You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBU

KAMPUNG AMPAT
75300 MELAKA.

Kepada,
Pengarah
IPG Kampus Perempuan Melayu
75400 Durian Daun,
Melaka.

TEL: 06-2824415
MBA 2019

Ruj Kami
Tarikh

: SKKM.600-4/2( )14
: 13 Julai 2016

Puan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM INOVASI
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu program inovasi.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap motivasi murid untuk belajar dan berfungsi
sebagai alat bantu mengajar guru yang baharu. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati
untuk menjemput Tuan Hj. Rozaili bin Mohd Ali, Pensyarah Jabatan Matematik IPG Kampus
Perempuan Melayu sebagai penceramah. Berikut adalah ketetapan program :Nama Program
Tarikh
Tempat
Masa

: Program Inovasi (Model STB dan Tetulang Pecahan)


: 19 dan 20 Julai 2017
: Dewan Sekolah Kebangsaan Kubu
: 1.00 petang 2.00 petang

3.
Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.
Sekian,
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

.........................................................
( JUNIADAH BINTI ABU ADAM )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kubu.
s.k.

Ketua Jabatan, Jabatan Matematik


Tuan Hj. Rozaili bin Mohd Ali

Puan Zamila
Kaunselor Pegawai
Unit Psikologi dan Kaunseling
IPG Kampus Perempuan Melayu
75400 Durian Daun
Melaka
Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu program motivasi
untuk murid tahun 4 dan tahun 5. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap motivasi murid
untuk belajar. Berikut adalah ketetapan program :Nama Program
Tarikh
Tempat
Masa

: Program Motivasi Belajar


: 19 Julai 2016
: Kantin Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir
: 2.00 petang 3.00 petang

3.
Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah pada
hari tersebut.
4.
Semoga dengan kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh pihak tuan dapat
membantu bagi melancarkan lagi perjalanan program ini, Jasa baik pihak tuan, kami dahului
dengan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

.........................................................
()
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kubu

You might also like