You are on page 1of 1

Kepada,

Pengetua,

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah,

27600, Raub

Pahang Darul Makmur

Tuan / Puan

JEMPUTAN KUMPULAN PANCARAGAM SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU ABDULLAH MENYERTAI SUKAN
TAHUNAN SEKOLAH

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk :

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SukaN Tahunan Sekolah akan diadakan seperti maklumat yang berikut :

Tarikh : 8 dan 9 November 2023

Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Ulu Dong

3. Sehubungan dengan itu, Sekolah Ulu Dong berbesar hati menjemput Kumpulan pancaragam sekolah
tuan/puan untuk hadir bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keyakinan
pelajar-pelajar sekolah tuan/puan. Bersama-sama ini disertakan atur cara majlis untuk rujukan tuan/puan.

4. Sekolah Kebangsaan Ulu Dong sangat berbesar hati dan berharap agar tuan/puan sudi hadir bagi
melengkapkan majlis tersebut. Kerjasama dan kesudian tuan/puan untuk hadir amat kami hargai.

Sekian, terima kasih

”MALAYSIA MADANI’

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( PN HJH AZARIAH BINTI JALALUDIN )

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Ulu Dong

You might also like