You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ DEMANG HUSSIN

KM 9, KAMPUNG BUKIT KATIL


75450 MELAKA

Kod Sekolah : MBA 2012 Tel : 06-2320102


Faks : 06-2522029

Ruj.Kami : SKDDH.300-2/6/1( )
Tarikh : 23.02.2023

Ibu Bapa / Penjaga Murid,


SK Dato Demang Hussin
75450 Melaka.

Tuan / Puan,

MAKLUMAN PENYERTAAN MURID SEBAGAI PESERTA KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN


PELAJAR 2018

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa, pihak kami sedang merencanakan penganjuran kursus kepimpinan


seperti di atas, khusus untuk penyertaan para pemimpin pelajar SK Bukit Lintang sesi persekolahan 2018
3. Perancangan untuk menganjurkan kursus ini adalah bertitik tolak dari hasrat untuk meningkatkan
potensi kepimpinan serta meningkatkan tahap keyakinan, dedikasi serta keterampilan diri dalam
kalangan pemimpin pelajar SK Bukit Lintang demi penambahbaikan serta kelicinan pelaksanaan tugas
yang telah dipertanggungjawabkan.

4. Sukacita, anak tuan/puan bernama .................................................................................... adalah


pemimpin pelajar SK Bukit Lintang yang akan terlibat sebagai peserta dalam pelaksanaan kursus
tersebut berdasarkan maklumat dan butiran berikut :

Nama Program : 'Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar 2018’


Tarikh : 27 & 28 Januari 2018 (2 hari 1 malam)
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat Kursus : Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang, Melaka
Penginapan : Asrama Melaka Tropical Fruit Farm

5. Mohon kerjasama tuan/puan untuk membenarkan serta menyokong hasrat penganjuran kursus
ini demi merealisasikan matlamat serta objektif yang disasarkan. Bersama-sama ini, disertakan 'borang
maklum balas' untuk tindakan tuan/puan.

6. Untuk makluman, keseluruhan kos penganjuran program ini akan dibiayai menggunakan dana
melalui Tabung Pembiayaan Aktiviti Badan Pengawas Sekolah 2018, hasil sumbangan tuan/puan.

7. Sokongan tuan/puan merealisasikan hasrat pelaksanaan program ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,


……………………….
( JAMILAH BINTI ISHAK )
Guru Besar,
SK Dato Demang Hussin,
75450 Melaka.

Sk : 1. Fail Sekolah

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


#jpnmelakajenamakerajaannombor1

You might also like