You are on page 1of 1

Persatuan Kaunseling dan Psikologi

Universiti Utara Malaysia


06010 Sintok
Kedah Darul Aman
No. Tel: 04-9284616

“KEDAH AMAN MAKMUR, BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI”

01 Julai 2015

Pengarah Pendidikan
Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 12, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

MEMOHON KEBENARAN MENDAPATKAN PENCERAMAH ATAU


KAUNSELOR BAGI PROGRAM PENDIDIKAN DAN MOTIVASI “SELANGKAH
KE IPT TANGGUNGJAWAB KITA” DI SEK. MEN. KEB. DATO’ SYED AHMAD,
KUALA NERANG

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas

Merujuk perkara di atas, saya setiausaha Program Pendidikan dan Motivasi ”Selangkah Ke
IPT Tanggungjawab Kita” mewakili jawatankuasa program ini untuk memohon kebenaran
dari pihak tuan bagi mendapatkan seorang penceramah atau kaunselor untuk memberi sedikit
taklimat di Sek. Men. Keb. Dato’ Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah.

2. Sehubungan itu, jawatankuasa program amat berharap agar pihak tuan sudi untuk
menyampaikan taklimat berkenaan institusi pengajian tinggi negara dan apa jua perkara yang
penting kepada peserta sebagai persiapan awal ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

3. Taklimat tersebut dicadang pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 24 Julai 2015

Masa : 09.00 Pagi hingga 10.30 Pagi (1 jam ½)

Tempat : Dewan Pahlawan


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad
Kuala Nerang
06300 Padang Terap
Kedah Darul Aman

Bilangan Peserta : Peserta terdiri daripada 100 orang pelajar


tingkatan 3 dan 5 dari sekolah-sekolah di daerah
Padang Terap, Kedah

You might also like