You are on page 1of 2

HAL EHWAL AKADEMIK PACE

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PEMAKLUMAN
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN
BAGI SEMESTER JULAI SESI 2020/2021 (JJ202)

Penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di
Malaysia mulai 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 telah memberi kesan kepada aktiviti pengajaran
dan pembelajaran serta pentaksiran (PdP) di PACE UUM. Berpandukan keputusan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) yang membenarkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dibuka secara
berperingkat mulai bulan Julai dan sepenuhnya pada Oktober, maka PACE UUM telah
memutuskan perkara-perkara berkaitan PdP seperti berikut:

1. Tarikh kuliah pertemuan pertama adalah pada 24 – 25 Julai 2020 (bagi negeri yang bercuti
pada hari Jumaat dan Sabtu), dan 25 - 26 Julai 2020 (bagi negeri yang bercuti pada hari
Sabtu dan Ahad). Maklumat kuliah pertemuan pertama melalui Webex boleh didapati
mulai 22 Julai 2020 di pautan aras.uecsb.com.my/login.php. Sila masukkan maklumat
username, password dan peranan seperti berikut:

Username: pelajar
Password: pace2020
Peranan: online learning

2. Kalendar Pertemuan Kuliah dan Jadual Kuliah boleh didapati di website PACE,
pace.uum.edu.my

3. Pelajar dikehendaki mendaftar kursus secara dalam talian melalui Portal UUM, di menu
Add Drop Course sebelum kuliah pertemuan pertama bermula. Ini bertujuan untuk
memastikan status pelajar aktif untuk membolehkan pelajar daftar masuk (login) UUM
Online Learning di pautan learning-pace.uum.edu.my. Kursus-kursus JJ202 yang telah
didaftarkan boleh dicapai di tab 'Future'.

4. Semua kuliah/aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan secara online


learning atau remote learning. Kaedah remote learning merupakan kaedah selain
bersemuka, antaranya pembelajaran berbentuk tugasan dan pembelajaran kendiri
menggunakan pelbagai sistem komunikasi, penyampaian dan sumber pembelajaran,
contohnya, WhatsApp, Email, SMS dan sebagainya.

5. Tempoh Gugur Tambah Kursus adalah selama satu bulan bermula 20 Julai 2020 sehingga
20 Ogos 2020.

6. Sebarang pentaksiran sama ada peperiksaan pertengahan semester termasuk gantian,


tugasan, kuiz, pembentangan tugasan akan dilaksanakan secara dalam talian (online) atau
mana-mana kaedah yang akan dimaklumkan kelak.

7. Peperiksaan akhir semester adalah secara bersemuka.

Walau bagaimanapun, kaedah PdP ini tertakluk kepada sebarang pindaan oleh KPT dan pihak
kerajaan.

Sebarang makluman atau pertanyaan lanjut, sila hubungi Prof. Madya Dr. Noraini Othman
[Pengurus Eksekutif Hal Ehwal Akademik | 04-9284610/012-4328005], Puan Nurlaila Sabbikin
[Pegawai Unit Kemasukan | 04-9284616/013-4409726], Puan Husnul Khatimah Azmi [Pegawai
Unit Kuliah | 04-9284615/017-3617705] atau Cik Suhaila Osman Kamil [Pegawai Unit Peperiksaan
| 04-9284619/011-14450832].

PROF. MADYA DR. HALIM MAD LAZIM


Pengarah
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan
Universiti Utara Malaysia

16 JULAI 2020

You might also like