You are on page 1of 1

Persatuan Kaunseling dan Psikologi

Universiti Utara Malaysia


06010 Sintok
Kedah Darul Aman
No. Tel: 04-9284616

“KEDAH AMAN MAKMUR, BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI”

20 Jun 2015

Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad
Kuala Nerang
06300 Padang Terap
Kedah Darul Aman

MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN PROGRAM PENDIDIKAN DAN


MOTIVASI “SELANGKAH KE IPT TANGGUNGJAWAB KITA” DI SEK. MEN.
KEB. DATO’ SYED AHMAD, KUALA NERANG

Merujuk perkara di atas, saya setiausaha Program Pendidikan dan Motivasi ”Selangkah Ke
IPT Tanggungjawab Kita” mewakili jawatankuasa program ini untuk memohon kebenaran
dari pihak tuan bagi menjalankan program tersebut di Sek. Men. Keb. Dato’ Syed Ahmad,
Kuala Nerang, Kedah.

2. Kami telah memilih sekolah ini sebagai tuan rumah memandangkan sekolah tersebut
merupakan antara sekolah yang terkenal di daerah tersebut. Selain itu, kedudukan sekolah
tersebut juga begitu dekat dengan Universiti Utara Malaysia, yang merupakan universiti
paling sinonim disebut oleh masyarakat daerah Padang Terap. Secara tidak langsung, kami
juga dapat menimba pengalaman baru serta dapat memahami dengan jelas dan mendalam
suasana persekitaran di daerah ini.

3. Berikut merupakan butir-butir mengenai Program Pendidikan dan Motivasi


”Selangkah Ke IPT tanggungjawab Kita”:

Tarikh Cadangan : 23 hingga 25 Julai 2015

Tempoh : 3 hari 2 malam

Bilangan Peserta : Peserta terdiri daripada 100 orang pelajar


tingkatan 3 dan 5 dari sekolah-sekolah di daerah
Padang Terap, Kedah

Pensyarah Pembimbing : 01 Orang

4. Sehubungan itu, kami juga ingin meminta kebenaran dari pihak tuan untuk
membenarkan dewan sekolah, kemudahan asrama dan lain-lain digunakan serta melibatkan
seramai 100 orang pelajar dan waris tingkatan 3 dan 5 dari sekolah-sekolah di daerah
berkenaan bagi menjayakan program ini.

You might also like