You are on page 1of 2

SK PINGGAN – PINGGAN,

PETI SURAT 453,89108, KOTA MARUDU, SABAH.


KOD SEKOLAH : XBA 5209 NO. TELEFON & NO. FAKS : 088-663652 http:/skpinggan-pinggan.net

Ruj. Kami : SKPP/700-9/03/3.4( ) /2017


Tarikh : 25 April 2017

Kepada,
Datuk Bolkiah Bin Hj. Ismail
Pembantu Menteri,
Kementerian Pembangunan Perindustrian,
Merangkap ADUN Kawasan N3 Pitas,
SABAH

Yang Berhormat Datuk,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM JEJAK JUARA UPSR (2J


UPSR) ANJURAN GABUNGAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING (SEKOLAH
RENDAH) DENGAN KERJASAMA UNIT KURIKULUM PERINGKAT DAERAH PITAS,
SABAH BAGI TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Program Jejak Juara UPSR ini merupakan program yang menggabungkan EMPAT
BUAH SEKOLAH RENDAH TRANS DI DAERAH PITAS iaitu SK. Pinggan-Pinggan, SK.
Kanibongan, SK. Pekan Pitas dan SK. Pekan Pitas II. Empat buah sekolah ini akan
mempertaruhkan 10 orang pelajar terbaik Tahun 6 dari sekolah masing-masing dalam
beberapa fasa pertandingan untuk menjejak peserta terbaik setiap mata pelajaran UPSR dan
akhirnya sekolah terbaik keseluruhan. Program yang merupakan anjuran Unit Bimbingan dan
Kaunseling (Sekolah Rendah) Daerah Pitas dengan kerjasama Unit Kurikulum Peringkat Daerah
Pitas ini akan diadakan seperti ketetapan berikut ;

Tarikh : 8,9,11 & 19 Mei 2017


Hari : Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat
Tempat : SK. Pinggan-Pinggan, Pitas

03. Di antara objektif program tersebut adalah ;


i. Mewujudkan kerjasama padu dalam meningkatkan Kualiti Gred Purata Mata Pelajaran
(GPMP) dan Kuantiti 6A UPSR pelajar-pelajar dari empat buah sekolah rendah trans yang
terlibat sekali gus di peringkat Daerah Pitas.
ii. Meningkatkan semangat daya saing pelajar untuk memperbaiki prestasi akademik
seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR sebenar.
iii. Memberikan pendedahan awal kepada para peserta tentang sistem perlaksanaan UPSR
sebenar agar fikiran mereka lebih terbuka dan lebih bersedia.
iv. Menggalakkan pertukaran idea dan perkongsian pengalaman di kalangan Guru Besar,
Penolong Kanan Kurikulum, GBKSM serta guru-guru mata pelajaran UPSR di keempat-empat
buah sekolah trans yang terlibat.
04. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan penuh rasa rendah diri berharap agar
Yang Berhormat Datuk dapat memberi sumbangan ikhlas berbentuk wang tunai untuk
menampung kos program tersebut (Sila rujuk Kertas Kerja Program). Semoga dengan adanya
sumbangan dari Yang Berhormat Datuk akan dapat menyuntik semangat penganjur serta para
peserta untuk bersaing dengan lebih hebat dan akhirnya melahirkan generasi penyumbang 6A
UPSR di Daerah Pitas.

04. Bersama dengan surat ini dikepilkan bersama Kertas Kerja Program 2JUPSR untuk
rujukan pihak Yang Berhormat Datuk. Perhatian dan keprihatinan yang diberikan amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan berkenaan
perkara di atas bolehlah berhubung dengan Setiausaha Program 2JUPSR Fasa 1 iaitu Pn.
Nurmaziah Maikal Abdullah di talian 019 822 3832.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

SAHARAH BT. SAID


Guru Besar
SK. Pinggan-Pinggan, Pitas
Merangkap Pengerusi 2JUPSR Fasa 1/2017
Peringkat Daerah Pitas

SK:

You might also like