You are on page 1of 2

zSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTATAN, PENAMPANG

Peti Surat 96, 88858 Tanjung Aru, Sabah, Malaysia.


Tel: 088-764368 Fax: 088-764942 Email: smk.putatan@gmail.com
Website: http://www.sabah.edu.my/smk.putatan/

Tarikh : 24 JULAI 2017

Kepada,
Encik Eric Constantine,

Melalui,
Pengetua,
SMK Kolombong,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong
Peti Surat A-155,
89357, Kota Kinabalu.

Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PT3 2017 BAGI
SUBJEK BAHASA INGGERIS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan Bengkel Teknik Menjawab PT3 Bagi Subjek
Bahasa Inggeris khas untuk murid-murid Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PT3 pada tahun ini.

3. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid
menjawab soalan-soalan Bahasa Inggeris PT3 dan sebagai persediaan kepada murid-murid dalam menghadapi
peperiksaan PT3.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput seorang daripada pegawai tuan seperti nama di
atas untuk menjayakan program berkenaan seperti butiran di bawah:

Tarikh : 03 Ogos 2017


Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi 12.10 tengah hari
Tempat : Dewan Sri Kinabalu, SMK Putatan.
Peserta : 267 orang murid ( 7 Kelas )

5. Semoga program yang dirancang ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan seterusnya dapat
meningkatkan kemahiran diri untuk menghadapi peperiksaan kelak.

Segala kerjasama dan kesudian daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menurut perintah,

.......................................................
( HJ DIUH BIN BALIMBANG )
Pengetua Cemerlang,
SMK Putatan,
Penampang.
s.k. Fail

You might also like