You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak


Telefon : 05 – 791 2153
Jabatan Pendidikan Negeri Perak Faks : 05 – 791 2162
Jalan Haji Meor Yahya, Laman Web : www.ppdhuluperak.gov.my
33300 Gerik, Perak

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : PPD.HUP.630-5 ( 35 )
Tarikh : 10 Mei 2019

Semua Guru Besar,


Sekolah Rendah Daerah Hulu Perak.

Tuan,

TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM MENU SUSU DALAM RANCANGAN MAKANAN


TAMBAHAN (RMT) DAERAH HULU PERAK BAGI TAHUN 2019

Dengan hormatnya surat Kementerian Pendidikan Malaysia,KPM.100-1/7/1/Jld.9(78) bertarikh 16 April


2019 dan Surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak JPNPk.SPK.HEM 800-5/2/1(68) bertarikh 3 Mei 2019
adalah berkaitan.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan
berikut :

2.1 Tarikh : 16 Mei 2019( Khamis)


2.2 Tempat : Dewan Seminar PPD Hulu Perak
2.3 Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
3. Sehubungan itu, pohon kerjasama tuan membenarkan Penolong Kanan HEM/Guru Kanan HEM
sekolah tuan menghadiri taklimat di atas. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perkara ini,
pihak tuan boleh menghubungi Encik Awang Ismail-Penyelia Kanan HEM di talian 011-40681383.

Kerjasama tuan dalam menguruskan perkara di atas adalah amat dihargai serta disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah ,

( NASARUDDIN BIN ZAKARIA )


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak,
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak.

s.k : fail RMT

“CINTAILAH BAHASA KITA”


(Sila catatkan rujukan jabatan ini apabila berurusan)

You might also like