You are on page 1of 2

JAWATANKUASA PEMULIHAN DALAM KOMUNITI KAMPUNG PINANG, NO 8577, JALAN MASJID POKOK ASAM, KAMPUNG PINANG, 76400 LEREH,

MELAKA.

TEL/FAX:06-3151605.
PENGERUSI: 019-6670006. PENYELIA : 012-9126601.

Ruj. Tuan : PKMD. MEI. 01/200/12/6 JLD. 1 ( ) Ruj.Kami : PDK.KP/PER.3.3/BIL (7/2011) Tarikh : 15 SEPTEMBER 2011 Pengarah Sumber Manusia, ICI Paints (M) Sdn. Bhd., Lot 5827, Kawasan Perindustrian Nilai, Mukim Setul, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Tuan, MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM SULAMAN KASIH BUAT INSAN ISTIMEWA BERSAMA OKU PDK KG PINANG, MELAKA 2011 Dengan ini perkara di atas dirujuk. 2. Bagi makluman pihak tuan, Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGK PM) dengan kerjasama PDK Kg Pinang di bawah Program Khidmat Siswi 2011 menganjurkan Program Sulaman Kasih Buat Insan Istimewa Bersama OKU pada 3 hingga 7 Oktober 2011 ini. Program ini amnya diadakan bertujuan untuk membantu pelatih-pelatih PDK meningkatkan keupayaan dalam pelbagai aspek pembelajaran dan juga pembangunan diri. Maklumat dan butiran program adalah seperti berikut: Tarikh Hari Tempat Anjuran Bersama : : : : 3 - 7 Oktober 2011 Isnin - Jumaat PDK Kg Pinang, Lereh,Melaka Guru Pelatih IPGK PM & PDK Kg Pinang

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, pelbagai pengisian program yang sesuai telah diatur bagi menjayakan program ini. Antaranya ialah program gotong-royong, aktiviti Home-Based di rumah pelatih OKU, aktiviti sukaneka, aktiviti keceriaan PDK dan juga ceramah oleh En. Hassan Suyut, penulis buku Kembara Atiq Wazif sempena penutupan program ini. Sebarang keterangan lanjut mengenai program ini, pihak tuan bolehlah merujuk pada kertas kerja yang telah dilampirkan bersama-sama dengan surat ini.

4. Sehubungan dengan itu, kami dengan rasa rendah diri mengharapkan agar permohonan kami dipertimbangkan oleh pihak tuan. Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai sumbangan program Sulaman Kasih Buat Insan Istimewa boleh dirujuk melalui pengerusi program, Cik Siti Fatimah binti Abdul Manan di talian 013-3293618 atau bendahari program, Cik Fatini binti Shahril di talian 013-3145868.

5. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah kami hargai demi kecemerlangan dan kebajikan pelatih-pelatih OKU ini dan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih. OKU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Saya yang menjalankan tugas,

Sharifah Nur Wahidah binti Syed Mohamad, Setiausaha, Program Sulaman Kasih Buat Insan Istimewa, PDK Kg. Pinang, IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab 75400, Durian Daun, Melaka.

You might also like