You are on page 1of 1

Ruj. Kami : IPGKKB:3/98/Jld.

5 ( )
Tarikh : 16 MAC 2014


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,
Jalan Dato Musa,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGINAP DI KOLEJ KEDIAMAN DAN PENGANGKUTAN BAS
KAMPUS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, kami dari Skuad 2, di bawah Biro Kelab Sahabat Siswa,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), IPG Kampus Kota Bharu memohon kebenaran pihak tuan
untuk mengadakan Program Motivasi Kecermerlangan dan Khidmat Masyarakat bersama-sama
dengan Jawatan Perwakilan Pelajar (JPP), IPG Kampus Tun Abdul Razak ke Sekolah Kebangsaan
Tabuan Hilir, Kuching.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, Program Motivasi Kecermerlangan dan Khidmat Masyarakat
ini diadakan di SK Tabuan HIlir, Kuching bagi memperkenalkan Kelab Sahabat Siswa di negeri
Sarawak selain membantu dan memberi motivasi kepada anak-anak Sarawak bagi meningkatkan
sahsiah diri mereka.

4. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak IPG Kampus Tun Abdul Razak untuk
membenarkan sejumlah guru pelatih yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk
menginap di kolej kediaman dan menggunakan pengangkutan bas kampus.

5. Maklumat bagi lawatan adalah seperti berikut:
Tarikh : 29 Mei 3 Jun 2014 ( Khamis-Selasa)
Jumlah : 25 orang ahli Kelab Sahabat Siswa IPG KKB dan 2 orang
pensyarah

6. Pihak tuan boleh merujuk kertas kerja yang dilampirkan bersama-sama surat ini. Sebarang
makluman dan pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Mohd Alif Adham Bin Mohd Arif
(Pengarah- Program Jejak Muhibbah Bumi Borneo) melalui no: 0111-9825810).

7. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah



(HJ. HASHIM BIN DERAMAN)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu.

You might also like