You are on page 1of 9

PERSATUAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

MINIT MESYUARAT
PROGRAM PENDIDIKAN DAN MOTIVASI
“SELANGKAH KE IPT TANGGUNGJAWAB KITA”
BIL.2/2015

Tarikh
19 Julai 2015

Masa
02.30 Petang

Tempat
Dewan Kuliah DKG 5/3
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Pengerusi : Suhaimi Bin Md Shuib
Kehadiran (Bilangan) : 12 orang
Nama Yang Hadir :
1. Suhaimi Bin Md Shuib (Pengerusi)
2. Sinar Suria Binti Hamat (Timbalan Pengerusi)
3. Nur Wahiedah Binti Zakaria (Setiausaha)
4. Nur Syahirah Bt Mohd Yusof (Setiausaha II)
5. Nuraziatul Akma Bt. Soleh (Bendahari)
6. Khairi Lina Bt Ahmad (AJK)
7. Zamzukhairi Bin Noordin (AJK)
8. Nadirah Binti Rohimi (AJK)
9. Atiqah Bt Amdan (Ahli)
10. Syazwana Zati Binti Md Taib (Ahli)
11. Muhammad Haikal Bin Ahmad (Ahli)
12. Nur Diyana Binti Zulkepli (Ahli)

Tidak hadir : Tiada


Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

2. Pengesahan minit mesyuarat Bil.1/2015

3. Perbentangan oleh ketua ahli jawatankuasa program yang dilantik:

Setiausaha : Nur Wahiedah Binti Zakaria

Bendahari : Nuraziatul Akma Binti Soleh

Pengerusi Majlis : Atiqah Binti Amdan

Bacaan Doa : Zamzukhairi Bin Noordin

Pendaftaran : Nur Syahirah Binti Mohd Yusof

Makanan dan Penginapan : Khairi Lina Binti Ahmad

Teknikal dan Peralatan : Muhammad Haikal Bin Ahmad

Persiapan Tempat : Muhammad Haikal Bin Ahmad

Gimik Perasmian : Suhaimi Bin Md. Shuib

Cenderahati : Nur Diyana Binti Zulkepli


Pengambaran dan Dokumentasi : Zamzukhairi Bin Noordin

4. Perkara berbangkit

5. Hal-hal lain
Bil Agenda Tindakan

1. Ucapan Alu-Aluan

Cik Nur Wahiedah Binti Zakaria selaku setiausaha Persatuan


Kaunseling dan Psikologi Universiti Utara Malaysia (UUM)
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan
menjemput Pengerusi Persatuan Kaunseling dan Psikologi Universiti
Utara Malaysia (UUM) memberi ucapannya.

Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli yang hadir


ke mesyuarat pada kali ini. Beliau menerangkan tujuan diadakan
mesyuarat ini adalah untuk mengetahui perkembangan persiapan
Program Pendidikan dan Motivasi ”Selangkah Ke IPT
Tanggungjawab Kita”. Beliau berharap persiapan program telah
berada pada tahap 90 peratus dan hanya untuk dilaksanakan pada hari
yang telah ditetapkan.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Puan Khairi Lina Binti Ahmad mencadangkan pengesahan


minit mesyuarat program Bil.1/2015.

2.2 Cik Nadirah Binti Rohimi menyokong pengesahan minit


mesyuarat tersebut.

3. Perbentangan oleh ketua ahli jawatankuasa program

3.1 Pengarah Program

Puan Sinar Suria Binti Hamat memaklumkan bahawa beliau Makluman


amat berpuas hati dengan prestasi ahli jawatankuasa program
yang begitu komited dalam membuat persiapan program.

Beliau memaklumkan bahawa telah menyiapkan teks ucapannya Makluman


sebagai pengarah program.
3.2 Setiausaha

Cik Nur Wahiedah Binti Zakaria memaklumkan bahawa surat Makluman


permohonan untuk mengadakan program berserta proposal telah
siap dihantar dan proposal tersebut telah diluluskan.

Beliau memaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Makluman


dan pihak sekolah telah membalas surat permohonan untuk
mengadakan program dan membenarkan program dijalankan di
sekolah berkenaan.

Sekolah juga bersetuju untuk membenarkan penggunaan Makluman


kemudahan dewan, asrama dan lain-lain untuk menjalankan
program

Sepucuk surat ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Makluman


ALUMNI universiti turut mendapat keputusan positif. Pihak
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bersetuju untuk
menghantar seorang kaunselor untuk membantu perlaksanaan
program. Pihak ALUMNI universiti juga akan menghantar wakil
bagi membantu program ini.

Beliau turut memberitahu bahawa pihak Jawatankuasa Makluman


Pendidikan Negeri Kedah dengan berbesar hati akan mewakilkan
YB. Dato’ Suhaimi Bin Md. Shuib sekalu Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Kedah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan Negeri Kedah, Jawatankuasa Hal Ehwal Agama
Islam dan Bina Insan Negeri Kedah bagi merasmikan majlis
perasmian program pada 23 Julai 2015.

Sepucuk surat juga telah dihantar kepada pengetua sekolah bagi Makluman
menghadiri majlis perasmian dan menyampai ucapan aluan dan
penghargaan.

Surat untuk mendapatkan sumbangan daripada Exco Kerajaan Makluman


Negeri, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ALUMNI
universiti juga telah dihantar dan kesemuanya memberikan
maklumbalas yang positif.

Beliau turut memaklumkan bahawa buku program telah siap Makluman


direka dan hanya perlu dicetak sebelum dihantar kepada ahli
jawatankuasa cenderahari.
3.3 Bendahari

Puan Nuraziatul Akma Binti Soleh memaklumkan bahawa Makluman


persatuan telah menerima sumbangan berjumlah RM7000.00
seperti yang dipohon daripada Exco Kerajaan Negeri, PIBG
sekolah dan ALUMNI UUM. Sumbangan diterima seperti
berikut:

3.3.1 Sumbangan daripada Exco Kerajaan Negeri Kedah


(RM4,000.00)

3.3.2 Sumbangan ALUMNI Universiti Utara Malaysia


(UUM) (RM1,500.00)

3.3.3 Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sek.


Men. Keb. Dato’ Syed Ahmad (RM1,500.00)

Bendahari turut memaklumkan bahawa segala perbelanjaan Makluman


telah dirangka untuk melancarkan pengurusan kewangan.
Butiran perbelanjaan adalah seperti yang ditetapkan di dalam
kertas kerja program.

3.4 Pengerusi Majlis

Cik Atiqah Binti Amdan memaklumkan bahawa beliau sudah Makluman


menyiapkan teks ucapannya dan bersedia membantu ahli
jawatankuasa lain yang memerlukan bantuan semasa
persiapan program ini.

3.5 Pemimpin Bacaan Doa

Encik Zamzukhairi Bin Noordin meminta pengerusi Makluman


menyemak teks bacaan doa yang akan dipimpin oleh beliau
untuk kelancaran majlis perasmian pada 23 Julai 2015.

3.6 Pendaftaran

Cik Nur Syahirah Binti Yusof memaklumkan bahawa beliau Makluman


telah menyiapkan semua keperluan semasa sesi pendaftran
majlis perasmian dan pendaftaran peserta.
3.7 Sambutan dan Protokol

Cik Nadirah Binti Rohimi memaklumkan bahawa ahli Makluman


jawatankuasanya telah bersedia dan akan menyambut dengan
tetamu jemputan menggunakan bunga manggar.

Beliau juga memberitahu bahawa ahli jawatankuasanya Makluman


bersetuju jika semua ahli jawatankuasa program memakai
pakaian yang sama untuk menampakkan keseragaman.

3.8 Makanan dan Penginapan

Puan Khairi Lina Binti Ahmad memaklumkan bahawa Makluman


tempahan makanan dan minuman sudah dibuat. Makanan
akan disedikan kepada peserta seperti yang diminta oleh ahli
jawatankuasa program.

3.9 Teknikal dan Peralatan

Encik Muhammad Haikal Bin Ahmad memaklumkan bahawa Makluman


beliau sudah melawat dewan sekolah yang akan digunakan
dan telah berbincang dengan pembantu kemahiran sekolah
tersebut mengenai peralatan dan kemudahan yang akan
digunakan.

3.10 Persiapan Tempat

Encik Muhammad Haikal Bin Ahmad memaklumkan bahawa Makluman


hasil lawatanya ke sekolah tersebut, persiapan tempat akan
dilakukan dua hari sebelum hari perasmian program. Pihak
sekolah turut bersetuju untuk membantu dalam persiapan
tempat itu nanti.

3.11 Gimik Perasmian

Pengerusi memaklumkan bahawa gimik perasmian sudah Makluman


ditempah dan akan dihantar sehari sebelum hari perasmian
program di sekolah.
3.12 Cenderahati

Puan Nur Diyana Binti Zulkepli memaklumakan bahawa Makluman


cenderahati untuk perasmi majlis perasmian program, PIBG
sekolah dan ALUMNI universiti telah siap ditempah dan akan
siap pada minggu hadapan.

3.13 Pengambaran dan Dokumentasi

Encik Zamzukhairi Bin Noordin memaklumkan bahawa Makluman


beliau telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya
semasa program berlangsung.

Beliau meminta bantuan kepada semua ahli jawatankuasa Semua AJK


untuk membantunya menjalankan tugas semasa beliau
memimpin bacaan doa.

4. Perkara Berbangkit

4.1 Mesyuarat bersetuju agar program menyediakan beg AJK Cenderahati


cendarahati kepada semua peserta sebagai tanda ingatan.

4.2 Puan Nuraziatul Akma Binti Soleh memaklumkan bahawa Makluman


sekolah tidak memberi sumbangan dari segi kewangan kerana
telah membekal lain-lain kemudahan untuk program.

4.3 Semua ahli menyuarat bersetuju supaya semua ahli


jawatankuasa memakai pakaian yang sama untuk tampil
seragam dan sebagai tanda bersatu antara semua ahli
jawatankuasa.

Semua ahli jawatankuasa bersetuju untuk menempah baju Semua AJK


korporat yang seragam menggunakan wang sendiri untuk
menjimatkan perbelanjaan program.
5. Hal-hal Lain

5.1 Puan Nuraziatul Akma Binti Soleh meminta ahli jawatankuasa Semua AJK
lain turut membantunya dalam penyediaan cenderahati untuk
peserta program.

5.2 Cik Nadirah Binti Rohimi mencadangkan baju korporat AJK Cenderahati
ditempah lebih untuk cenderahati kepada perasmi majlis
perasmian program sebagai tanda ingatan.

5.3 Encik Zamzukhairi Bin Noordin meminta pengerusi meninjau Pengerusi


kawasan sekolah untuk mencari lokasi yang sesuai bagi sesi
bergambar.

5.4 Cik Nur Syahirah Binti Yusof mencadangkan agar upacara AJK Teknikal dan
sambutan perasmi majlis perasmian program diselangi dengan Peralatan
alunan zikir.

6. Penangguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua


yang hadir dan seterusnya menangguhkan mesyuarat pada kali
ini.

6.2 Pengerusi mengucapkan selamat berjaya kepada semua ahli


jawatankuasa program dan berharap program akan
dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……….......... ...............................………......
(NUR WAHIEDAH BINTI ZAKARIA) (SUHAIMI BIN MD. SHUIB)
Setiausaha Pengerusi
Persatuan Kaunseling dan Psikologi Persatuan Kaunseling dan Psikologi
Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Utara Malaysia (UUM)

You might also like