You are on page 1of 2

Rujukan : BKGP SKMS 100-7/1/5 ( 22 )

Tarikh : 27 JUN 2019

En. Rudino Hasrizal bin Hashmi,

Dewan Grand Airiz,
Function & Event Venue,
No 47, Kg Kubu Gajah,
47000 SUNGAI BULOH,
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

MOHON SUMBANGAN PEMBELIAN KUPON PROGRAM KARNIVAL SMART SEMERBAK 2019

UNTUK MURID RUMAH KASIH HARMONI, PAYA JARAS

Sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Badan Kebajikan Guru dan Pekerja
Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah akan mengadakan
program di atas seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 & 30 Jun 2019 (Sabtu dan Ahad)

Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak

3. Penganjuran program ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah mengumpul dana bagi
kerja-kerja menaik taraf dan penyediaan prasarana sekolah untuk kegunaan murid dan warga sekolah.
Di samping itu juga, dana tersebut akan dimanfaatkan untuk pelaksanaan aktiviti atau program
melibatkan murid sekolah.

4. Sehubungan dengan itu, dengan rasa rendah diri pihak kami memohon jasa baik pihak tuan
untuk memberikan sumbangan wang tunai kepada kami untuk digunakan bagi membeli kupon program
yang kemudiannya akan diagihkan kepada murid terlibat. Untuk makluman tuan harga kupon bernilai
Ringgit Malaysia: Sepuluh Ringgit Sahaja (RM10.00) satu set.

5. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini sewajarnya. Sebarang
pertanyaan sila hubungi Penyelaras Program En Muri bin Hamali di talian 019-577 2210 atau Pn.
Cik Mashitah binti Che Ibrahim di talian 016-389 4230.

6. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan sanjung tinggi.

Sekian, terima kasih

Saya yang menjalankan amanah,

(MURI BIN HAMALI)

Pengerusi Badan Kebajikan Guru Pekerja,
SK Merbau Sempak.
Rujukan : BKGP SKMS 100-7/1/5 ( 23 )
Tarikh : 27 JUN 2019

En. Sahrulanuar bin Baharom,

Restoran Sahrul Kambing Bakar dan Tomyam,
Kg Baru, Kuala Lumpur

You might also like