You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Sri Limau


09600 Lunas, Kedah Darul Aman Tel : 04-4841079
Faks : 04-4849117
E-mel : KBA5010.moe.edu.my

Ruj. Kami : SKSL : 700-3/1/1 (26)


Tarikh : 7 Ogos 2022

Pengurus,
Farhaan Rahmat Training Consultant,
08000, Sungai Petani, Kedah.

Tuan,

KEM PEMIMPIN MUDA SK SRI LIMAU

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Sekolah Kebangsaan Sri Limau akan


melaksanakan program kepimpinan kepada semua pengawas sekolah. Butiran majlis adalah
mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 11 Ogos 2022 (Khamis)


Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Peserta : 133 orang murid

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin menjemput pegawai tuan untuk mengendalikan
sepenuhnya Kem Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Sri Limau. Besarlah harapan kami agar
permohonan ini dapat dipertimbangkan sepenuhnya oleh pihak tuan.

4. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“KAMI SKSL : DKBB”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

You might also like