You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT UNIT BERUNIFORM

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELEBANG

31200 CHEMOR, PERAK.

Tarikh: 6.4.2022

Hari: Rabu

Masa :1.30 tengahari

Tempat : Bilik Aula Perdana

Kehadiran:

1. Pn Noor Hashima binti Abu Hanipah ( PK Kokurikulum )

2. En Syahrul Lizan bin Mohamed Nasir ( Penyelaras Unit Beruniform )

3. Pn Hariyati bt Abdul Halim ( Puteri Islam)

4. En Abd Hayyee bin Abdullah - Pengakap

5. Pn Noor Baizura bt Ibrahim - TKRS

6. Pn Zaliana bt Mohd Zahar – Pandu Puteri Tunas

7. En Balamurali a/l Khatiravan – PBSM

Agenda

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua unit beruniform kerana sudi
hadir.
1.2 Memaklumkan mesyuarat bertujuan untuk membincangkan tentang program dan aktiviti
yang akan dijalankan pada sesi 2022.

2. Ucapan Pn Noor Hashima binti Abu Hanipah ( PK Kokurikulum )


2.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
2.2 Memaklumkan bahawa aktiviti unit beruniform penting kepada murid-murid di mana
murid perlu menyertai dengan aktif dan mewakili sekolah sekurang-kurangnya satu
program / pertandingan semasa mereka di sekolah rendah.
2.3 Meminta guru-guru menggalakkan murid-murid bagi menyertai aktiviti luar sekolah.

3. Ucapan En Syahrul Lizan Bin Mohamed Nasir ( Penyelaras Unit Beruniform )


3.1 Memaklumkan akan mengadakan Perkhemahan Dalaman Unit Beruniform sesi 2022
pada 25 Oktober 2022.
3.2 Meminta persetujuan daripada ahli mesyuarat berkenaan tarikh tersebut dan semua ahli
bersetuju sebulat suara.
3.3 Membentangkan kertas cadangan perkhemahan.
3.4 Meminta pandangan tentang sumbangan penyertaan murid yang ditetapkan iaitu
RM25.00 dan semua ahli mesyuarat bersetuju.
3.5 Meminta pandangan ahli mesyuarat tentang penambahbaikan tentang kertas cadangan
perkhemahan tersebut.
3.6 Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan kertas cadangan tersebut.
4. Hal-hal lain

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:30 pm.

Dicatat oleh,

……………………………………………….
(Syahrul Lizan Bin Mohamed Nasir)
Penyelaras Unit Beruniform

Disahkan oleh

………………………………………………

You might also like