You are on page 1of 36

Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

Cetakan Pertama 2006


Cetakan Kedua 2007
Cetakan Ketiga 2008
Cetakan Keempat 2009
Cetakan Kelima 2010
Cetakan Keenam 2011
Cetakan Ketujuh 2012
Cetakan Kelapan 2013
Cetakan Kesembilan 2014
Cetakan Ke-10 2015
Cetakan Ke-11 2016/ Versi Dalam Talian 2016
Cetakan Ke-12 2017/ Versi Dalam Talian 2017
Cetakan Ke-13 2018/ Versi Dalam Talian 2018

 Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia

HAK CIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara
pun sama ada secara elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau lain-lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian
Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Diterbitkan oleh:

Bahagian Matrikulasi
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel : +603-8884 4083
Fax: +603-8884 4028
Laman sesawang: http://www.moe.gov.my

Panduan
Program Matrikulasi Dua Tahun
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sesi 2018/2019

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti iii


iii
iii
Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI BAHAGIAN MATRIKULASI

Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam


bidang sains, teknologi dan profesional menjelang 2020.

MISI BAHAGIAN MATRIKULASI

Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan


profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang.

OBJEKTIF BAHAGIAN MATRIKULASI

1. Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan.

2. Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan


Universiti Awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

3. Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan


berdaya saing.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti iv


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

Kata Alu-aluan
PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertamanya, saya bagi pihak seluruh warga matrikulasi merakamkan


ucapan tahniah dan syabas kepada pelajar yang telah berjaya mendapat
tempat di Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2018/2019.

Program Matrikulasi KPM merupakan satu medan perjuangan kepada


pelajar bagi menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
mampu menjadi nilai tambah kepada kecemerlangan diri dalam mengejar
impian yang dicita-citakan. Justeru, besarlah harapan saya agar pelajar
dapat mengambil peluang dan kesempatan ini untuk membangunkan
potensi diri agar dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan
sepanjang mengikuti pengajian di program ini.

Untuk makluman, Program Matrikulasi KPM menawarkan Jurusan Sains,


Jurusan Kejuruteraan, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Perakaunan
Profesional. Program ini merupakan persediaan untuk melanjutkan pelajaran
ke peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi dalam dan luar
negara dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik dan
Perakaunan.

Untuk makluman para pelajar, Sijil Matrikulasi KPM akan dianugerahkan


kepada pelajar yang menamatkan pengajian di Program Matrikulasi KPM.
Kelayakan sijil ini telah diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk
tujuan perlantikan ke perkhidmatan awam dengan syarat memperoleh
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 2.00 dan lulus semua pakej
kursus wajib dalam tempoh pengajian. Sokongan daripada semua pihak
dalam menggembleng tenaga dan fikiran sudah pasti dapat membantu
pelajar bersiap siaga dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa merintis
laluan ke arah kecemerlangan melalui Program Matrikulasi KPM.

Akhir kata, saya berharap para pelajar telah membulatkan tekad dan azam
yang tinggi untuk bersama-sama mengikuti program ini dengan jayanya.

Selamat Datang ke Program Matrikulasi KPM dan Selamat Maju Jaya.

(Dr. BAIDURIAH BINTI YAAKUB)

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti v


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan iv


Visi, Misi dan Objektif Bahagian Matrikulasi iv
Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Matrikulasi v

BAHAGIAN A: PENGENALAN

1. Latar Belakang Penubuhan Program Matrikulasi 1


2. Jawatankuasa Penasihat Akademik Program 2
Matrikulasi KPM
3. Carta Organisasi Bahagian Matrikulasi KPM 3
4. Carta Organisasi Kolej Matrikulasi KPM 4
5. Senarai Kolej Matrikulasi KPM 5
6. Kalendar Akademik Sesi 2018/2019 6

BAHAGIAN B: STRUKTUR PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN

1. Konsep Umum 7
2. Pelaksanaan Program
2.1 Sistem Semester 8
2.2 Objektif Pembelajaran Program (Programme
Educational Objectives, PEO) dan Hasil
Pembelajaran Program (Programme Learning
Outcomes, PLO) 9
2.3 Pakej Kursus 11
2.4 Kod Kursus 12
2.5 Pendaftaran Kursus 13
2.6 Kredit 13
2.7 Mengulang Program 13
2.8 Menarik Diri Daripada Program Matrikulasi 13
2.9 Penangguhan Pengajian 14
3. Kehadiran Kelas 14
4. Penilaian
4.1 Sistem Penilaian 15
4.2 Penilaian Berterusan 15
4.3 Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 16
4.4 Sistem Gred, Mata Nilaian dan Purata Nilai Gred 16
5. Syarat Menduduki Peperiksaan 20
6. Pencapaian Akademik Pelajar 20
7. Kelayakan Sijil Matrikulasi KPM 20
8. Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan 21
9. Penipuan Dalam Peperiksaan 21

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti vi


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

KANDUNGAN MUKA SURAT

BAHAGIAN C: LAMPIRAN

Lampiran A - Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian 22


Lampiran B - Ringkasan Struktur Kursus
Jurusan Sains (Modul I) 23
Lampiran B - Ringkasan Struktur Kursus
Jurusan Sains (Modul II) 24
Lampiran B - Ringkasan Struktur Kursus
Jurusan Sains (Modul III) 25
Lampiran C - Pelaksanaan Kursus Pengkhususan & Wajib 26
Lampiran D - Format Penilaian Semester I 27
Lampiran D - Format Penilaian Semester ll 28

MAKLUMAT LANJUT 29

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti vii


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

BAHAGIAN A: PENGENALAN

1. LATAR BELAKANG PENUBUHAN PROGRAM MATRIKULASI

Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar


bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke
peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Sebelum ini, Program Matrikulasi telah dikendalikan oleh Universiti
Awam (UA) lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak
pelaksanaan yang berbeza. Hasil daripada program ini telah melahirkan
ramai cendekiawan dan tenaga mahir bumiputera dalam bidang
profesional.

Program Matrikulasi KPM diwujudkan atas kelulusan Kabinet Malaysia


pada 10 Mac 1999 untuk menambah bilangan pelajar bumiputera Sains
dalam bidang kritikal dan kompetitif di UA. Program Matrikulasi KPM
bermula dengan mengambil alih kumpulan pertama (perintis) dalam
kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah
Sains MARA (MRSM) pada awal tahun 1999. Pelajar-pelajar ini telah
ditempatkan di Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Bangi, Selangor.

Kolej Matrikulasi Melaka dan Kolej Matrikulasi Labuan telah membuat


pengambilan pertama pada bulan Julai 1999. Tiga buah kolej telah
beroperasi pada tahun 2000 iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan,
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Perlis. Pada sesi
2002/2003, Kolej Matrikulasi Perak dan Kolej Matrikulasi Johor telah
membuat pengambilan yang pertama. Kolej Matrikulasi Kedah dan Kolej
Matrikulasi Pahang pula mula beroperasi pada sesi 2003/2004. Pada
tahun 2009, Program Matrikulasi Aliran Teknikal telah ditawarkan di
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang dan
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor. Kolej Matrikulasi Selangor pula mula
beroperasi pada sesi 2010/2011. Manakala Kolej Matrikulasi Sarawak
telah membuat pengambilan pertama bagi sesi 2013/2014. Kolej
Matrikulasi Kelantan mula beroperasi pada sesi 2014/2015. Selain itu,
dua buah kolej MARA iaitu Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala
Nerang turut mengendalikan program ini.

UA terlibat secara langsung dalam penggubalan kurikulum,


penggubalan soalan peperiksaan, pentaksiran soalan peperiksaan dan
pemeriksaan skrip jawapan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi
(PSPM). Pengambilalihan Program Matrikulasi oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia telah meneruskan kesinambungan kecemerlangan
pelajar bumiputera yang lebih berdaya saing dan beriltizam tinggi.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 1


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

2. JAWATANKUASA PENASIHAT AKADEMIK PROGRAM


MATRIKULASI KPM

Jawatankuasa Penasihat Akademik adalah badan yang menentu dan


mengesahkan struktur pengajian, kurikulum dan semakan kurikulum,
penilaian dan pensijilan Program Matrikulasi. Anggota jawatankuasa
adalah seperti berikut:

Pengerusi
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Setiausaha
Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM

Ahli-Ahli
Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik,
Sektor Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi
Ketua Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UKM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM
Timbalan Rektor (Akademik dan Perancangan) UIAM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNISZA

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 2


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2018/2019

3. CARTA ORGANISASI BAHAGIAN MATRIKULASI

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 3


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

4. CARTA ORGANISASI KOLEJ MATRIKULASI KPM

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 4


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

5. SENARAI KOLEJ MATRIKULASI

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA KOLEJ MATRIKULASI PERLIS


Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
78300 Masjid Tanah 02600 Arau
Melaka Perlis
http://www.kmm.matrik.edu.my http://www.kmp.matrik.edu.my

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN


SEMBILAN Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia Jalan OKK Daud, Merinding
72000 Kuala Pilah Peti Surat 81735
Negeri Sembilan 87027 Wilayah Persekutuan
http://www.kmns.matrik.edu.my Labuan
http://www.kml.matrik.edu.my

KOLEJ MATRIKULASI PULAU KOLEJ MATRIKULASI JOHOR


PINANG Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia 84900 Tangkak
13200 Pongsu Seribu Johor
Pulau Pinang http://www.kmj.matrik.edu.my
http://www.kmpp.matrik.edu.my

KOLEJ MATRIKULASI PERAK KOLEJ MATRIKULASI KEDAH


Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
31600 Gopeng 06010 Changlun
Perak Kedah
http://www.kmpk.matrik.edu.my http://www.kmk.matrik.edu.my

KOLEJ MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG


KELANTAN Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia 23600 Gambang
Beg Berkunci No. 3 Pahang
16810 Selising, Pasir Puteh http://www.kmph.matrik.edu.my
Kelantan
http://www.kmkt.matrik.edu.my

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 5


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

6. KALENDAR AKADEMIK SESI 2018/2019

PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN

SEMESTER I
Bilangan Minggu
Aktiviti Tarikh Kumpulan
/ Hari
Minggu Pendaftaran 2 hari 23/5/18 – 24/5/18 A
Pelajar 3 hari 23/5/18 – 25/5/18 B
27/5/18 – 26/7/18 A
Kuliah 9 minggu
28/5/18 – 27/7/18 B
Cuti Pertengahan 27/7/18 – 4/8/18 A
1 minggu
Semester 28/7/18 – 5/8/18 B
5/8/18 – 6/10/18 A
Kuliah 9 minggu
6/8/18 – 7/10/18 B
7/10/18 – 13/10/18 A
Minggu Ulangkaji 1 minggu
8/10/18 – 14/10/18 B
16, 17, 18, 22 & A
Peperiksaan Akhir 5 hari
23/10/18 B
12 hari 24/10/18 – 10/11/18 A
Cuti Akhir Semester
13 hari 24/10/18 – 11/11/18 B
SEMESTER II
Bilangan Minggu
Aktiviti Tarikh Kumpulan
/ Hari
11/11/18 – 22/12/18 A
Kuliah 6 minggu
12/11/18 – 23/12/18 B
23/12/18 – 29/12/18 A
Cuti Antara Semester 1 minggu
24/12/18 – 30/12/18 B
30/12/18 – 2/2/19 A
Kuliah 5 minggu
31/12/18 – 3/2/19 B
Cuti Pertengahan 3/2/19 – 9/2/19 A
1 minggu
Semester 4/2/19 – 10/2/19 B
10/2/19 – 30/3/19 A
Kuliah 7 minggu
11/2/19 – 31/3/19 B
31/3/19 – 6/4/19 A
Minggu Ulangkaji 1 minggu
1/4/19 – 7/4/19 B
A
Peperiksaan Akhir 5 hari 8/4/19 – 12/4/19
B
KUMPULAN A: Bagi kolej di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
KUMPULAN B: Bagi kolej di negeri semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 6
Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

BAHAGIAN B: STRUKTUR PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN

1. KONSEP UMUM

Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) merupakan program persediaan


untuk melayakkan pelajar mengikuti kursus tertentu di peringkat ijazah
pertama dalam bidang sains, teknologi dan profesional di UA dalam dan
luar negara. Reka bentuk kurikulum Program Matrikulasi mengambil kira
pengetahuan asas pelajar dan keperluan bidang tertentu pada peringkat
ijazah pertama.

Kurikulum program ini memberi penekanan kepada aspek akademik


dan bukan akademik yang bertujuan menyediakan pelajar yang
berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri
kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.

Struktur pengajian menggunakan sistem semester (4 semester) dan


tempoh pengajian adalah selama dua tahun. Pelajar ditempatkan di
kolej kediaman sepanjang tempoh pengajian bagi mengoptimumkan
masa pembelajaran.

Mulai Sesi 2018/2019, Bahagian Matrikulasi akan melaksanakan


Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education, OBE) sebagai
persediaan ke arah pengakreditan Program Matrikulasi KPM oleh Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA). OBE merupakan suatu proses akademik
dan pendekatan dalam membangunkan jangkaan berfokuskan
keberhasilan seperti pengetahuan, kemahiran dan nilai kepada pelajar
yang perlu dicapai sebelum bergraduat.

2. PELAKSANAAN PROGRAM

Tempoh pengajian setiap semester adalah 18 minggu (sila rujuk


Kalendar Akademik). Pelajar perlu mendaftar untuk semua kursus yang
diambil pada setiap semester. Pakej kursus yang perlu diambil bagi
melengkapkan pengajian merangkumi kursus pengkhususan dan
kursus wajib.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 7


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

2.1 Sistem Semester

Rasional

Bahagian Matrikulasi KPM melaksanakan sistem semester selaras


dengan amalan kebanyakan UA dalam dan luar negara. Rasional
pelaksanaan sistem semester adalah:

a) Menyediakan pendidikan yang lebih kompetitif kepada


pelajar.

b) Memberi ruang yang lebih luas kepada kolej untuk


melaksanakan sistem penilaian prestasi dan menilai
kemajuan akademik pelajar yang lebih sesuai dan berkesan.

Ciri-ciri Utama

a) Pembelajaran dilaksanakan secara kuliah, tutoran dan amali.

b) Penilaian pelajar berdasarkan kepada Penilaian


Berterusan (PB) dan Peperiksaan Semester Program
Matrikulasi (PSPM). Prestasi dan kedudukan akademik
pelajar berdasarkan Purata Nilai Gred Semester (PNGS)
dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) di akhir setiap
semester.

c) Setiap pelajar perlu mengikuti kursus wajib. Gred yang


diperoleh tidak dikira dalam PNGS dan PNGK. Walau
bagaimanapun, keputusan dicatat dalam transkrip pelajar.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 8


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

2.2 Objektif Pembelajaran Program (Programme Educational


Objectives, PEO) dan Hasil Pembelajaran Program
(Programme Learning Outcomes, PLO)

PEO Jurusan Sains

Selepas setahun bergraduasi daripada program, graduan adalah:


Upon a year of graduation from the programme, graduates are:
PEO 1 Berpengetahuan dan kompeten secara teknikal dalam
bidang sains selari dengan keperluan institusi pengajian
tinggi.

Knowledgeable and technically competent in science


disciplines in-line with higher educational institution
requirement.

PEO 2 Berkebolehan untuk berkomunikasi dengan mahir dan


berkolaborasi secara berkesan dalam kerja berkumpulan
untuk bersaing dalam persekitaran pendidikan tinggi.

Able to communicate competently and collaborate


effectively in group work to compete in higher education
environment.

PEO 3 Berkebolehan untuk menyelesaikan masalah dalam bidang


sains dan matematik secara inovatif dan kreatif.

Able to solve scientific and mathematical problems


innovatively and creatively.

PEO 4 Berkebolehan untuk mengamalkan Pembelajaran


Sepanjang Hayat dengan penuh komitmen bagi
pemerolehan ilmu dan kemahiran baharu.

Able to engage in life-long learning with strong commitment


to continue the acquisition of new knowledge and skills.

* PEO adalah pernyataan yang menggambarkan pencapaian pelajar selepas setahun tamat
Program Matrikulasi.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 9


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

PLO Jurusan Sains

Pada akhir program, pelajar patut:


At the end of the programme,students should be able to :
PLO 1 Memperolehi pengetahuan dalam bidang sains dan
matematik sebagai asas kepada pendidikan peringkat tinggi.

Acquire knowledge of science and mathematics


fundamental in higher level education.

PLO 2 Mendemonstrasi kemahiran manipulatif dalam kerja


makmal.

Demonstrate manipulative skills in laboratory work.

PLO 3 Berkomunikasi dengan mahir dan berkolaborasi secara


berkesan dalam kerja berkumpulan dengan kemahiran
yang diperlukan untuk kemasukan ke institusi pendidikan
tinggi.

Communicate competently and collaborate effectively in


group work with skills needed for admission in higher
education institutions.

PLO 4 Mengaplikasi pemikiran logik, analitikal dan kritis dalam


kajian saintifik dan penyelesaian masalah.

Apply logical, analytical and critical thinking in scientific


studies and problem solving.

PLO 5 Mencari dan berkongsi maklumat berkaitan sains dan


matematik secara kendiri.

Independently seek and share information related to


science and mathematics.

* PLO adalah pernyataan yang menerangkan pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan tingkah
laku pelajar yang boleh diukur di akhir pengajian.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 10


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

2.3 Pakej Kursus

Kursus Pengkhususan Jurusan Sains (Modul I)


 Mathematics 1 & 2
 Chemistry 1 & 2
 Physics 1 & 2
 Biology 1 & 2

Kursus Pengkhususan Jurusan Sains (Modul II)


 Mathematics 1 & 2
 Chemistry 1 & 2
 Physics 1 & 2
 Computer Science 1 & 2

Kursus Pengkhususan Jurusan Sains (Modul III)


 Mathematics 1 & 2
 Chemistry 1 & 2
 Biology 1 & 2
 Computer Science 1 & 2

Kursus W ajib
 English 1 & 2

Penerangan Kursus Wajib:

English 1 & 2

i) Kurikulum English bertujuan membantu pelajar


berkomunikasi secara berkesan dan cekap dalam konteks
akademik dan sosial.

ii) Pelajar diwajibkan mengikuti kursus English untuk tempoh


tiga jam seminggu pada semua semester.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 11


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

2.4 Kod Kursus

Setiap kursus yang ditawarkan diberikan kod seperti berikut:

Kursus Semester I
Mathematics 1 DM015
Chemistry 1 DK014
Physics 1 DP014
Biology 1 DB014
Computer Science 1 DC014
English 1 DE013

Kursus Semester II
Mathematics 2 DM025
Chemistry 2 DK024
Physics 2 DP024
Biology 2 DB024
Computer Science 2 DC024
English 2 DE023

Contoh huraian kod kursus:

Kod Kursus DK014 DM015 DB024


Jurusan/
D = Dua tahun D = Dua tahun D = Dua tahun
Aliran
Kursus K = Chemistry M = Mathematics B = Biology

Peringkat 0 = Matrikulasi 0 = Matrikulasi 0 = Matrikulasi


Semester 1 = Semester I 1 = Semester I 2 = Semester II
Kredit 4 = Kredit 5 = Kredit 4 = Kredit

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 12


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

2.5 Pendaftaran Kursus

a) Pelajar wajib mendaftar semua kursus yang diambil bagi


setiap semester.

b) Jumlah unit kredit maksimum yang diambil dalam setiap


semester bagi kursus pengkhususan adalah 17 kredit.

2.6 Kredit

Penetapan unit kredit bagi setiap kursus adalah berasaskan jam


pembelajaran pelajar (Student Learning Time, SLT). SLT
ditakrifkan sebagai jumlah masa pelaksanaan keseluruhan
aktiviti pembelajaran sama ada secara bersemuka atau tidak
yang digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan.

Satu kredit bersamaan dengan 40 jam SLT. Kredit adalah


pengukuran kuantitatif yang mewakili volum pembelajaran
daripada beban akademik untuk mencapai keberhasilan
pembelajaran masing-masing.

2.7 Mengulang Program

Pelajar diberi peluang hanya sekali untuk mengulang program


selepas akhir semester kedua sekiranya pencapaian akademik
tidak memenuhi syarat minimum untuk dipertimbangkan masuk
ke UA. Sila rujuk Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian di
Lampiran A.

2.8 Menarik Diri Daripada Program Matrikulasi

a) Penarikan diri pelajar hanya dipertimbangkan atas sebab


perubatan atau alasan munasabah yang dibenarkan.
b) Permohonan secara bertulis hendaklah dikemukakan
kepada Pengarah kolej masing-masing. Bagi penarikan
diri atas sebab perubatan, pelajar dikehendaki
mengemukakan laporan perubatan lengkap yang
mengesahkan ketidakupayaan pelajar untuk meneruskan
pengajian.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 13


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

2.9 Penangguhan Pengajian

a) Permohonan penangguhan pengajian atas sebab


perubatan perlu dikemukakan kepada Pengarah kolej
masing-masing. Pelajar yang telah mendapat kelulusan
penangguhan pengajian hendaklah disahkan sihat sebelum
meneruskan pengajian pada sesi berikutnya.

b) Penangguhan hanya dibenarkan sekali sahaja dalam


tempoh pengajian.

3. KEHADIRAN KELAS

a) Pelajar diwajibkan menghadiri kuliah, tutoran, amali/ bengkel dan


kokurikulum yang ditetapkan pada sepanjang pengajian.

b) Setiap pelajar bertanggungjawab menepati masa ketika


menghadiri kuliah, tutoran, amali/ bengkel dan kokurikulum yang
ditetapkan sepanjang pengajian.

c) Kelewatan melebihi sepuluh (10) minit dari bermulanya waktu


kuliah, tutoran, amali/ bengkel dan kokurikulum, pelajar akan
dikira tidak hadir bagi kuliah, tutoran, amali/ bengkel dan
kokurikulum sekiranya berkenaan mengikut Akta 174: Kaedah 4.

d) Hanya pelajar yang sakit dan dapat mengemukakan sijil cuti sakit
yang sah atau mendapat kebenaran khas atau cuti khas bertulis
daripada Pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh
Pengarah kolej dibenarkan meninggalkan kuliah, tutoran, amali/
bengkel dan kokurikulum.

e) Sekiranya pelajar tidak hadir, adalah menjadi tanggungjawab


pelajar untuk memaklumkan seberapa segera kepada pegawai
yang berkaitan mengikut Akta 174: Kaedah 4.

f) Pelajar yang kehadirannya kurang daripada 90% dalam mana-


mana kursus tanpa sebab yang munasabah dan tanpa kebenaran
Pengarah kolej tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bagi
kursus berkenaan. Pengarah kolej mempunyai kuasa untuk
mengambil tindakan tatatertib berdasarkan kepada peruntukan
Akta 174: Kaedah 48. Walau bagaimanapun, apa juga keputusan
yang telah diambil perlu dimaklumkan secara bertulis kepada
Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 14


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

g) Di bawah peruntukan Akta 174: Kaedah 48, pelajar yang tidak


memenuhi peratus kehadiran yang ditetapkan boleh dihalang
daripada menduduki peperiksaan.

h) Pelajar yang dihalang daripada menduduki peperiksaan bagi


semua kursus yang telah didaftar bagi sesuatu semester akan
ditamatkan pengajian dan tidak akan diterima masuk semula ke
Program Matrikulasi.

4. PENILAIAN

4.1 Sistem Penilaian

Pencapaian akademik pelajar dinilai berdasarkan kaedah seperti


berikut:

a) Penilaian Berterusan (PB)

b) Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata


Nilai Gred Kumulatif (PNGK) digunakan bagi menentukan
pencapaian akademik pelajar.

4.2 Penilaian Berterusan (PB)

PB merupakan salah satu penilaian ke atas pencapaian pelajar


yang dilaksanakan oleh pensyarah dari semasa ke semasa.
Objektif PB adalah untuk menilai kemajuan pelajar ke arah
pencapaian hasil pembelajaran yang disasarkan. Selain daripada
itu, PB juga bertujuan untuk memastikan pelajar sentiasa
melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.

PB merangkumi tugasan individu/ kumpulan, ujian praktikal,


laporan amali, esei, pembentangan, forum atau aktiviti lain yang
sesuai untuk menilai prestasi pelajar.

Markah PB dilaporkan pada penghujung setiap semester. Peratus


wajaran PB yang diambil kira bagi menentukan gred setiap
kursus adalah seperti yang dinyatakan di Lampiran D.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 15


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

4.3 Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

PSPM melibatkan semua kursus pengkhususan yang diadakan


pada penghujung setiap semester.

Penyediaan kertas soalan, pemeriksaan dan pemarkahan skrip


jawapan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi
KPM.

Peratus wajaran PSPM yang diambil kira bagi menentukan gred


setiap kursus adalah seperti yang dinyatakan di Lampiran D.

Pada akhir setiap semester, PNGS dan PNGK pelajar dikira


berasaskan gred yang diperoleh dan unit kredit yang
diperuntukkan bagi semua kursus pengkhususan yang diambil.

4.4 Sistem Gred, Mata Nilaian Dan Purata Nilai Gred (PNG)

Keputusan akhir semua kursus pengkhususan dinyatakan


dalam bentuk gred seperti dalam Jadual 1. Gred C merupakan
gred lulus minimum manakala gred C– sehingga F adalah gagal.

Jadual 1

GRED MATA NILAIAN TARAF


A 4.00
A– 3.67 Cemerlang
B+ 3.33
B 3.00
Kepujian
B– 2.67
C+ 2.33
Lulus
C 2.00
C– 1.67
D+ 1.33
Gagal
D 1.00
F 0.00

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 16


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

Gred keputusan kursus wajib (English,) dinyatakan seperti


dalam Jadual 2.

Jadual 2

GRED TARAF
A Cemerlang
B Kepujian
C Baik
D Memuaskan
F Gagal

PNGS dan PNGK dikira berdasarkan gred yang diperoleh


daripada semua kursus pengkhususan. Gred yang diperoleh
diberikan mata nilaian seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1
dan PNGS dan PNGK dikira mengikut kaedah berikut:

Mata = Kredit kursus  mata nilaian

PNGS = Jumlah mata


Jumlah kredit bagi semester berkenaan

PNGK = Jumlah mata keseluruhan


Jumlah kredit keseluruhan

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 17


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

Contoh pengiraan PNGS dan PNGK:

Kes 1: Keputusan PNGK ≥ 2.00

Keputusan Semester I

MATA MATA
KOD KURSUS GRED KREDIT
NILAIAN (mata nilai xkredit)
DM015 A 4.00 5 20.00
DK014 C+ 2.33 4 9.32
DB014 B+ 3.33 4 13.32
DP014 B 3.00 4 12.00
JUMLAH 17 54.64

54.64
PNGS1 = = 3.21
17

PNGK = 3.21

STATUS: Rujuk Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian di


Lampiran A.

Keputusan Semester II

MATA MATA
KOD KURSUS GRED KREDIT
NILAIAN (mata nilai xkredit)
DM025 A– 3.67 5 18.35
DK024 B 3.00 4 12.00
DB024 C 2.00 4 8.00
DP024 B+ 3.33 4 13.32
JUMLAH 17 51.67

51.67
PNGS2 = = 3.04
17

(54.64 + 51.67)
PNGK = = 3.13
(17 + 17)

STATUS: Rujuk Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian di


Lampiran A.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 18


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

Kes 2: Keputusan PNGS1 < 1.50

Keputusan Semester I

MATA MATA
KOD KURSUS GRED KREDIT
NILAIAN (mata nilai xkredit)
DM015 C 2.00 5 10.00
DK014 D+ 1.33 4 5.32
DB014 D+ 1.33 4 5.32
DP014 D 1.00 4 4.00
JUMLAH 17 24.64

24.64
PNGS1 = = 1.45
17

PNGK = 1.45

STATUS: Gagal dan diberhentikan.

Kes 3: Keputusan PNGS1 1.50 ≤ PNGS 1 < 2.00

Keputusan Semester I

MATA MATA
KOD KURSUS GRED KREDIT
NILAIAN (mata nilai xkredit)
DM015 C 2.00 5 10.00
DK014 C 2.00 4 8.00
DB014 C 2.00 4 8.00
DP014 D 1.00 4 4.00
JUMLAH 17 30.00

30.00
PNGS1 = = 1.76
17

PNGK = 1.76

STATUS: Rujuk Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian di


Lampiran A.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 19


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

Keputusan Semester II

MATA MATA
KOD KURSUS GRED KREDIT
NILAIAN (mata nilai xkredit)
DM015 C 2.00 5 10.00
DK014 C 2.00 4 8.00
DB014 F 0.00 4 0.00
DP014 C 2.00 4 8.00
JUMLAH 17 26.00

26.00
PNGS2 = = 1.53
17

(30.00  26.00)
PNGK = = 1.65
(17  17)

STATUS: Rujuk Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian di


Lampiran A.

5. SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Memenuhi peraturan kehadiran kuliah, tutoran, amali/ bengkel dan


kokurikulum termasuk menyempurnakan semua tugasan yang
ditetapkan pada sepanjang pengajian.

6. PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

Pencapaian akademik pelajar bagi setiap semester adalah berdasarkan


PNGS dan PNGK yang diperolehi. Sila rujuk Syarat Kelayakan
Meneruskan Pengajian di Lampiran A.

7. KELAYAKAN SIJIL MATRIKULASI KPM

Pelajar layak menerima Sijil Matrikulasi KPM jika memenuhi syarat-


syarat berikut:

i) berdaftar sebagai pelajar Program Matrikulasi KPM.

ii) mengambil sekurang-kurangnya tiga kursus pengkhususan yang


ditetapkan di Program Matrikulasi KPM.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 20


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

iii) keputusan diperolehi dalam satu peperiksaan sahaja.

iv) menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM dalam


tempoh yang ditetapkan.

8. PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Calon diberi peluang untuk memohon semak semula keputusan


peperiksaan setelah keputusan diumumkan.

Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang yang disediakan oleh


Bahagian Matrikulasi KPM. Permohonan adalah terhad kepada
semester semasa dan kursus pengkhususan sahaja.

Borang permohonan hendaklah sampai ke Bahagian Matrikulasi KPM


dalam tempoh 14 hari selepas keputusan PSPM dikeluarkan.
Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan
dipertimbangkan. Bayaran sebanyak RM50.00 dikenakan bagi setiap
skrip jawapan yang hendak disemak. Bayaran hendaklah dibuat dalam
bentuk wang pos/ bank draf atas nama Pengarah Bahagian
Matrikulasi, KPM.

9. PENIPUAN DALAM PEPERIKSAAN

Di bawah Akta 174: Kaedah 3(j) atau 7A, pelajar yang didapati
bersalah melakukan penipuan dalam mana-mana peperiksaan akan
dikenakan tindakan tatatertib.

Pelajar boleh diberi markah sifar (0) bagi kertas peperiksaan berkenaan
atau diberi gred F bagi kursus berkenaan. Rayuan berhubung perkara
ini tidak akan dipertimbangkan.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 21


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

BAHAGIAN C: LAMPIRAN
Lampiran A

SYARAT KELAYAKAN MENERUSKAN PENGAJIAN

JURUSAN SAINS (MODUL I, II DAN III)


SEMESTER PENCAPAIAN STATUS
PNGS1 ≥ 1.50
Lulus dan meneruskan pengajian ke
Lulus semua atau sebilangan
Semester II.
Semester I kursus pengkhususan.

PNGS1 < 1.50 Gagal dan diberhentikan.

PNGK ≥ 2.00
Lulus dan meneruskan pengajian ke
Lulus semua atau sebilangan
Semester I PST.
kursus pengkhususan.
1. Gagal kali pertama
tetapi meneruskan
Semester II pengajian ke
1.50 ≤ PNGK < 2.00
Semester I PST amaran.
2. Gagal kali kedua dan
diberhentikan.

PNGK < 1.50 Gagal dan diberhentikan.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 22


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

Lampiran B

RINGKASAN STRUKTUR KURSUS

JURUSAN SAINS (MODUL I)

Semester I Semester II

Pertembungan

Pertembungan
Kod Kursus

Kod Kursus
Seminggu

Seminggu
Bil. Jam

Bil. Jam
Kredit

Kredit
Pakej Kursus Nama Kursus

Mathematics 1 & 2 DM015 5 5 DM025 5 5

Chemistry 1 & 2 DK014 5 4 DK024 5 4


Pengkhususan
Physics 1 & 2 DP014 5 4 DP024 5 4

Biology 1 & 2 DB014 5 4 DB024 5 4

Wajib English 1 & 2 DE013 3 3 DE023 3 3

JUMLAH KREDIT 20 20

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 23


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

Lampiran B

RINGKASAN STRUKTUR KURSUS

JURUSAN SAINS (MODUL II)

Semester I Semester II

Pertembungan

Pertembungan
Kod Kursus

Kod Kursus
Seminggu

Seminggu
Bil. Jam

Bil. Jam
Kredit

Kredit
Pakej Kursus Nama Kursus

Mathematics 1 & 2 DM015 5 5 DM025 5 5

Chemistry 1 & 2 DK014 5 4 DK024 5 4


Pengkhususan
Physics 1 & 2 DP014 5 4 DP024 5 4

Computer Science 1 & 2 DC014 5 4 DC024 5 4

Wajib English 1 & 2 DE013 3 3 DE023 3 3

JUMLAH KREDIT 20 20

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 24


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

Lampiran B

RINGKASAN STRUKTUR KURSUS

JURUSAN SAINS (MODUL III)

Semester I Semester II

Pertembungan

Pertembungan
Kod Kursus

Kod Kursus
Seminggu

Seminggu
Bil. Jam

Bil. Jam
Kredit

Kredit
Pakej Kursus Nama Kursus

Mathematics 1 & 2 DM015 5 5 DM025 5 5

Chemistry 1 & 2 DK014 5 4 DK024 5 4


Pengkhususan
Biology 1 & 2 DB014 5 4 DB024 5 4

Computer Science 1 & 2 DC014 5 4 DC024 5 4

Wajib English 1 & 2 DE013 3 3 DE023 3 3

JUMLAH KREDIT 20 20

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 25


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

Lampiran C
PELAKSANAAN KURSUS PENGKHUSUSAN & WAJIB

Jumlah Jam Pertembungan


Pakej Kursus Seminggu
PENGKHUSUSAN/ WAJIB KULIAH TUTORAN AMALI

JURUSAN SAINS (MODUL I)


Mathematics 1 & 2 - 5 -
Chemistry 1 & 2 - 3 2
Physics 1 & 2 - 3 2
Biology 1 & 2 - 3 2
JURUSAN SAINS (MODUL II)
Mathematics 1 & 2 - 5 -
Chemistry 1 & 2 - 3 2
Physics 1 & 2 - 3 2
Computer Science 1 & 2 - 3 2
JURUSAN SAINS (MODUL III)
Mathematics 1 & 2 - 5 -
Chemistry 1 & 2 - 3 2
Biology 1 & 2 - 3 2
Computer Science 1 & 2 - 3 2
WAJIB
English 1 & 2 - 3 -

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 26


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

Lampiran D

FORMAT PENILAIAN SEMESTER I

PENILAIAN BERTERUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER


KURSUS
(PB) PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)

 Kuiz
Mathematics 1  Tugasan Individu 60%
Soalan struktur
40%
DM015  Tugasan 2 jam
Kumpulan

 Tugasan Individu
Chemistry 1 Soalan objektif, struktur dan esei
 Ujian Praktikal 60% 40%
DK014 2 jam
 Laporan Amali

 Tugasan Individu
Physics 1 Soalan objektif dan struktur
 Ujian Praktikal 60% 40%
DP014 2 jam
 Laporan Amali

 Tugasan Individu/
Biology 1 Kumpulan Soalan objektif, struktur dan esei
60% 40%
DB014  Ujian Praktikal 2 jam
 Laporan Amali

Computer
 Tugasan Soalan struktur
Science 1 60% 40%
DC014  Laporan Amali 2 jam

 Tugasan Individu Tiada


English 1
DE013  Tugasan 100% −
Kumpulan

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 27


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

Lampiran D

FORMAT PENILAIAN SEMESTER II

PENILAIAN BERTERUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER


KURSUS
(PB) PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)

 Kuiz
Mathematics 2  Tugasan Individu Soalan struktur
60% 40%
DM025  Tugasan 2 jam
Kumpulan

 Tugasan Individu
Chemistry 2 Soalan objektif, struktur dan esei
 Ujian Praktikal 60% 40%
DK024 2 jam
 Laporan Amali

 Tugasan Individu
Physics 2 Soalan objektif dan struktur
 Ujian Praktikal 60% 40%
DP024 2 jam
 Laporan Amali

 Tugasan Individu/
Biology 2 Kumpulan Soalan objektif, struktur dan esei
60% 40%
DB024  Ujian Praktikal 2 jam
 Laporan Amali

Computer
 Tugasan Soalan struktur
Science 2 60% 40%
DC024  Laporan Amali 2 jam

 Tugasan Individu Tiada


English 2
DE023  Tugasan 100% −
Kumpulan

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 28


Panduan Program Matrikulasi Dua Tahun KPM 2018/2019

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Pengarah
Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia Aras 6 & 7,
Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.

Tel: (03) 8884 4083


Faks: (03) 8884 4028 / (03) 8888 6864

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 29

You might also like