You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN PENGERUSI PROGRAM BUTIRAN Pendahuluan Terima kasih diucapkan kepada saudari Pengacara Majlis.

s. Yang Berbahagia En. Ghulam Sarver bin Mobarak Ali Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu Yang Mulia Datuk Tengku Zainuddin Tengku Zahid selaku Pengerusi Pusat Khidmat Setempat Marang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang. Yang berusaha Puan Norhayati binti Zaman, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang Yang dihormati En. Shamsuddin b. Abdullah, Setiausaha Pusat Khidmat setempat MArang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang. Yang dihormati Puan Hjh Norma Bajuria, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG KDRI selaku ketua penasihat Program Latihan Ilmiah PDK Yang dihormati Tn. Hj Abdullah Kamal bin Abu Bakar, Penasihat Program Latihan Ilmiah PDK Barisan pensyarah-pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG KDRI Barisan ahli jawatankuasa Pusat Khidmat Setempat Marang, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Barisan keluarga-keluarga angkat. Barisan para peserta Program Latihan Ilmiah PDK iaitu unit PK Smester 6 IPG KDRI Seterusnya, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati Allah sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh CATATAN

ALUAN Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya kita semua dapat berkumpul di Pusat Khidmat Setempat Marang pada pagi yang mulia ini bagi menyempurnakan majlis penutupan program latihan Ilmiah PDK di Pusat Khidmat Setempat Marang ini anjuran Pelajar PISMP Pendidikan Khas semester 6 IPG KDRI dan penyerahan kembali anak angkat bagi program titian kasih. Terlebih dahulu saya bagi pihak pengerusi program ingin merakamkan setinggi2 penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada tuan Pengarah yang sudi hadir bagi menyempurnakan majlis penutupan program ini. ISI Alhamdulillah sekalung penghargaan diucapkan kepada Pihak PDK Daerah Marang kerana memberikan kerjasama yang sangat baik bagi guru pelatih dalam menjayakan program kami. Kerjasama dan semangat yang jitu daripada pihak PDK memberikan kami inspirasi dalam mengembangkan potensi kami sebagai bakal guru kelak. Hadirin hadirat sekalian, sepanjang seminggu program ini berlangsung, pelbagai aktiviti ilmiah telah dilaksanakan dengan jayanya. Bermula dengan aktiviti kem amali solat, kem ini telah memberikan kemahiran amali dalam cara-cara menunaikan solat bagi pelatih PDK. Sedikit sebanyak ilmu yang diberikan dapat diikuti oleh pelatih OKU ini. Seterusnya aktiviti melukis mural pula memberikan pendedahan kepada kami guru pelatih untuk menonjolkan bakat-bakat diketengahkan sukarelawan. seni di Hari lukis ketiga yang pula dapat digarap dan samping melakukan kerja-kerja bengkel

berlangsung

pergigian. Dr pergigian dijemput khas dari Klinik Kesihatan

Marang iaitu Dr Ooi bagi menyempurnakan perkongsian ilmu berkenaan cara penjagaan gigi bagi pelatih-pelatih OKU ini. Seterusnya, berlangsung pula hari sosial di mana guru-guru pelatih IPG menolong petugas-petugas PDK dalam mengendalikan program sosial seperti jualan amal membeli sambil menderma dan juga melaksanakan terapi muzik bagi pelatih-pelatih OKU. Alhamdulillah jualan amal telah mencecah target yang disasarkan. Hari kelima pula program home based diadakan. Pada aktiviti ini, guru pelatih bersama-sama petugas PDK ke rumah-rumah pelatih OKU yang sangat susah. Tujuannya ialah memberi sumbangan dan melaksanakan gotongroyong bersama-sama bagi meringankan beban mereka.. Seterusnya aktiviti kemuncak bagi program ilmiah ini ialah aktiviti sukaneka. Aktiviti sukaneka ini melibatkan pelatih OKU bersama-sama ibu bapa mereka dan juga ahli keluarga PDK. Tujuannya adalah untuk memberikan pengalaman keseronokan bagi pelatih OKU dan juga dijadikan terapi bagi mereka. Sesungguhnya program ilmiah kali ini memberikan sejuta pengalaman bermakna bagi kami guru pelatih. Pengalaman tersebut tidak kira pahit atau manis akan kami jadikan sebagai azimat untuk terus mara ke hadapan dalam mengharungi liku-liku hidup yang mencabar sebagai guru kelak. Akhir kalam, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Sekian terima kasih.

You might also like