You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SURIA

Jalan 8a, Taman Tan Yew Lai Tel: 03-7785 8942


Off Jalan Puchong Fax: 03-7785 8942
58200 Kuala Lumpur Emel: wba0073@moe.edu.my

Rujukan kami: SKSS.700-04/03/02 (5)


Tarikh : 3 April 2023
Ketua Balai,
Balai Polis Petaling,
Jalan Klang Lama,
58200 Kuala Lumpur

Tuan,

MEMOHON JURUIRING POLIS BAGI TUJUAN PENGELUARAN WANG TUNAI DARI


BANK KE SEKOLAH SELARAS DENGAN ARAHAN PERBENDAHARAAN (AP 137)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan kepada pembentangan Belanjawan Negara 2023 pada 20 Disember


2022 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, kerajaan telah bersetuju
untuk meneruskan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 seorang kepada semua
pelajar warganegara Malaysia tanpa mengambi kira had pendapatan.

3. Sehubungan dengan itu, SK Seri Suria akan membuat pengeluaran wang bagi
pemberian Bantuan Awal Persekolahan fasa 2 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 April 2022 ( Jumaat )


Tempat : Maybank Kompleks Bandar
Masa : 9.00 pagi

4. Kami memohon jasa baik pihak tuan agar dapat memberi bantuan polis pengiring
untuk mengawal keselamatan sepanjang proses tersebut.

5. Sebarang pertanyaan atau maklum balas, pihak tuan boleh menghubungi En.
Mohd Fauzli bin Ab. Latif (GPK Hal Ehwal Murid ) di talian 019-7511156. Kerjasama
dan keprihatinan pihak tuan/puan terhadap perkara ini adalah amat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………
(ZURAIDAH BINTI BORHAN)
Guru Besar
SK. Seri Suria
Kuala Lumpur

You might also like