You are on page 1of 20

Teori Kedatangan Islam di Nusantara

Terdapat beberapa pandangan yang telah dikemukakan oleh para sejarawan mengenai
kemasukan Islam ke Kepulauan Tanah Melayu atau Nusantara. Pandangan-pandangan
tersebut boleh dirumuskan kepada tiga kumpulan teori, iaitu penyebaran Islam dari India, China
dan Semenanjung Tanah Arab. Sebelum tahun 1883, kebanyakan pendapat umum
mengatakan bahawa Islam telah disebarkan ke kawasan Asia Tenggara menerusi usaha
dakwah dari Semenanjung Tanah Arab. Namun, satu teori baru telah dilakukan oleh Hurgronje
(1973: 17) dengan mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Nusantara ialah dari India.
Pandangan beliau ini kemudiannya telah menjadi masyhur dan diterima pakai oleh ramai
daripada kalangan sarjana pengkaji Timur (orientalis) seperti Harrison (1955), Winstedt (1982)
dan Hall (1979). Akan tetapi, tidak juga benar untuk kita menentukan bahawa hanya orang India
sahaja yang berperanan dalam penyebaran Islam ke Nusantara. Ini kerana semenjak abad ke-
4M lagi, penempatan orang Arab di Canton telah ditemui, khususnya di kawasan tenggara
China. Malah pada abad ke-11M, penempatan orang Arab turut ditemui di Champa (Kern 2001:
25-27).

Kenyataan ini secara langsung berkaitan dengan teori kedua yang menyatakan bahawa
Islam tiba di Kepulauan Melayu menerusi usaha dakwah dari Tanah Besar China dan Champa.
Teori ini diperjelaskan secara lanjut oleh Fatimi (1963) melalui buku yang berjudul Islam Comes
to Malaysia dan Abdullah (1990: 65-70) menerusi bukunya, Islam di Nusantara. Berdasarkan
catatan sejarah China, pada zaman awal perkembangan Islam ketika pemerintahan Thai Sung
(627-655M), sekumpulan orang Islam pertama telah datang ke China dan tinggal di San Gan
Fou. Kemudian kumpulan ini diiringi pula oleh kumpulan lain yang menggunakan jalan laut dan
menjadikan Yunan sebagai pusat penumpuan mereka (Wan Hussein Azmi 1980: 139).
Manakala teori ketiga pula yang menegaskan bahawa kedatangan Islam ke Kepulauan Tanah
Melayu ialah dari Semenanjung Tanah Arab dan pandangan ini mendapat sokongan ramai
daripada kalangan sarjana dewasa ini. Sebagaimana yang dimaklumi bahawa pedagang dan
pelaut Arab sudah pun berada di kawasan Asia Tenggara semenjak sebelum kelahiran Islam
lagi. Dengan demikian, apabila Islam tersebar di Tanah Arab, bermulalah pertapakan Islam di
Asia Tenggara. Lantaran daripada pandangan ini, para pengkaji mendapati dalam catatan
sejarah negara China menyatakan bahawa pada abad pertama Hijrah (seawal abad ke-7M),
didapati perkampungan masyarakat Arab telah pun ditemui di Sumatera Utara, khususnya di
bahagian barat kepulauan itu.

Suatu perkara yang rumit ialah menentukan teori manakah yang tepat dan pasti
mengenai kemasukan Islam ke alam Melayu. Akan tetapi apa yang jelas ialah golongan yang
mula-mula menyebarkan Islam itu terdiri daripada kalangan saudagar-saudagar Islam, sama
ada mereka berbangsa Arab, Parsi, China mahu pun India, yang sekali gus bertindak
sebagai da‘i. Kenyataan ini bersesuaian dengan prinsip utama ajaran Islam yang menyeru
supaya penyebaran Islam dilaksanakan oleh setiap umat Islam
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Sejarah telah melakarkan pelbagai persoalan. Tindak balas daripada persoalan ini telah
melahirkan pelbagai teori. Antara teori- teori yang terhasil adalah teori kedatangan Islam ke
Tanah Melayu.

Terdapat tiga teori kedatangan Islam di T.M iaitu kedatangan Islam dari India, China dan Arab.
Teori-teori ini banyak dikemukakan oleh sejarawan- sejarawan seperti Pijnappel, Snouck
Hugronje, B. Harisson, Thomas Arnold, Morquette, R.O Winstedt, S.Q. Fatimi, Syed
Muhammad Nuqaib al-Attas, HAMKA dan sebagainya.

Teori-teori mereka ini sama ada berasaskan pada jumpaan sumber sejarah atau rasionalisme
sejarawan itu sendiri dalam menyusun kepelbagaian sangkaan sehingga lahir teori-teori
kedatangan Islam di Tanah Melayu.

1. ISLAM DATANG DARI TANAH ARAB

Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara
langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja Derbar Raja II,
raja Kedah telahpun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh
Ahmad al-Qaumiri al- Yamani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman.

Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera
Utara yang diberi nama “Tashih” telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah.
Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7
Masihi.S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam
dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab
atau Timur Tengah sebagai puncanya.

Hubungan perdagangan telah pun terjalin antaraTanah Melayu dengan Tanah Arab sejak
sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di
Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan
perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut
menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan
barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.

HIASAN

HIASAN

CONTOH-CONTOH BARANG DAGANGAN

2. ISLAM DATANG DARI INDIA


Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje
berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam
penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga berpendapat ramai pemimpin
Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa,
sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Tanah
Melayu. Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti
iaitu mazhab Syafie. B. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke
India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan
kebudayaan. Menerusi hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan
Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India.

Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja
Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat
berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat
tersebut.Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke
Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya.

Ada teori yang menjelaskan bahawa Islam datang dari India. Terdapat dua wilayah di
India dipercayai sebagai tempat asal yang membawa Islam ke Tanah Melayu. Pertama,
Gujerat dan Malabar. Kedua, Bengal Coromandel.

Menurut Pijnappel, kedatangan Islam di T.M dilakukan oleh para pedagang Islam
berbangsa Arab yang bermukim di Gujerat dan Malabar. Sangkaan ini bertitik-tolak oleh
banyaknya nama kedua-dua wilayah ini dalam sejarah awal T.M.

Pandangan ini telah disokong oleh Snouck Hugrunje dan Harry Hazzard memandangkan aktiviti
perdagangan oleh para pedagang Islam di T.M sama ada sebagai “orang tengah” atau
pedagang premier yang membawa barang dagangan dari wilayah tersebut merentasi
Nusantara untuk pergi ke China dan sebagainya.

Teori kedatangan Islam dari Gujerat dan Malabar ini diperkukuhkan lagi dengan
penemuan batu nisan di Pasai(1428 M) dan di Gerisik(1419 M) oleh Morquette. Bentuk
fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di
Gujerat. Kebenaran ini dapat disimpulkan oleh sejarawan iaitu Islam sampai ke T.M
pada awal kurun ke-15M.
BATU NISAN SULTAN MALIKUL SALLEH

1. ISLAM DATANG DARI CHINA


Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang
iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para
pendakwah Islam. Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam
dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari
China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Pendapat ini terbukti hasil
penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur
Tanah Melayu.

Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan
seramai 100 000 orang asing terbunuh. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai
orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Dalam masa yang
sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Tanah
Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-
pedagang Islam dari China pada awal 977.

Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan antara
orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum
kedatangan agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti
mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China
secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu.
Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telahpun
datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti
Pang(627-650M).

Selain itu, Marco Polo dalam Suma Oriental mencatatkan bahawa beliau pernah
berhenti singgah di Perlak pada kurun ke-13 M dalam perlayarannya ke China. Dalam
catatan beliau, realiti masyarakat di Perlak sudah berbudaya dengan budaya muslim.

Pendirian oleh Marco Polo ini turut disokong oleh sejarawan lain, P.E. De Josselin De
Jong. Hujah Josselin De Jong bertitik-tolak pada jumpaan batu nisan di wilayah jiran
Perlak iaitu Pasai. Pada fizikal sumber artifak tersebut terukir nama sultan Malik al-Salih,
iaitu nama Sultan Pasai. Pada batu nisan tersebut juga terdapat tarikh meninggal Malik
al Salih iaitu pada 1297 M. Secara logiknya, kedatangan Islam ke Tanah Melayu pasti
lebih awal dari tarikh tersebut.

Asas jumpaan batu nisan ini dilengkapkan dengan catatan sejarah di China sendiri
berhubung hubungan diplomatik China-Pasai. Menurut Josselin De Jong, pada kurun
ke-13M telah berlaku hubungan diplomatik tersebut dapat dilihat apabila pengutusan
dua diplomat Pasai iaitu Hasan dan Sulaiman ke negara China tersebut. Peristiwa
bersejarah tersebut berlaku pada 1282 M.

Selain itu, ada sejarawan lain yang mengemukakan teori kedatangan Islam dari China
iaitu, Gardener dan Emmanuael. Menurut 2 sejarawan tersebut, Islam sampai ke China
dari jalan darat oleh para pedagang Arab lembah Arabia sendiri sejak zaman Khalifah
Uthman al-Affan lagi. Realiti ini mengalami tahap pertapakan dan perkembangan sejak
zaman Bani Umayyah dan Abasiyyah apabila bilangan pedagang-pedagang Arab yang
berhijrah ke China dalam angka yang besar. Dalam catatan sejarah China, seawal kurun
ke-8 M, sudah wujud penempatan masyarakat peranakan Arab di Canton. Kewujudan
masyarakat Arab tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada wujudnya penempatan-
penempatan tetap, malah pada kewujudan Jabatan Kira-Kira yang oleh para pedagang
Arab itu sendiri.
HURAIAN KONSEP PENDEKATAN ISLAM
HADHARI
Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan tuntutan
Islam melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual, ekonomi, pendidikan,
kemasyarakatan, undang-undang dan sebagainya. Kerajaan menyedari bahawa Islam
bukanlah suatu agama bersifat ritual semata-mata, tetapi agama yang bersifat praktikal iaitu
diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara realistik. Dengan itu, suatu
pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk membangkitkan
kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam, dengan harapan
akan dapat memacu pembangunan ummah dan negara.

Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi merupakan usaha
untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-quran dan As-sunnah sebagai
teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan anjakan
paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana yang
telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Islam Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan
prinsip-prinsip akidah, syariat dan akhlak dalam ajaran Islam, malah menekankan
penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama
dalam kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari akan membuktikan bahawa ajaran Islam dapat
mendorong penganutnya menjadi umat yang maju bagi mencapai kejayaan di dunia dan
akhirat.

Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan


pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic worldview)
dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui
penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal. Warisan tamadun Islam
yang memperlihatkan kegemilangan umat Islam dalam semua bidang akan dijadikan
dorongan bagi memajukan ummah secara menyeluruh.

Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda umat
Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan, yang sudah
semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam. Selaras dengan itu,
konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia
sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan
ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip matlamat Pensyariatan syariat Islam
(maqasid al-syariah) yang sentiasa berkembang dan diantara lain yang menjadi pokok
seperti;

Menjaga, memartabat dan memperkasa ;

• Agama
• Akal
• Nyawa
• Harta
• Keturunan
• Maruah
• Institusi Keluarga
• Alam Sekitar

Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah
negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah),
sesuai dengan tuntutan agama Islam. Ia selaras dengan dasar-dasar negara yang
dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020,
Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-
nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat
majmuk.

“Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari
bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam
kepada asas-kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung
dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.

”Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan
menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan
bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat.”

Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia


Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
dalam Perhimpunan Agong UMNO ke 55
di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
pada 23 September 2004

KONSEP ISLAM HADHARI, 1MALAYSIA ADA


PERSAMAAN
PENDEKATAN Islam Hadhari yang dicetuskan Tun Abdullah
Ahmad Badawi dan konsep 1Malaysia oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak mempunyai persamaan dalam
melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu sekali gus
menggambarkan kesinambungan antara dasar pemerintahan
kepemimpinan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, berkata dengan
melaksanakan 10 prinsip yang digariskan dalam Islam Hadhari termasuk keimanan dan
ketakwaan kepada Allah, kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan
ilmu pengetahuan, pembelaan hak kumpulan minoriti serta keutuhan budaya dan moral
akan melahirkan masyarakat 1Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Beliau berkata, pendekatan Islam Hadhari dilaksanakan kerajaan dulu berterusan hingga
sekarang dan kini bergabung bersama konsep 1Malaysia.

"Jika merujuk secara telus dan lengkap kepada 10 perkara pokok dalam Islam Hadhari dan
dihubungkan dengan 1Malaysia, ada persamaan yang begitu dekat.

"Prinsip terakhir Islam Hadhari mengenai kekuatan pertahanan bukan untuk umat Islam dan
orang Melayu semata-mata, sebaliknya bertujuan melahirkan kesejahteraan ummah,
membentuk satu negara yang adil serta amanah dan pada masa sama keamanan rakyat
dijamin sekali gus memastikan sektor ekonomi, pendidikan, sosial dapat berjalan dengan
baik," katanya menjawab soalan tambahan Mohd Yusmadi Yusoff (PKR-Balik Pulau).

Prinsip lain terkandung dalam Islam Hadhari ialah pembangunan ekonomi seimbang dan
komprehensif, kehidupan berkualiti dan pemuliharaan alam semula jadi.

Menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang) yang mendakwa
Islam Hadhari adalah bukti kegagalan projek Barisan Nasional (BN) dan tiada
kesinambungan antara pemimpin dulu dan sekarang, Jamil Khir menolak dakwaan itu yang
disifatkannya tidak tepat.

Jamil Khir berkata, berdasarkan kajian Kefahaman dan Penerimaan Masyarakat Terhadap
Pendekatan Islam Hadhari dijalankan Pakarunding Sdn Bhd Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), menunjukkan 84.8 peratus daripada 2,244 responden bersetuju dan menerima
pendekatan Islam Hadhari.

Beliau berkata, responden kajian membabitkan kakitangan kerajaan, swasta, ahli korporat,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan politik, pelajar institusi pengajian tinggi
(IPT), warga pendidik, pelajar sekolah dan anggota tentera.

“Kerajaan berusaha sebaik mungkin meletakkan kedudukan Islam di atas setiap dasar yang
dilaksanakan dengan penuh kebijaksanaan, hikmah dengan mengambil kira rakyat
berbilang agama, budaya dan bangsa,” katanya

Sumber: Berita Harian

Konsep Islam Hadhari


Pengenalan

Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada
pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi
fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu,
pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.

Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem


perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi
melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi
amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.

Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari
bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam
kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan
teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami
secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas
akidah.

Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan


memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi cabaran dan realiti
semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan
bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat. Adalah perlu diteliti
semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan
menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi,
diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang
komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk
menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Prinsip Islam Hadhari

Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:

I. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI


II. Kerajaan adil dan beramanah
III. Rakyat berjiwa merdeka
IV. Penguasaan ilmu pengetahuan
V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
VI. Kehidupan berkualiti
VII. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
VIII. Keutuhan budaya dan moral
IX. Pemeliharaan alam semula jadi
X. Kekuatan pertahanan

Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan
pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana
pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang
kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya
berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada
pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh – berupaya menjadi penggerak dan
pendorong kepada peningkatan daya saing umat. Warisan dan tamadun Islam yang
memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam dalam semua bidang perlu dijadikan
rujukan dan sumber inspirasi memajukan masyarakat Malaysia.

Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara drastik,
secara sistematik, dan tidak bersifat sektor atau partisan. Ini memerlukan satu perubahan
tasawur (pandangan global) seluruh masyarakat. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai
pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan
kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan,
khususnya prinsip maqasid al Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara seperti berikut:

I. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama


II. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
III. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
IV. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta
V. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan

Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang.
Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan kefahaman
Islam perlu dikikis supaya pemikiran dan jati diri umat dapat dibentuk. Perubahan sikap dan
budaya umat memerlukan peranan berijtihad dan berjihad. Konsep jihad perlu ditafsirkan
secara lebih luas, meliputi aspek kehidupan manusia seperti menuntut ilmu, menguasai
sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi. Peningkatan kualiti (itqan)
dalam semua urusan dan kegiatan kehidupan merangkumi bidang pendidikan, penguasaan
sains dan teknologi serta aktiviti-aktiviti ekonomi, hendaklah dijadikan budaya. Ijtihad
membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan diberikan
pengiktirafan.

Masyarakat Malaysia perlu diberikan kefahaman Islam yang membolehkan umat


menghayati dan mewarisi wawasan ketamadunan global (Rahmatan Lil’alamin) untuk
membolehkan umat berperanan secara berkesan diperingkat global. Semangat
persaudaraan (ukhuwah Islamiah) perlu dipupuk dan disemarakkan bagi menghasilkan
rangkaian sosial yang mantap sebagai satu strategi ke arah meningkatkan daya saing umat.
Masyarakat Malaysia perlu menghargai dan menghayati sifat berdikari dan mengurangkan
kebergantungan kepada pihak lain. Sikap dan nilai-nilai negatif masyarakat perlu diubah
kepada nilai-nilai yang terkandung di dalam tasawwur Islam.

Umat perlu dijadikan masyarakat iqra dalam hasrat mahu membina kemampuan bangsa
dari segi peningkatan penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran. Tuntutan Islam
mewajibkan umat menguasai ilmu dalam semua bidang perlu dihayati. Perlu diperbetulkan
sebarang salah faham terhadap konsep ilmu agar tidak berlaku pemisahan antara ilmu
sekular dengan ilmu agama. Bahawa penguasaan sains dan teknologi serta peningkatan
kemahiran dan kepakaran merupakan sebahagian dari tuntutan Islam. Begitu banyak ayat-
ayat di dalam al-Quran yang menyentuh soal penguasaan sains dan teknologi, yang perlu
diberikan perhatian oleh umat. Sumbangan tamadun Islam dalam sains dan teknologi yang
membawa kepada kelahiran renaissance di Eropah wajib diketahui oleh semua pelajar
Islam. Usaha melahirkan saintis Islam yang dapat menghasilkan penemuan-penemuan baru
perlu diperbanyakkan.

Dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan dalam proses pengabdian manusia
kepada Allah SWT dengan menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah secara
sempurna, jujur, telus dan amanah. Manusia tidak mungkin berjaya memanfaatkan dunia
ini dengan baik jika sikap dan pandangannya terhadap dunia tidak tepat sebagaimana
mestinya, kerana alam dan fenomenanya diciptakan dan ditundukkan oleh Allah SWT untuk
manusia diturunkan sebagai khalifah. Kerana itu, amatlah penting untuk umat manusia itu
diperlengkap dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, supaya membolehkan manusia
menguasai dunia.

Amatlah penting umat Islam dipimpin memahami dan menghayati Islam sebagai sistem
kehidupan menyeluruh untuk menggerakkan pembinaan satu tamadun. Kehidupan
menyeluruh yang bijak mengimbangkan tanggungjawab dunia dengan tanggungjawab
akhirat. Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi tumpuan kepada akhirat
semata-mata. Kerajaan juga tidak pernah bersifat sekularisme yang menolak akhirat dan
memberi tumpuan kepada dunia semata-mata. Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang
mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi. Allah SWT berfirman:

Yang bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan
bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-
hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya
yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".

(Surah al-Qasas: Ayat 77)


PRINSIP – PRINSIP ISLAM HADHARI

2.0 PRINSIP ISLAM HADHARI

Prinsip-prinsip Islam Hadhari adalah menurut acuan yang diadunkan


supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah
faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah
negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum.
Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat
Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

2.1 KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan


ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. al-qur’an dan sunnah
Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan
kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak,
moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan
pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang
berkualiti dan negara yang cemerlang.

2.2 KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH

Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya,
mengikut kadar masing-masing. Kerajaan yang adil dan beramanah
menekankan pentadbiran yang adil bagi semua rakyat. Maka, Urus
tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan
bertanggungjawab adalah dititik beratkan. dengan itu, kebajikan
rakyat dapat terpelihara.
2.3 RAKYAT BERJIWA MERDEKA

Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan


rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran
kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan
buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-
idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

2.4 PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh


menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan
semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan,
kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat
dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan
harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan
Negara kita.

2.5 PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF

Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama


diberi keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan
komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan
kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan
kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai
dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat
antarabangsa.
2.6 KEHIDUPAN BERKUALITI

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada


pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap
kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah
matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu
berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam
kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada
kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari
kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material.

2.7 PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu


diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai
kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-
undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta,
kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat
pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh
berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil
atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut
adalah salah dari segi undang-undang.

2.8 KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah


wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara
tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia,
kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan
sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-
nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan,
keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan
menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani.

2.9 PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama


manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam
persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat
daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan
alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai
kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara
berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya,
keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah
runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid,
pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan
sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem
yang dilakukan oleh aktiviti manusia.

Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui
kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh.
Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang
berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam,
membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang
bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang
berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan
kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan
terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar
pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi
kepada kehidupan sejagat.

Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia


menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping
berusaha untuk terus maju.

2.10 KEKUATAN PERTAHANAN

Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi


kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia
merangkumi pembinaan ketahanan melalui modal insane iaitu kekuatan
diri, fizikal dan spritual. Dengan itu, ia dapat menyemarakkan semangat
patriotik dan cinta akan Negara. Adalah sangat pentingnya untuk
memiliki sistem pertahanan terbaik dan disegani.Malah,
pembangunan kekuatan pertahanan boleh berasaskan teknologi

You might also like