You are on page 1of 2

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

DAERAH HULU PERAK


Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak,
Jalan Haji Mior Yahya,
33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan
Tel: 012-6682736 Mohd Syahrulnizam Bin Ramli (Pen. Pesuruhjaya Setiausaha Program)
Ruj. Kami : PPMHUP/SUP/15(36)
Tarikh : 18 Ogos 2015

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hulu Perak.
(seperti di lampiran)

Tuan,

MAJLIS ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI PERAK


(ANUGERAH RAMBU PKK) 2015.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dengan


kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan menganjurkan Majlis Anugerah Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negeri Perak (Anugerah Rambu PKK) Peringkat Negeri Perak seperti ketetapan berikut :

2.1 Tarikh : 12 September 2015 (8.00 pagi- 2.00 petang)


2.2 Tempat : Dewan Rumah Rehat Teluk Intan
2.3 Bayaran : RM70.00 seorang peserta (Pendaftaran RM40, Bas RM20 dan
Pengurusan RM10)

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk membenarkan guru dan pelajar
dari sekolah tuan bagi mengikuti program yang di atas. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi
Tn Hj Adzli Bin Adnan (019-5723367)-Pen. Pesuruhjaya Daerah Unit Pengakap Kanak-Kanak.

4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”


Saya yang menjalankan tugas,

(MOHD NAZRI BIN IBRAHIM)


Pesuruhjaya Pengakap
Daerah Hulu Perak
Senarai Sekolah Terlibat Penerima Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak 2015

BIL SEKOLAH JUMLAH PESERTA


1 Sekolah Kebangsaan Kroh 9
2 Sekolah Kebangsaan Kuak Luar 12
3 Sekolah Kebangsaan Ayer Panas 9
4 Sekolah Kebangsaan Klian Intan 14
5 Sekolah Kebangsaan Pahit 3
6 Sekolah Kebangsaan Kampong Lalang 10
7 Sekolah Kebangsaan Kerunai 13
8 Sekolah Kebangsaan Basia Lama 5
9 Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari 6
10 Sekolah Kebangsaan Sri Adika Raja 26
11 Sekolah Kebangsaan Tan Sri Ghazali Jawi 4
12 Sekolah Kebangsaan Seri Tawai 5
13 Sekolah Kebangsaan Lenggong 6
14 Sekolah Kebangsaan Temelong 3
15 Sekolah Kebangsaan Raban 3
Jumlah 128 orang

You might also like