You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar


Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar NO.TELEFON : 04-7403000
NO.FAX : 04-7403046
Kedah Darul Aman E-MEL : adminppdks@moe.gov.my

Rujukan kami: PPDKS.600-8/3/13 ( )


Tarikh : 11 SEPTEMBER 2023
Pengetua,
Kolej Sultan Abdul Hamid
Jalan Langgar
05460 Alor Setar
Kedah Darul Aman

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGGUNAKAN DEWAN ADETARIUM SEKOLAH


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk
menggunakan dewan di sekolah tuan bagi mengadakan bengkel pemantapan modul 1 (TS25) seperti
ketetapan berikut:
Tarikh : 18 September 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Adetarium Kolej Sultan Abdul Hamid

3. Kami berharap agar permohonan ini mendapat kebenaran pihak tuan. Sebarang pertanyaan lanjut,
tuan boleh menghubungi Encik Mohd Shukri bin Samsu, Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Kota Setar di
talian 019- 8177576.

Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

AHMAD SAIFUL AZMAN BIN AZIZ


Timbalan Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar

You might also like