysia untuk meneroka sumber pertumbuhan ekonomi baharu yang berasaskan teknologi
tinggi seperti dalam bidang bioteknologi, nanoteknologi, teknologi tanpa wayar, teknologi
laser dan sebagainya. Dalam konteks ini, institusi pendidikan dan latihan sewajarnya
melakukan penambahbaikan secara kreatif dan inovatif ke atas sistem penyampaian
pendidikan dan latihan untuk membolehkan negara mengeluarkan lebih banyak tenaga kerja
yang bukan sahaja mahir malah berdaya inovatif dan kompetitif. Selain daripada institusi
pendidikan dan latihan, pihak majikan dan warga pekerja sendiri juga perlu memainkan
peranan yang lebih aktif dalam menjayakan program pembangunan modal insan ini.” menurut
Muhyidin (2011).
Menurut Ismail (2011), sejajar dengan perkembangan baru yang dijangkakan bakal
mengubah landskap pendidikan Negara iaitu Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV)
bakal mengarusperdanakan aliran kemahiran vokasional. TPV akan melibatkan dua aspek
penting iaitu program Pendidikan Asas Vokasional dan Kolej Vokasional. Kolej Vokasional
(KV) boleh menaik taraf kumpulan pelajar sederhana yang selama ini peluang untuk mereka
membuat pilihan menyambung pelajaran agak terhad. Namun, keadaan ini akan berubah
dengan adanya kepelbagaian peringkat pengajian yang akan ditawarkan di kolej vokasional
nanti. Pelajar juga dapat mengikuti bidang vokasional dan teknikal yang diminati sejak dari
awal lagi. Secara tidak langsung, mereka dapat mengembangkan kemahiran yang mereka
miliki sehingga ke peringkat diploma lanjutan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Program Teknologi Pemesinan Industri merupakan salah satu program yang ditawarkan di
Kolej Vokasional. Di dalam tajuk kursus Mesin Larik Pertengahan terdapat Kompetensi
Melarik Profil. Salah satu kemahiran yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah melakukan
kerja melarik bentuk bulat. Melalui temu bual, pemerhatian dan tinjauan awal yang
dijalankan oleh pengkaji bersama-sama dengan 12 orang tenaga pengajar pemesinan. Mereka

3
menyatakan untuk melakukan kerja melarik bentuk bulat dengan tepat bentuk dan ukurannya
menjadi satu masalah kepada pelajar. Oleh itu pengkaji mendapati masalah ini perlu
diselesaikan dan ianya kerap mengganggu kelancaran kerja melarik berbentuk bulat
terutamanya semasa sesi PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) dijalankan. Kesemua tenaga
pengajar seramai 12 orang ini memaklumkan bahawa permasalahan semasa operasi melarik
berbentuk bulat adalah:
1.2.1 Kesukaran untuk menghasilkan bentuk bulat.
1.2.2 Kesukaran untuk mendapatkan ketepatan ukuran.
1.2.3 Kesukaran untuk mendapatkan ketepatan tangen di antara lengkuk dan garisan
lurus.
1.2.4 Kesukaran untuk mengawal pergerakan kekesut lintang dan kekesut
bergabung.
Oleh yang demikian, pengkaji telah bercadang untuk membangunkan kit pembelajaran
jig untuk melarik bentuk bulat sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM). ABBM amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan ABBM dapat
menyalurkan maklumat kepada pelajar berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dengan
lebih jelas dan sistematik.
Alat Bahan Bantuan Mengajar (ABBM) amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Penggunaan ABBM dapat menyalurkan maklumat kepada pelajar
berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dengan jelas dan sistematik. ABBM boleh
dikelaskan kepada dua kategori iaitu elektronik dan bukan elektronik. Contoh bagi kategori
elektronik adalah televisyen, radio, video, projektor slaid dan alat berbantu computer.
Manakala dalam kategori bukan elektronik adalah seperti model, kit pembelajaran, kad
imbasan, majalah, jurnal dan gambar berkaitan dengan pengajaran yang diajar. Menurut
Abdul Rahim (2011), penggunaan ABBM dapat membantu guru-guru teknikal menerangkan
sesuatu perkara dan konsep isi kandungan pembelajaran dengan lebih tepat berbanding
penerangan secara lisan. Oleh itu adalah menjadi tugas pensyarah menggunakan ABBM
untuk memberi pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa yang dipelajari, menurut
Zainudin et.al (2010).
Menurut Nur Elyani et. al. (2013), penggunaan ABBM telah berjaya meningkatkan
tahap kefahaman pelajar denganlebih mendalam berkaitan dengan sesuatu topik. Selain itu, ia
juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar tentang sesuatu topik dan dapat
mempercepatkan proses PdP. Justeru penggunaan ABBM amat berkesan dan bersistematik.
Antara rasionalnya penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah

4
untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara
dan ABBM yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah.
Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan ABBM, lebih–lebih lagi bahan yang
digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain
rasionalnya adalah untuk mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi
pengalak dalam penyampaian pelajaran. ABBM dapat mewujudkan suasana persekitaran yang
sesuai kepada pelajar. Jika ABBM digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan,
pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mohd Safarin Nordin et al.(2010), didapati
bahawa pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam kajian
tersebut mempunyai tahap kemahiran visualisasi pada tahap sederhana tinggi dari aspek
kemahiran menggabung manakala dari aspek kemahiran memutar pula berada pada tahap
sederhana rendah. Beliau berpendapat tahap kemahiran visualisasi pelajar ini perlu diberi
perhatian yang khusus selari dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu
membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia. Strategi baru perlu dirangka
bagi meningkatkan tahap kemahiran visualisasi pelajar selaras dengan kepelbagaian jenis
gaya pembelajaran yang wujud dalam kalangan pelajar. Usaha ini perlu digalas oleh semua
pihak termasuklah pihak sekolah, guru dan pelajar itu sendiri.pengkaji juga mencadangkan
supaya alat bantu mengajar dapat digunakan bagi membantu pelajar meningktkan kemhiran
visualisasi mereka seperti objek-objek simulasi dan alat bahan bantu mengajar yang berbentuk
visual.
Menurut Abdul Rahim et-al. (2011), guru haruslah memainkan peranan penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajarnya sebagai menyahut hasrat negara untuk
menjadi negara maju menjelang 2020. Sewajarnya guru mestilah memainkan peranan yang
penting bagi merealisasikannya dengan menjalankan tanggungjawab mereka dengan
mendidik pelajar-pelajar dengan sebaiknya agar menjamin pelajarnya menguasai apa yang
diajar. Antaranya, penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mereka terutamanya di sekolah-sekolah menengah teknik oleh guru-guru
teknikal. Ini kerana sekolah-sekolah menengah teknik banyak menerapkan unsur sains dan
teknologi dalam pembelajarannya. Dengan penggunaan ABBM dapat membantu guru-guru
teknikal menerangkan sesuatu perkara dan konsep isi kandungan pembelajaran dengan lebih
tepat berbanding penerangan secara lisan.
Alat bahan bantu mengajar adalah elemen yang sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan penggunaan perkataan di dalam kelas

5
sudah memadai untuk menyampaikan masej dalam sesuatu pengajaran. Dengan menggunakan
alat bahan bantu mengajar segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat
diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu pengajaran.
Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat mengatasi sikaf pasif
dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat pelajar untuk belajar,
meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokkan.
Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat
unit yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang berbeza, ini akan
membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkata tersebut. Keadaan ini
dapat diatasi dengan penggunaan alat bantu mengajar kerana kemampuannya dalam
memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat tentang sesuatu konsep atau
prinsip kepada semua pelajar. Selain itu pencapaian pelajar akan menjadi lebih berkesan
melalui penggunaan alat bantu mengajar. Ini kerana murid dapat memahami dan menguasai
tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat membaiki keputusan penilaian di
dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan
dalam sesuatu isi kandungan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Penyataan Masalah

Menurut Sahahabuddin et.al(2003), memberi penekanan pembelajaran dengan menggunakan


Alat Bahan Bantuan Mengajar (ABBM) memudahkan pelajar memahami pengajaran guru.
ABBM ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan juga bahan pembelajaran. Bahan
pengajaran termasuklah semua bahan yang digunakan oleh guru manakala bahan
pembelajaran merujuk kepada semua bahan yang disediakan untuk kegunaan murid. Kedua-
dua jenis bahan tersebut digunakan semata-mata bagi memudahkan pembelajaran pelajar.
Menurut Mohd. Nasir et.al(2005) proses melarik ialah proses pembuangan logam
dengan cara memesin lilitan benda kerja yang berbentuk silinder. Dalam proses ini, mata alat
disuapkan kepada benda kerja yang berputar untuk menghasilkan bentuk yang dikehendaki.
Kerja Melarik Bentuk Bulat dilakukan dengan koordinasi tangan juga dikenali sebagai
cara bebas. Kekesut lintang dan kekesut bergabung digerakkan serentak tetapi pada kadar
hantaran yang berlainan, mengikut bentuk bulat yang diperlukan. Pada mulanya seorang
pelajar akan menghadapi masalah koordinasi kedua-dua tangan untuk menghasilkan satu

6
bentuk bulat yang betul. Dengan latihan yang cukup seorang pelajar akan mahir melakukan
operasi melarik bentuk bulat ini ke satu tahap yang diperlukan.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan kit melarik bentuk bulat sebagai alatan
tambahan. Pengkaji ingin membangunkan kit yang dapat melakuan kerja melarik bentuk bulat
dengan membina kit mudah yang boleh membantu menjimat serta melancarkan proses
melarik bentuk bulat. Di mana, kit tersebut juga boleh disesuaikan dalam pelbagai keadaan
sama ada untuk industri ataupun untuk tujuan PdP. Kit yang dihasilkan ini memudahkan PdP
dalam memahami kaedah melarik bentuk bulat dengan tepat serta mampu memiliki ketahanan
dan ciri keselamatan yang tinggi. Juga mampu mencegah dari berlakunya kerosakan peralatan
dan kemalangan yang tidak diingini.

1.5 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah merujuk kepada objektif-objektif berikut :


1.5.1 Membangun Kit Melarik Bentuk Bulat sebagai Alatan Tambahan.
1.5.2 Menguji lari kebolehfungsian Kit Kerja Melarik Bentuk Bulat sebagai alatan
Tambahan.

1.6 Skop Kajian

Kajian ini menumpukan kepada persoalan yang berkaitan dengan kaedah membangunkan kit
alatan tambahan untuk kerja melarik bentuk bulat. Aspek-aspek yang diambil kira
merangkumi penyudahan bentuk bulat, ketepatan ukuran bentuk bulat, ketepatan tangen di
antara lengkuk dan garisan lurus serta pengawalan pergerakan kekesut lintang dengan
kekesut bergabung.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini amat penting dilakukan kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah kepada
individu-individu berikut :

7
1.7.1 Pelajar
Memudahkan pelajar menghasilkan kerja melarik bentuk bulat dengan tepat
ukurannya serta berkualiti dan menjimatkan masa tanpa berhadapan dengan
risiko kemalangan dan kerosakan.
1.7.2 Guru
Dapat membantu guru melaksanakan PdP dan kerja amali yang baik serta
lancar tanpa diganggu dengan ketidakcukupan masa.

1.8 Terminologi

Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh
penyelidik. Istilah yang digunakan adalah seperti berikut:

1.8.1 ABBM (Alat bahan bantu mengajar)

Menurut Abdul Rahim et.al. (2000), ABBM ialah media yang digunakan untuk
menyampaikan maklumat bahan pengajaran. Guru boleh menggunakan berbagai-bagai media
untuk menyampaikan maklumat. Dalam kontek kajian ini, ABBM merujuk kepada Kit
Pembelajaran Jig Melarik Bentuk Bulat untuk pelajar KV.
Menurut Esah Sulaiman (2004), ABBM dapat membantu pelajar memahami
pengajaran guru. Antara alat bahan bantu mengajar yang digunakan dalam pengajaran ialah
petikan rencana, bahan kimia untuk ujikaji dan peralatan yang digunakan dalam pengajaran
seperti radas, tabung uji dan lain-lain. Ada kalanya dengan menunjukkan gambar sahaja
seseorang pelajar itu boleh memahami proses, prinsip atau idea. Berikut adalah antara cirri-
ciri dalam pengajaran yang baik :
i. Bahan dapat membantu penerangan.
ii. Boleh dilihat dengan jelas misalnya carta.
iii. Boleh disentuh.
iv. Guna peralatan berkaitan dengan mata pelajaran.

8
1.8.2 Kit Pembelajaran

Menurut Kamus Dewan (2002), kit adalah set bahagian-bahagian yang sedia untuk dipasang.
Menurut Ee Ah Meng (1995), pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai perubahan tingkah
laku yang agak tetap dan ia berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan.
Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang individu untuk
menjadi pengalaman. Pengalaman ini pula akan digunakan untuk sesuatu tingkah laku atau
tindakan.
Kit Pembelajaran merupakan satu lagi kaedah inovatif bagi memantapkan sesi
pengajaran dan pembelajaran adalah dengan menggunakan kit pembelajaran sebagai Alat
Bahan Bantu Mengajar (ABBM). Kit pembelajaran ini dibangunkan mengikut tahap
psikologi, kemampuan dan kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza. Kelebihan
penggunaan kit pembelajaran ini adalah:
i. Memberi minat dan daya tarikan kepada pelajar.
ii. Memudahkan pengajaran guru.
iii. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
iv. Memberi kefahaman kepada pelajar dengan mudah dan cepat.
v. Menggalakkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah.

1.8.3 Jig

Jig adalah alat yang digunakan untuk mentapkan kedudukan, mencengkam sesuatu benda
kerja supaya boleh dilakukan kerja-kerja pemesinan.

9
1.9 Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual perlu dibuat untuk membangunkan Kit Melarik Bentuk Bulat sebagai
Alatan Tambahan. Kit ini digunakan sebagai ABBM bagi memudahkan proses yang terlibat
untuk melaksanakannya. Berikut adalah beberapa proses yang terlibat ditunjukkan dalam
Rajah 1.1

SILIBUS / KIT KEBOLEHFUNGSIAN


PROGRAMME PEMBELAJARAN JIG
PEMESINAN JIG UNTUK PELAJAR
INDUSTRI MELARIK GURU
BENTUK BULAT

ADDIE

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual

1.10 Rumusan

Kesimpulannya, pembangunan Kit Melarik Bentuk Bulat Sebagai Alatan Tambahan adalah
hasil temu bual, pemerhatian dan tinjauan awal ke atas permasalahan yang dihadapi oleh
pelajar dan guru semasa proses melarik bentuk bulat. Penggunaan ABBM yang bersesuaian
dapat membantu guru dalam menjalankan proses pembelajaran dengan lebih berkesan dan
bermakna. Selain itu, ABBM ini juga dapat membantu guru meningkatkan kompetensi pelajar
dalam kerja melarik profile.

10
BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan cuba membuat beberapa penelitian terhadap penulisan yang
telah dijalankan. Terdapat beberapa perkara yang akan disentuh dalam bab ini mempunyai
kaitan dengan membangunkan kit pembelajaran sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar
(ABBM). ABBM amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Penggunaan ABBM dapat menyalurkan maklumat kepada pelajar berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar dengan lebih jelas dan sistematik.
Menurut Sahahabuddin et.al(2003), memberi penekanan pembelajaran dengan
menggunakan Alat Bahan Bantuan Mengajar (ABBM) memudahkan pelajar memahami
pengajaran guru. ABBM ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan juga bahan
pembelajaran. Bahan pengajaran termasuklah semua bahan yang digunakan oleh guru
manakala bahan pembelajaran merujuk kepada semua bahan yang disediakan untuk kegunaan
murid. Kedua-dua jenis bahan tersebut digunakan semata-mata bagi memudahkan
pembelajaran pelajar.
Di dalam menyediakan ABBM ianya hendaklah bersesuaian dengan tahap penerimaan
pelajar. Menurut Ee Ah Meng (1995), bahan yang terlalu mudah boleh membosankan pelajar.
Sebaliknya bahan yang beraras tinggi boleh menyebabkan pelajar kehilangan minat. Oleh itu,
guru, hendaklah menyediakan ABBM yang sesuai dengan kebolehan pelajar.

11
2.2 Sorotan Berkaitan Dengan Kajian

Melarik bentuk bulat merupakan kerja melarik terhadap bahan kerja yang dilakukan pada
mesin larik bagi menghasilkan bentuk bulat. Dalam melakukan kerja melarik bentuk bulat
kemahiran menggabungkan kawalan pergerakan penggunaan kekesut bergabung dan kekesut
lintang adalah penting. Oleh itu kemahiran asas adalah penting bagi seseorang jurumesin.

Dalam konsep PdP, kemahiran asas kerja melarik hendaklah dipraktikkan dengan lebih
berkesan lagi melalui pendedahan pembelajaran teori dengan mengenal peralatan, fungsi,
kaedah dan ciri-ciri keselamatan bagi proses kerja melarik bentuk bulat atau berjejari.
Kemudian pelajar-pelajar akan diberi peluang untuk melihat dan mempraktikkan proses kerja
melarik bentuk bulat dengan tunjuk ajar tenaga pengajar yang pakar dalam kerja pemesinan
larik. Penggunaan templat berjejari sangat penting untuk menguji ketepatan lengkuk yang
dihasilkan.

Tujuan utama melarik bentuk bulat adalah untuk mengelakkan ketajaman yang berlaku
pada hujung benda kerja. Selain itu, ia mempunyai daya ketahanan yang lebih terhadap
terikan berbanding dengan hujung bentuk persegi. Benda kerja yang hujungnya berbentuk
bulat kelihatan selamat untuk dipegang serta ianya lebih ergonomik kepada pengguna.
Kebiasaannya pada mesin-mesin ianya digunakan sebagai tuil pemutar untuk menggerakan
bahagian-bahagian tertentu mesin seperti tuil pada kekesut bergabung, kekesut lintang dan
alatan belakang.

2.2.1 Perkara dan Isu Berkaitan Kajian

12
Menurut Mohd. Nasir et.al(2005) proses melarik ialah proses pembuangan logam dengan cara
memesin lilitan benda kerja yang berbentuk silinder. Dalam proses ini, mata alat disuapkan
kepada benda kerja yang berputar untuk menghasilkan bentuk yang dikehendaki. Mesin
Larik banyak digunakan dalam bengkel kejuruteraan pengeluaran untuk menghasilkan
komponen kejuruteraan. Operasi-operasi lain yang boleh dijalankan dengan mesin larik ialah:

2.2.1.1 Melarik Penampang:

 Proses melarik yang pertama dilakukan ke atas benda kerja.


 Mata alat digerakkan pada permukaan keratan rentas bahan kerja.
 Melarik penampang bertujuan :

- memastikan permukaan keratan rentas tepat pada paksi benda kerja.

- melicinkan permukaan keratan rentas benda kerja.

Rajah 2.1: Proses Melarik penampang.

2.2.1.2 Melarik Selari:

13
 Mata alat digerakkan selari dengan paksi mesin larik atau benda kerja.
 Melarik selari menghasilkan silinder dengan ukuran diameter yang
dikehendaki.
 Biasanya diameter silinder dilarik kasar beberapa kali dan diikuti oleh proses
melarik kemasan.

Rajah 2.2: Proses Melarik Selari

2.2.1.3 Melarik Bahu pada benda kerja:

 Dilakukan untuk mencantumkan bahagian-bahagian benda kerja yang


berlainan. Terdapat tiga jenis bahu:-

- bahu persegi (Square Shoulder)

- bahu berkembi (Filleted Corner)

- bahu bersudut (Angular Shoulder)

14
Rajah 2.3: Jenis-jenis Bahu

2.2.1.4 Melarik Buang Segi:

 Proses melarik untuk meniruskan bahu atau tepi silinder.


 Menggunakan mata alat dengan sudut penirusan yang dikehendaki.
 Sudut tirus buang segi biasanya ialah 30°, 45°, dan 60°.

Rajah 2.4: Operasi Melarik Buang Segi

2.2.1.5 Melarik Lurah:

 Proses melarik untuk menghasilkan pelbagai bentuk lurah.


 Lurah bentuk persegi

15
- membolehkan ulir yang dipotong di atas bahu yang berhampiran disudahkan
dengan kemas dan tepat.

 Lurah bentuk bulat

- untuk gegelang “O”

- mengelakkan lurah daripada bersegi

 Lurah bentuk “V”

- untuk memuatkan tali sawat berbentuk V

Rajah 2.5: Operasi Melarik Lurah

2.2.1.6 Membunga:

 Proses membentuk corak bunga intan atau lurus pada sebatang selinder.
 Bahagian yang telah dibunga member pegangan yang kuat dan tidak licin.
 Saiz corak bunga perlu disesuai dengan diameter bahagian yang hendak
dibunga.

16
Rajah 2.6: Proses Membunga.

2.2.1.7 Melarik Tirus:

 Proses melarik untuk menghasilkan bentuk tirus pada benda kerja.


 Kekesut bergabung digunakan untuk memotong penirusan luar dan dalam.
 Sudut tirus dilaras menggunakan senggatan yang terdapat pada tapak kekesut
bergabung. Sudut hendaklah di laras setengah daripada sudut tirus benda kerja.

Rajah 2.7: Proses Melarik Tirus

17
2.2.2 Melarik Bentuk Bulat

Merujuk kepada OMW Corporation (1998), “ The OMW Radius\Ball Turning Tool is
designed to cut convex radii (ball shapes) on a variety of materials. Using the tool, you can
make ornamental balls on the end of handles, ball joints, governor weights, round contact
points for tools, nose cones, and many other useful and decorative objects. The OMW Radius
tool is sized for small to medium sized lathes, although it can be used with any size of
equipment. A lathe swing of at least 5" is required for the tool frame to clear the lathe bed.
Although it is versatile, the radius tool is basically a finishing tool, and as such, it is designed
to take a large number of light cuts, not a small number of large cuts. However, using the
proper techniques, even a large radius on harder materials can be produced quickly and
accurately ”.

Dengan erti mudah, kerja melarik bentuk bulat merupakan kerja melarik yang
dilakukan terhadap bahan kerja. Bentuk bahan kerja yang dihasilkan mempunyai bentuk bulat
seperti Rajah 2.8 di bawah.

18
Rajah 2.8: Operasi Melarik Bentuk Bulat Pada Mesin Larik

2.2.3 Mesin Yang Digunakan Untuk Melarik Bentuk Bulat

2.2.3.1 Mesin Larik Konvensional

Mesin larik merupakan mesin yang digunakan untuk menghasilkan benda kerja berbentuk
bulat :

19
Rajah 2.9: Mesin Larik Konvensional
Operasi melarik, kebiasaanya dilakukan menggunakan Mesin Larik Kovensional
seperti pada Rajah 2.9 di mana ia merupakan mesin larik yang kerap digunakan oleh
jurumesin.

2.2.3.2 Mesin Larik CNC

Oleh kerana zaman teknologi kini bergerak pantas, kebanyakkan mesin larik kini lebih ke
arah gabungan mesin larik dan komputer, contohnya seperti mesin larik CNC (Rajah 2.10).
Namun begitu, bagi proses kerja melarik bentuk bulat, jurumesin lebih memilih untuk
meggunakan mesin larik konvensional berbanding mesin larik CNC.

20
Rajah 2.10: Mesin Larik CNC

2.2.4 Bahan Kerja

Dalam kerja pemesinan, pelbagai bahan yang digunakan untuk kerja-kerja pembuatan
mengikut kesesuaian penggunaan serta fungsi bahan kerja yang dihasilkan. Berikut
merupakan antara bahan yang kerap digunakan dalam operasi pemesinan ini :

21
2.2.4.1 Keluli Lembut

Keluli lembut merupakan bahan yang mudah untuk diperolehi. Ia juga merupakan bahan yang
popular dalam operasi pemesinan. Selain dari bentuk fizikalnya yang mudah untuk dipotong,
sifat-sifat fizikalnya juga boleh berubah apabila dicampur dengan bahan kimia yang lain.
Contohnya ialah, jika keluli lembut ini dipanaskan pada suhu yang tinggi dan kemudiannya
disejukkan dengan menggunakan bahan penyejuk seperti diesel. Fizikal keluli lembut itu
berubah menjadi lebih keras berbanding sebelumnya. Pengkaji juga menggunakan bahan ini
untuk penghasilan Kit Alatan Tambahan Untuk Kerja Melarik Bentuk Bulat sebagai kit
tambahan.

2.2.4.2 Aluminium

Aluminium merupakan logam yang lebih ringan dari keluli. Selain dari fizikalnya yang
mudah dibentuk. Aluminium juga merupakan pengalir haba yang baik serta tahan karat.
Namun begitu, aluminium ini tidak tahan untuk kerja-kerja lasak serta tidak boleh menahan
daya atau beban yang besar.

2.2.4.3 Tembaga

Tembaga merupakan logam berwarna merah kebiasaannya digunakan untuk membuat dawai.
Ianya merupakan bahan pengalir elektrik yang terbaik. Ia mempunyai sifat mulur dan
tempawan. Ianya lebih kuat daripada aluminium dan tidak mudah berkarat.

2.2.5 Fungsi dan Kepentingan Melarik Bentuk Bulat

Operasi melarik bentuk bulat ini kebanyakannya digunakan dalam bidang pemesinan. Antara
bahagian-bahagian penting pada mesin-mesin kejuruteraan yang

22
memerlukan alat ini adalah tuil pemutar. Contohnya seperti Rajah 2.11 di bawah :

Rajah 2.11: Pemutar Tuil Kekesut Bergabung

Antara manfaat bagi melarik bentuk bulat adalah untuk memberi keselesaan semasa
memutar sesuatu tuil. Ianya adalah lebih ergonomik dan selamat digunakan semasa
melakukan kerja memutar tuil, untuk menggerakkan bahagian mesin yang tertentu.

2.3 Rumusan

Pelaksanaan kajian yang mendalam dan pengetahuan tentang fungsi keseluruhan prosedur
kerja untuk melarik bentuk bulat, pengkaji mengambil inisiatif untuk melaksanakan analisis
dan kajian untuk membangunkan kit alatan tambahan untuk melarik bentuk bulat.
Pengalaman mengajar di sekolah vokasional, pengkaji mendapati tiada lagi alat yang
dibekalkan untuk melancarkan pengajaran pembelajaran melarik profil bentuk bulat.
Transformasi pendidikan vokasional yang mula dilaksanakan pada tahun 2012 menekankan

23
kebolehmampuan pelajar melaksanakan praktikal (hands on). Semua Kursus yang diajar
dalam program Pemesinan Industri adalah syarat wajib lulus untuk membolehkan pelajar
kompeten. Oleh itu jig untuk melarik bentuk bulat yang dihasilkan memudahkan proses
pengajaran amali bagi Kod Kursus MPI 3034 Mesin Larik Pertengahan bagi Kompetensi
Melarik Profil dalam Dokumen Standard Kolej Vokasional(DSKV).

Setelah mendalami dan mengetahui fungsi perincian keseluruhan proses kerja serta
alatan yang digunakan untuk melarik bentuk bulat, pengkaji telah bersedia untuk melakukan
analisis dan kajian untuk Membangunkan Kit Alatan Tambahan Untuk Kerja Melarik Bentuk
Bulat. Setakat ini di Kolej Vokasional atau di Institusi Kemahiran tiada lagi alat yang boleh
membantu melancarkan perjalanan PdP. Hanya bergantung kepada kepakaran tenaga pengajar
itu sendiri mengurus agar PdP berjalan lancar. Dengan itu, pengakaji telah memilih Model
ADDIE sebagai panduan bagi melakukan kajian serta mencapai menghasilkan Kit Alatan
Tambahan Untuk Kerja Melarik Bentuk Bulat.

24

You might also like