You are on page 1of 1

Ruj. Kami : Bil.( ) Dlm. SMKSHK/UBK/02/02/2.

3
Tarikh : 15 JUN 2015

Kepada,
Yang Dipertua YADIM,
Pejabat Yang Dipertua,
Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
50480, Kuala Lumpur.
(U.P. En. Zamani bin Mohd Karulani
Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan
Belia )

Tuan,

MEMOHON DANA DAN MENGELOLAKAN KEM PEMANTAPAN AKIDAH DAN SAHSIAH PELAJAR SMK
SERTING HILIR KOMPLEKS TAHUN 2015.

Dengan hormatnya dimaklumkan perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Penghayatan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling,
Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks akan mengadakan PROGRAM KEM PEMANTAPAN
AKIDAH DAN SAHSIAH bagi pelajar-pelajar SMK Serting Hilir Kompleks.

2. Sehubungan itu pihak sekolah memohon sumbangan dana dari pihak tuan dan mengelolakan program
tersebut bersama dengan Sahabat Yadim USIM. Program tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Sept 13 Sept 2015


Hari : Jumaat hingga Ahad
Masa : 3.00 petang (pendaftaran)
Tempat : Kem D Bana, Jempol, N. Sembilan.

3. Bersama ini disertakan satu salinan kertas kerja program untuk perhatian pihak tuan. Untuk sumbangan
boleh disalurkan atas nama PIBG SMK Serting Hilir Kompleks, RHB Bank No. Akaun: 25506500003706 .
Sebarang maklum balas dan pertanyaan lanjut , pihak tuan boleh berhubung dengan En. Md Zan bin Mohd Zain di
talian (013-6728385) atau Ust.. Ahmad Zaidi Shah bin Muhamed (0129849779). Atas kerjasama dan sokongan tuan
dalam menjayakan program ini, saya dahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

s.k: fail sekolah

You might also like