You are on page 1of 13

KERTAS KERJA

PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM


DARUL IZZAH

TARIKH
9 MEI 2015

TEMPAT
RUMAH ANAK-ANAK YATIM DARUL IZZAH, BANGI, SELANGOR

ANJURAN:
PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIK & BAHAN TAHUN 2

FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA

DENGAN KERJASAMA

JABATAN PERKHIDMATAN PELAJA& JPPeI

TEMA
UKHWAH TANPA SEMPADAN

1
JALINAN KASIH BERSAMA
ANAK-ANAK YATIM DARUL
IZZAH
9 MEI 2015

KERTAS KERJA

JALINAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARUL IZZAH

FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja JALINAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARUL IZZAH ini
disediakan adalah bagi memohon kelulusan dan kerjasama dari pihak Fakulti Kejuruteraan &
Aalm Bina serta pihak Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menjayakan sebuah program
bercirikan kemasyarakatan.
Program ini berhasrat mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pengetahuan, kemahiran
dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar Universiti. Selain memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara ia juga bertujuan melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan
bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

Selain itu, program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang
menguruskan dan menguji kemahiran berkomunikasi antara pelajar dengan anak-anak yatim.
Ini dapat menimbulkan rasa kesedaran dan nilai kasih sayang di dalam diri pelajar dan juga
menanamkan sifat kesabaran dalam melayan kerenah anak anak yatim di situ.

2.0 PENGENALAN

Program ini berhasarat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah rumah anak yatim. Idea,
ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim adalah pelengkap
kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga merupakan tunjang yang
akan menggerakkan negara pada masa akan datang.

2
Disamping itu, program ini lahir sejajar dengan hasrat untuk menerapkan sifat kesedaran
terhadap masyarakat yang diperlukan semasa kerja kelak dalam Social Corporate di
samping dapat mempelajari pengurusan kreatif sekaligus melahirkan mahasiswa/i yang
berkualiti bukan sahaja dari aspek akademik malah turut menjadi salah satu langkah
memperkukuhkan kemahiran insaniah mahasiswa/i. Kemahiran insaniah terdapat beberapa
domain antaranya adalah kemahiran berfikir secara , kritikal, kemahiran komunikasi,
keusahawanan dan lain-lain seperti yang diterapkan oleh Pusat Akreditasi Pembelajaran
UKM.
Diharapkan program ini akan dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua pihak
terutamanya mahasiswa di UKM amnya dan di rumah anak yatim yang terbabit khususnya.
Dengan itu, segala kerjasama dan sokongan dari semua pihak sama ada yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung amatlah diharapkan. Sesungguhnya hasrat murni dalam
merealisasikan matlamat program ini hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mampu
membalasnya.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan satu ikatan murni antara individu bagi mengukuhkan hubungan
silaturrahim.

3.2 Mengaplikasikan aspek berikut:

3.2.1 Aspek pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik


Dengan menjalani program ini, pelajar akan dapat mempelajari kemahiran berfikir secara
kritis apabila pelajar perlu memikirkan cara untuk mengatasi masalah kekurangan dana yang
dialami oleh program pada awal perancangan program ini.Pelbagai inisiatif perlu
dilaksanakan seperti mengadakan street marketing,meminta dana daripada pusat zakat setiap
negeri dan sebagainya untuk menjayakan program ini. Selain itu, program ini akan dapat
mendedahkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dalam mengurus situasi di luar jangkaan
yang boleh diterima semua.

3.2.2 Aspek Nilai Sikap Etika dan Profesionalisme


Program ini dapat menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan dan keprihatinan yang tinggi yang
tidak hanya mementingkan diri sendiri kepada pelajar. Di mana mereka akan melayan
kerenah anak anak yatim dengan professional dan tidak dengane emosi semata mata. Selain
itu, daripada membantu mahasiswa dan mahasiswi meningkatkan rasa kebertanggungjawaban
terhadap tugasan yang diberikan, ianya juga secara tidak langsung membina kemahiran
berkomunikasi dan cara yang betul untuk berinteraksi dengan pihak luar.

3
4.0 TEMA

UKHWAH TANPA SEMPADAN

5.0 ANJURAN

Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanik & Bahan Tahun 2


Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

6.0 TARIKH DAN MASA PROGRAM

Program ini dicadang untuk dilaksanakan pada :


Tarikh : 9 Mei 2015
Masa : 2.30 p.m 5.30 p.m

7.0 TEMPAT PROGRAM

Rumah Anak-anak Yatim Darul Izzah, Bandar Baru Bangi, Selangor.

8.0 INOVASI

Menjadikan program ini sebagai satu landasan bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap
aspek cinta akan masyarakat terutamanya terhadap anak-anak yatim. Pada masa yang sama
mewujudkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.

9.0 PUBLISITI

Program ini akan diuar-uarkan secara meluas melalui flyers, posters ,laman web sosial seperti
Facebook, Twitter dan sebagainya di sekitar kawasan Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina.

10.0 CADANGAN PERASMI

Dr. Mohd Radzi Abu Mansor


Penyarah Penilai Program Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim Darul Izzah
Universiti Kebangsaan Malaysia.

4
11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah peserta : 30 orang


Pelajar Pengurusan Tahun 2 : 10 orang
Peserta anak-anak yatim: 20 orang

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk lampiran A

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran B

14.0 PERINCIAN PROGRAM

14. l Kutipan Derma

Kutipan derma ini akan dijalankan di dalam dan luar kawasan UKM, kutipan derma ini akan
melibatkan warga UKM seperti pensyarah, staf sokongan dan mahasiswa UKM.

I 4.2 Khidmat masyarakat

Khidmat masyarakat ini akan dijalankan di Rumah Anak Yatim Darul lzzah,yang terletak di
Bandar Baru Bangi,Selangor. Khidmat masyarakat ini melibatkan aktiviti penyerahan dana
dan kelengkapan anak yatim seperti buku-buku sekolah.

14.3 Aktiviti Ice Breaking bersama Anak-Anak Yatim

Dipermulaan program, kesemua fasilitator akan berkumpul untuk sesi pengenalan bersama-
sama anak anak yatim dan pelajar. Selain itu, pembahagian kumpulan akan dilaksanakan
dalam kumpulan kecil agar memudahkan perjalanan program dari awal sehingga akhir. Kami
akan menyediakan kertas mahjong bagi setiap kumpulan dan peserta perlu reka dan lukis
kereta masa hadapan. Selepas itu, setiap kumpulan akan membentangkan hasil lukisan
mereka.

5
14.4 Aktiviti Reka Cipta

Aktiviti ini akan menguji daya kreativiti seseorang individu dalam menyiapkan rekaan
mereka. Pihak penganjur akan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti surat kabar,
botol-botol mineral dan sebagainya. Dengan menggunakan bahan-bahan yang deberikan, para
peserta perlu reka sesuatu dalam lingkungan masa yang ditetapkan. Mereka hendaklah
mencipta sesuatu yang akan dipakai oleh wakil peserta dan kumpulan lain akan meneka apa
yang hendak disampaikan oleh kumpulan tersebut.

15.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

16.0 KEPERLUAN PERKHIDMATAN/KEMUDAHAN PROGRAM

Rujuk Lampiran E

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila hubungi:

Afifah Zakiyyah Binti Juri


Ketua Pengarah
Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim Darul Izzah,
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tel : +60183535545
E-Mel: juri41@yahoo.com

6
17.0 PENUTUP

Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim Darul Izzah yang dianjurkan ini bertepatan
dengan falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Paduan antara Iman kepada Allah
Taala dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar
utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan
universiti selain dapat berinteraksi dengan anak anak yatim yang berbeza kerenahnya yang
akan menimbulkan sifat kesedaran dan keprihatinan mahasiwa/i UKM. Sehubungan itu,
warga kerja program ini mengalu-alukan kerjasama dan sokongan yang jitu daripada semua
pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung demi memastikan kelancaran perjalanan
program ini.

Semoga dengan usaha ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada mahasiswa/i dan
membentuk jati diri yang lebih baik ke arah yang diredhai oleh Allah S.W.T. Oleh itu, kami
sangat berharap program ini diberi pertimbangan dan kelulusan daripada pihak Dekan
Fakulti, agar program berkala ini dapat dijalankan dengan sempurna serta mencapai objektif
yang telah digariskan. Kita merancang Allah S.W.T juga merancang. Sesungguhnya Allah
S.W.T perancang yang lebih baik. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan
kerahmatan dari-Nya. Segala pertimbangan dan kerjasama daripada pihak Dekan Fakulti
kami dahului dengan jutaan terima kasih.

7
Disediakan oleh: Disemak Oleh:


AFIFAH ZAKIYYAH JURI DR. MOHD RADZI ABU MANSOR
Ketua Pengarah, Pensyarah Penilai,
Khidmat Masyarakat, Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Darul Izzah,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakuti Kejuruteraan & Alam Bina,
No.tel: 0183535545 Universiti Kebangsaan Malaysia.
Email: juri41@yahoo.com No. tel: 0133339915
Email: radzi@eng.ukm.my
Disahkan Oleh:

........................................................

PROF. IR. DR. AHMAD KAMAL ARIFFIN MOHD IHSAN

Timbalan Dekan Prasiswazah dan Antarabangsa,

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,

Universiti Kebangsaan Malaysia

LAMPIRAN A

8
STRUKTUR ORGANISASI
JALINAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARUL IZZAH
FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA
SESI 2014/2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Penaung
Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengerusi
Y. Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Penyelaras
Prof. Ir. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan
Timbalan Dekan Prasiswazah dan Antarabangsa,
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pensyarah Penilai
DR. Mohd Radzi Abu Mansor
Fakuti Kejuruteraan & Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Penasihat Bersama
En. Haniff Osman
Pensyarah Pengurusan
Fakuti Kejuruteraan & Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia

Ketua Pengarah
Afifah Zakiyyah Binti Juri
A144137
0183535545

Timbalan Pengarah
Nur Shuhada Binti Amin
A144170
0133382743

9
Setiausaha
Farhana Najwa Binti Azman
A144124
0182469252

Bendahari
Zulizah Binti Basri
A144160
0128584815

Pengarah Program : Farah Hafizah Binti Hamka


Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina/2
A144171
Muhamad Nurshafiq Bin Mohd Yunos
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina/2
A144127

Pengarah Teknikal : Mohamad Amirul Bin Mohamad Zahir


Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina/2
A144324
Mohamad Aliff Hakim Bin Ahmad Khirudin
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina/2
A144110

Pengarah Publisiti : Nur Hasdyanna Binti Hasnurashid


Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina/2
A144131

Pengarah Kebajikan & Jamuan : Nurul Athirah Binti Mohamad Kamil


Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina/2
A144096

10
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM

TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT


9 MEI 2015 (Sabtu)

1.00 p.m Berkumpul. Foyer FKAB

- Taklimat ringkas

- Bertolak ke rumah anak yatim

2.00 p.m - Tiba di rumah anak yatim Rumah Anak Yatim

2.30 p.m - Aktiviti Ice Breaking Rumah Anak Yatim

3.30 p.m - Aktiviti Reka Cipta Rumah Anak Yatim

5.00 p.m -Penyerahan sumbangan & hadiah. Rumah Anak Yatim

5.30 p.m -Makan Petang & Sesi fotografi Rumah Anak Yatim

6.00 p.m -Berangkat ke UKM Rumah Anak Yatim

11
LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM

1. Sumbangan Fakulti 500


2. Street Marketing & Tajaan Luar 300
3. Kolej 200

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 1000

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1. Program
Bahan untuk aktiviti 50

2. Makanan
Ahli Jawatankuasa and peserta 250

3. Protokol
Surat-menyurat 50

4. Cenderamata 300

5. Publisiti 50

6. Sumbangan 300

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 1000

12
LAMPIRAN E

PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI

KEPERLUAN PERKHIDMATAN/KEMUDAHAN PROGRAM

A. PERALATAN MAJLIS

Bil Perkara Kuantiti


1 Meja Jamuan 3 x 3 2
2 Kerusi Plastik 5
3 Papan tulis 1

13

You might also like