You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU PENGGELI,

JALAN KASAWARI,
86000 KLUANG,
JOHOR DARUL TAKZIM
Tel/ Faks: 07-7863337

Ruj. Kami : JBA2002/700-6/2/2 (1)


Tarikh : 16 OKTOBER 2017
Kepada:
EN. REDZUAN BIN CHE ROS
Pengurus Besar Wilayah Segamat,
Pejabat Felda Wilayah Segamat,
KM5, Jalan Genuang,
85000 Segamat,
Johor Darul Takzim

Melalui : EN. NORIZAM BIN MOHD JUNID


Guru Besar,
SK LKTP Ulu Penggeli,
Jalan Kasawari,
86000 Kluang,
Johor Darul Takzim

Tuan,

JEMPUTAN MERASMIKAN HARI ANUGERAH CEMERLANG, 2017


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan ini, kami selaku Ahli Jawatankuasa Pengelola dengan berbesar hati
menjemput tuan untuk merasmikan Hari Anugerah Cemerlang, 2017 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 November 2017
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Felda Ulu Penggeli
Masa : 8.00 pagi

3. Semoga dengan kehadiran tuan ke majlis ini dapat memberikan suntikan semangat kepada
kami semua untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan disamping menaikkan nama Felda Ulu
Penggeli di peringkat Wilayah Segamat. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, kami dahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

.....................................................................
EN. MOHAMAD JAMIL BIN HAJI LADISMA
Penyelaras,
Hari Anugerah Cemerlang, 2017
SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang.

S.K Fail
Persatuan Ibubapa dan Guru
Pengurus Rancangan Felda Ulu Penggeli

You might also like